Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, October 10, 2013

Summer Camp 2013

Bismillah, Jumaat yang barakah hendaknya untuk kita semua. Hari ni suasana ceria kembali setelah Eiman kembali dari kem Kepimpinan yang diadakan oleh PPD K.Selangor. Ini kali ke dua kami menghantar IEiman jauh dari pandangan mata. Risau pun ada kerana bimbang dia tidak mampu membawa diri. Bila beliau balik semalam, memang nampak keletihannya. Part yang seronok bila saya bertanya" Eiman nangis tak? Rindu tak kat Ummi?" Kata Eiman tak nangis tapi nangis sorok-sorok " Tergelak saya "Nagis sorok-sorok tu bagaimana Man?".. Selamba Eiman menjawab "nangis masa waktu solat jemaah"... Kata Eiman dia rindukan Ummi...

Monday, October 7, 2013

Sunday, October 6, 2013

Tips Melariskan Buku Agama dan Dakwah


Bismillah, sedikit perkongsian buat pembaca, Ia dipetik dari facebook milik saya:
Ilmu yang bermanfaat itu perlu dikongsikan, sewaktu melewati sebuah kedai buku yang suasananya sepi saya hati berbelah bagi mahu menyampaikan atau tidak, kaki saya sudah melewati kedai tersebut namun saya percaya ia satu misi dakwah maka saya berpatah balik." Tuan boleh saya berkongsi tips".. Muka jurujual itu seperti agak berkerut dan penuh perasangka. " Berkongsi apa kak?" nadanya seolah saya mahu menjual barangan. " Seorang rakan yang berjaya hebat dalam perniagaan seperti ini, bahkan kedai yang pernah saya lihat sebelum ini memasang Al Quran atau nasyid bagi menarik perhatian pelanggan". Dia seperti terpana dengan kata-kata itu. Lalu spontan beliau mengucapkan terima kasih berkali-kali. "Katanya saya sudah terfikir sebelum ini tapi entah kenapa belum berusaha untuk melakukan. Moga dilimpahkan rezeki kepada insan-insan yang berniaga Al Quran. buku-buku agama serta pakaian haji dan umrah.

Realitinya berniaga memerlukan mentor atau coaching seeta khidmat nasihat. Jika tidak mampu melakukan itu maka ramaikan sahabat kitqa, pasti kita memperoleh ilmu dari mereka. Jika tidka banyakkan membaca buku-buku yang berkaitan agar usaha dan kerativiti dapat dijana demi kelangsungan bisnes dan kejayaan masa akan datang. 
Wallahuaalam


Saturday, October 5, 2013

: Peperiksaan : Antara Harapan dan Cita cita

Bismillah,

Semakin kalendar berada di penghujung maka semakin debaran terasa, leibh lebih lagi kepada ibu bapa yang anak mereka menghadapi peperiksaan. Saya juga sama seperti ibu-ibu yang lain kerana tahun ini dua anak berdepan peperiksaan. Ia bukan semata memikirkan tentang result atau keputusan bahkan lebih penting lagi perlu memastikan emosi dan mental anak-anak tidak terganggu. Ini kerana bila peperiksaan hampir tiba para pelajar cepat merasa stress. 

Sebagai ibu bapa bila anak-anak merasa tertekan di saat akhir berdepan peperiksaan maka kita perlu banyak memberikan kata-kata semangat dan motivasi. Jangan meletakkan sasaran A yang menyebabkan anak-anak rasa terbeban. A bukanlah pengakhiran sebuah kejayaan bagi anak-anak. Ini kerana kajian menunjukkan pencapaian terbaik di sekolah rendah bukan penentu kepada kejayaan di sekolah menengah hingga ke universiti. Namun begitu sudah pasti setiap dari kita mahu anak-anak berjaya mengekalkan kejayaan.

