Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, August 31, 2012

SELF REFLECTION : DATE WITH A WOMAN


After 21 years of Marriage, my Wife wanted me to take another Woman out for Dinner and a Movie.

She said I Love You but I know this other Woman loves you and would Love to spend some Time with You.

The other Woman that my Wife wanted me to visit was my MOTHER, who has been a Widow for 19 years,
but the demands of my Work and my three Children had made it possible to visit her only occasionally.


That night I called to Invite her to go out for Dinner and a Movie.

'What's wrong, are you well,' she asked?
My Mother is the type of Woman who suspects that
a Late Night Call or a Surprise Invitation is a sign of Bad News.

'I thought that it would be pleasant to be with you,' I responded.

'Just the two of us.'

She thought about it for a moment, and then said, 'I would like that very much.'

That Friday after work, as I drove over to pick her up I was a bit Nervous.
When I arrived at her House, I noticed that she too seemed to be Nervous about our Date.
She waited in the Door with her Coat on.
She had Curled her Hair and was wearing the Dress that she had worn to Celebrate her last Wedding Anniversary.


She smiled from a face that was as Radiant as an Angel's.


'I told my Friends that I was going to go out with My Son, and they were impressed, '
She said, as she got into the Car.
'They can't wait to hear about our meeting'.
We went to a Restaurant that, although not Elegant, was very Nice and Cozy.
My Mother took my Arm as if She were the First Lady.


After we sat down, I had to read the Menu. Large Print.
Half way through the entries, I lifted my eyes and saw Mom sitting there staring at me.
A Nostalgic Smile was on her Lips.


'It was I who used to have to Read the Menu when you were Small,'
She said.
'Then it's Time that you Relax and let me Return the Favor,'
I responded.

During the Dinner, we had an Agreeable Conversation, nothing Extra-ordinary,
but catching up on recent Events of each other's Life.
We talked so much that we missed the Movie.


As we arrived at her House later,
She said, 'I'll go out with you again, but only if you let me invite you.'
I agreed.


'How was your Dinner Date?' asked My Wife when I got Home.
'Very Nice. Much more so than I could have Imagined,' I answered.


A few days later, my Mother died of a Massive Heart Attack.
It happened so suddenly that I didn't have Time to do anything for her.
Some time later, I received an Envelope with a Copy of a Restaurant Receipt
from the same place Mother and I had dined.


An Attached Note Said:
'I paid this Bill in Advance.
I wasn't sure that I could be there;
But nevertheless, I paid for Two Plates -
One for You and the Other for Your Wife.
You will never know what that Night meant for Me.
I Love You,
My Son.'


At that moment, I understood the Importance of saying in Time:'I LOVE YOU!'
and to give our Loved Ones the Time that they Deserve.
Nothing in Life is more important than God and your Family.
Give them the Time they Deserve, because these Things cannot be Put Off till 'Some Other Time.'


Pass This Along To Everyone
With An Aging Parent,
To A Child,
To An Adult,
To Anyone With A Parent.

It is difficult to say what is impossible, for the dream of yesterday is the hope of today and the reality of tomorrow. - Robert H. Goddard, 1882-1945

Thursday, August 30, 2012

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55

Hari ini genap 55 tahun Malaysia merdeka. Selamat menyambut hari kemerdekaan buat semua pembaca. Persoalannya sejauh mana kita diri sendiri telah merdeka? Merdeka dari nafsu yang merajai, merdeka dari hutang piutang, merdeka dari sifat/attitude yang negatif serta merdeka dari segala perkara yang membantutkan kita mencapai kejayaan hakiki dan abadi.


Wednesday, August 29, 2012

BIla Semuanya Mahu Sempurna....





Boleh dikatakan semua orang mahukan sesuatu yang bersifat sempurna...Bila sudah berumahtangga mahu rumah yang besar, lengkap segala-gala.  Jika mahu pilih pasangan pula mahu yang tip top pada  MATA MEREKA. Mungkin mahu yang cantik bergaya, hensem, kaya raya, berpangkat dll. Jika ada mertua dan ipar duai sebolehnya mereka serasi dengan kita... Bila melahirkan mahu anak yang baik, berakhlak, mudah diurus, mudah diajar dan dididik, bahkan kebanyakan mahu anak yang cantik fizikalnya. 

