Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, September 4, 2012

Motivasi 3i: Menjaga Aurat


Hari ini saya ingin berkongsi kisah seorang sahabat yang saya kenali yang mana perubahan dirinya itu membuatkan perasaan saya gembira tidak terkata. Sungguh benar bahawa hidayah itu milik Allah. Beliau sudah berusia dan anak-anak juga sudah membesar. Boleh dikatakan beliau bertuah kerana mempunyai anak yang kesemuanya baik-baik belaka. Sifat ramah beliau serta prihatin menyebabkan beliau disukai oleh jiran-jiran.

Saya mengenali beliau di kedai dobi, dek kerana berada dalam satu taman dari situ kami berkenalan, hinggalah beliau banyak berkongsi dan sering bertanyakan pendapat tentang pelbagai permasalahan. Beliau meman tidak bertudung, bahkan sentiasa memakai seluar ketat serta baju yang sendat. Namun saya tidak pernah melabel beliau bahkan sering berdoa agar Allah memberinya hidayah. Adakala kita tidak mampu untuk menasihati secara direct namun apa yang saya lakukan adalah berbaik-baik dengan beliau dan mendengar segala keluhan berkait kehidupan.

Apabila buku 10 Tokoh diterbitkan, saya memberinya buku tersebit unutk dibaca. Selang beberapa minggu saya tereserempak dengan beliau yang sudah bertudung. Terkejut dengan perubahan itu lalu saya ucapkan tahniah dan mendoakan agar beliau istiqamah dalam menjaga syariat Allah. Menurut beliau apabila membaca buku tersebut ia menyuntik kesedaran dan kekuatan untuknya memulakan langkah bertudung.

Syukur kepada Allah yang membuka pintu-pintu hati hambanya unutk berhijrah. Realitinya semuah tahu kewajipan bertudung dan menutup aurat cuma mereka ini tidak punya kekuatan dan kesungguhan. Namun bila hidayah Allah sudah diperoleh maka jalannya akan mudah. Bagi yang beralasan "konon"nya belum sampai seru, percayalah seruan itu sudah ada cuma tanya iman kita bila mahu berubah dan memulakan. Moga kita semua diberi hidayah dan dikekalkan dalam iman oleh Allah dalam mengerjakan perkara kebaikan.

Wallahuaalam

Saturday, September 1, 2012

Bicara Tentangmu

Photo: A group of six male lions in the Serengeti
Jujurkah kita
Andai yang dijanji
tidak ditepati

Teluskah bicara
Andai yang dikata
tidak serupa yang dibuat

Photo: Two adult elephants and a baby elephant in Namibia
terkeliru aku
adakah pangkat yang disandang
atau nama yang dijulang
terfikir aku
mudahnya manusia  lupa
makna ilmu yang dipelajari

tercari aku
dirimu yang dulu
malang buat mu
hanyut dalam harta
tenggelam dalam material
mengadaikan agama demi untuknya
walhal semua ini sementara saja...

Photo: Wild horses in France

nukilan:
ummu ieman ihsan

Peranan Ibu bapa Muslim


http://www.hmetro.com.my/articles/2012090103082720120901030827/Article

Bila membaca article begini yang memaparkan dahsyatnya keadaan cara hidup masyarakat kita hari ini menyebabkan kita terfikir kenapa ia berlaku? Apa yang harus kita lakukan untuk menangani segala macam kemaksiatan dan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat kita? Apakah kerana kurangnya keimanan maka individu mudah dipengaruhi dengan keseronokan dunia. Atau mungkin juga sebahagian kita Islam hanya pada nama, tetapi realtinya ramai yang tidak tahu hakikat bergelar dan menganut Islam.

Setiapkali membaca kisah ibu bapa yang perilakunya tidak mencerminkan ibu bapa Muslim serta tidak ada cahaya keimanan pada diri mereka, maka hati ini akan merasa bersyukur tidak terhingga kepada Allah. Bukan setakat dilahirkan dalam Islam tetapi bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang ada kefahaman Islam maka kita dibesarkan dalam cara hidup Islam. Kita dididik untuk menjaga syariat serta adat budaya oleh ke dua ibu bapa. 

Da apabila diri  telah bergelar ibu bapa, maka menjadi tanggungjawab kita pula mendidik anak-anak kita sebagaimana ke dua ibu bapa kita. Alangkah besar tanggungjawab ini di saat kita berdepan dengan segala macam cabaran terutama dalam keadaan sekarang "dunia tanpa sempadan" serta teknologi menjadi matlamat bukan lagi sekadar alat. Moga Allah memelihara kita dan keluarga kita dari segala perbuatan keji dan mungkar.

Friday, August 31, 2012

SELF REFLECTION : DATE WITH A WOMAN


After 21 years of Marriage, my Wife wanted me to take another Woman out for Dinner and a Movie.