Menurut Puan Ainon, chairman PTS meletakkan target anak mendapat A tanpa melihat keupayaan anak-anak akan menyebabkan anak hilang motivasi. Bahkan target perlu diletakkan dengan melihat penilaian kepada keputusan sebelumnya. Oleh itu jika anak-anak kecewa jika tidak mampu menjawab soalan peperiksaan dengan baik ibu bapa perlu memberi semangat dan keyakinan bahawa anak-anak telah memberikan yang terbaik. Kata-kata seperti "malas belajar", "kurang belajar" dan pelbagai ayat-ayat negatif perlu dielakkan. Ia tidak mengubah apa yang berlaku. Anak-anak juga akan lebih tertekan. Terbaik doakan agar anak-anak berjaya bukan semata dari peperiksaan tetapi mengambil iktibar dari pengalaman.



Monday, September 30, 2013

Kreativiti : Berfikir di luar kotak






SETIAP hari Pak Cupit melalui sempadan Siam dengan menunggang basikal. Beberapa guni besar tersandang di belakang basikalnya.

Pegawai kastam yang mahu menahan beliau bertanya, "Apa dalam beg tu?", "Pasir," jawab Pak Cupit."Turun dari basikal, kita tengok apa betul kau bawak pasir!" Pegawai Kastam terus mengambil guni-guni tersebut dan dengan pantas membukanya.

Sementara pasir itu diperiksa, Pak Cupit ditahan di dalam lokap semalaman. Setelah dibuat ujikaji dengan diteliti, ternyata pasir yang dibawa memang pasir tulen dan tiada bahan lain selain dari pasir semata-mata.

Pak Cupit dibebaskan. Pasir kepunyaannya juga dimasukkan semula ke dalam guni dan dia dibenarkan melalui sempadan Malaysia untuk ke Siam.Keesokan harinya perkara yang sama berlaku. Pegawai Kastam bertanya, "Apa yang kau bawa kali ini?", "Pasir" jawab Pak Cupit.

Pegawai Kastam tidak berpuas hati, sekali lagi dia membuat pemeriksaan, namun guni tersebut tidak mengandungi benda lain selain daripada pasir semata-mata.Maka Pak Cupit dibenarkan melalui sempadan dengan basikalnya.

Hal ini berlaku berulang kali setiap hari selama 20 tahun. Akhirnya pegawai kastam itu telah pun bersara dan tidak lagi berkhidmat sebagai pengawal sempadan.

Pada suatu hari secara kebetulan dia berjumpa dengan Pak Cupit di pekan. Pegawai Kastam itu mengajak Pak Cupit minum di sebuah kedai.Pegawai Kastam itu pun bertanya, "Aku hairan tengok kau melintas sempadan setiap hari tapi cuma bawa pasir, sebenarnya apa yang kau seludup?"

"Basikal" jawab Pak Cupit ringkas:)..



Dipetik dari FB.

Saturday, September 28, 2013

Apabila jodoh menyapa : Elakkan sengketa dalam rumahtangga


Bismillah...

Pejam celik pejam celik ia terasa seperti masih baru, tanpa sedar ia bakal melakar sejarah 18 tahun usia perkahwinan. Selari dengan masa anak-anak juga sudah makin membesar dan menjengah dewasa. Banyak yang telah dilalui dalam meredah cabaran berumahtangga. Ia ibarat pelangi indah yang terlakar yang berselang seli dengan hujan dan kemarau. Semua ini memberi pengalaman buat kita semua dalam meneraju bahtera rumahtangga.

Friday, September 27, 2013

Mendidik anak-anak: Aqidah benteng kemaksiatan

Bismillah,

Moga semua pembaca dalam rahmat dan barakah Allah. Perkongsian kali ini menyentuh tentang akhlak dan aqidan anak-anak. Ia menjadi isu bila banyak berita-berita tentang anak-anak yang tingkah laku serta akhlaknya tidak mencerminakn diri mereka sebagai Islam. Bahkan ada yang begitu mudah terpengaruh dengan sekeliling. Semalam saya melihat gambar dan berita pelajar berusia 12-14 tahun merogol pelajar perempuan yang berumur 12 tahun. Malihat wajah-wajah mereka yang terlibat seramai hampir 7-8 orang saya terasa sungguh mengetuskan perasaan. 