Bagi yang bergelar pelajar pula, sebolehnya mah7u cepat pandai, cepat habis belajar, mahu bersukaria, mauh belajar yang mudah-mudah sahaja, tidak mahu yang susah dan menyakitkan kepala dan fikiran. Belajar pula mahu gred hebat walau belajar ala-ala kadar. Jika boleh bila jabis belajar mahu cepat dapat kerja, boleh merasa membelanjakan duit ringgit hasil titik peluh sendiri. Bahkan ada pula yang kalau boleh mahu segera keluar dari rumah ibu bapa kerana kononnya mahu hidup berdikari.

Untuk yang bergelar pekerja, sudah pasti impian mahu majika yang baik, sediakan segala, Boleh bertolak ansur, sediakan segala kemudahan, gaji yang lumaya, menawarkan insentif yang pelbagai. Masa kerja kalau boleh datang lambat balik cepat, cuti yang banyak dan mudah diperoleh. Jika yang bergelar majikan pula mahu pekerja yang amanah, tidak berkira masa, tenaga,idea. Rajin serta cekap dan boleh diberi kepercayaan serta pelbagai lagi ciri yang menjadi pelengkap kepada organisaisi yang mantap.
Pendek kata baiksebagai suami,isteri, ibu, ayah, anak, pekerja, majikan, pelajar, serta warga... kita mengimpikan semuanya sempurna dan baik belaka... 
Realtinya semua itu tidak selalu kedapatan. Yang diinginkan dan yang diperoleh tidak sama.. maka akan berlakulah conflict dalam kehidupan kita sehari-hari...
Oleh itu wajarkah kita mahukan sesuatu itu sempurna dan berusaha mencari kesempurnaan itu? Sudah pasti ia wajar... 
Semua yang berlaku adalah satu proses kematangan. Ujian dan cabaran adalah untuk menggilap potensi diri...  meningkatkan keperibadian menjadi lebih cemerlang. 
Mungkin apa yang diperoleh hari ini tidak sempurna hanya di mata kita sahaja, walhal di mata orang lain kita sudah mendapat dan memperoleh sesuatu yang sempurna...
Kenapa kita berbeza pandangan? Kerana manusiai tu berbeza citarasa dan pandangan. Walaubagaimanapun bersyukur dengan apa yang ada, berusahalah mencari kesempurnaan.. ingatlah semuay ang berlaku adalah proses belajar menjadikan kita lebih matang dan dewasa mengharug kehidupan yang penuh liku..

Wallahuaalam

Majlis Fatwa: Syarat Halal Bagi Pelaburan Emas

Majlis Fatwa: Syarat Halal Bagi Pelaburan Emas

Perjuangan Bermula Lagi



Setelah lama beradu
tiba masa dan saat keberangkatan
sauh sudah diangkat
layar sudah berlabuh
bersediakah nakhoda
memulakan pelayaran
menyahut satu lagi perjuangan


Tiba masa untuk pergi

memulakan perjalanan baru
buat kesekian kali
menyelesaikan misi
melaksanakan visi
biar belum pasti
kalimah suci
kalam Illahi
menjadi azimat peribadi

Tuesday, August 28, 2012

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.



1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

)5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)
Di petik dari FB

Renungan buat diri

Kita obsess dengan wajah, bentuk badan dan pelbagai macam hal keduniaan..Risau duit berkurang, bimbang bila badan naik, bla..bla.. Tapi kenapa kita tidak risau dan memikirkan amalan seharian kita yang tidak kita pasti adakah ia sempurna. Cuba tanya diri adakah amalan kita khusyuk? Adakah segalanya menepati syariat...  Melihat keluh kesah mereka yang begitu risau dengan berat badan, wajah yang kusam menjadikan saya terfikir alangkah manusia tidak bimbang bagaimana saat sakaratul  maut datang menjengah, bagaimana berhadapan dengan azab kubur, dan bagaimana peghujungnya suratan kehidupan kita di akhirat nanti?
Mari kita sama-sama muhasabah dan merenung diri.


"If you cannot be a pencil to write anyone's happiness, then try to be a nice eraser to remove someone's sadness..."

Monday, August 27, 2012

Jaga Tuturkata ,Fikir Bila Berbicara, Perhalusi Semua Perkara



Sejak kecil kita dididik oleh ke dua ibu bapa untuk menjaga tuturkata, bersopan bila bercakap agar tidak bercakap secara biadap atau melanggar saranan agama dam tatasusila budaya. Namun perhatikan bagaimana sebahagian kita menulis dan mengkritik di media internet seperti FB dan sebagainya. Memang adakala mulut tidak bertapis untuk menyuarakan apa sahaja rasa hati hingga memberi komen ikut sesedap bicara.

