Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, August 22, 2014

Hikmah ujian

Bismillah,



Airmata masih lagi mengalir laju saat melihat paparan video dan membaca kisah-kisah MH17 yang dipaparkan di mukabuku. Ia satu yang amat pedih. Terasa akan kahilangan orang tersayang. Firman Allah dalam Surah Al Ankabut ayat 2 : Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: " Kami telah beriman" . sedang mereka belum di uji?"

Ayat di atas mengambarkan kepada kita bahawa setiap individu pasti akan diuji dan semakin tinggi tahap keimanan maka semakin hebat ujian yang bakal ditempuh. Lalu siapakah kita yang mampu mengelak segala ujian. Maka bila diuji yakinlah Allah memberikan ujian itu dengan hikmah yang tersendiri. Kita akan menyedari hikmah itu bila ujian itu kita dapat lepasi dan dari situ kita memperoleh pengalaman dan pengajaran yang maah bererti.

Ujian seringkali datang secara berangkai-rangkai. Satu demi satu ia hadir, namun percayalah ujian itu yang mendekatkan kita dengan Dia. saat kita rasa hidup ini tiada liku dan cabaran dan hati kita sentiasa berlgu riang maka berwaspadalah ditakuti kita jauh dari kasih sayang dah rahmat Allah, kita hanyut sendirian. Namun bila ada ujian ia seperti jam loceng yang membangkitkan kita dari khayalan.

Hidup satu perjuangan, bagaimana hebat ujian yang tiba kita harus bangkit melawan dengan iman yang kental, semangat yang jitu serta keyakinan yang padu bahawa Allah akan membantu ,cepat atau lambat. Paling penting kita sentiasa redha dan pasrah bahawa ujian itu adalah fitrah buat semua. ia besesuaian dengan diri individu tersebut. Berdoalah agar Allah menerima semua amalan kita.

Wallahuaalam

Bekal ke syurga


Bismillah,

Kebahagiaan ada dalam diri, kejayaan amat bergantung kepada apa yang kita lakukan sebelum ini, ia adalah usaha secara berterusan dengan doa yang sentiasa tidak putus pada Rabbnya.

Memetik kata-kata Tuan Shahrul Bear di muka buku beliau: "Nasib manusia tidak dapat kita jangka. Tetapi jika kita berani melakukan perubahan pada diri dan sikap kita ada banyak benda yg boleh kita capai di dalam hidup. Tetapi jika kita kekal selesa dengan apa yg kita ada maka jangan terperanjat jika satu hari ia hilang tiba-tiba. Nothing is permanent forever" Saya rasa saya sudah mula tua pada usia 47 tahun ini. Bukan lagi muda seperti dulu. Maka perlu dilakukan perubahan di mana patut. Perlu lebih rajin ke masjid, perlu delegate kerja mana yg patut, perlu dimulakan succession plan, perlu jaga makan, perlu lebih dekat dengan keluarga dan anak2. Waktu muda sudah banyak dihabiskan membina petak2 sawah. Mungkin sekarang sudah hampir musim menuai"

Realitinya inilah kehidupan, ada masa kita di bawah dan ada kala kita di atas, kerana itu kita perlu sentiasa sedar bahawa apa yang ada adalah miliknya. Kita sekadar insan yang dipinjamkan segalanya. Bila kita mewah dengan segala kurniaan maka bersyukurlah. Bila diuji dengan kesusahan maka berusahalah mencari jalan agar kita akan lebih berjaya di hari kemudian. Ramai yang hidup di dalam zon selesa merasakan cukup dengan apa yang ada, persoalannya kecukupan itu mungkin hanya untuk diri sendiri tapi tidak bagi yang ada di sekeliling kita. Oleh itu bagi mencapai bahagia maka kita perlu melakukan sesuatu diluar dari zon selesa kita. Ia bermakna kita hidup sederhana bukan bermewah dan menggunakan rezeki yang ada untuk memberi pada yang memerlukan.Disaat orang lain leka dan malas dengan kehidupan, namun kita bekerja keras bukan semata untuk diri sendiri tetapi ia bagi memperoleh keredhaan Allah. Berkorban apa yang ada untuk ummah. Moga darinya kita memperoleh gandaan pahala buat bekal ke syurga.

Wallahuaalam.

Biarkan ia berlalu


Bismillah,

Hati seringkali berbolak balik, itulah fitrah manusia. Hari ini sayang lusa benci, hari ini rindu esok pandang tidak mahu. Itulah yang sering berlaku dalam perhubungan rumahtangga. Apakah yang membawa kebencian setelah sekalian lama menganyam kasih sayang bersama. Dimanakah silapnya? Tidak cukup banyakkkah kenangan manis bersama hingga perkara buruk jua yang diungkit saat amarah melampis diri.

