Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, January 18, 2012

APA ADA PADA CINTA

Kata Ustaz→ cinta itu anugerah 
Kata Polis→ cinta itu sukar ditangkap 
Kata Doktor→ cinta tidak dapat untuk diubati 
Kata Guru→ cinta  tidak boleh untuk dipelajari 
Kata Hakim→ cinta tidak boleh dihukum 
Kata Chef→ cinta itu tidak boleh dirasa
Kata Orang→ cinta itu indah 
Kata Rangga→ ada apa dengan cinta 
Kata Radja→ benci bilang cinta 
Kata Agnes Monica→ cinta  tidak ada logika 
Kata Allah→ cinta itu milik-Nya. 


Tuesday, January 17, 2012

Dilemma Menyambung Pelajaran

Ramai orang apabila menyatakan tentang sambung belajar ada yang teruja, ada yang teragak-agak dan ada juga yang terasa seperti sudah tiada harapan. Realtinya ramai yang mempunyai keinginan tetapi tiada kekuatan diri, ada juga yang penuh dengan masalah. Namun ada yang paling bermasalah untuk sambung belajar bila diri sudah bersedia cuma apa sangsi dengan jurusan yang akan dipilih.

Bagi yang rasa kewangan tidak mencukupi sebenarnya duit memang tidak pernah cukup, untuk menunggu duit itu mencukupi pastinya kita perlu menila perbelanjaan kita dan mengaturnya dengan baik, paling penting pengagihan kewangan untuk sambung belajar itu perlu. Tapi jika ada majikan yang membayar kos dan sebagainya maka jangan lepaskan peluang itu. Namun ada yang rasa tiada kekuatan pula anda perlu dapatkan motivasi dan berkongsi pengalaman dengan kawan-kawan atau orang terdekat yang sedang sambung belajar atau yang sudah pun menempuhi perjalanan itu. Manakala yang sangsi dengan jurusan yang bakal dipilih anda perlu tahu apa minat dan kekauatan serta pengalaman diri yang sedia ada selain merujuk kepada kaunselor atau orang yang pakar dalam bidang yang anda minati. Menuntut ilmu itu pasti akan ada cabarannya, namun kita perlu yakin pada diri, selesaikan segala masalah dengan berhemah dan mohonlah hidayah pada Allah.Moga Dia memberikan yang terbaik untuk kita.

Monday, January 16, 2012

MEMBINA KELUARGA BAHAGIA


Islam amat menggalakkan umatnya berusaha bagi mencari kebahagiaan abadi di dunia dan akhirat. Rasulullah S.A.W juga menganjurkan kita supaya sentiasa berdoa seperti yang terdapat dalam Al Quran yang bermaksud:
“Ya Tuhan kami berilah kami kebaikan di dunia dan akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka.”-Surah Al Baqarah-201
Untuk mencapai keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat  adalah melalui jalan iman dan amal. Ini amat bersesuaian dengan doa yang sering kita lafazkan untuk mendapat kedua-dua hasanah atau kabahagiaan iaitu bahagia di dunia dan bahagia di akhirat. Ulama memberikan pentafsiran kepada kedua-dua bahagia yang dingini ini dengan memilik kesihatan badan dan jiwa, ilmu yang dimanfaatkan, amalan yang soleh, keimanan yang teguh kepada Allah, keikhlasan dalam beramal untuk mendapat keredhaanNya, disenangi sesiapa sahaja, berbahagia dengan rezeki dan harta pemberian Illahi, kebahagiaan rumahtangga yang diserikan dengan anak yang soleh, serta mendapat ketenangan diri.  Kita sentiasa diperingatkan bahawa sesiapa yang hanya mencari kebahagiaan didunia, maka segala yang dicitakan itu kenikmatan itu akan hilang kerana kebahagiaan sebegitu hanya bersifat sementara. Keadaan ini jelas dinyatakan Allah dengan Firman-Nya yang bermaksud:
“Kesenangan di dunia ini hanya sementara dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertakwa dan Kami tidak akan anianya sedikit pun ”- Surah an Nisa- 77
Bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat maka kita perlu berpegang teguh dan yakin kepada tuntutan al-Quran dan Sunnah Rasulullah yang menjadi pedoman hidup manusia sama ada untuk diri sendiri,keluarga, jiran dan masyarakat serta ummah amnya. Al-Quran berulang kali memperingatkan kita untuk memelihara keimanan yang teguh serta amalan soleh dan ikhlas kepada Allah yang dapat memberi kebahagiaan abadi. Ini dapat kita yakini dan fahami dari Firman Allah yang bermaksud:
“Barang siapa mengerjakan amal soleh, lelaki atau perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.”-Surah An Nahl-9


Bagi mencapai kebahagiaan berkeluarga maka suami adalah tonggak utama dalam memainkan peranan   ke arah kebahagiaan tersebut. Suami merupakan tokoh teladan  dalam rumahtangga. Suami berperanan dalam menjadi contoh sebagai Muslim Sejati yang selalu mengerjakan perintah Allah dan menjauhkan laranganNya. Seorang suami wajib menjaga hubungan baik bersama isterinya serta melaksanakan tanggungjawab sesuai dengan kemampuannya. Sikap berterus terang dengan isterinya merupakan teras dalam kehidupan. Sekiranya si isteri  mempunyai kekurangan tertentu, ia akan menyatakan kepada isterinya dengan niat ikhlas untuk membina jati diri tetapi bukan dengan maksud menghina atau mencaci.