Seringkali apabila kita baca paparan di FB ada masa kita mengurut dada, saat meneliti tutur bicara. Pernah juga secara terbuka mendengar bagaimana orang suka mencarut dan menggunakan perkataan yang tidak baik apabila bercakap atau berinteraksi sesama sendiri. Bukan mengata diri ini bagus serba serbi, tetapi pernahkah kita terfikir saat kita menggunakan bahasa yang amat tidak sesuai, tempiasnya akan pergi kepada anak-anak. Mungkin anak-anak tidak mendengar kita, tapi aura kita sebagai ibu dan bapa itu pasti akan menurun kepada anak-anak secara tidak langsung. 


Benci, tidak suka, tidak sebulu, menyampah, dendam atau apa sahaja yang ada disudut hati cukuplah ia disimpan disitu. Berfikirlah sebelum mengelurakan setiap patah perkataan yang mungkin boleh mengguris perasaan orang lain atau dalam masa yang sama MENGAMBARKAN SIAPA DIRI KITA YANG SEBENARNYA.... Ingatlah pepatah Melalyu kita..kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. 

Wallahuaalam.

Sunday, August 26, 2012

10 tips membangkitkan semangat bekerja

Setiap kali musim perayaan atau baru menghabiskan cuti yang panjang, kita biasanya akan berdepan dengan kesukaran memulihkan semangat untuk memulakan kerja. Walhal banyak kerja yang perlu dibereskan. Apabila ini berlaku kita biasanya akan mudah membuang masa dengan mengadap FB, bersembang, rasa mengantuk dan ada pelabagai perkara yang kurang bermanfaat yang dilakukan. Kesannya kita berada dalam kerugian dan kerja yang perlu disiapkan juga akan terbengkalai. Oleh itu bagi memulakan suasana dan perasaan baru yang lebih bersemangat caranya adalah:

1) Membuat list @ senarai kerja yang perlu disiapkan.
2) Memulakan kerja yang mudah dahulu/ yang lebih cepat dibereskan.
3) Jangan buka akaun FB @ Twitter dll yang boleh menganggu kerja.
4) Elakkan juga membuka akaun FB, Twiter, ber SMS di telefon bimbit.
5) Elakkan berbual dengan rakan sekerja yang boleh melengahkan kerja disiapkan.
6) Dengar aluanan ayat Al Quran yang boleh menghindarkan syaitan.
7) Letakkan file/bahan/kerja yang perlu disiapkan didepan meja anda.
8) Minum air kosong bagi memberi kesegaran.
9) Elakkan berkhayal atau berfikir tentang pekerjaan yang belum siap.
10) Mulakan kerja tanpa bertangguh. Sekarang juga!

Saturday, August 25, 2012

Selamat Hari Raya


Setelah sebulan berpuasa,
Syawal pula menjelma,
Ampun dan maaf dipinta,
Buat semua pembaca.

Thursday, August 16, 2012

Hargai Ibu Bapa



Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. tidak mampu untuk dibayangkan apakah perasaan yang tersirat di hati ibu bapa, apabila anak yang ditatang bagai minyak yang penuh akhirnya memberi kelukaan... Meniti kisah ini dari awal.. menyedarkan diriku sendiri bahawa hakikat melahirkan. membesarkan serta mendidik anak-anak itu satu tanggungjawab yang besar. Hakikat kehidupan... kita adalah apa yang kita beri..Pengorbanan itu perlu dilakukan oleh ibu bapa. Apabila anak-anak dewasa, mereka berhak menentukan hala tuju mereka, bagaimana mahu mencorakkan kehidupan mereka mengikut keinginan dan kehendak mereka. 

Peranan sebagai ibu bapa itu, jika sudah berpuashati dengan segalanya maka berlapang dadalah, jika apa yang dikehendaki tidak sebagaimana yang dicitakan. Anak itu sekadar pemberian Allah, menjadi penghias rumahtangga, menceriakan suasana. Bila mereka dewasa, pandai berfikir, boleh membuat timbang tara.. maka kita mengharapkan anak kita menjadi insan yang baik, boleh mendoakan ibu dan bapa, menjaga mereka bila tiba hujung usia... 

Andai apa yang kita mahu tidak terlaksana, jika anak yang ditatang tidak sebagaimana harapan... maka, berlapang dadalah dengan suratan Allah. Keadaan ini menuntut kepada muaaqabah, masa untuk bermuhasabah, waktu untuk bermujahadah, saat untuk bermurajaah.... segala yang telah dan sedang berlaku dan akan terjadi.. 

