Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, June 30, 2014

Saturday, June 28, 2014

Ilmu dalam Islam

Ilmu dalam Islam


Ilmu dalam Islam bersepadu kerana ilmu itu bersifat hidup dan ada asas. Contoh ilmu perakaunan bersifat angka, ia tidak akan habis. Ia satu rantaian. Hikmahnya supaya manusia dapat mengkaji dan mengenal hakikat ketuhanan Allah yang Maha Pencipta. Semua ini ada hubungkait yang ada penerangan dalam Al Quran.
Dr Murice Bucae memeluk Islam bila mengkaji mumia Firaun yang disalut kalsium. Ini telah diketahui oleh orang Islam kerana dalam Al Quran telah dikhabarkan Firaun tenggelamkan Allah di lautan. Ini termaktub dalam kisah Nabi Musa.


Sent from my iPhone

Tip mendidik hati anak muda

Tip mendidik hati anak muda

1. Ibu bapa menjinakkan anak mereka dengan majlis ilmu, ajak anak ke masjid atau surau. Ini adalah pembelajaran secara tidak langsung. Apa yang ibu bapa minat mereka akan galakkan.
2. Remaja perlu faham buku yang bukan semata-mata secara khayalan atau internet.

3. Pilih kawan yang baik agar kita dapat input dari mereka, berkongsi kebaikan.



Sent from my iPhone

Friday, June 27, 2014

Tazkirah Ramadhan : kualiti dan kuantiti ibadat


Bismillah,

KUALITI DAN KUANTITI IBADAT DI BULAN RAMADHAN

Malam ini in sya Allah tibanya bulan Ramadhan yang dinantikan sekian lama, kita semua bakal menjalani ibadat Puasa pada esoknya. Maka sudah pasti kita perlu menanam satu azam dalam diri iaitu mahu memastikan kualiti dan kuantiti ibadat agar ia menjadi Ramdhan yang terbaik buat kita kali ini. Ia juga menjadi penanda aras bagi Ramadhan yang kesekiannya.

Bagi memastikan kualiti ibadat maka kita perlu lebih banyak muhasabah diri serta menilai kembali ibadat-ibadat yang dilakukan dengan menambahkan ilmu yang ada. Kita perlu banyak mendalami dan memahami ilmu agar ibadat yang diamalkan sebelum ini dapat dibuat dengan leibh sempurna lagi, Contohnya dari segi solat, jika sebelum ini kita membaca bacaan dalam solat dengan tidak sempurna maka kita perlu pastikan bacaan kita semakin baik. Sama juga jika kita sebelum ini membaca surah-surah yang pendek kerana tidak mengingati surah yang panjang maka di kesempatan ini juga kita boleh menambah kualiti dengan menghafaz surah-surah yang lebih panjang. Bulan puasa kita ada ruang masa yang tidak digunakan untuk makan dan minum boleh mengambil peluang mengikuti tazkirah di surau atau mana-mana tempat yang diadakan majlis-majlis ilmu. Meningkatkan kualiti ibadat perlu kita mendekatkan diri dengan orang yang berilmu agar kita tahu kesilapan dalam ibadat yang kita lakukan dan mempraktikkannya semula.

Manakala kuantiti ibadat sewaktu bulan Ramadhan sudah pasti ia mampu dilakukan sementelah di bulan ini adanya solat terawaih, adanya juga program qiam yang diadakan dikebanyakan masjid atau surau. Kita juga boleh melatih diri untuk bangun malam bagi beribadat dan memperbanyakkan amalan sunat. Jika sebelum ini kit khatam Al Quran hanya sekali setahun maka pada bulan ini kita boleh menggandakan bacaan Al Quran menjadi 3 kali khatam

Bagi memastikan kuantiti dan kualiti ibadat dapat dilaksanakan pada Ramdhan ini, semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. Kekuatan iman bakal menjadi pendorong kepada meningkatnya kualiti dan kuantiti ibadat.