Seorang suami yang baik serta bertanggungjawab, sepastinya tidak akan menyembunyikan rahsia yang tidak di senangi isterinya. Ia berlandaskan kesetiaan dan kepercayaan yang utuh. Selain itu apabila suami menuturkan kata-kata dengan isterinya maka dia aka berbicara dengan cara lembut dan bersopan santun. Suami yang soleh, selalu membimbing isterinya pabila melakuikan kesilapan, suami juga mampu menghiburkan isterinya disaat dia kekecewaan dan kesedihan, serta berbincang-bincang dengan baik apabila memerlukan keputusan bersama.


Suami juga perlu menghargai pandangan yang diberikan isterinya dan dan jika pandangan itu dirasakan tidak bersesuaian makan alasan yang baik perlu diberikan. Seorang suami yang bertanggungjawab perlu menganggap isterinya sebagai kekasih dan sahabat. Dalam masa yang sama dia tidak mudah cemburu malah perlu mempunyai keyakinan dan menaruh kepercayaan sepenuh hati  terhadap isterinya supaya tidak timbul perkara yang boleh membawa kepada perasaan waswasas atau cemburu buta. Apabila berlaku sesuatu perkara yang tak diingini maka suami perlu bijaksana dalam menanganinya. Suami perlu sanggup menjadi pemimpin rumahtangga.
 
Dalam konteks suami sebagai ketua dalam rumahtangga maka sudah tentu orang yang boleh kita jadikan contoh terbaik dalam kehidupan ini adalah baginda Rasululah s.a.w. Kecintaan baginda serta kepimpinanan yang anda memungkin baginda membina rumahtangga yang bahagia bersama Saidatina Khadijah. Ini dikatakan sebagai kisah cinta yang palimg agung. Bagi mengambil iktibar bagaimana hebatnya kecintaan dan kesetiaan Rasululah maka saya memetik penjelasan dari Al Sheikh Abi Nabilah.


Cinta Yang Paling Agung

Rasulullah tidak pernah menikahi wanita sebagai lelaki melainkan dengan Khadiijah. Dimana selepas wafatnya khadijah semua perkahwinan Rasulullah adalah kerana tuntutan risalah. Setahun selepas wafat khadijah, datanglah seorang sahabat wanita dan berkata kepada Rasulullah. ”YA Rasulullah, menikahlah. Engkau mempunyai 7 anak dan memikul dakwah besar yang harus ditunaikan. Namun kalau tidak kerana perintah Allah untuk beristeri sesudah itu niscaya baginda tidak akan menikah selamanya. Rasulullah tidak pernah melupakan khadijah walaupun sesudah wafatnya. Dalam hadith Bukahri" padd hari Fathu Makkah ketika para sahabat berkumpul disekeliling Rasulullah datang seorg wanita tua. Rasulullah lalu meninggalkan semua orang lalu pergi berbicara dengan wanita tua itu.
Aishah tertanya tanya siapakah wanita tua itu sampai Rasulullah memberinya waktu dan duduk bersamanya. Lalu Nabi menjawab orang tua itu adalah teman Khadijah Kata-kata nabi membangkitkan rasa cemburu Aisyah lalu dia bertanya kepada Rasulullah apa yang Baginda bincangkan. Lalu Rasulullah menjawab, kami berbincang tentang hari-hari Khadijah. Aisyah yang cemburu lalu berkata"Apakah engkau masih menyebut-nyebut tentang wanita tua itu, yang telah terkubur dibawah tanah padahal Allah telah memberimu pngganti yang lebih baik darinya?"
Jawapan Nabi :"Demi Allah, Allah tidak memberiku pengganti yang lebih baik dari nya. Dialah yang menghiburku manakala orang-orang mengusirku. Dia juga yang membenarkanku manakala orang-orang mendustakanku"
Aisyah dapat merasakan kemarahan Nabi dalam nada suaranya lalu berkata: "Maafkan aku Ya Rasulullah"
Lalu baginda menjawab" Mohonkan keamapunan untuk Khadijah sehingga aku memohon keampunan untuk dirimu"
Kisah dari hadith yang saya paparkan di atas dengan jelas menunjukkan bahwa Rasulullah pada ketika dia sebagai lelaki biasa sangat setia dan utuh cintanya kepada satu-satu isterinya Khadijah sehinggakan setelah isterinya wafat beliau rela menduda, sehinggalah datang perintah Allah supaya beliau berkahwin lagi. Dari hadith di atas kita lihat bahawa Rasulullah berperanan sebagai suami baginda setia pada yang satu iaitu Khadijah, tapi sebagaio seorang Rasul baginda berkahwin ramai atas sebab arahan Allah dan tuntutan risala. Manakala kita sebagai manusia biasa pada keadaan biasa perlu setia kepada isteri yang satu sehinggalah wujud hal atau perkara yang membawa kepada keperluan untuk menambah isteri berdasarkan tuntutan syaraie seperti membawa wuqu' pada maksiat, menyelamat armalah dan lain-lain ”

Bagi membina keluarga yang bahagia maka suami perlu menyedari hakikat tanggungjawab dan tidak semata berkahwin atas tuntutan nafsu dan keinginan semata-mata. Perjuangan membina sebuah keluarga bahagia bukan semata terletak di atas bahu suami malah meliputi peranan yang perlu dimainkan oleh setiap ahli keluarga terutamanya isteri. Bersambung di siri yang lain maka saya simpulkan artikel ini dengan satu ayat yang bermaksud:
 " ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "-Surah Al-Baqarah: 216