Wahai ibu dan ayah... maafkan anakmu yang tidak mengerti.. dia belum mengenal apa ertinya menjadi ibu, dia tidak tahu apa maknanya bergelar ayah...
Moga Allah menyuluh hatinya untuk ketemu jalan pulang...
Wallahuaalam

Hati Seorang Ibu

Ibu...
Wajahnya terlakar duka
Hati tersirat kecewa
Jiwanya terjalur luka

Saat Syawal mengamit tiba
harapan yang sarat
kepiluan terbuku di kalbu
menunggu anak kesayangan
tidak kunjung tiba

Lalu...
Kecewa dan lukanya dipendam
Mengerti dirinya hakikat menjadi ibu
Terpaksa menahan
Harus menyimpan
Perasaan dan isi hati
Kerana mengetahui
Belum tentu si anak peduli...

Menanti Lebaran

Kuala Lumpur apabila tiba saat berhari raya maka jalan-jalan yang sibuk akan mula sepi. Hari ini banyak kereta telah mula bergerak pulang ke kampung. Masing-masing seperti sudah tidak sabar mahu bertemu keluarga. bagi yang pulang jauh pastikan hati-hati semasa memandu. bagi yang tidak dapat pulang beraya kerana bekerja, harapnya tidak bersedih kerana tidak dapat pulang beraya. Bagi yang masih lagi bermasa muka kerana tidak berpuas hati dengan 'turn' raya, cerialah selalu.. InsyaAllah tahun depan giliran kita.. 

Dalam sibuk mahu pulang beraya, jangan lupa Ramadhan yang berbaki ini perlu dipertingkatkan dengan amalan. Jangan leka atau terlalu sibukkan diri dengan menghias rumah, membuat kueh raya serta menyiapkan keperluan hari raya hingga menjejaskan kualti dan kuantiti ibadat kita. Ambillah peluang yang berbabki ini untuk kita gandakan apa yang telah diamalkan. Moga allah mengampun segala dosa...

Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
Maksudnya: “Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman: “Wahai anak Adam, jika engkau berdoa dan berharap padaKu, nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu yang ada padamu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika dosamu mencapai awan sekalipun, kemudian engkau meminta ampun padaKu, nescaya Aku ampunkan engkau dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika engkau datang padaKu membawa dosa sepenuh bumi sekalipun, lalu engkau mendatangiKu tanpa menyekutukanKu dengan sesuatu, Aku akan mendatangimu dengan keampunan yang sepenuhnya”.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Tuesday, August 14, 2012

Apa Ertinya Sambutan Hari Raya


Hari Raya akan menjelma beberapa hari lagi, antara kesedihan kerana Ramadhan akan berakhir dan gembira kerana Syawal akan tiba bercampur baur. Moga Allah menerima segala amalan kita sepanjang Ramadhan. menyentuh tentang kedatangan Aidilfitri, ia merupakan hari yang bahagia kerana kita berjaya menempuh masa sebulan menajalani ibadat dan dalam masa yang sama datangnya Aidilfitri untuk meraikan kejayaan itu.
Seorang indiviu mengatakan kepada saya bahawa, makna hari raya tiada apa-apa baginya. Dia bukan lagi kanak-kanak kecil yang begitu teringin mendapatkan duit raya. Terkedu saya mendengar kata-kata itu. Kerana pada diri saya hari raya mempunyai satu maknan yang besar buat saya. Setiap kali raya saya yang tinggal berjauhan dengan keluarga akan berpeluang untuk balik ke kampung menemui ibu dan adik beradik serta sanak saudara.

Saya terfikir, mungkin bagi mereka yang sudah biasa bertemu, duduk berdekatan maka mereka tidak merasakan pertemuan keluarga itu satu perkara yang membahagiakan lebih-lebih lagi jika kita  rapat dengan ahli keluarga. Terasa rindu itu meluap-luap bila lama tidak bertemu. Hari raya merupakan masa yang paling indah untuk nerkongsi momen dan segala kenangan masa lalu. Jauh di sudut hati saya bersyukur kerana Allah memberikan rezeki dalam bentuk kasih sayang. Sunnguh ia lebih bernilai dari segala harta benda di dunia ini. Moga Aidil firti yang bakal tiba akan menyemarakkan lagi kasih sayang kita sesama keluarga.   

