Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, October 15, 2012

ISTIQAMAH DALAM AMALAN

Bagaimana Mengukur Kasih Sayang Pasangan Anda?


Bila berjauhan tiada terdetik rasa rindu
Bila perasaan sudah hambar,maka tiada lagi pertanyaan khabar,
Bila rasa cinta pudar akan terhakis perasaan mengambil berat,
Bila kasih seperti sudah beralih arah maka banyak perkara sering terlupa,
Bila kasih dan sayang sudah berkurang pasangan mula memberikan alasan. Maka itu tanda bahawa hubungan semakin terlerai, komunikasi semakin hambar, keinginan juga sudah tiada
Waktu itu sudah masanya untuk mencari di mana kesilapan kita. J
angan gucapkan selamat tinggal, tetapi selidiki apa yang kurang.Pasti ada yang boleh diperbaiki agar rumahtangga berseri kembali... 

Friday, October 12, 2012

Antara Kita dan Dia



Kita BERKENALAN , adalah PERANCANGAN ALLAH..
Kita BERKAWAN dalam diam begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG..
Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI..
Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN..
Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA..
Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG.


Cermin Diri untuk Membina Taqwa



Apa yang kita perkatakan sehari-hari? Adakah kita banyak mencari berita sensasi, mengumpat, melihat fesyen  atau apa sahaja yang sia-sia. Jika itu yang seirng kita lakukan maka adalah elok sekiranya kita berusaha kearah mencari ilmu. Dengan ilmu kita akan memperoleh banyak perkara, bukan hanya untuk dunia tetapi akhirat.

Ilmu dan amal yang berasaskan taqwa sudah pasti akan membawa empunya diri ke syurga. Perhatikan kehidupan kita adakah kita sering mencari kesilapan orang lain atau kita sentiasa mencari kelemahan diri bukan untuk ditangisi tetapi untuk diperhebat dan dimantapkan lagi supaya menjadi mukmin yang sebenar di sisi Allah.

Kehidupan sydah pasti teruji, namun perhatikan adakah ujian itu menjadikan smeangat kita lemah atau ia menjadikan kita lebih tabah dan bersyukur dengan apa yang kita miliki.

Mari sama-sama menilik cermin diri kita, apa yang perlu kita perbaiki? Apa yang kurang mari mencukupkan? Mana yang lompong mari penuhkan? 

Thursday, October 11, 2012

Mengisi kelompongan Mencari Ketenangan


Apabila seseorang mengatakan rasanya hatinya dengan persoalan kenapa dia merasa jiwanya kosong dan lompong padahal dia sudah miliki segala. Pertanyaan ini mengingatkan saya pada satu posting rakan FB yang mana katanya.. 

 " Rasanya jika tanya pada diri sendiri:Apa lagi yang kita tak cukup atas dunia ni? Kerja dah ada. Isteri tempat lepas     kesunyian & peneman hidup dah ada. Anak2 tempat kita bermain2 & penyambung generasi dah ada. Rumah tempat berteduh dah ada. Kenderaan untuk ke sana ke mari pun dah ada. Makan,minum pakai pun semuanya cukup. Semuanya Allah dah bagi pada kita. Cuma yang tak pasti cukup ialah adakah kita dah syukuri nikmat nikmat Allah ini? "

Pernyataan dari sahabat saya ini mungkin jawapan kepada persoalan di atas tadi. apappun lompong atau kekosongan yang ada kerana rohani kita menuntut diberi makanan. Ini dikatakan makanan rohani, biarkan individu tersebut mengatakan sudah cukup solat, tetapi jawapan saya mungkin solat kita itu tidak cukup kyusuk, atau mungkin jua solat kita itu tidak mendekatkan kita kepada Allah kerana kita mungkn solat dalam keadaan tergesa-gesa.
Realitinya kokosongan inilah yang adakala membawa seseorang itu membunuh diri walhal semua sudah dimiliknya. Ini berlaku kepada ramai insan-insan terkenal. Mereka kaya raya, dikagumi dan dijadikan ikon oleh peminat, orang lain melihat mereka begitu gah dipersada, tetapi diri mereka sendiri kekosongan, mereka tercari-cari erti ketenangan. maka ada yang memilih unutk mengambil dadah, minum arak ,berhibur sepanjang masa namun ketenangan jiwa itu tidak kunjung tiba. Akhirnya mereka lemas dengan kehidupan sendiri, pencarian itu tidak dijumpai apa sebenarnya. Jika kita telah merasakan cukup segala yang ada maka itu masanya untuk meberi manfaat kepada apa yang kita miliki dengan berkongsi.. lihat orang sekeliling kita yang masih memerlukan. Walau tiada siapa di sisi, namun kita tidak rasa sunyi kerana tahu ada Dia di sisi. walau tidak memilik tetapi hati tidak gundah kerana tahu erti memiliki adalahdengan memberi... 