Wallhuaalam 

Ummu ieman ihsan

Sunday, January 15, 2012

GURU PERLU ADA MOTIVASI

Walaupun istilah glamour dan berprestij selalu dikaitkan kerjaya dalam bidang seperti korporat, kedoktoran dan guaman, kehebatan yang sebenarnya terletak pada warga pendidik. Warga pendidiklah yang sebenarnya hebat kerana berjaya mendidik manusia yang berasal dari kampung mahupun bandar menjadi peguam,doktor,saintis dan pelbagai penjawat yang hebat dalam bidang masing-masing.
Itulah kehebatan yang sebenarnya. Itulah prestij yang sebenarnya . Betapa hebatnya menjadi warga pendidik kerana berupaya membimbing anak didiknya hingga mencapai kejayaan. Lihatlah bagaimana guru dihargai-diraikan dengan sambutan Hari Guru. Bahkan guru yang teruja lebih menunggu saat keputusan peperiksaan diumumkan. Tatkala pelajar mencapai keputusan yang baik dan cemerlang,ketika itu,mengalir dalam diri guru perasaan terubat segala penat lelah menabur bakti, terbayar segala ilmu yang dicurahkan.
Bagaimanapun, sebagai manusia ,guru jug TIDAK sunyi daripada ujian.Ujian sebenarnya bertujuan mengangkat mertabat diri. Ujian datang dalam pelbagai bentuk dan rupa. Ada ujian bersifat peribadi.Ada ujian yang membabitkan diri dan keluarga. Tidak kurang juga ujian yang membabitkan orang lain. Semua ini mungkin memyebabkan guru dibelenggu rasa kecewa, kurang bermotivasi,lemah semangat, dihimpit bebanan sehingga menyebabkan tekanan, depresi, kurang minat mengajar dan sebagainya.
Namun, sedarilah hakikat bahawa kehidupan punya aturannya sendiri. Semua sudah ditentukan oleh Allah s.w.t. Life has ups and down.Oleh itu bagi menyuntik semangat pada diri penting setiap guru perlu mempunyai motivasi diri - dari dalam mahupun luar diri. Kedua-duanya mampu membangkitkan semangat kepada diri untuk meneruskan karier dengan jayanya bagi menabur khidmat dan bakti secara berterusan.
Cabaran sentiasa ada dan perlu dihadapi. Semua permasalahan tidak akan selesai tanpa diri sendiri yang mengatasinya. Ibarat kata pepatah, pendayung tidak dikayuh,masakan perahu akan sampai ke seberang. Ibarat itu amat sinonim untuk kita menyelesaikan segala permasalahan, baik di sekolah mahupun di rumah.
Sebenarnya kitalah sendiri yang perlu mencari jalan penyelesaiannya.Contohnya apabila kita berasa tidak lagi bersemangat mengajar sehingga hilang fokus, tiada upaya dan semangat untuk menjalankan tugas kerana menghadapi masalah tertentu, maka pada saat ini adalah penting untuk diri kita mempunyai semangat dalaman yang kuat. Semangat dalaman yang tinggi mampu menaikkan semangat diri. Contohnya keputusan pepriksaan pelajar tidak seperti yang diharapkan sehingga kita dipersoalkan puncanya, walhal kita sudah mencuba sedaya upaya.
Dalam keadaan begini, kita perlu kembali kepada motivasi diri dan berpegang kepada matlamat untuk mendidik dengan penuh  ikhlas. Ketika itu, akan bangkit semangat untuk mencuba dan terus mencuba. Pada tahap ini , apabila kesedaran diri dapat dicapai, maka adalah amat membantu jika kita mendapat motivasi luaran iaitu dorongan,kata semagat dan tips yang berguna daripada rakan yang positif. Melanjutkan pelajaran adalah salah satu cara motivasi luaran kerana apabila kita menambahkan ilmu pengetahuan, secara tidak langsung kita boleh mendapat motivasi.
Kepada guru yang memandang remeh soal motivasi diri atau merasakannya sebagai tidak penting, maka PERLU ingat bahawa tanpa motivasi diri, kita akan mendapat kesan yang tidak disedari seperti ketiadaan matlamat yang jelas, hilang fokus, hilang minat dan luntur komitmen.Guru yang mengajar tanpa matlamat yang jelas boleh menjeaskan pelajarnya kerana ia akan mengajar tanpa meletakkan sebarang sasaran yang hendak dicapai.Kesedaran untuk menjadi insan yang cemerlang tidak ada pada semua pelajar, tetapi jika guru bermotivasi dan mempunyai hala tuju yang jelas bagi memastikan pelajarnya mencapai kejayaan , maka sudah pasti ia mampu membimbing pelajarnya supaya fokus mereka terarah untuk mencapai cita-cita atau bermatlamat tertentu.
Selain itu, kehilangan motivasi diri juga boleh menyebabkan seseorang itu gagal untuk mengekploitasi potensi dirinya sebenar. Natijahnya akan menimbulkan pemikiran negatif terhadap diri sendiri., orang lain mahupun persekitaran. Apabila ini berlaku, kesannya akan terpercik kepada orang yang sama-sama bekerja dengan kita serta anak didik kita.
Guru yang berfikiran negatif gagal melihat peluang yang ada. Bahkan lebih cenderung melihat sesuatu perkara sebagai masalah, bukannya cabaran yang harus ditangani.Misalnya, kita mungkin diberi peluang mengajar subjek baru atau berlaku pertukaran silibus. Guru yang berfikiran negatif akan melihatnya sebagai perkara yang menyusahkan diri. Tetapi bagi yang positif ini adlah peluang menambag kemahiran diri, membuktikan potensi serta menambah nilai kepada pengetahuan yang sedia ada. Sikap cukup dan berpada dengan ilmu an kemahiran yang ada perlu dibuang kerana guru perlu mempunyai sikap yang sentiasa ingin meningkatkan diri dari satu tahap ke tahap yang lebih baik. Oleh itu motivasi diri  amat penting kepada setiap individu.Kaedah yang paling mudah untuk mendapatkannya ialah dengan sentiasa menghampiri orang yang positif serta menampakkan kemahuan yang jelas.Kenali diri, bina indentiti!!