Sunday, August 12, 2012

Erti Kesetiaan Suami Isteri





Semalam saya terbaca kisah di celah-celah kehidupan yang mengadu perihal pasangan tidak melayan dengan baik dan kurang berkomunikasi hingga menyebabkan individu berkenaan mencari kebahagiaan di luar rumah. Selesai membaca saya mengurut dada kerana merasa kasihan dengan apa yang berlaku kepada beliau. Kasihan kerana beliau kurang sabar dalam menangani ranjau hidup. Ada ketika kita perlu akui tidak semua yang kita inginkan akan dapat dipenuhi. Allah itu sifatnya pemurah dan pengasihani. Kerana sifat pengasih itu Dia menguji kita, supaya kita sedar dan tahu, agar kita kenal erti hidup.
Jika pembaca pernah membaca artikel saya kenapa perlu curang, mungkin boleh saya kaitkan dengan artikel mencari erti kesetiaan. memang diakui kita akan mempersoal kenapa pasangan kita banyak kekurangan lalu kita memilih mencari pasangan yang kononnya lebih mengerti dan memahami. Cuba kita fikirkan juga adakah kita cukup sempurna untuk mengatakan pasangan kita banyak kekurangan. Sudah pasti ada kurang di satu hal tapi ada lebihnya di mana-mana yang kita tidak perasan atau tidak mahu mengakui dek kerana tersilau dengan kelemahan pasangan kita.
Janganlah kerana marahkan nyamuk kelambu di bakar. kerana marah dan tidak berpuas hati dengan layanan pasangan maka kita memilih untuk curang. Ini tidak tepat kerana kita mengorbannkan ramai orang termasuk anak-anak. itu belum masuk maruah diri. Cuba bayangkan bagaimana seksanya hidup seorang ibu tunggal yang ditinggalkan suami kerana kematuian. Mereka yang bernasib begini tidak punya pilihan melainkan mereka terpaksa meneruskan kehidupan. Oleh itu setiap kali merasa pasangan kurang dimana-mana, ambil masa untuk menilai apa kelebihan yang pasangan kita milik. Jika hati sudah pudar kasih sayangnya maka yang baik pun akan nampak sebagai buruk.
Pesanan saya kepada pasangan suami isteri, Jangan tertipu dengan godaan syaitan yang mengajak kita melakukan maksiat dan perkara mungkar.Bajalah kehidupan rumahtangga dengan keimanan. Keimanan dan ketaqwaan akan menyuburkan cinta kita dan pasangan. Bahagia itu lahir dari sikap toleransi antara pasangan. Ingatlah, sewaktu sedang bercinta semuanya indah belaka.

Walaahuaalam


Saturday, August 11, 2012

Berbelanja Secara Berhemah Sempena Hari Raya


 
Semalam sahabat saya menyebut di wall FBnya mengatakan dia terjelepek ditepi dinding pasaraya SOGO dek kerana ramainya orang yang membeli belah di situ. Dia yang tinggal di IPOH sanggup datang ke KL semata-mata kerana mahu berbelanja di Sogo. Saya menyatakan kepadanya yang saya sendiri yang tinggal di KL tidak terfikir bahkan tidak mahu untuk kepusat belibelah itu kerana tidak mahu bersesak dan menempuh trafik jem. Jika ada keperluan untuk membeli belah saya membeli di pasaraya berhampiran dengan rumah. Mudah pada saya kerana anak-anak saya tidak cerewet, apa yang dibeli walaupun mereka kurang berkenan mereka akan pakai. 


Hari ini saya singgah di pasaraya berhampiran untuk membeli songkok si Ieman. Seawal pagi pasaraya sudah penuh. Seperti biasa saya tidak suka berlamaan, beli apa yang hendak terus keluar. Rimas saya dengan orang yang ramai di situ. Apalagi melihat pelabagsi watak dan gelagat manusia rasanya lebih baik kita tidak mengambil masa yang lama untuk membeli belah.

Sewaktu ingin pulang saya terpandang kedai menjual perhiasan dan bunga-bunga palsu ditepi pasaraya. Kedai tersebut milik orang cina tetapi penuh dengan orang Islam yang ingin menghias rumah mereka. Terdetik di hati, perlukah kita berhias dan berbelanja berhabis-habisan semata-mata untuk itu. Tidakkah duit itu boleh disalurkan ke tempat yang lebih bermanfaat? Kalau musim perayaan tahun baru cina, mereka tidak membazirkan duit semata-mata untuk menghias rumah dengan bunga-bunga palsu yang ada kala boleh menyakitkan mata memandang jika berlebihan menghias. Itu belum masuk langsir dan kueh raya yang pelbagai. Tidak salah berbelanja tetapi berhemahlah.
Saya tidak malu memakai langsir lama, jika semata mahu menunjuk rumah kita lawa dan cantik tidak ada maknanya. Pada saya lebih penting rumah itu sejuk dengan solat jemaah yang sentiasa dipraktikan dibanding semua barangan rumah cantik dan baru tetapi berada di dalamnya tidak mendamaikan jiwa dan perasaan. Fikirkanlah sebelum berbelanja agar kita tidak tergolong dalam golongan yang membazir kerana membazir amalan syaitan.
Wallahuaalam