She said I Love You but I know this other Woman loves you and would Love to spend some Time with You.

The other Woman that my Wife wanted me to visit was my MOTHER, who has been a Widow for 19 years,
but the demands of my Work and my three Children had made it possible to visit her only occasionally.


That night I called to Invite her to go out for Dinner and a Movie.

'What's wrong, are you well,' she asked?
My Mother is the type of Woman who suspects that
a Late Night Call or a Surprise Invitation is a sign of Bad News.

'I thought that it would be pleasant to be with you,' I responded.

'Just the two of us.'

She thought about it for a moment, and then said, 'I would like that very much.'

That Friday after work, as I drove over to pick her up I was a bit Nervous.
When I arrived at her House, I noticed that she too seemed to be Nervous about our Date.
She waited in the Door with her Coat on.
She had Curled her Hair and was wearing the Dress that she had worn to Celebrate her last Wedding Anniversary.


She smiled from a face that was as Radiant as an Angel's.


'I told my Friends that I was going to go out with My Son, and they were impressed, '
She said, as she got into the Car.
'They can't wait to hear about our meeting'.
We went to a Restaurant that, although not Elegant, was very Nice and Cozy.
My Mother took my Arm as if She were the First Lady.


After we sat down, I had to read the Menu. Large Print.
Half way through the entries, I lifted my eyes and saw Mom sitting there staring at me.
A Nostalgic Smile was on her Lips.


'It was I who used to have to Read the Menu when you were Small,'
She said.
'Then it's Time that you Relax and let me Return the Favor,'
I responded.

During the Dinner, we had an Agreeable Conversation, nothing Extra-ordinary,
but catching up on recent Events of each other's Life.
We talked so much that we missed the Movie.


As we arrived at her House later,
She said, 'I'll go out with you again, but only if you let me invite you.'
I agreed.


'How was your Dinner Date?' asked My Wife when I got Home.
'Very Nice. Much more so than I could have Imagined,' I answered.


A few days later, my Mother died of a Massive Heart Attack.
It happened so suddenly that I didn't have Time to do anything for her.
Some time later, I received an Envelope with a Copy of a Restaurant Receipt
from the same place Mother and I had dined.


An Attached Note Said:
'I paid this Bill in Advance.
I wasn't sure that I could be there;
But nevertheless, I paid for Two Plates -
One for You and the Other for Your Wife.
You will never know what that Night meant for Me.
I Love You,
My Son.'


At that moment, I understood the Importance of saying in Time:'I LOVE YOU!'
and to give our Loved Ones the Time that they Deserve.
Nothing in Life is more important than God and your Family.
Give them the Time they Deserve, because these Things cannot be Put Off till 'Some Other Time.'


Pass This Along To Everyone
With An Aging Parent,
To A Child,
To An Adult,
To Anyone With A Parent.

It is difficult to say what is impossible, for the dream of yesterday is the hope of today and the reality of tomorrow. - Robert H. Goddard, 1882-1945

Thursday, August 30, 2012

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55

Hari ini genap 55 tahun Malaysia merdeka. Selamat menyambut hari kemerdekaan buat semua pembaca. Persoalannya sejauh mana kita diri sendiri telah merdeka? Merdeka dari nafsu yang merajai, merdeka dari hutang piutang, merdeka dari sifat/attitude yang negatif serta merdeka dari segala perkara yang membantutkan kita mencapai kejayaan hakiki dan abadi.


Wednesday, August 29, 2012

BIla Semuanya Mahu Sempurna....





Boleh dikatakan semua orang mahukan sesuatu yang bersifat sempurna...Bila sudah berumahtangga mahu rumah yang besar, lengkap segala-gala.  Jika mahu pilih pasangan pula mahu yang tip top pada  MATA MEREKA. Mungkin mahu yang cantik bergaya, hensem, kaya raya, berpangkat dll. Jika ada mertua dan ipar duai sebolehnya mereka serasi dengan kita... Bila melahirkan mahu anak yang baik, berakhlak, mudah diurus, mudah diajar dan dididik, bahkan kebanyakan mahu anak yang cantik fizikalnya. 

Bagi yang bergelar pelajar pula, sebolehnya mah7u cepat pandai, cepat habis belajar, mahu bersukaria, mauh belajar yang mudah-mudah sahaja, tidak mahu yang susah dan menyakitkan kepala dan fikiran. Belajar pula mahu gred hebat walau belajar ala-ala kadar. Jika boleh bila jabis belajar mahu cepat dapat kerja, boleh merasa membelanjakan duit ringgit hasil titik peluh sendiri. Bahkan ada pula yang kalau boleh mahu segera keluar dari rumah ibu bapa kerana kononnya mahu hidup berdikari.