Oleh; Sakinah Salleh (Sumber: Majalah Pendidik .Bil 76/Septemeber 2010)

Membatasi Pergaulan

Agama Islam amat jelas memperkatakan tentang isu ini di mana seseorang yang bergelar lelaki atau wanita perlu tahu batas pergaulan sesama jantina atau yang berlainan jantina. Setiap yang bergelar Muslim perlu mengikut syariat yang terkandung dalam Islam, ini berkait dalam semua segi iaitu adab sopan, penjagaan maruah diri, cara berpakaian, adab bercakap dan sebagainya.Perkara sebegini adakala kita terlepas pandang terutama apabila kita dalam suasana kerja, dek kerana akrab ada masa kita terlalai dengan larangan. Tambahan pula bila rasa sudah akrab antara satu sama lain walaupun tidak ada perkara yang melibatkan soal hati dan sebagainya maka kita seperti tidak segan silu bertempuk tampar, bergurau senda sesama sendiri yang adakalanya mampu mengundah fitnah.

Apa yang diperkatakan di atas juga adakala membawa kepada bibit-bibit mesra hingga ada yang jatuh cinta pada kawan sepejabat, jatuh cinta antara isteri/suami orang. Adakala benda yang remeh atau apa sahaja ingin dikongsi dengan rakan yang berlainan jantina atas alasan mereka itu lebih memahami, mereka lebih pandai menyimpan rahsia.. atau apa sahaja alasan untuk menghalalkan perbuatan kita menghubungi atau kerap berinterkasi satu sama lain dengan tanpa tujuan yang ikhlas.

Ini semua bukan hanya tertakluk pada tempat atau bidak kerja, tetapi juga ada yang dalam persatuan, parti, pertubuhan dan lain-lain lagi. Jika persoalan membatasi pergaulan ini tidak ditangani dengan berhemah dan kefahaman yang jelas dalam kontkes Islam, maka ia boleh membawa kepada gejala sosial yang tidak sihat, berlakunya fitnah serta musibah yang besar pada umat Islam itu sendiri.

Ada satu-satu ketika dalam kehidupan kita kita kadang-kadang alpa hingga kita membatasi pergaulan hingga menimbulkan perkara yang tidak baik. Oleh itu kita perlu menyedari pentingnya menjaga maruah diri, menjaga adab sopan serta menjaga perlakuan dan tingkahlaku kita. Tilik dan perhatilah diri sendiri dengan bermuhasabah dan bertanyakan orang sekeliling yang hampir dengan kita, andai kita bimbang kita terleka atau lalai dalam menjaga batasan pergaulan. Biar apapun yang kita lakukan dalam kehidupan ini kita perlu sentiasa bermohon kepada Allah moga kita dilindungi dari segala fitnah, dan moga kita juga diberi kekuatan iman untuk sentiasa menjaga diri supaya sentiasa berada dalam landasan Islam.

Wallhuaalam.

Friday, January 13, 2012

Tuhanku! Apakah daku telah kembali kepadamu?

Kita sering mendengar cerita orang itu dan orang ini kembali kepada Islam. Cerita orang tertentu ‘kembali kepada Islam’ kadangkala boleh dikomersialkan, terutama apabila dia ternama atau selebriti. Mungkin majlisnya bertambah meriah. Bayaran bertambah tinggi. Sorak sorai makin menghilai. Tepukan makin gemuruh.

Kita wajar bertanya: “Apakah maksud seseorang kembali kepada Allah? Ini satu persoalan yang kelihatan mudah tetapi kadang-kala bukan senang untuk benar-benar mengerti hakikatnya. Apabila lambang-lambang agama itu boleh menghasilkan kepentingan dunia, maka soalan ini makin sukar dijawab. Ramai orang yang ingin menggunakan agama bukan kerana dia mencari Tuhan, tetapi kerana agama boleh menjadi jambatan meraih banyak kepentingan duniawi dalam kehidupan ini.

Seorang pesalah yang penuh jenayah ke mahkamah dengan memakai kopiah, apakah itu bererti dia kembali kepada Allah? Seorang penyanyi yang memakai kopiah atau ‘baju melayu’, apakah itu bererti dia telah kembali kepada Allah? Seorang peniaga yang meletakkan ayat-ayat al-Quran di dinding kedainya, apakah dia telah kembali kepada Allah? Seorang yang telah menukar beberapa perkataan hariannya kepada perkataan arab seperti ana, -enta, akhi, ukhti, jamaah dan lain-lain, apakah dia telah kembali kepada Allah. Seorang yang menyertai organisasi atau parti yang berlambangkan agama, apakah dia telah kembali kepada Allah? Bahkan seseorang yang mengikut kawan-kawan hadir ke kuliah agama disebabkan tawa-senda riang gembira yang didendangkan oleh penceramah, apakah dia telah kembali kepada Allah?