Friday, August 10, 2012

Masih Adakah Ramadhan Buat Kita


Ramdhan semakin pergi
Meninggalkan aku yang masih ternanti
Adakah dirikan bersua lagi
Bersama Ramadhan sekali lagi
Hati terbuku terdetik kini
Adakah sempurna segala janji
Beribadah mencari nur ILLAHI
Bermunajat mohon dosa diampuni
Bakal bertemukah Lailatulqadar yang dicari
Atau masa yang ada tidak dipenuhi
Sebagaimana harapan sebelum ini

Ya Rabbi
terimalah  segala amalan kami
Moga Ramadhan kali ini
Lebih baik dari sebelum ini
Panjang umur murah rezeki
Bakal bertemu Ramadhan lagi
Ameen Ya Rabbal Alamin..

SAJAK

Senario Belajar Dulu dan Sekarang


Bila mengenang kerenah pelajar-pelajar memang adakala kita tersenyum sendiri walau ada ketika terpercik juga perasaan geram bila kita sedang mengajar, mereka tidak fokus pada apa yang dibincangkan tetapi sibuk melihat skrin telefon, melayan facebook dan sebagainya. Melihat mereka terkial-kial menjawab soalan  sewaktu exam akhir  terdetik rasa simpati namun di sudut hati berkata juga, alangkah baik jika masa belajar mereka lebih fokus. Itulah gelagat pelajar zaman sekarang. Jika waktu saya dahulu,usah nak melihat telefon, keluar masuk sesuka hati dari kelas waktu belajar tidak pernah bahkan sepenuhnya fokus pada apa yang diperkatakan pensyarah. Maklum zaman itu pun belum ada gadjet yang cangih, apalagi media internet seperti facebook, twiter dan sebagainya. Sementelah kita rasa sayang untuk keluar waktu pensyarah mengajar kerana  ilmu yang dibimbangi kita akan ketinggalan.

Dulu-dulu jika nak buat assignment pun terpaksa menaip dengan mesin taip. Zaman sekarang banyak kemudahan. namun bila ada banyak kemudahan maka ada banyak pula gangguan kepada pelajar. Saya ingat masa dulu boleh dikatakan setiap orang punyai walkman/radio, kawan-kawan saya kebanyakannya memilikinya. Namun tidak pada saya, pertama saya tidak mahu memiliki kerana merasakan membazir sebab terpaksa membeli bateri (duit yang ada baik disimpan), keduanya saya melihat perkara tersebut lebih membawa "lagha" dari memberi manfaat. Ketiganya saya sakit telinga mendengarnya dan tidak mendapat ketenangan. 
Itu pengalaman masa saya belajar yang sudah pasti amat berbeza dengan apa yang pelajar-pelajar saya lalui. Kalau dulu bercakap-cakap antara lelaki dan perempuan pun dah terasa segan, orang sekarang berkepit seperti suami isteri walhal tiada apa hubungna di dalam kampus seperti tidak rasa bersalah. Walaupun begitu tidak semuanya begitu... Senario yang amat berbeza... apapun moga mereka success... 

Wallahuaalam. 

Wednesday, August 8, 2012

Bila Ketidakadilan Berlaku



Seringkali kita diadukan dengan kisah ketidakadilan yang berlaku pada individu-individu tertentu baik dalam sektor kerajaan atau swasta, samaada pekerja, orang awam, pelajar atau sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa ketidakadilan pihak=pihak yang berkenaan. Bila ia berlaku maka akan ada orang teraniaya. Dan orang yang teraniya ini biasanya adalah individu yang berada di pihak yang tidak memiliki kuasa. Mereka ini adalah dari golongan yang lemah. 

Apabila ketidakadilan berlaku maka kesannya akan ada yang menggunakan kuasa sewenangnya-wenangnya. Mereka ini adakalanya digelar sebagai "untouchable" people. Mereka kebal dari dipersalah atas kesilapan mereka. Bahkan bila hal berkait ketidakadilan dan penganiyaan yang berlaku diadukan, maka yang akan mendapat kesan negatif adalah ot\rang yang dianaiya. Bila ini berlaku maka sudah pasti mereka tidak tahu apa yang perlu dibuat, terpaksa menerima ketentuan, menanggung segala perlakuan atau apa sahaja.