Thursday, August 21, 2014

Ukuran kejayaan

Ukuran kejayaan...
Pd usia 4 thn, kejayaan anda ialah anda tak kencing dlm seluar,
Pd usia 8 thn, kejayaan anda ialah anda mengenali jalan pulang ke rumah,
Pd usia 12 thn, kejayaan anda ialah memiliki kawan2,
Pd usia 18 thn, kejayaan anda ialah anda berjaya memiliki lesen memandu,
Pd usia 23 thn, kejayaan anda ialah keluar dsri universiti (sebagai graduan)
Pd usia 25 thn, kejayaan anda ialah mendapat pekerjaan,
Pd usia 28, kejayaan anda ialah memiliki isteri / suami,
Pd usia 30, kejayaan anda ialah mendapat anak,
Pd usia 35, kejayaan anda ialah memiliki harta (spt rumah sendiri),
Pd usia 45, kejayaan anda ialah anda masih kelihatan muda dan bertenaga,
Pd usia 50, kejayaan anda ialah anak2 anda telah berjaya,
Pd usia 55, kejayaan anda ialah anda masih mampu memenuhi tanggungjawab suami isteri,
Pd usia 60, kejayaan anda ialah anda masih mampu memandu sendiri kereta,
Pd usia 65, kejayaan anda ialah hidup tanpa penyakit,
Pd usia 70, kejayaan anda ialah anda tidak merasa diri anda beban atas org lain,
Pd usia 75, kejayaan anda ialah anda masih mempunyai kawan sebaya,
Pd usia 80, kejayaan anda ialah anda masih ingat jalan pulang ke rumah (tak pelupa),
Pd usia 85, kejayaan anda ialah anda masih tidak kencing dlm seluar...
Begitulah dunia (pusingan yg dialami semua hamba).
Kata imam Ghazali...yg paling dekat dgn kita ialah MATI ..
Kejayaan sebenarnya pada bila bila masa ialah apabila kita taat perintah Allah mengikut cara Nabi SAW.
"RENUNGAN MASA TUA"

1. Sisα hίdυρ semakin pendek:
» yg boleh kita makan, makanlah;
» yg boleh kita pakai, pakailah;
» yg Ingin kita beli, belilah;
» kalau masih mampu memberi, berilah;
» masih mampu berbagi, berbagilah.

Kerana semua yg ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dgn ahli waris, Allah yg akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.
Nikmatilah hίdυρ ini dgn pasangan kita selagi masih ada.

2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dgn berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah & selalu mengucap syukur, kerana kita tdk tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.

3. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI !

4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang; membandingkan ke bawah, kita merasa lebih; bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia.
Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya.

5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan --- semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman.
Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku Yg Baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal2 tercela, mengawal diri.
Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada...
dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin.
Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίdυρ ini.

6. Kasih ibubapa kepada anak2 tidak ada batasnya !!!.
Kasih anak2 terhadap ibubapa jelas batasnya.
Sedarlah! tatkala anak sakit, hati ibubapa terhiris;
tapi tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya2 ala kadar...
Anak2 memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku!!!
Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.

7. Rumah ibubapa adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberikan anak2 tanpa batas... tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada ibubapa mereka.

"SELAMAT BERBAHAGIA PADA MASA TUA"

Semoga bermanfaat...

copypaste dari wassap group


Sent from my iPhone

Ibu tunggal vs Ibu tinggal


Bismilllah

Kehidupan adalah cabaran, ia pentas ujian. Takdir dan nasib tiap individu ada yang sama ada dan ada yang berbeza. Ada kalangan kita yang kehilangan insan tersayang baik kerana maut dan ajal atau kerana perceraian. Maka hidup berseorangan membawa bersama beban dan tanggungjawab. Segala harapan akan musnah jika tidak cukup kuat. Dalam konteks ini biasa individu yang melalui hal ini dikatakan sebagai ibu/bapa tunggal. Sudah pasti cabaran besar adalah menjadi ibu, pada mereka segala beban terpaksa ditanggung apalagi bila ada keluarga yang perlu diperhatikan.

Antara rindu dan dendam



Bila rindu berbicara
dendam berlalu pergi
bila rindu datang lagi
dendam membara hanyut pergi
bila kasih tidak utuh bersemi
dan duka berselirat di hati
kenangan manis tiada lagi diingatan
yang ada
kemarahan sisa semalam
maka
hati tiada ketenangan
bila amarah ada tersimpan
buang ia jauh agar hanyut digaris pandangan
moga cinta kan bersemi abadi

Ummu iman ihsan
21 Ogos 2014



Wednesday, August 20, 2014

Mengandung diusia 40an


Bismillah,

Isu kali ini adalah tentang mengandung di usia 40an. Ada yang setuju ada yang ragu. Namun ada pro dan con tersendiri. Ramai yang mengatakan bila usia masuk 40an itu adalah masa untuk berehat dari mengandung kerana bimbang implikasi kesihatan dan juga risiko kepada anak-anak. Jika dulu usia 38 dianggap lewat namun sekarang usia 45 masih boleh jika kesihatan mengizinkan. Menurut rakan saya ibunya mengandung di usia 48, bahkan ada seorang yang dikenali menyebutkan jirannya mengandung di usia 52 tahun. itulah rezeki dihujung usia, tiada yang menjangka.