Kesemua persoalan ini sukar dijawab melainkan oleh diri insan yang berubah itu. Apakah perubahannya itu satu manifestasi ketulusan jiwa yang dahagakan redha dan cinta Tuhan, ataupun itu satu trend yang mempunyai keseronokan yang tersendiri, ataupun satu tindakan yang mempunyai kepentingan duniawi yang tertentu.

Al-Inabah


Perkataan kembali kepada Tuhan disebut sebagai al-inabah ataupun kembali kepada Allah. Al-Quran sering menyeru manusia agar berinabah kepada Allah dan menzahirkan manifestasi tersebut dalam bentuk penghayatan. Firman Allah: (maksudnya) “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan berinabahlah (kembalilah) kamu kepada Tuhan kamu, serta serahlah diri kepadaNya, sebelum datang kepada kamu azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan”.

Insan kembali kepada Allah apabila merasakan diri tersesat ataupun berdosa. Dia hanya mengharapkan keampunan dan keselamatannya apabila bertemu Allah nanti. Mencari sakinah atau ketenangan roh di dunia dan kelazatan hidup di akhirat. Dia tidak kembali kepada Allah sebagai satu ‘pameran’ untuk menyukakan perasaan orang lain atau mengaut satu keuntungan atas tiket al-Inabah. Sama sekali tidak! Jika itu berlaku, hakikatnya dia tidak kembali kepada Allah. Inilah yang Nabi s.a.w tegaskan semasa hijrah. Soal keikhlasan jiwa insan yang berhijrah atas nama Tuhan. Mungkin petunjuk zahir kelihatan sama di mata awam, namun hakikat di sisi Allah berbeza. Justeru Nabi s.a.w menyebut: “Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan rasulNya maka hijrahnya itu kepada Allah dan rasulNya. Sesiapa yang hijrahnya mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya.” (Riwayat al-Bukhari).

Ikhlas

Maka, perkara maha utama dalam agama ini ialah soal keikhlasan insan terhadap tuhannya. Ia adalah perkara rohani yang paling ramai manusia gagal menunaikannya. Bukan sahaja orang jahil yang gagal dalam menanganinya, telah gagal juga orang alim. Bukan sahaja gagal para penceramah agama, telah gagal juga para mujahid yang berperang di jalan Allah. Bukan sahaja telah gagal mereka yang membaca buku biasa, tetapi telah gagal mereka yang membaca al-Quran. Bukan sahaja telah gagal penderma kecil, tetapi telah gagal juga penderma yang besar.

Sabda Nabi s.a.w: “Orang yang awal dibicarakan pada Hari Kiamat seorang yang mati syahid. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah berperang keranaMU sehingga syahid”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau berperang supaya engkau dikatakan berani, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.  

Datang pula seorang yang lain yang mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau belajar ilmu supaya engkau dikatakan alim dan engkau baca al-Quran supaya engkau dipanggil qari. Itu telah pun dikatakan padamu”.  Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

Datang pula seorang yang Allah luaskan rezekinya dan telah diberikan pelbagai jenis harta. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia? Dia menjawab: “Aku tidak tinggal satu jalan pun yang Engkau suka untuk didermakan melainkan aku telah pun menderma padanya keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau lakukan supaya engkau dikatakan pemurah, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajah sehingga dihumbankan ke dalam neraka. (riwayat Muslim).

Hadis ini sangat merunsingkan kita semua. Demikianlah besarnya peranan ikhlas. Sejauhmana pun manusia memuji kita, tiada ertinya jika amalan kita ini tidak dinilai ikhlas di sisi Allah. Hakikat yang mesti direnung oleh setiap insan tentang dirinya: siapakah aku ini di sisi Tuhanku?”. Segala ceramah, pakaian agama, bahasa yang ‘berbunyi’ agama, lambang yang ‘bercorak agama’ dan segalanya itu tiada apa-apa erti jika seseorang itu ditolak keikhlasan oleh Allah. Syaitan boleh menukar niat yang murni menjadi bongkak dan riyak. Akhirnya berguguran pahala bagaikan daun yang kering. Ya Allah! Betapa kami takut hal itu. Ampunilah kami, curahkan keikhlasan ke dalam nurani ini.

Mencari Tuhan

asri 01Saya tersentuh membaca coretan Naima B. Robert dalam ‘From My Sisters’  Lips’. Karya menarik tentang pengembaraan dirinya dan wanita lain dari alam kesesatan kepada Islam. Beliau mencatatkan betapa wanita di UK yang menemui Islam mempunyai pelbagai latarbelakang yang tersendiri. Berubah sekalipun terpaksa berkorban hidup dalam masyarakat seperti UK yang minoriti muslim. Keikhlasan membawa mereka kepada Tuhan.

Saya ingin memetik ungkapan beliau: “As i read through the few stories I have collected, I am reminded of their value: they show the universal appeal of Islam. The sheer diversity of the backgrounds and life experiences that characterize the sisters in this book show that Islam can speak to anyone...they each have their own unique personality, their own voice. They were arch feminists, African nationalists, underground anarchists, music moguls, rock rebels, disco queens, devoted church-goers, designers, athletes, models, singer career girls, Masters students, cultural Muslims, Christians, Sikhs, atheists, from every racial backgrounds and all ages. And, most unexpectedly, Islam was able to reach out to each of them, to settle in their hearts and speak to every one of them in a personel way, giving them the answers they were looking for and changing their lives for ever”. (pg 98).