Sememangnya ketidakadilan itu berlaku dimana-mana... dari perkara yang remeh himgga perkara yang penting.. dari sekecil insan hingga ke tahap yang tinggi pangkatnya dalam masyarakat. Persaoalan kenapa ia berlaku itu amat mudah, manusia itu sememangnya ada naluri berbeza, karakter berbeza... orang yang sering tidak berlaku adil sebenarnya mereka ini tergolong dalam orang yang menzalimi diri sendiri. Kuasa ditangan mereka ketika ini, namun percayalah, bagi diri yang teraniya usah gusar, jika kita tidak diberi keadilan sebagaimana sepatutnya ingatlah, Allah itu maha kuasa.. jika tidak di dunia mereka akan menerimanya di akhirat kelak.Kebenaran itu lambat atau cepar akan muncul jua, maka bersabarlah dengan ujian.

Tuesday, August 7, 2012

Meraih MARDHATILLAH


Bila rindu bersatu
Aku lemas dalam sendu
mahu selamanya dekat dengan Mu
andai diberi masa dan peluang
mahu bersimpuh sujud padaMu

Bila keluh kesah bertamu
Engkau tempat mencurah pilu
menjadi sandaran getir dan liku
memboleh aku bertafakkur kepadaMu
bila-bila masa di mana jua

Bila waktu dipenghujung rindu
Mahu ku seru namaMu bertalu
beribu ingatan berjuta harapan
moga kesyukuran ini
diterima dengan keikhlasan
untuk meraih
MARDHATILLAH...

ummu ieman ihsan

Manisnya Ujian Bila Kita Memahami




Salam Ramadhan
Dunia ini pentas ujian, tiap kali kita jatuh terduduk dek kerana ujian yang mendatang baik dalam bentuk kehilangan, kemusnahan serta pelbagai lagi liku dan cabaran yang berbeza. Maka setiap kali itu kita seperti sudah berputus harap dengan rahmat Allah. Maka apa yang perlu kita lakukan untuk berhadapan dengan ujian?Perisai apa yang boleh diguna untuk menjadi kental menolak segalanya? Doa apa lagi yang perlu kita panjatkan? pastinya beribu persoalan mendatang, bertalu kita mempersoal mengapa kita diuji? Mengapa kita yang diuji? Mengapa orang lain tidak diuji seperti kita.

Pembaca budiman...
Andai masa boleh berputar sudah pasti kita mahu memutarkannya agar perkara yang terjadi tidak berlaku kepada kita. Soalnya bolehkah berlaku sebegitu rupa. Jawapannya bukan kita mempersoalkan KENAPA ia berlaku? Tetapi apa yang perlu adalah kita perlu bertanya BAGAIMANA, dan APA selepas ini? Tidak guna memikirkan perkara yang telah terjadi, apa yang penting kita mengambil iktibar dari semua itu.

Mengungkap perkataan sabar juga bukan mudah untuk dilaksana, apapun tarik nafas sedalamnya, ambik masa untuk diri kita menilai dan muhasabah diri. Ingatlah andai ujian ini cukup perit buat kita, pahit untuk dikenang, lukanya begitu dalam bagi yang merasa, pilunya hingga tiada lagi titisan airmata.. Kita masih ada DIA... Kita masih ada YANG MAHA ESA.. Adulah pada DIA.. Insan sekadar mendengar namun insan bukan penyelesai segala masalah. Insan hanya perantara. Tapi hanya DIA yang mampu menjawab, mengabulkan segala permintaan, menjawab segala rintihan.

Andai saat ini duka itu terlalu dalam untuk dirawat, sakit itu amat peduih unutk dikongsi, rasa yang ada tidak semua memahami. Mala pastinya perkara yang tidak mampu diberi manusia akan hanya mampu diberi oleha ALLAH. Andai kita mamup kembali kepada DIA maka kita akan dapat satu jawapan dari persoalan kenapa kita diuji? Iaitu kerana ALLAH menyanyangi kita, DIA mahu kita merayu kepadaNYA. DIA mahu kita dekat kepadaNYA. Jika ini semua kita sedari, maka kita akan dapat merasa MANISNYA IMAN.INDAHNYA BILA DIRI HAMPIR KEPADANYA...
 