Untuk yang bergelar pekerja, sudah pasti impian mahu majika yang baik, sediakan segala, Boleh bertolak ansur, sediakan segala kemudahan, gaji yang lumaya, menawarkan insentif yang pelbagai. Masa kerja kalau boleh datang lambat balik cepat, cuti yang banyak dan mudah diperoleh. Jika yang bergelar majikan pula mahu pekerja yang amanah, tidak berkira masa, tenaga,idea. Rajin serta cekap dan boleh diberi kepercayaan serta pelbagai lagi ciri yang menjadi pelengkap kepada organisaisi yang mantap.
Pendek kata baiksebagai suami,isteri, ibu, ayah, anak, pekerja, majikan, pelajar, serta warga... kita mengimpikan semuanya sempurna dan baik belaka... 
Realtinya semua itu tidak selalu kedapatan. Yang diinginkan dan yang diperoleh tidak sama.. maka akan berlakulah conflict dalam kehidupan kita sehari-hari...
Oleh itu wajarkah kita mahukan sesuatu itu sempurna dan berusaha mencari kesempurnaan itu? Sudah pasti ia wajar... 
Semua yang berlaku adalah satu proses kematangan. Ujian dan cabaran adalah untuk menggilap potensi diri...  meningkatkan keperibadian menjadi lebih cemerlang. 
Mungkin apa yang diperoleh hari ini tidak sempurna hanya di mata kita sahaja, walhal di mata orang lain kita sudah mendapat dan memperoleh sesuatu yang sempurna...
Kenapa kita berbeza pandangan? Kerana manusiai tu berbeza citarasa dan pandangan. Walaubagaimanapun bersyukur dengan apa yang ada, berusahalah mencari kesempurnaan.. ingatlah semuay ang berlaku adalah proses belajar menjadikan kita lebih matang dan dewasa mengharug kehidupan yang penuh liku..

Wallahuaalam

Majlis Fatwa: Syarat Halal Bagi Pelaburan Emas

Majlis Fatwa: Syarat Halal Bagi Pelaburan Emas

Perjuangan Bermula Lagi



Setelah lama beradu
tiba masa dan saat keberangkatan
sauh sudah diangkat
layar sudah berlabuh
bersediakah nakhoda
memulakan pelayaran
menyahut satu lagi perjuangan


Tiba masa untuk pergi

memulakan perjalanan baru
buat kesekian kali
menyelesaikan misi
melaksanakan visi
biar belum pasti
kalimah suci
kalam Illahi
menjadi azimat peribadi

Tuesday, August 28, 2012

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.



1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

)5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)
Di petik dari FB

Renungan buat diri

Kita obsess dengan wajah, bentuk badan dan pelbagai macam hal keduniaan..Risau duit berkurang, bimbang bila badan naik, bla..bla.. Tapi kenapa kita tidak risau dan memikirkan amalan seharian kita yang tidak kita pasti adakah ia sempurna. Cuba tanya diri adakah amalan kita khusyuk? Adakah segalanya menepati syariat...  Melihat keluh kesah mereka yang begitu risau dengan berat badan, wajah yang kusam menjadikan saya terfikir alangkah manusia tidak bimbang bagaimana saat sakaratul  maut datang menjengah, bagaimana berhadapan dengan azab kubur, dan bagaimana peghujungnya suratan kehidupan kita di akhirat nanti?
Mari kita sama-sama muhasabah dan merenung diri.


"If you cannot be a pencil to write anyone's happiness, then try to be a nice eraser to remove someone's sadness..."

Monday, August 27, 2012

Jaga Tuturkata ,Fikir Bila Berbicara, Perhalusi Semua Perkara



Sejak kecil kita dididik oleh ke dua ibu bapa untuk menjaga tuturkata, bersopan bila bercakap agar tidak bercakap secara biadap atau melanggar saranan agama dam tatasusila budaya. Namun perhatikan bagaimana sebahagian kita menulis dan mengkritik di media internet seperti FB dan sebagainya. Memang adakala mulut tidak bertapis untuk menyuarakan apa sahaja rasa hati hingga memberi komen ikut sesedap bicara.

Seringkali apabila kita baca paparan di FB ada masa kita mengurut dada, saat meneliti tutur bicara. Pernah juga secara terbuka mendengar bagaimana orang suka mencarut dan menggunakan perkataan yang tidak baik apabila bercakap atau berinteraksi sesama sendiri. Bukan mengata diri ini bagus serba serbi, tetapi pernahkah kita terfikir saat kita menggunakan bahasa yang amat tidak sesuai, tempiasnya akan pergi kepada anak-anak. Mungkin anak-anak tidak mendengar kita, tapi aura kita sebagai ibu dan bapa itu pasti akan menurun kepada anak-anak secara tidak langsung. 