Ya, ramai yang telah kembali kepada Tuhan. Mencari kebenaran bukan untuk pameran kebanggaan atau komersial yang mendatang faedah duniawi seperti yang berlaku di sesetengah tempat, tetapi untuk diri sendiri. Ya, boleh dikongsi untuk pengajaran, bukan mengaut kekayaan. Kembali insan kepada Tuhan ialah kepada tauhid yang hakiki dan murni. Menjadikan Allah sebagai paksi kehidupan. Inilah perkara penting yang perlu difahami oleh setiap muslim. Indahnya Islam ini kerana ia membuka hubungan langsung antara hamba dengan tuhannya. Tauhid yang kudus dan penuh murni. Tiada perantaraan paderi atau ustaz atau pun wali atau siapa sahaja dalam hubungan terus insan dan Tuhan.

Malangnya, sesetengah golongan agama suka mengambil kesempatan atas kejahilan manusia lalu cuba menjadi orang tengah yang mendapat komisyen. Sekali lagi saya ingin memetik apa yang Robert coretkan dalam ‘From My Sisters’ Lips’: “...to worship God alone. This is the cornerstone of the Islamic faith: tawheed –pure and unadulterated monotheism. The Islamic lifestyle revolves around the worship of the Creator alone, without any partners. There are no intermediaries: no all-powerful clergy, no confessional priests, no saints to be called upon, no prophets to be sacrificed to, no deities to be appeased, no ancestors to be consulted...The depth and comprehensiveness of Islamic monotheism blew my mind. I could not think of another belief system that kept worship uniquely and solely for God alone”. (pg 101).

Kita semua perlu kembali kepada Tuhan. Kita semua sering melakukan dosa. Tidak kira siapa kita. Kita kembali kepada Tuhan untuk mentauhidkannya dan mendapat keampunan serta hidayahnya. Tidak untuk selain itu. Maka wajar kita sering bertanya: “Siapakah daku di sisi Tuhanku? Wahai Tuhan apakah aku telah kembali kepadaMU



dipetik dari http://www.malaysiakini.com/author?l=my&c=news&n=Prof%20Madya%20Dr%20Mohd%20Asri%20Zainul%20Abidin

Thursday, January 12, 2012

INSPIRASI KERJAYA Siri 1

Zaman kanak-kanak adalah zaman yang indah, bila memperkatakan tentang kerja atau kerjaya apabila kita ajukan soalan begini pada anak kita atau adik-adik kita ” adik bila besar nak jadi apa?” Maka ada pelabagi jawapan yang lucu, yang luar biasa akan kita peroleh dari kanak-kanak tersebut. Ada kalangan mereka yang terpikat dengan artis dek pengaruh media maka mereka akan menyebut nama artis tersebut dan menanam cita-cita ke arah itu. Ada juga yang mersakan hebat dan bergaya orang yang memakai uniform tentera, bomba, kastam atau apa-apa sahaja kerjaya yang berkait dengan pemakaian uniform maka mereka akan berkata” adik nak jadi askar bila besar nanti” atau ” Amir nak jadi ahli bomba sebab bomba dapat tolong orang padam api”. Biar apa pun jawapan dari kanak-kanak ini adalah inspirasi kerjaya mereka.
Ibu bapa yang memiliki kerjaya yang tertentu merupakan inspirasi secara tidak langsung kepada kanak-kanak apabila mereka melihat kerjaya ibubapa mereka. Ada dua hal, ada yang negatif ada yang positif. Contohnya kata Adila yang berusia enam tahun” Dilla besar nanti Dilla nak jadi macam ibu, ibu Dilla cantik bergaya, hari-hari ibu pakai cantik-cantik”. Bila ditanya apa kerja ibunya, jawab Dilla ” Ibu Dilla jadi model, itu sebab Dilla nak jadi macam ibu”. Lain pula dengan Ismah, kata Ismah ” saya tak suka ibu kerja jadi jururawat sebab kadang-kadang ibu tak balik rumah waktu malam, Ismah nak jadi cikgu bila besar nanti,  Ismah suka jadi cikgu sebab Ismah nak jadi macam Cikgu Yati, Cikgu Yati baik, suka buat kelakar dalam kelas” . Itu keletah kanak-kanak yang membayangkan inspirasi kerjaya mereka bersandarkan orang-orang sekeliling mereka terutama ibu bapa. 
Dipetik dari buku Inspirasi dan Motivasi Kerjaya yang bakal diterbitkan.

Kisah Si Katak

Pada suatu hari ada segerombolan katak-katak kecil yang ingin beradu kekuatan berlumba. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi. Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan itu dan memberikan semangat kepada para peserta. Maka perlumbaan pun dimulakan.
Secara jujur, tidak seorang pun penonton yang benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil akan mampu mencapai puncak menara. Terdengar suara, “Oh, jalannya terlalu sukar!! Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak” dan “Tidak ada peluang untuk berjaya kerana menaranya terlalu tinggi!" itu antara kata-kata yang dilemaprkan oleh penonton.
Katak-katak kecil mulai berjatuhan. Satu persatu. Kecuali mereka yang tetap semangat menaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi dan semakin tinggi. Penonton terus bersorak, “Terlalu sukar, pasti tidak ada seorangpun akan berjaya!”
Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah kalah.
Namun dalam banyak yang menyerah kalah ada SEEKOR KATAK sahaja yang meneruskan pandakiannya hingga semakin tinggi dan tinggi. Dia tidak menyerah kalah! Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara kecuali katak yang satu itu. Katak kecil yang satu itu telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berhasil mencapai puncak.
SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini mampu melakukan dengan jayanya? Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak itu mendapatkan kekuatan untuk mencapai tujuan? Ternyata, katak yang menjadi pemenang itu mengatakan dia tidak mendengar segala kata-kata orang sekelilingnya kerana dia SEBENARNYA PEKAK. Dia mendengar semua cemuhan dan perkataan negatif dari sekelilingnya sewaktu dia mendaki ke puncak. Katak itu, percaya dan yakin pada visinya: menggapai puncak tertinggi dan tidak mendengarkan segala yang negatif yang akan membantutkan usaha dan cita-citanya!