Allah berilah kami kekuatan untuk beribadat kepadaMu. Ya Allah terimalah ibadat kami. Amen

Wallahuaalam



Wednesday, June 25, 2014

Kasih Mu Ibu



Kasih ibu membawa ke syurga
Namun sering kita lupa
segala yang korbankan untuk kita

Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
kau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu, ooh di dalam nadiku
9 bulan ku dalam rahimmu
bersusah payah, oh ibu jaga diriku
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu
tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah do’a oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan do’amu (2x)
mengalir di setiap nafasku (2x)
ibuuuuuuuuuuuuuu……….. (3x)
Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
engkau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu oh di dalam nadiku
indah bercanda denganmu ibu
di dalam hati ku kini slalu merindu
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu
tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah doa oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan doamu (2x)
mengalir di setiap nafasku (2x
ibuuuuuuuuuu…….. (3x)
“Allahummaghfirlii waliwaa lidayya warhamhumaa kamaa rabbayaanii shaghiiraa”

Tuesday, June 24, 2014

Tazkirah Ramadhan

Tazkirah Ramadhan

 اللهم بالامن واليمان والصحه رب وربك الله

فذكر تنفع الزكر تنفع الموءمنين 
الحخزات ١٣
Allah lebih mulia adalah orang yang benar-benar bertaqwa kepada Allah. 
Ciri orang bertaqwa adalah menyedari keberadaan Allah. Maka ia dapat mengelakkan dosa.
Yakin dengan janji Allah maka insan tidak akan melakukan perkara mungkar. Umpama mengumpat pada bulan puasa.  
Kita perlu perbanyakkan selawat dalam setiap gerak geri dan perbuatan. 
ان الله لا يخلف المسعاد
"Allah tidak memungkiri janji"
Bagaimana mengutip pahala? Tidak susah hanya dengan membuat ibadah yang mudah. Zikir kepada Allah akan menjauhkan kita dari hasutan syaitan.
Setiap musibah perlu menyebut    
" ان لله وان اليه راجعون"
Taqwa adalah kemuliaan yang hakiki. Apa yang dipandang oleh Allah adalah orang yang mentaati Allah.


Wallahuaalam


Sent from my iPhone

Saturday, June 21, 2014

Madrasah Ramadhan

Madrasah Ramadhan

Kuliah maghrib "Sempurnakah ramadhan ku"...Oleh Us Shamsul Hakim,pensyarah USIM.
16 Jun 2014 surau al islah,presint 9,fasa 7


Adakah kita bersedia utk dipinang Ramadhan

Persiapan kte utk menerima kehadiran ramadhan. setiap tahun ramadhan datang jumpa kte tepat pd 1ramadhan.
Bagi orang yang bersedia, dia dah buat persediaan sejak bulan rejab...bahkan lebih awal dr itu.

Bilamana dtg nya ramadhan. Dibuka semua pintu syurga, d tutup semua pintu neraka, dan syaitan d belenggu.
Tiap tahun ramadhan datan pinang kita utk menjadi penghuni syurga Allah... tapi berjaya atau tidak pinangan itu bergantung pada persediaan kita

analogi... Kalau nak kahwin pun kita akan tengok "latar belakang" pasangan yang meminang dan di pinang...

Para salafussaleh punya rindu dengan ramadhan dah minta pada Allah agar dapat bertemu ramadhan, 6bulan sebelum ramadhan...
Sepanjang 6bln selepas ramadhan pula mereka mtk agar Allah terima amal ibadah mereka spjg ramadhan yg lalu.

bagaimana kita pd hari ini?Jangankan rejab, lagi 2 minggu ramadhan pun boleh ada acara acara berbentuk hiburan lagi.
Seolah-oleh tak rasa apa... Tak rasa nk dipinang oleh ramadhan... Tak rasa nak mengambil "hantaran" janji takwa dan balasan syurga yang d di bawa ramadhan. kehebatan ramadhan... Allah seru dgn panggilan yg mulia i.e. "wahai org2 yg beriman"...
Iman yg sebenar-sebenar bertapak dalam hati.