Ibarat pintu yang besar itu kuncinya kecil sahaja... Kunci itu adalah kembali kepada Allah, dekatkan diri kepadanya, mohonlah rahmat dan barakah dariNya.. agar kita sentiasa hampir kepada. pasti lompong di hati bakal terisi.
Wallahualam

Wednesday, October 10, 2012

Bagaimana Menyatakan Rasa Kesyukuran

Ada masa waktu kita kesusahan.. Allah menjawab permintaan kita.. Saat itu apa yang kita rasa.. MasyaAllah bahagia dan penuh rasa syukur. Pertanyaan saya buat pembaca.. Bagaimana kita menyampaikan rasa syukur itu.. Cukupkah sekadar menyatakan rasa syukur dengan sujud syukur.. 
Sesungguhnya kesyukuran itu tiada lain melainkan dengan sentiasa mengingatinya waklau saat susah dan senang.. Syukur itu meresap dalam sanubari menjadikan kita lebih tawaduk sebagai hambanya.. Syukur itu membawa kita untuk sentiasa menilai amalan yang ada dan menambahkan kuantiti dan kualiti.. 
Syukur itu memberi kesedaran bahawa kita sebenarnya kerdil dan tidak memiliki... Syukur itu sesungguhnya mendekatkan kita pada Dia dan menyebabkan hati snetiasa rindu..biarpun sebenarnya DIA amat dekat dengan kita..

Tuesday, October 9, 2012

PERSOALAN KEGAGALAN


Suara hati yang seringkali datang dalam pemikiran..


  1. Mengapa aku gagal dalam peperiksaan, agaknya aku ni tak pandai macam mereka yang berjaya...
  2. Mengapa aku miskin, agaknya Allah tidak mahu memberi ku rezeki sebagaimana mereka yang kaya raya
  3. mengapa segalayang aku perbuat semuanya silap, walhal orang lain sekali buat sudah sempurna..
  4. Mengapa aku tidak menjadi kaya dan memiliki segalanya seperti sebagaimana mereka...
  5. Mengapa pasanganku tidak seperti pasangan yang lain yang begitu ceria dan bahagia
  6. Mengapa aku tidak lahir dalam keluarga yang bahagia dan penuh kasih sayang?
  7. Mengapa  paras rupa ku tidak secantik mereka?



Jawapan bagaimana yang kita berikan?
Adakah jawapan yang kita beri positif atau negatif?
Adakah segala persoalan itu menyebabkan kita makin kurang bersemangat?
Atau kerana persoalan itu kita memilih untuk bangkit dan mencapai apa yang diinginkan?


INGAT!SEMUANYA BERMULA DARI DIRI KITA SENDIRI
APAPUN JANGAN PUTUS ASA
KITA BUKAN GAGAL 
TAPI BELUM BERJAYA MENCAPAI APA YANG DICITAKAN..
USAHA KITA BELUM CUKUP
IKHITAR KITA BELUM SEMPURNA
DOA KITA BELUM TERMAKBUL


Monday, October 8, 2012

Ayah Ibu Cermin Diri Anak-Anak


Memetik kata-kata DR MAZA
"...ayah ialah insan lelaki yang pertama yang dikenali oleh seorang anak..ramai anak semasa kecilnya ingin menjadi seperti ayahnya..ayah adalah lambang perlindungan dan ladang kasih sayang..namun jika ayah itu berperangai sebaliknya; sentiasa bercakap kasar dan celupar kepada anak, selalu memukul dan menyakitinya maka ayah hanya satu mimpi ngeri yang wujud tanpa diminta dalam hidup anak..kehadiran ayah akan digusari, ketiadaannya suatu yang dirai, kepulangannya dibenci..ayah sebegini hanya perosak kasih dan akhlak anak-anak..maka jangan hairan ramai ayah yang apabila tua dibiarkan tanpa cinta dan kasih..ayah yang baik ketiadaannya keluarga rasa sunyi, kepulangan disambut..semasa kesedihan hati dia dicari..apakah anda ayah yang baik?"