Apakah ibrah, hikmah dan pengajaran yang dapat kita ambil daripada kisah sang katak yang pekak ini?
Segala kekurangan itu sebenarnya satu kelebihan! Kalaulah sang katak itu tidak pekak atau tidak tuli, sudah tentulah dia juga akan mengikut jejak rakan-rakannya yang tewas, tidak bersemangat dan akhirnya jatuh dek kerana cemuhan dan kata-kata negatif yang tidak melonjakkan bersemangat dari para penontonnya.
Ertinya, kita “buat-buat pekak” sahaja kepada orang yang mengutuk dan mencemuh usaha atau tindakan yang kita lakukan. Fokus dan beri tumpuan serta komitmen yang tinggi kepada apa yang sedang kita usahakan. Kata-kata mereka yang mengutuk dan mencemuh kita itu sebenarnya kerana memang mereka mahu melihat kita gagal dan jatuh. Jadi, adakah kita hendak membiarkan kita tewas dan jatuh dek hanya kerana kata-kata mereka yang tidak tahu apa-apa itu? Jangan begitu mudah mendengar kata-kata orang yang ingin mengagalkan kita. 
Mereka yang bersorak, mengutuk dan mencemuh segala usaha kita itu bukannya tahu pun apakah sebenarnya yang kita lakukan. Mereka tidak tahu pun keyakinan diri kita. Kita yang tahu segala misi dan visi kita maka mesti yakin kepada diri kita sendiri. Jika apa yang kita usahakan dan lakukan adalah niat dan melalui usaha yang betul, diredai Tuhan, tidak berlanggar dengan syariat agama, maka apakah yang perlu kita peduli dengan segala kritikan cemuhan dan kutukan mereka?
Kita boleh menerima teguran membina dan krtikan yang postif namun ada sesekali, kita juga perlu memekakkan telinga walaupun dikurniakan Tuhan telinga yang baik dan jelas untuk mendengar!

Wednesday, January 11, 2012

Bila Persahabatan Disalahtafsirkan

Bila persahabatan disalah ertikan
akan ada yang ambil kesempatan..
segala cerita rekaan menjadi bualan..
nama terpalit maruah tercemar..
sahabat menjadi duri dalam hubungan
jalinan yang baik pasti terlerai..

Tuesday, January 10, 2012

Bertemu dan berpisah kerana Allah

Pertemuan antara kita,
Tidak pernah dirancang,
Tetapi telah diatur kemas oleh Rabbul Jalil,
Yang mengetahui suara hati antara kita,
Yang mengimpikan kehadiran seorang insan,
Bergelar teman...

Walaupun bukan aku yang diharapkan,
Tetapi akulah yang hadir dalam hidupmu,
Mungkin kehadiranku tidak pernah dinanti,
Namun, Tiada walau secalit kekecewaan,
Apatah lagi kekesalan di hati ini,
Malah, Aku amat menghargai pertemuan ini,
Kerana dengannya,
Terjalinlah sebuah persahabatan...

Perpisahan...
ternyata amat menyakitkan,
Sering kali mengundang air mata,
Keindahan dan kebahagiaan yang kita nikmati bersama,
Bagaikan disentap pergi serta-merta,

Walaupun begitu, Ingatlah, sahabatku........,
Bertemu dan berpisahnya kita kerana Allah,
Oleh itu, Terimalah dengan penuh keredhaan...

Sekiranya ingatanmu singgah padaku,
Kirimlah sepotong doa tika itu,
Moga masih ada lagi pertemuan selepas ini,
Jika tidak di dunia fana ini,
Di Jannatul Firdaus yang kekal abadi...
Insya-Allah!!!

Sumber: iluvislam

BELAJARLAH BERTERIMA KASIH DAN MENGHARGAI APA YANG KITA MILIKI

Seorang sahabat FB bertanya kepada saya kenapa tabiat manusia ini, cepat jadi boring dengan benda yang selalu atau sering mereka lihat, rasa, pegang. Walaupun barang/benda tersebut pada suatu ketika dulu atau pada awalnya merupakan sesuatu yang amat istimewa bagi dirinya. Sebagai contoh yang mudah seperti kereta kita beli, baju yang kita pakai, handpone dan lain lain lagi. Keadaan ini tidak terkecuali kepada pasangan hidup kita. Walaupun sesetengahnya sudah memiliki pasangan terhebat dari fizikal dan rupa parasnya, dan sebagainya. Ada yang dahulunya seperti ratu cantik, dilihat sebagai loving couple yang hebat pada awalnya percintaan, tapi sifat mudah boring/jemu tadi masih menghantui manusia. Hasilnya banyak berlaku perpisahan/perceraian di dalam rumahtangga. Persoalan yang dilontarkan itu menyatakan, adakah itu satu sifat yang normal pada manusia? Jika sekiranya normal, bagaimana kita boleh mempertahankan ATAU mengekalkan quality persepsi/emosi postitif terhadap barang/asset/pasangan yang kita miliki agar walupun dimamah usia kita tetap mempertahankan kasih dan sayang tersebut. 