Dalam konteks ini ramai yang memilih mahu mengandung walau usia lewat kerana bila anak membesar teras sunyi. Bila ada anak kecil maka suasana akan meriah kembali. Tanggungjawab itu perkara biasa kerana ada juga yang mempersoal masa untuk beribadat akan sibuk dengan mengasuh anak kecil,apa jua ia berngantung kepada individu.

Khadijah r.a isteri Rasulullah melahirkan anak-anak diusia 40an. Jadi sudah pasti ia menjadi satu inspirasi, apa yang penting ibu-ibu perlu menjaga kesihatan diri sebaik mungkin dan sentiasa mendapatkan nasihat dari doktor. Selebihnya berdoa moga Allah berikan kesihatan kepada ibu dan anak. 

Tuesday, August 12, 2014

Isteri terbaik

Bismillah,

Alhamdulillah Allah memberikan ruang waktu untuk mencoret walau sedikit lama tidak berkesempatan untuk menulis. Kali ini saya terpanggil untuk mengulas isu Isteri terbaik. Hebat dibincangkan dan menjadi viral di FB dan wassap bila isteri meminang sahabat baiknya sendiri. Saya setuju dengan tindakan isteri tersebut dengan menerima madu dari sahabat baik sendiri daripada bermadu dengan orang lain yang tidak dikenali, apalagi insan tersebut bakal menjadi isteri ke-dua kepada suami dan ibu tiri kepada anak-anak. ia pastinya tidak mudah namun hati yang kental dan pasrah pasti mampu BERBAHAGI KASIH.

Apapun isu isteri terbaik pada hemat saya bukan semata mampu berkongsi kasih sayang dengan orang lain. Malah ia perlu lebih dari itu. Maka di sini saya senaraikan apa yang dikatakan terbaik dari sudut pandang saya sendiri:
  1. Isteri yang mampu mendidik dan mentarbiyyah anak-anak dengan cara hidup Islam
  2. Isteri yang mukminah solehah., menjaga hak Allah dan Rasulnya.
  3. Isteri yang tahu erti tanggungjawab baik sebagai isteri, anak,ibu, ahli dalam masyarakt dan lain-lain
  4. Isteri yang boleh menerima kelebihan dan kekurangan suami seadanya
  5. Isteri yang boleh menerima keluarga mertua walau cara berbeza
  6. Isteri yang sabar dengan dugaan dan cabaran
  7. Isteri yang boleh menutup aib suami
  8. Isteri yang menjadi contoh teladan kepada orang sekelilingnya
  9. Isteri yang berbuat baik kepada ahli keluarganya
  10. Isteri yang disenangi jiran tetangganya.
Firman Allah:
Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yang baik-baik (yang merdeka, yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman, maka bolehlah kamu berkahwin dengan hamba-hamba perempuan yang beriman yang kamu miliki. Dan Allah lebih mengetahui akan iman kamu kamu masing-masing (suami yang merdeka dan isteri dari hamba-abdi itu) adalah berasal sama (dari Adam, dan seugama pula). Oleh itu berkahwinlah dengan mereka dengan izin walinya serta berikanlah maskahwinnya menurut yang patut. Mereka (hamba-hamba perempuan yang akan dijadikan isteri, hendaklah) yang sopan bukan perempuan-perempuan lacur, dan bukan pula yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan. Kemudian setelah mereka (hamba-hamba perempuan itu) berkahwin, lalu mereka melakukan perbuatan keji (zina), maka mereka dikenakan separuh dari (hukuman) seksa yang ditetapkan keatas perempuan-perempuan yang merdeka. (Hukum perkahwinan) yang demikian (yang membolehkan seseorang berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu ialah bagi orang-orang yang bimbang melakukan zina di antara kamu dan sabarnya kamu (tidak berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu adalah lebih baik bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(An: Nissa 25)



Kisah Fatimah Az Zahra boleh dijadikan panduan bila Saidina Ali mahu menambah isteri, apabila Fatimah mengadukan pada Rasulullah maka ia bukan bermakna Fatimah tidak menjadi siteri terbaik bila menolak poligami.
Sesungguhnya setiap satu peristiwa itu ada hikmah yang besar. Soal hati itu menjadi isu hingga isteri-isteri Rasulullah juga bersaibg sesama sendiri merebut tempat istimewa. Maka bagi isteri yang redha dan pasrah bermadu ternyata mereka itu hebat jiwanya, kental hatinya. Dan tidak bermakna mereka yang tidak rela bermadu itu tidak hebat, pasti mereka juga ada kehebatan tersendiri. Setiap insan ada kelebihan, pastinya Khadijah binti Khuwailid insan terpilih menjadi isteri yang miliki cinta agung suaminya Nabi Muhammad SAW.

Wallahuaalam