Agak-agak bolehkah kita menjadi ayah yang sentiasa diingati dan dirindui dalam hidup anak-anak kit/ibua? Sudah pastinya jawapannya boleh jika kita menjadi ibu dan ayah yang sentiasa mejaga Hak Allah pasti Allah akan memberikan kita hak yang sepatutnya di sisi manusia. Namun andaikata kita telah mejadi ibu dan ayah terbaik namun mendapat balasan yang sebaliknya, tidak mengapa..ingatlah janji Tuhan.. pasti di akhirat kita akan diberi sebaik-baik ganjaran...

Sunday, October 7, 2012

Nada Cinta Berulam Nafsu

Dari semalam apabila mendengar cerita perihal seseorang untuk menasihati sahabatnya yang seperti jauh terpesong, hati saya mengatakan sungguh jika Allah mahu membalikan hati kita ia begitu cepat. Hidup ini seperti karma, apabila kita melakukan kepada orang lain maka ia akan datang kepada kita, itulah balasan tuhan yang kita peroleh di atas dunia. 
Kisahnya adalah tentang sahabatnya yang sekarang ini begitu kerap bertukar pasangan, malah pasangan itu pula adalah yang bergelar isteri orang. MasyaAllah jauhkanlah diri kita dari fitnah sebegini. Biarlah Allah menjaga diri kita dari terjebak dengan cinta tiga segi. Sudah bergelar isteri bermain cinta pula dengan suami orang, sanggup pula minta cerai kerana mengejar si dia yang konon lebih hebat dari suami yang sedia ada. Maka si jejaka sanggup pula menceraikan isteri pertama gara-gara cinta. Demi untuk berkahwin dengan si dia, cinta yang baru bersemi maka cinta lama akhirnya terlerai. Masalahnya sekarang ini si jejaka mengejar pula wanita lain yang menjadi isteri orang manakala si isteri baru ini pula mula berkongsi masalah dengan suami orang lain... Cerita ini bersimpang siur jadinya..Cuba anda tanya kenapa jadi begini? pada saya mudah sahaja sebab dan puncanya.. 
CINTA BUKAN KERANA NAFSU, IA ADALAH DARI ALLAH DAN KERANA ALLAH
Wahai.. insaflah diri.. kita bukan mengejar hiburan dan keseronokan dunia.. kita mencari kebahagiaan hakiki dan abadi.. moga diri kita dilindingo dan Allah menetapkan diri kita untuk selamanya berada dalam iman.. Ameen

hibbukkafillah
ummu ieman ihsan

Saturday, October 6, 2012

Tangisan Perang



Sendu seorang anak kecil yang kehilangan ibu
Siapa tahu nasib yang bakal ditempuhi
Sungguh malang buat si anak
masih dahagakan susu si ibu
namun si ibu terbaring kaku di tembus peluru
Apakah perang ini akan masih berterusan
Apakah si anak mampu meneruskan kehidupan..
Tiada satu jawapan yang pasti
kerana kerakusan
menjadi agenda dalam mengejar keinginan
Mangsa yang kelaparan dan kbuluran
Hilang segalanya..
Siapa peduli
Selagi kuasa digengaman!
Tunggu sahaja kamu wahai Si Zalim
Tuhan akan memberi balasan.


Tips Hidup Ceria: Realisasikan Hobi dan Minat


Hari ini saya inign berkongsi sedikit tentang pentingnya kita dalam satu-satu masa memperuntukkan waktu untuk melakukan apa yang kita suka. Contoh kalau saya sendiri akan mengambil masa yang terluang untuk menanam pokok bunga, mengemas dan menyusun atur rumah, memasak dll. Ada juga orang yang mungkin minat membaca novel, minat untuk bersukan dll maka apabila aktiviti yang menjadi minat ini tidak kita beri perhatian langsung maka ada masanya kita akan hilang mood. Mood yang baik akan kita peroleh apabila sekali-sekala kita memberi masa dan ruang untuk bebruat apa yang kita suka atau minat. Seorang sahabat saya suka panjat gunug, katanya bila berada di puncak beliau menemukan satu kepuasan dan merasa begitu hampir dengan Allah kerana kagum dengan ciptaaNya. Ada juga yang minat melancong maka mereka ini memilih untuk melancong ke mana-mana destinasi yang sesuai. 


Memeperkatakan tentang minat, tidak salah sekiranya ia tidak melalaikan kita atau kita tidak membazirkan wang atau masa. Haobi atau minat boleh memberi dan menjana semangat bagi yang berada dalam kebosanan atau tertekan .Setidaknya apabila kita menumpukan sedikit masa untuk hobi tersebut, kita boleh mengalihkan sedikit perhatian pada perkara yang serius atau permasalahan yang ada. Ini memberi ruang untuk minda kita berehat seketika baik dari tekanan kerja atau persekitaran. 