Seorang sahabat memberikan komen beliau bahawa tiada istilah boring dalam berhubungan suami isteri, cuma transformasi (pinjam ayat Najib) perlu sentiasa ada, macam kita selalu tukar cadar katil, ubah kedudukan perabut dalam bilik/dalam rumah, so penampilan kita pun perlukan perubahan juga selari dengan masa dan keadaan. Manakala seorang lagi sahabat yang bertitle Ustaz menyatakan bahaw persoalan jemu itu tidak perlu timbul kerana sebenarnya semua benda atau yang bersifat kebendaan akan kita tinggalkan saat kita pergi ke alam baqa kecuali pasangan kita (pasangan akan bertemu di syurga kelak). Oleh itu sepatutnya kita tidak jemu dengan pasangan kita kerana perkara yang paling istimewa di dunia ini adalah isteri yang solehah atau suami yang soleh, dan untuk mendapat pasangan yang soleh/solehah bukanlah mudah kerana itu yang kita miliki di dunia dan akhirat. 


Dari sini kita perlu kembali kepada Islam itu sendiri. Hakikat kehidupan di dunia adalah manusia terleka olehnya. Sebab itu 3 perkara yang perlu sempurnakan iaitu bukan setakat mengaku Islam tetapi menghayati dan mengamalkannya, bukan setakat mengaku beriman tetapi bagaimana mengaplikasikan dalam seluruh kehidupan dan lebih penting lagi ihsan..yang sering tiada dalam diri seseorang yang bergelar Muslim.

Pertanyaan ini juga mengingatkan saya pada article “KENAPA PERLU CURANG”. Mungkin inilah yang menyebabkan seseorang berlaku curang iaitu jemu dengan pasangan mereka. Soalnya kenapa perlu/boleh rasa jemu? Kenapa kasih sayang itu tidak dapat dipupuk dan dikukuhkan lagi..Cinta yang ikhlas sepatutnya ibarat jika datang bidadari dari langit pun, pasangan kita itulah yang kita dambakan.. hatta pasangan kita itu buruk rupa sekali pun namun kasih kita tidak berbelah bagi. Tanyalah diri kita, adakah kita memilih kerana rupa atau apa? Jika kasih sayang kita pada pasangan kita itu dari Allah dan kerana Allah maka sudah pasti tidak akan timbul rasa jemu dan ingin bertukar pasangan yang lain…Insya Allah kita boleh bersamanya hingga hujung nyawa..

Untuk menjawab persoalan ini saya memetik emel jawapan saya kepada seorang hamba Allah yang menghantarkan emel beliau kepada saya tentang permasalahanya.. catatan ringkas saya kepada beliau..
“kehidupan ini sebenarnya pentas ujian...apa yang kita impikan atau yang kita suka Allah tidak memberi kepada kita. Apa yang kita tidak suka itulah yang dihadapkan kepada kita. Kenapa demikian? Supaya kita mantapkan diri dengan keimanan, menerima dengan redha dan berlapang dada. Dari situ kita akan menjadi tenang dan mencapai bahagia. Kita cenderung melihat kekurangan yang ada hingga kita terlupa untuk bersyukur atas apa yang Allah anugerahkan kepada kita yang tidak orang lain miliki, padahal orang lain ingin sebagaimana kita ada. Namun kita perlu ingat, Allah tidak memberi kepada kita semua perkara.. Kerana apa? Kerana hidup ini adalah satu perjuangan dan juga pengorbanan untuk menyempurnakan tujuan kita diatas muka bumi iaitu BERIBADAT KEPADA-NYA. Hidup bukan semata mendapatkan apa yang kita inginkan tetapi redha atas apa yang tidak kita miliki., ”
Oleh itu BELAJAR MENGUCAPKAN TERIMA KASIH DAN MENGHARGAI APA YANG KITA MILIKI….

Wallahuaalam.
Ummu Ieman Ihsan

Bagi memahami persoalan di atas dengan lebih jelas nantikan buku saya Jodoh dan Perkahwinan terbitan PTS Publication.

Saturday, January 7, 2012

BILA SI KECIL BERBICARA

Bila si kecil berbicara
ada ibu bapa berpura-pura
ada ibu bapa menjawab sambil lewa
ada ibu bapa terkelu lidahnya
ada ibu bapa mengurut dada
ada ibu bapa merasa terhina
ada ibu bapa marahnya membara
ada ibu bapa memalingkan muka


Bila si kecil berbicara 
ada ibu bapa lain pula ceritanya
ada ibu bapa tersenyum mesra
ada ibu bapa belajar darinya
ada ibu bapa begitu berhemah membalas tanyanya


Bila si kecil berbicara
wahai ibu bapa..ia adalah petanda 
bahawa si kecil itu sedang belajar mengenal dunia


Bila si kecil berbicara
wahai ibu bapa..ia adalah signal 
bahwa si kecil itu bakal menjadi dewasa sebagaimana kita


Bila si kecil bertanya
jawablah dengan sebaiknya 
kerana tugas ibu bapa memahamkan mereka



Bila si kecil bertanya
ajarlah dengan sebaiknya 

kerana tanggungjawab ibu bapa mengajar mereka


Bila si kecil bertanya 
andai kita sendiri tidak memahami maknaya
andai kita sendiri sering lupa hakikatnya
andai kita sendiri sering terleka oleh dunia
maka si kecil akan membesar menjadi seperti kita
tidak mengenal diri dan tidak mengenal siapa tuhannya...

Ummu Ieman Ihsan
8.1.2012