Wajah mereka yang masih belum matang, belum cukup mengenal dunia seperti tidak ada rasa bersalah atau sedih dengan tangan bergari bila dituduh merogol. Pelajar berusia 12 tahun merogol pelajar yang berumur 12 tahun alangkah... terkedu saat membaca berita itu. Adakah kesalahan ini kerana ibu bapa tidak cukup didikan atau kerana hebatnya penangan media internet yang menjarah minda anak-anak remaja kita hari ini. 

Saya percaya jika aqidah mereka terpasak kukuh maka sudah pasti mereka tahu menjaga diri bahkan tidak akan terjebak dengan perkara-perkara sebegini, apa lagi merogol secara berkumpulan. Sudah pasti pada permulaan ibu bapa diletakkan kesalahan kerana tidak mengambil tahu atau memantau anak-anak mereka. Bayangkan jika sebelah malam anak-anak tiada di rumah maka tidakkah ibu bapa merasa tertanya-tanya gerangan anak-anak mereka. Ada yang memberi alasan anak-anak keluar tanpa memaklumkan. Jadi salah siapa bila anak menjadi sebegini?

Sudah tentu balik kepada ibu bapa yang mendidik dan mendisiplinkan anak dari kecil. Rules and Regulation di rumah perlu diterapkan seusia kecil. Anak-anak tidak boleh dibiasakan merayau dan bebas berkeliaran di luar rumah. Boleh bermain bersama rakan tapi perlu ada had masa. Jika waktu kecil ibu bapa tidak menangani dari awal maka bila mereka meningkat remaja maka sudah pasti anak-anak akan suakr dikawal. 

Bagi ibu bapa yang masih muda, baru mahu memulakan hidup berkeluarga dan melayar bahtera kehidupan rumahtangga maka pastikan corak yang bagaimana mahu diterapkan pada anak-anak. Pastikan aqidah terpasak kukuh bagi memastikan akhlak anak-anak terjaga.
Wallahuaalam.

Monday, September 23, 2013

Menjadi ibu bapa yang prihatin terhadap anak-anak


Bismillah,

Hari ini berkongsi tentang topik anak-anak. Sebagai ibu bapa adakala kita perlu mencari ruang untuk membuat "spot check" terhadap anak-anak baik sewaktu mereka di seolah aau di rumah. Ibu bapa yang sibuk bekerja perlu memperuntukkan masa untuk memerhati dan mengambil tahu anak-anak contoh apa yang mereka buat di rumah, di sekolah sewaktu ketiadaan kita. Ia bukan bermakna kita tidak meletakkan kepercayaan pada anak-anak, tetapi ia satu bentuk keperihatinan ibu bapa terhadap anak-anak. 

Ada masa tidak salah datang menjenguk anak-anak sewaktu rehat, melihat dari kejauhan anak-anak kita bertingkah laku bersama rakan-rakan. Mungkin ia satu perkara yang remeh pada setengah ibu bapa, tetapi ada ramai juga yang mengambil inisaitif sebegini memantau anak-anak. Secara tidak langsung ada perkara yang tidak kita sedari tentang anak-anak dapat kita kenal pasti. Kita seringkali mendengark isah-kisah anak-anak yang dilihat pasif di rumah tetapi rupanya menjadi pembuli, dan begitulah sebaliknya. Kita juga seringkali melihat anak remaja kita baik dan sopan tetapi rupanya liar di luar rumah. 

Selain itu berbaiklah dengan jiran agar mereka boleh menjadi spy atau mata kedua kita kepada anak-anak. Jika jiran memaklumkan perihal kenakalan anak-anak janganlah kita cepat melatah baik tidak senang dengan jiran atau memarahi anak-anak tanpa usul periksa, Ada kewajaran kita selidik terlebhi dahulu. Menjadi ibu bapa yang perihatin bukan setakat memberi makan dan mimun tetapi prihatin juga adalah dengan cara mendekati dan memahami anak-anak dengan cara tersendiri. 

wallahuaalam.