Ada juga yang memilih untuk menonton TV, namun hati-hati jangan sampai kita menjadi addicted dgn TV atau gadjet berupa games dan sebagainya. Seeloknya pilihkah haobi yang betul-betul memberi manfaat dan menambah pengalaman. Untuk merealsiasikan hobi itu tidak perlu menunggu masa yabg betul-betul ada luang kerana kita boleh mencuri masa. Jika masa tidak dicuri ia akan pergi bergitu saja dan akhrinay hobi kita akan tidak terlangsai..

Pandai membahagi masa pasti kita boleh melakukan banyak perkara. Selamat Mencuba dan Merealisasikan Impian Anda

Friday, October 5, 2012

Nilai satu Persahabatan

Kadang-kadang dalam hidup ini kita akan merasa betapa rapuhnya perhubungan atau persahabatan dengan orang-orang sekeliling. Ada segelintir yang begitu mudah memutuskan silaturrahim tanpa sebab yang munasabah. Ada yang lama berkawan tapi akhirnya menjauhkan diri hingga lansung terputus hubungan. Ada juga yang mula-mlua berkawan rapat tetapi apabila ada kawan baru muncul yang dirasakan lebih bagus maka tinggallah kawan yang lama sendirian. Bahkan ada juga yang begitu rapat dulunya dengan rakan sekerja, namun akhirnya bermasam muka dan timbulnya perselisihan. Lalu masing-masing membawa diri. Terdapat juga individu pada waktu sekolah dahulu teramatlah akrab, bagai aur dengan tebing, namun apabila dewasa dan masing-masing mendapat pekerjaan.Maka dek kerana sahabat lama itu hanya bekerja biasa-biasa tidak seperti dirinya yang berpangkat dan dikenali maka kawan itu tidak lagi dihubungi, jika terserempak di mana-mana pun seperti sudah tidak mengenali dan seperti tidak pernah bersahabat. 
Sesungguhnya apabila memperkatakan tentang persahabatan memang ada pelbagai cerita suka dan duka. Tetapi perlu diingat biar siapa kita hari ini, biar siapa dia yang kita kenal dulu, jangalah kita memutuskan silaturrahim itu kerana sesungguhnya apabila mereka meninggal dunia sekurang-kurangnya ada sahabat yang masih sudi membacakan Al-Fatihah buat kita. Mungkin kita ditakdirkan mempunyai kelebihan dari sahabat kita, sedarlah bahawa Allah menilai TAQWA yang ada pada hambaNya. Andaikata kita sering dipinggirkan oleh sahabat kita maka janganlah bersedih, maafkan mereka, doakan agar sahabat kita sejahtera hendaknya walaupun tidak bersama kita. Ingatlah Allah ada bersama kita. Kebahagiaan itu akan datang, kesunyian itu akan pergi jika Allah sering diingati.

Thursday, October 4, 2012

Memahami Makna Menjadi Muslim


Semakin kita memberi makna dan berfikir tentang apa yang membezakan kita seorang Islam dengan bukan Islam, semakin kita ketahui bahawa ia adalah suatu perbezaan yang jelas. Ia tidak kabur dan samar samar. Ia bukan sekadar perbezaan pada nama sahaja, seorang nama Islam dan seorang nama kafir. Bukankah telah kita akui dan ketahui bahawa alQuran itu merupakan wahyu Allah swt akan tetapi kita melayan alQuran sepertimana orang Kafir melayannya. 
Tidakkah kita berhak mendapat hukuman yang lebih berat kerana mempermainkan wahyu Allah sedangkan kita mengaku beriman kepadaNya? Kita tahu bahawa Nabi Muhammad saw adalah pesuruhNya namun kita tidak mahu mengikuti contoh dan teladan yang telah ditunjukkan oleh Baginda saw. Kita tahu menipu, rasuah, memakan riba serta lain lain perbuatan yang menzalimi diri sendiri dan orang lain itu haram dan akan dihukum dengan hukuman yang berat, namun adakah kita mengendahkan amaran itu? Inilah puncanya kita tidak kuat, umat Islam tidak kuat dan utuh seperti mana dahulu. Kita selayaknya menerima siksaan yang berat dek kelakuan kita tidak mengendahkan perintah dan laranganNya.