Surah al-baqarah ayat 185
... Wahai orang2 yg beriman...
... Puasa telah d fardukan juga pada umat yang terdahulu dr kamu...
... Perintah bukan saja untuk suka suka tetapi sebab Allah nak beri anugerah yg besar...i.e takwa... Dan sbgaimana kita tahu takwa adalah "lesen" utk kita menjadi penghuni syurga Allah...

Allah ampunkan segala dosa bagi orang yg puasa benar-benar kerana Allah dgn penuh iman dan takwa...

Dosa ibarat racun yang merosakkan diri dan akhlak seseorang...

penyakit hati umat akhir zaman... Sebab tidak berlaku pembersihan "hati" yg d penuhi "racun dosa".

umpama makan. banyak benda bukan-bukan yang akhirnya jadi racun pada badan...yang boleh menyebabkan kanser dlm tubuh...

keampunan Allah itu maha luas terutamanya dalam bln ramadhan...

... Wahai anak adam,selama mana engkau menyeru nama Ku,meminta kpd Ku, kau akan dapati Aku ini dekat ... Dan akan ampunkan dosa mu tak kira berapa besar selama mana kamu tidak mensyirikkn Allah.

Allah buka seluas-luas pintu rahmat kepada semua hamba Nya... Jika lah manusia itu boleh melihat rahmat keampunan dan kasih sayang Allah, nescaya kita akan terpegun dan rasa menyesal kenapa tidak taubat dan mohon ampun pada Allah...

Allah kunci serapat2nya pintu neraka... Sebab tidak ada hamba Nya yg menempah tiket ke neraka... Tapi manusia yang degil tak sedar diri ada juga yg "pecah masuk" pintu neraka dgn membuat larangan2 Allah... seolah-oleh sengaja menempah tempat ke neraka Allah...
Punya lah Allah sayang,bukan setakat buka pintu syurga seluas2nya, tutup pintu neraka seketat2nya... Bahkan Allah membelenggu syaitan... Agar kita dapat fokus beribadah...cari rahmat dan redha Allah...

Dalam surah al-araf dan beberapa surah lain Allah menerangkan tentang azabnya bagi penghuni duduk neraka serta penyesalan penghuni neraka.

ganjaran ramadhan adalah rahmat, Keampunan serta Kelepasan drpd api neraka.

Maka setiap individu perlu kena azam dari sekarang agar pinangan ramadhan tahun ini kita terima dengan persediaan yang rapi...

...siapkan hati untuk terima ramadhan... (sama mcm seorang wanita yg persiapkan hati dan diri utk terima pinangan seorang lelaki yg bakal menjadi suaminya)

Perlu sempurnakan kewajipan umum i.e sempurnakan solat fardhu sesempurnanya.
Jaga solat fardhu dan bawa barang keperluan dan tinggalkan bebanan yang tidak perlu. Usahakan agar sebelum ramadhan, semua beban2 dosa dilangsaikan...
Mohon maaf dgn semuaorang yg kita buat salah... Dosa tu yang menjadi beban menyebabkan manusia berat(malas) nak buat baik,nak beribadah.
Perbanyakkan solat tarawih i.e buat sampai siap sama2 dgn imam.
Banyakkan membaca quran, Qiamulail.

wallahualam.

Nota catatan Nur Hurriyatul Huda Abdullah Sani.


Sent from my iPhone

Sharing Ex CEO Proton

Sharing Ex CEO Proton
Dato Seri Tuan Syed Zainal

Persepsi salah kita : Nak berjaya kena ada background keluarga berjaya, ada peluang yang yang besar dsb.

Nak Berjaya?
1. Extreme level of confidence
-the way you bring dan put yourself. Walk, speak, smile, talk.

