Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, August 31, 2016

Rehlah Menuju Haji

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1456874407672522&substory_index=0&id=124946954198614

Bersedekah Semampu Mungkin

Bersedekah Semampu Mungkin

Dari Said bin Abi Burdah, dari datuknya berkata, Nabi SAW bersabda:
"Wajib bagi setiap muslim untuk bersedekah." Para sahabat bertanya; "Bagaimana jika ia tidak mendapatkannya? ' Baginda bersabda: 'Berusaha dengan tangannya, sehingga ia boleh memberi manfaat untuk dirinya dan bersedekah.'

Mereka bertanya; 'Bagaimana jika ia tidak boleh melakukannya? ' Baginda bersabda: 'Menolong orang yang sangat memerlukan bantuan.'

Mereka bertanya; 'Bagaimana jika ia tidak mampu melakukannya? ' Baginda bersabda: 'Menyuruh untuk melakukan kebaikan atau; menyuruh melakukan yang makruf'.

Mereka berkata; 'Bagaimana jika ia tidak dapat melakukannya? ' Baginda bersabda: 'Menahan diri dari kejahatan, kerana itu adalah sedekah baginya.'
(HR Bukhari No: 5536)

Sedekah Paling Besar Ganjaran

Sedekah Paling Besar Ganjaran

Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata,: "Seorang laki-laki datang kepada Nabi SAW dan berkata,: "Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?". Baginda menjawab: "Kamu bersedekah ketika kamu dalam keadaan sihat dan kikir, takut menjadi fakir dan berangan-angan jadi orang kaya. Maka janganlah kamu menunda-nundanya hingga tiba nyawamu berada di halkum. Lalu kamu berkata, yang ini milik si polan dan yang itu milik si polan. Padahal harta itu sudah menjadi milik si polan (ahli warisnya). (HR Bukhari No. 1330)




Sent from my iPhone

Ibadah Haji Menghapuskan Dosa Seperti Baru Lahir

Ibadah Haji Menghapuskan Dosa Seperti Baru Lahir

Dari Abi Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Orang yang melaksanakan ibadat haji ke Baitullah dan ia tidak melakukan rafats (bersetubuh dengan isterinya), tidak melakukan kefasikan maka ia akan kembali seperti ketika dilahirkan ibunya (bersih dari dosa) HR Bukhari No: 1690

31hb Ogos 2016
28 Zulkaedah 1437H




Sent from my iPhone

Wednesday, August 10, 2016

Nota Bisnes

Nota Bisnes

Perniagaan Yang Baik Ialah Perhubungan Pelanggan Yang Baik

----------------------------------------------------------------------

Perniagaan ialah satu proses perhubungan diantara produk atau perkhidmatan dengan bakal pelanggan atau pelanggan sedia ada. Di dalam setiap kelas yang saya berikan samada didalam seminar umum, kelas kepada pelajar Sarjana sekalipun kepada pelajar diploma yang melibatkan penerangan tentang isu "Perniagaan" atau isu "Pemasaran, saya akan mulakan dengan memberikan penerangan tentang perspektif "Perhubungan"di antara Produk dan Perkhidmatan dengan bakal pelanggan atau pelanggan sedia ada.

Hubungan yang saya maksudkan ialah bagaimanakan kita mencuba dan mencari peluang dan ruang terbaik untuk terus "menghubungkan" syarikat, produk dan perkhidmatan anda kepada pelanggan.

Jika kita lihat, kekuatan penjualan atau kekuatan sesebuah perniagaan bukanlah bergantung kepada kekuatan produk atau perkhidmatan semata-mata, tetapi dia melibatkan elemen "hubungan" yang baik dan mapan di antara syarikat, produk atau perkhidmatan.

Persoalan "hubungan"yang baik ini harus berlaku kerana setiap satu pusingan perniagaan yakni dimana anda menjual produk atau perkhidmatan kepada pelanggan dan pelanggan membayar nilai atau harga tersebut; dan wujudlah satu proses yang dinamankan "Transaksi Perniagaan"dan setiap "Transaksi Perniagaan"yang telah wujud akan memberikan satu "Pendapatan" kepada anda.

Jadi, bagi melunaskan transaksi yang berterusan, maka satu "hubungan"yang baik harus dimaterikan dan bagi proses evolusi dan revolusi untuk mengekalkan "transaksi"yang berterusan inilah maka wujudnya pelbagai teknik seperti(sebagai contoh):

1. Pengurusan Khdimat Pelanggan (Customer Service Management)
2. Pengurusan Aduan (Complaint Management)
3. Strategi Pengekalan Pelanggan (Customer Retention Strategy)

dan pelbagai lagi teknik dan tip.

Saya masih ingat dengan jelas pada tahun 2005, ketika saya diberi taklimat oleh syarikat General Motors di Ibu Pejabat di Jerman tentang kekuatan Toyota dan kejayaan Toyota didalam merangkul kejayaan sebagai syarikat gergasi dunia dan mengatasi GM atau General Motors adalah berlandaskan kekuatan Sistem Perkhidmatan Pelanggan yang baik.
Taklimat dilakukan di ibu pejabat General Motors berdekatan dengan lebuhraya Autobahn - (dimana selepas taklimat pihak General Motors mereka telah menyediakan Opel Astra HPC (High Perfomance Vehicle kepada saya kerana mereka tahu saya berminat dengan kenderaan laju yang untuk berikan pengalaman saya "membelasah"kenderaan tersebut di atas lebuh raya tanpa had kelajuan kerana Autobahn merupakan satu lebun raya yang dibenarkan untuk anda memandu dengan kelajuan tanpa had pada sektor-sektor yang dibenarkan)

Apa yang saya cuba tekankan disini, selain dari ficus syarikat kepada pembangunan produk, kekuatan proses syarikat, kelebihan perkhidmatan anda dan aspek-aspek perniagaan yang lain, anda jangan lupa untuk mengukuhkan perihal hubungan syarikat anda dengan pelanggan. Seperti kata-kata yang sering kita dengar,

Ada 5 tip ringkas yang saya selalu ingatkan diri saya dan sentiada "tegur" diri saya sendiri didalam hal ini. Antaranya ialah:

1. Dengar
Sila dengar kehendak pelanggan dan dengar apakah yang orang ramai dipersekitaran bercakap tentang produk anda dan ubah ke arah kebaikan.

2.Hargai Pelanggan
Cuba lakukan apa-apa tindakan untuk anda hargai pelanggan sekalipun dengan hanya senyuman atau ucapan terima kasih pada masa tersebut dan sekali lagi dialam masa 48 jam. Biasanya message atau panggilan yang diterima pelanggan didalam masa 48 jam akan memberikan satu aura positif terhadap pelanggan kerana mereka akan berasa kita mengambil berat hal mereka.

3.Jangan Merungut Dengan Pelanggan
Jangan menceritakan masalah anda, masalah syarikat atau masalah pekerja kepada pelanggan. Pelanggan datang untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan dan bukan dan mendengar rungutan.

4. Pandangan Pertama Yang Baik
"First Impression is the moment of truth"; kata-kata ini memberikan satu info bahawa pandangan dan tanggapan pertama pelanggan terhdap produk dan layanan ki


Sent from my iPhone