Benci, tidak suka, tidak sebulu, menyampah, dendam atau apa sahaja yang ada disudut hati cukuplah ia disimpan disitu. Berfikirlah sebelum mengelurakan setiap patah perkataan yang mungkin boleh mengguris perasaan orang lain atau dalam masa yang sama MENGAMBARKAN SIAPA DIRI KITA YANG SEBENARNYA.... Ingatlah pepatah Melalyu kita..kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. 

Wallahuaalam.

Sunday, August 26, 2012

10 tips membangkitkan semangat bekerja

Setiap kali musim perayaan atau baru menghabiskan cuti yang panjang, kita biasanya akan berdepan dengan kesukaran memulihkan semangat untuk memulakan kerja. Walhal banyak kerja yang perlu dibereskan. Apabila ini berlaku kita biasanya akan mudah membuang masa dengan mengadap FB, bersembang, rasa mengantuk dan ada pelabagai perkara yang kurang bermanfaat yang dilakukan. Kesannya kita berada dalam kerugian dan kerja yang perlu disiapkan juga akan terbengkalai. Oleh itu bagi memulakan suasana dan perasaan baru yang lebih bersemangat caranya adalah:

1) Membuat list @ senarai kerja yang perlu disiapkan.
2) Memulakan kerja yang mudah dahulu/ yang lebih cepat dibereskan.
3) Jangan buka akaun FB @ Twitter dll yang boleh menganggu kerja.
4) Elakkan juga membuka akaun FB, Twiter, ber SMS di telefon bimbit.
5) Elakkan berbual dengan rakan sekerja yang boleh melengahkan kerja disiapkan.
6) Dengar aluanan ayat Al Quran yang boleh menghindarkan syaitan.
7) Letakkan file/bahan/kerja yang perlu disiapkan didepan meja anda.
8) Minum air kosong bagi memberi kesegaran.
9) Elakkan berkhayal atau berfikir tentang pekerjaan yang belum siap.
10) Mulakan kerja tanpa bertangguh. Sekarang juga!

Saturday, August 25, 2012

Selamat Hari Raya


Setelah sebulan berpuasa,
Syawal pula menjelma,
Ampun dan maaf dipinta,
Buat semua pembaca.

Thursday, August 16, 2012

Hargai Ibu Bapa



Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. tidak mampu untuk dibayangkan apakah perasaan yang tersirat di hati ibu bapa, apabila anak yang ditatang bagai minyak yang penuh akhirnya memberi kelukaan... Meniti kisah ini dari awal.. menyedarkan diriku sendiri bahawa hakikat melahirkan. membesarkan serta mendidik anak-anak itu satu tanggungjawab yang besar. Hakikat kehidupan... kita adalah apa yang kita beri..Pengorbanan itu perlu dilakukan oleh ibu bapa. Apabila anak-anak dewasa, mereka berhak menentukan hala tuju mereka, bagaimana mahu mencorakkan kehidupan mereka mengikut keinginan dan kehendak mereka. 

Peranan sebagai ibu bapa itu, jika sudah berpuashati dengan segalanya maka berlapang dadalah, jika apa yang dikehendaki tidak sebagaimana yang dicitakan. Anak itu sekadar pemberian Allah, menjadi penghias rumahtangga, menceriakan suasana. Bila mereka dewasa, pandai berfikir, boleh membuat timbang tara.. maka kita mengharapkan anak kita menjadi insan yang baik, boleh mendoakan ibu dan bapa, menjaga mereka bila tiba hujung usia... 

Andai apa yang kita mahu tidak terlaksana, jika anak yang ditatang tidak sebagaimana harapan... maka, berlapang dadalah dengan suratan Allah. Keadaan ini menuntut kepada muaaqabah, masa untuk bermuhasabah, waktu untuk bermujahadah, saat untuk bermurajaah.... segala yang telah dan sedang berlaku dan akan terjadi.. 

Wahai ibu dan ayah... maafkan anakmu yang tidak mengerti.. dia belum mengenal apa ertinya menjadi ibu, dia tidak tahu apa maknanya bergelar ayah...
Moga Allah menyuluh hatinya untuk ketemu jalan pulang...
Wallahuaalam

Hati Seorang Ibu

Ibu...
Wajahnya terlakar duka
Hati tersirat kecewa
Jiwanya terjalur luka

Saat Syawal mengamit tiba
harapan yang sarat
kepiluan terbuku di kalbu
menunggu anak kesayangan
tidak kunjung tiba

Lalu...
Kecewa dan lukanya dipendam
Mengerti dirinya hakikat menjadi ibu
Terpaksa menahan
Harus menyimpan
Perasaan dan isi hati
Kerana mengetahui
Belum tentu si anak peduli...