Mencari Nur Yang satu



Berkumandang suara azan
mengajak yang berselimut
untuk bangkit menyahut kepadaNya
ada yang mendengar tetapi tuli
ada yang bersuara tetapi bisu

Muazzin bertalu melontar ajakan
memujuk untuk sama meraikan
membangkitkan jiwa yang sedang lena
mencerahkan minda yang tersumbat
mari memuja mari bertahmid

Azan yang berkumandang
bersatu dalam iramanya
mengajak untuk Al Falah
Buat insan yang mencari
Nur yang satu
Maha Kuasa Al Khaliq.

Monday, August 6, 2012

Sejenak Menghayati Ramadhan


Puasa sudah hampir sampai 2/3 Ramadhan... bila difikirkan amat pantas masa berlalu.. hati kita akan semakin sayu dengan ramadhan yang akan pergi. Sayunya hati kerana rasa seperti ketidakcukupan masa untuk beribadat. Terasa masa yang ada banyak dilaburkan kepada tempat lain. walhal semakin kepenghujung maka sepatutnya kita semakin banyak memberi ruang masa untuk lebih banyak beribadat. malangnya jika diperhatikan, surau semamkin susut jemaahnya.. ramai warga lebih suka melihat Olimpik atau menjamu mata di kaca TV dari membaca Al Quran.

Sekadar mengingatkan juga diri yang dhaif dan serab kekurangan ini yang seringkali juga terleka dalam mengejar keberkatan Ramadhan, maka mari kita sama-sama menghayati sejauh mana masa Ramadhan yang telah berlalu telah kita isi dengan sebaik mungkin dan Ramadhan yang berbaki seboleh mungkin mahu kita mencari KUALITI DAN KUANTITI IBADAT.

Moga kita akan lebih istiqamah,ikhlas dalam ibadat serta mengambil peluang untuk lebih fokus dan bersemangat beribadat. Moga Allah memberi kita peluang bertemu dengan Lailatulqadar...

Wallahuaalam

Friday, August 3, 2012

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul


Saat Allah menguji maka kita pasti teringat akan kata-kata pepatah ... "Berat mata memandang berat lagi bahu memikul" ..  itulah yang berlaku saat insan diuji.. Namun setiap kali itu kita boleh mengatasi semuanya dengan kembali kepada Al Quran. ia perlu dibaca dengan penuh kefahaman dan penghayatan. Bagi yang saat ini bersedih dengan ujian menimpa maka rujuklah ayat ini untuk menyedari bahawa Allah itu amat menyanyangi hambaNya. Firman Allah yang bermaksud
Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka menegeuhkan pendirian mereka maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih dan bergembiralah kamu dengan syurga yang telah dijanjikan Allah kepada mu.
Surah Al Fusliat: 30


Ayat ini mengajak kita untuk menilai dan muhasabah serta mengingatkan semula bahawa apa yang berlaku ada hikmah dan kita perlu bersabar dengan semuanya kerana kita perlu yakin janji Allah itu pasti bagi mereak yang bersabar.

Wallahuaalam

Perjalanan Masih Jauh



Hujan panas silih berganti
Mewarna sinar mengubah suram
Mendung dan awan sebati berlagu
Memutih diangkasa melakar hiba
Alangkah saat diri mendongak
Disangkakan cerah suria berakhir
Rupanya ribut yang kelam
Menambah sukar menongkah cabaran
Perjalananku yang masih jauh dan samar
Namun langkah ku hayun jua
Kerana percaya
Ada cahaya di hujung sana...

Ummu iemah ihsan

Thursday, August 2, 2012

Membuat Keputusan Dlm Organisasi

Apabila membuat sesuatu keputusan dalam satu-satu organisasi maka ia perlu dibuat keputusan yang wajar dan tepat mengambil kira semua kepentingan. Malangnya banyak perkara berlaku hanya mengambilkira sebelah pihak sahaja.

Membuat timbangtara dengan mengambil kira kesan jangka panjang dan kesan jangka pendek adalah sesuatu yang perlu dalam membuat keputusan. Selain itu keputusan yang dibuat tidak boleh dipengaruhi satu pihak tertentu.

Nyatanya bukan mudah membuat sesuatu keputusan dalam organisasi kerana ia melibatkan banyak pihak. Namun kita perlu belajar dari kesilapan orang lain dan kesilapan sendiri sebelum-belumnya.

Organisasi yang hebat adalah organisasi yang mampu menjaga kebajikan semua pihak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom Mobile.