2. Jangan malas cari ILMU
-terutama ilmu di luar buku. Use all senses (dengar, lihat, sentuh) to perceive information from your surroundings.

3. Janganlah takut gagal (takut malu, takut risiko)
-semua benda berisiko sekarang. Keluar jalan raya risiko dilanggar kereta. Hujan risiko dipanah petir. Nak berjaya, risiko memang asam garam.

4. Kena SUKA dikritik. Buka hati seluas-luasnya.

5. Bersyukur dengan apa yang ada. Bersyukur bukan pasrah. Bersyukur maksudnya hargai. Say and express to Allah, thank him.

6. Have crystal clear DREAM.
-tulis. Kalau tak sekadar angan-angan mat jenin.

7. Paling DISIPLIN
-it's all in your mind. It's you who choose when to be disciplined.

8. Pilih kawan-kawan yang BERJAYA.
-maka anda pun akan jadi berjaya. Tak rugi memilih kawan. Nak kawan yang gagal dan anda gagal atau be selective dan anda berjaya? Pilihan anda.

Sekian. Anda kaya dan berjaya!!!!!

Dipetik dari Wassap


Sent from my iPhone

Monday, June 16, 2014

Sekolah kehidupan


Bismillah,

Perjalanan hidup merupakan sekolah kehidupan yang paling bernilai dalam mencorakkan diri serta memberi pengalaman kepada individu. Pengalaman yang dikutip dari segala cabaran yang dihadapi jika dikutip secara positif dan diaplikasi segala pengajaran yang baik bakal memberikan satu kejayaan. Namun ramai yang melihat sekolah kehidupan dengan segala macam keluh kesah, penyelasan serta kekecewaan semata-mata kerana apa yang berlaku tidak sebagaimana di harap.

Jika kita perhatikan ramai insan berjaya terpaksa melalui lebih dahulu liku yang pahit barulah mereka menemukan kejayaan. Tidak sikit yang mereka lalui bahkan segalanya amat payah dan menggalsa derita yang panjang. Tetapi dek kesabaran maka akhirnya nikmat kejayaan berjaya diperoleh. Hidup yang menjadi pentas dugaan ramai yang tewa dipertengahan jalan. Segala pengalaman tidak diambil sebagai iktibar maka ia merugikan diri. Maka tidak pelik jika kita lihat betapa ramai yang terlibat dengan penagihan dadah hanya kerana mereka berdepan masalah keluarga yang berantakan, tidak cukup kasih sayang, tiada didikan serta pelbagai lagi sebab yang diberi yang seolah menghalalkan mereka untuk terlibat.

Sekolah formal yang kita lewati serta sekolah kehidupan yang kita lalui jika digabung keduanya bakal menjadi resepi terbaik untuk membantu diri melangkah dan meneruskan perjalanan hidup.
Sekolah menjadi amat bermakna bila kita semua boleh memahami yang tersirat disebalik tersurat. Ia mengajar diri menjadi lebih berdikari dan tabah menghadapi apa jua rintangan.

Wallahuaalam.

Tuesday, June 10, 2014

Akaun Akhirat

Akaun Akhirat

Sedekah adalah salah satu akaun untuk akhirat. Harta wakaf adalah akaun akhirat yang kekal dan tidak boleh dipindah milik. Ia menjadi hak Allah bila diniat wakaf. Dari segi pahala wakaf akan berkekalan bila manfaatnya dinikmati. Pahala sedekah pula tidak berpanjangan.

Sedekah dan hibah ada manfaatnya. Sabda Rasulullah bila ditanya orang yang paling cerdik adalah ; orang yang banyak mengingati mati, membuat persediaan menghadapi mati. Riwayat Ibnu Majah.