Sunday, September 22, 2013

Isu Keluarga

Bismillah,

Kata pepatah inikan lidah boleh tergigit, apalagi suami isteri. Begitu juga pepatah yang menyebut air di cincang tidak akan putus. Dan banyak lagi pepatah dan perumpamaan yang berkisar tentang kekeluargaan. Ini menunjukkan kepada kita betapa keluarga itu besar peranan dalam kehidupan individu seseorang. 

Saturday, September 21, 2013

Tentang Rezeki

Tentang Rezeki

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil


Sent from my iPhone

Sunday, September 15, 2013

Makna sebuah keluarga

Bismillah...

Cuti menjelma lagi.. dengan siapa kita raikannya? Adakah dengan keluarga atau masih di tmepat kerja. Hari ini bekongsi tentang betapa penting kelurga pada diri kita. Bagi yang merasa betapa keluarga adalah segalanya maka sungguh bertuah dirinya. Namun ada juga yang merasakan keluarga tiada makna buat dirinya, bahkan keluarga melakar cerita luka dan nestapa. Ia ada banyak persepsi setiap kita bila mengatakan tentang keluarga. Ada yang dendam kesumat pada keluarga masih belum dilupa, ada yang kasih sayang tidak sempurna, ada juga yang tragis kisahnya... Maka salah siapa bila keluarga tidak penting bahkan lebih baik tiada dalam hidup ... 

Sesungguhnya kita dicorakkan oleh keluarga. Jika keluarga itu dipandu oleh nakhodanya dengan iman dan taqwa maka sudah pasti keluarga lebih bermakna dari segala harta dan perhiasan dunia. Keluarga tanpanya kita hilang segala ceria. Keluarga adanya menjadi sandaran saat diduga dan bersamanya kita raikan hari bahagia...
Keluarga adalah jalan yang membawa kita menuju ke syurga. Keluarga ibarat tangan yang memimpin dalam gelap tanpa cahaya. Maka bagaimana membetulkan persepsi terhadap yang merasa keluarga pencetus sengsara pembawa derita? Mudah sahaja... fikirkan saat kita lahir siapa yang mengandungkan kita.. saat kita lapar siapa yang menyusukan.. bila kita jatuh dan menangis siapa yang memujuk? Sewaktu kita ketakutan siapa yang memeluk kita? Jika jawapannnya bukan ibu, bukan bapa,, bahkan orang lain yang hadir dalam hidup kita maka katakanlah pada diri.. jika bukan dua insan yang ibu dan ayah.. adakah kita ada di dunia... 

Mari muhasabah betapa kita masih perlukan keluarga walau sudah punya segala.. kita masih cintakan mereka walau ada cinta yang baru... kita masih perlukan mereka walau kita sudah memilik dunia.. 

Wallahuaalam.

Saturday, September 14, 2013

Business Model You


Bismillah, 

Setelah selesai kursus Kecekapan, hari ini pula berkursus tentang BMY. Nyatanya setiapkali memperoleh ilmu baru ia menjadi satu keterujaan untuk mengaplikasikan dan berkongsi dengan yang lain. Sememangnya ramai diluar sana yang berniaga tanpa belajar tentang teori terlebih dahulu. Kebanyakan berniaga sekadar cuba-cuba dan termotivasi dengan orang sekeliling. Ia juga bukan menjadi satu budaya bagi masyarakat Melayu terutamanya memberi pendedahan tentang perniagaan dari usia kecil. 

Thursday, September 12, 2013

Bagaimana menjadi Penulis


Cita cita menjadi Penulis
Cita cita menjadi Penulis. tidak terlalu mudah dan tidak juga susah untuk merealisasikan. Ramai bercita cita sedenikian, saya juga punya cita cita yang sama. Saya tidak berguru, guru saya sekadar buku yang saya baca sejak kecil. Umur 7 tahun saya sudah membaca novel novel yang sarat dengan mesej seperti Tenggelamnya kapal Van Der Vijk, Hartini, Keluarga Gerilya, Arni dan lain-lain. Sehingga dewasa buku adalah teman kesunyian. Bermula dengan sedikit perjalanan kehidupan dan menambah ilmu seiring perjalanan Alhamdulillah akhirnya impian tercapai. "Motive, Passion and Determination can push us to make all our dreams come true... ."