Wednesday, October 3, 2012

Konsep Merawat dalam Islam

Picture of marine life in Lighthouse Reef atoll, Belize


"Tetaplah (amalkanlah) kamu dengan habbatus sauda (Nigella Sativa) kerana di dalam terdapat penyembuh bagi segala penyakit kecuali maut". Hadith di atas membawa maksud setiap penyakit boleh dirawat sehingga sembuh, tak kiralah samada ianya HIV, kanser, H1N1 atau apa-apa jenis penyakit sekalipun.
Mereka yang berpendapat bahawa penyakit kanser tidak ada penawar sebenarnya tidak berpegang kepada konsep perubatan Islam. Orang-orang yang sebegini akan mudah berputus asa, menyebabkan syaitan-syaitan dengan mudah dapat menguasai mereka. Kehadiran syaitan di dalam tubuh badan mereka akan menyebabkan penyakit mereka akan menjadi bertambah parah. Mengikut perundangan Islam apabila ubat-ubatan yang digunakan adalah tidak halal atau halal tetapi tidak baik (syubhah). Ubat-ubatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan seperti dadah tidak mendapat tempat dalam rawatan Islam. Ia boleh digunakan untuk jangka masa pendek atau dalam keadaan darurat sahaja. Ciri-ciri rawatan perubatan Islam adalah:
a)      Merawat penyakit menggunakan Al-Quran dan Doa (Ruqayyah). Perubatan berkonsepkan Islam menjadi lebih nyata dan ketara apabila si perawat menggunakan Al-Quran dan doa-doa yang diwariskan oleh nabi Muhammad (s.a.w) di dalam rawatannya. Sebenarnya penggunaan ayat-ayat Al-Quran di dalam merawat pesakit ada disarankan di dalam Al-Quran seperti maksud ayat ini: "Dan kami turunkan sebahagian dari Al-Quran (ayat-ayat) sebagai penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Isra 18)"
b)      Mengakui penyakit dan kesembuhan adalah datangnya dari Tuhan maha pencipta. Sebagaimana maksud hadis: “Tidaklah diturunkan oleh Allah Ta’ala sesuatu penyakit kecuali diturunkan olehnya ubat” Penyakit datangnya dari Allah untuk menguji keimanan hamba-hambanya. Di dalam Al-Quran, Allah menyatakan kepada kita dengan jelas bahawa Dia menguji keimanan Nabi Ayub dengan mendatangkan satu penyakit kulit yang ganjil untuk menguji keimanan beliau. Mengikut sesetengah tafsir, Iblis laknatullah mencabar Allah (s.w.t) untuk menguji keimanan Nabi Ayub dengan kesengsaraan kerana pada pandangan Iblis, Nabi Ayub beriman kerana dia telah dianugerahkan Allah dengan kesihatan yang baik dan rezeki yang banyak. Iblis berhujah sekiranya Allah menjadikannya miskin dan sakit, nescaya Nabi Ayub akan marah dan kufur kepada Allah (s.w.t). Ternyata dakwaan Iblis melesit sama sekali. Keimanan Nabi Ayub menjadi semakin hebat dengan ujian tersebut. Di dalam Al Quran Allah ada berfirman "Apabila aku sakit, Allah yang menyembuhkan". Ini adalah dalil yang cukup kuat menunjukkan bahawa Allahlah yang menyembuhkan segala penyakit. Rawatan dan ubat-ubatan yang kita ambil hanyalah sebagai ikhtiar secara zahir yang dituntut oleh Allah untuk kita lakukan. Namun hakikatnya, Allah jualah yang menyembuhkan penyakit kita.
Picture of the Fair Isle, Scotland
Mengakui setiap penyakit ada ubatnya melainkan maut. Firman Allah menyebut bahawa “Tiadalah satu
bencana pun yang menimpa di bumi dan tidak pula pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis
dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum kami menciptanya. Sesungguhnya ianya mudah bagi Allah”.
Sabda Rasulullah s.a.w ,diriwayatkan oleh Abu Darda’ : “Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan
penyakit dan ubatnya dan dijadikan bagi setiap penyakit itu ubatnya, maka berubatlah kamu dan
jangan sekali kali berubat dengan sesuatu yang haram” 

Hanya Allah Sebagai Sandaran


Cukuplah Allah bagi ku saat diuji.
Kerana dia yang Maha Mengerti
Segala tersirat di sebalik semua ini

Ujian getir ini
Memberi seribu erti
Agar aku tidak terus begini
Harus percaya pada diri

Moga perjalanan yang berbaki
Menjadikan aku lebih tabah hati
Kuat semangat dalam menangani
Cabaran dan ujian yang bakal menanti

Nukilan:ummu ieman ihsan