Kita adalah calon jenazah, jadi apa yang dibawa ke lubang kubur. Sedekah amat bernilai, menurut Anas bin Malik amalan yang diterima selepas mati
1. Membina masjid
2.Mengalirkan air sungai
3. Tulis quran
4. Gali perigi
5. Tanam pokok
6. Anak anak yang soleh
7. Sedekah jariah

Wakaf adalah pulangan untuk usahawan akhirat. Selagi ia dimanfaatkan. Muamalah dengan sistem wakaf membantu pembangunan sosial masyarakat. Sabda Nabi tertegaknya Islam dengan keadilan pemerintah, orang kaya yang pemurah.


Sent from my iPhone

Idea Menulis

Idea Menulis


Ada ilmu dan maklumat itu satu perkara. Kemahiran menulis itu satu perkara lain.

a. Kedua-duanya tidak seiring.
b. Tidak salah menulis tentang perkara yang kita suka.
c. Orang lain boleh menuliskan tentang aktiviti dan pengalaman kita, jikalau perlu.

-Prof Abdullah


Sent from my iPhone

Apa ada pada sehelai kertas putih

Apa ada pada sehelai kertas putih

sikap
tingkah laku
Matlamat
hala tuju
tindakan
cara berfikir
cara bertindak


Sent from my iPhone

Idea Menulis

Idea Menulis

Bermula dengan sebaris ayat, ku lakarkan ilham tersirat, menyampaikan apa tersurat, moga jadi panduan bekalan akhirat.

Lama tidak menjenguk laman ini, menukil idea membaja kata kata. Mencari idea perlu banyak memerhati, menelaah.


Sent from my iPhone

http://zaadut-taqwa.blogspot.com/2012/08/10-panduan-menyambut-hari-raya.html

http://zaadut-taqwa.blogspot.com/2012/08/10-panduan-menyambut-hari-raya.html
Ucapan Rasulullah saw apabila bertemu. Sahabat pd hari eidul fitri: Taqabbalallahu minna wa minkum (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu) .Bersyukur dgn nikmat Allah swt.


Sent from my iPhone

Sunday, June 1, 2014

Kelebihan Solat

Kelebihan Solat

Jaminan bagi orang yang solat adalah kejayaan. Walau sibuk tapi perlu disempurnakan.

Di negara Arab kita sering melihat ramai yang solat di atas tanah. Kita takjub melihatnya. Bila mengadap Allah di atas tanah maka ia satu penghayatan. Contoh di Sudan yang bekerja sebagai petani bila tiba waktu solat mereka akan menyegerakannya. Inilah satu penghayatan Rabbani.

Tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada Allah bagi yang beribadat melainkan hambaNya yang bakal memperoleh ganjaran. Bila kita taat pada Allah apakah Dia memperoleh manfaat? Allah tidak mengambil manfaat dari hamba.

Perintah dan larangan Allah adalah untuk hamba. Solat adalah kepatuhan ubudiyyah. Solat mengelakkan kita dari bala, memberi ketenangan. Ahli ibadat banyak memperoleh rezeki.

Kisah seorang lelaki Arab yang hebat belajar di luar negara banyak berzina. Bila pulang ke negara asal dia mendapat jodoh dengan wanita yang baik. Setelah bertahun-tahun berkahwin mereka tetap tidak memperoleh zuriat. Bila dirujuk kepada pakar, rupanya soermanya sudah mati.

Segala hukum syarak ada sebab-sebabnya, ia diikat dengan maslahah yang tidak terjangkau. Jaga solat boleh mengelakkan persengketaan dan perceraian.

Ayat tentang penjagaan solat diantara penerangan bab perceraian ada hikmahnya. Maka solat jemaah akan dapat mengelakkan perceraian. Falsafah ibadah yang ada dalam rukun Islam semuanya ada hikmah tersendiri bagi umat Islam.

Segala syariat Allah adalah untuk hambaNya kerana Allah itu Maha Kaya dan tidak memerlukan pada makhluk.

Wallahuaalam

Intipati Cinta Ilmu
Bicara Tasawwuf TV Hijrah
Oleh: Dr Zulkifli Al Bakri


Sent from my iPhone