Paling penting dalam menggarap idea perlu dimaklumi bahawa ilham dan ilmu itu dari Allah.Dia yang mencetuskan dari hati dan minda lalu terciptalah tulisan dan tertinta garapan. Moga penulisan menjadi nadi bagi bergelar dai'e dan melunaskan tugas dan tanggungjawab dakwah. Harapan agar diri sentiasa istiqamah.
Wallahuaalam


Sent from my iPhone

Wednesday, September 11, 2013

Pesanan dan nasihat

Pesanan dan nasihat

Mesti baca dan cuba untuk memahami maksud yang mendalam ini.

1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.

2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil?
Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.

3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.

4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dgn baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk,jgn sedih, ia juga takkan kekal lama.

5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jk anda mendapat sebutir berlian, jgn lupa emas tersebut krn utk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.

6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!

7. Apabila Allah swt menyelesaikan masalah2 anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah swt tdk menyelesaikan masalah2 anda, DIA percaya akan kemampuanmu.

8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lbh teruk berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda! "

9. Ketika anda mendoakan org lain, Allah swt mendengar kpd anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bhw seseorang telah mendoakan anda.

10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.

Jika anda benar-benar menikmati kata-kata ini, mohon sebarkan kepada yang lain. Ia boleh menerangi hari seseorang. (oleh Us Zahazan)


Sent from my iPhone

Tuesday, September 10, 2013

Lambaian Kaabah

Bismillah,

Musim haji telah tiba, ia satu hal yang dinanti bagi jemaah yang mendapat peluang dan sudah berkemampuan. Semalam berpelung menghantar kenalan di Kelana Jaya untuk menunaikan haji. Saya percaya setiap orang menanam impian dalam diri namun mungkin ada juga yang meletakkan sasaran menunaikan haji di usia lewat lima puluhan atau menunggu pencen. Ada yang berkata mahu menanti pencen kerana ia masa lanjut usia, tiada maksiat lagi yang boleh diperbuat. 

Bolehkah menangguhkan pergi haji jika sudah berkemampuan hanya dengan alasan takut nanti sekelmbali haji masih lagi berbuat dosa. Realitinya  fardhu haji memberi peluang untuk mentarbiyyah diri menjadi lebih baik dari sebelumnya. Perhatikan berapa ramai yang diberikan hidayah lalu dari yang hidup dalam maksiat menjadi sebaik manusia. 

Pun begitu ada yang sekembali haji lebih hebat gaya hidupnya. Ia bergantung kepada individu, Haji yang mabrur adalah haji yang diterima oleh Allah. Haji memberi signifikan kepada kehidupan individu kerana melalui perlaksanaan haji ia dapat melihatkan kepada inidivdu erti sebenar kehidupan. Pengamalan yang dilakukan sepertu rukun dan wajin haji adalah menifestasi kehidupan. Contoh seorang yang belum diuji akan diuji oleh Allah dengan sesuatu yang tidak disangka olehnya. lalu ujian ini akan mendekatkan diri kepada Allah. ia bukan setakat mengubah cara berfikir, sekaligus ia mampu mengubah cara hidup sebelumnya kepada cara hidup Islam dan memperkuatkan keimanan seseorang individu.
Bagi yang seperti tidak ada kemahuan untuk menunuaikan rukun yang kelima ini dengan memberi pelbagai alasan, maka percayalah, haji mampu mengubah sempadan iman. Haji menjinakkan hati yang keras dan menerbitkan rasa kasih sayang sesama insan. Moga setiap dari kita diberi peluang menunaikan haji dan mendapat haji yang mabrur.

Wallahuaalam.