Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, November 18, 2013

Pelamin Cinta




Bismillah,
Alhamdulillah masih lagi dalam proses menyiapkan buku terbaru yang bertemakan rumahtangga. Salah satu isu yang mahu dibangkitkan adalah usia atau jangkahayat rumahtangga. Perhatikan dewasa ini bagaimana rapuhnya hubungan rumahtangga, usia perkahwinan tidak dapat bertahan lama. Bahkan ada segelintir yang sudah menempuh usia yang lama dalam perkahwinan namun ia ibarat telur dihujung tanduk, menunggu masa berakhirnya titik perhubungan.

Faktor pelbagai banyak menyumbang kepada permasalahan ini. antaranya:

  1. Pasangan tidak saling memahami bahkan kemesraan semakin menjauh.
  2. Asas dan tujuan perkahwinan tidak jelas
  3. Komunikasi yang tidak wujud antara pasangan
  4. Hilangnya perasaan kasih sayang
  5. Kesetiaan yang tiada
  6. Tiada keserasian 
  7. Toleransi yang rapuh
  8.  Material diutamakan
  9. Tiada didikan dan kesedaran beragama
  10. Pentingkan diri sendiri dan tidak bertanggungjawab






Pendidik sebagai Role Model


Bismillah,

Alhamdulillah, Ahad yang lepas berjaya melangsaian tugas berkongsi tentang tajuk Cabaran Felo dalam mengharung cabaran dan menjadi role model kepada pelajar bagi Felo Universiti Islam Antarabangsa. Biarpun masa yang agak padat namun Allah memberikan runag untuk ia dapat direalisasikan. Antara isi yang boleh saya kongsikan di sini adalah peranan individu yang menggalas tugas iaitu 5 M iaitu Muddaris, Muaddib, Muaalim, Murrabi dan Murshid.

Menjadi role model kepada pelajar maka setiap diri perlu mengaplikasikn semua ini. Ia pastinya tidak mudah, namun dengan komitmen ia pasti dapat direalisasikan. Dengan cabaran hari ini ia amat mencabar kerana situasinya tidak sama namun felo perlu kreatif dan ada daya saing dalam menjalankan tanggungjawab.

Sebagai role model maka setiap felo perlu mempunyai beberapa kriteria:

  1. Profesionalisme
  2. Akauntabiliti
  3. Imej Diri
  4. Akhlak/Tingkah laku
  5. Emosi>Spirtualiti
  6. Ilmu pengetahuan

Sunday, November 17, 2013

the best in you

the best in you

i am not a perfect wife but i try to be the best mother, i am not a good friend bu i try to be a good listener
i am not the best teacher but i maybe a good partner.💖💞💗💓💖💖



Sent from my iPhone

Wednesday, November 13, 2013

Usia dan Kematangan Berfikir

Usia dan Kematangan Berfikir
Assalamu'alaikum,

Bila ada persoalan tentang umur 40 tahun manusia, saya terfikir sejenak. Belum pernah saya membincangkannya dengan sesiapa sebelum ini. Bila saya cuba mengajak kepada perbincangan, ramai yang berkata itu cuma psikologi barat untuk menggambar kehidupan mesti enjoy dan berseronok, dan pada umur ini barulah fikir tentang masa depan.

Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, "Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim." (al-Ahqaf: 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.

Pada ayat yang lain, firman Allah;

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ

Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)

Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan "umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir" dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.

Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn 'Abbas:

"Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun" (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.

Mengapa umur 40 tahun begitu penting.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.

Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,

لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد

"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, "Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka."

Imam asy-Syafi'i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, "Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara' lazim bagiku. Diantara aku dan dia ada Allah."

Lantas, apa yang harus kita lakukan ketika menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. X daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.

Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Dari sirah juga mnunjukkan umur 50 adalah umur jihad, perjuangn kbnaran n mmpertahankn Islam mnuju kmenangn atau syahid.

Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.

Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".

Petikan dari media


Sent from my iPhone

Tuesday, November 12, 2013

Berlumba bukan bersaing


Bismillah,

Seringkali kita disogokkan dengan perkataan bersaing. Bersaing dalam semua hal adalah perkara yang diajar sejak dibangku sekolah. Kerana itu sesiapa yang berjaya bersaing maka mereka akan memperoleh anugerah dan dikira sebagai cemerlang dan terbaik.

Apapula masuk berlumba? Berlumba maksudnya berada di trek atau jalan sendiri tetapi mahu berjaya bersama-sama. Kita berlumba dengan diri sendiri dan bukan orang lain. Ber;umba dengan diri sendiri maka dirilah yang perlu bekerja menyusun strategi bagi berjaya. Berlumba menuntut perkongsian kebaikan dengan orang lain.

Ramai yang menyebut mahu bersaing secara sihat tapi sebaliknya berlaku. Contoh jiran yan bersaing mencantikkan rumah hingga menidakkan hak jiran dan timbul riak, pelajar bersaing hingga tidak mahu berkongsi ilmu, perniaga bersaing hingga sanggup membomoh pesaingnya. Banyak lagi persaingan yang terjadi seringkali tidak memberi impak positif.

Kerana itu slogan yang dibawa Islam lebih mementingkan kerjasama dan perkongsian. Ini lebih baik kerana manfaat itu dapat disebarkan dan dinikmati oleh semua.

Wallahuaalam.

Monday, November 11, 2013

Hari - Hari Sunat Berpuasa


Bismillah,

Sudah masuk hari ke 6 Muharam, esok lusa kita akan sampai ke tarikh 10 Muharam,Ia masa yang terbaik untuk mengamalkan puasa sunat. Puasa sunat tidak hanya pada hari tertentu kerana kita disarankan secara istiqamah mengamalkan puasa Isnin-Khamis. Diantara hari-hari yang disunatkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:

1.       Puasa enam dalam bulan Syawal (Sehari selepas 1 Syawal)
2.       Puasa awal bulan Zulhijjah ~ 1 – 8 Zulhijjah.
3.       Puasa pada hari Arafah ~ 9 Zulhijjah
4.       Puasa pada bulan Muharram
5.       Puasa pada hari Tasu’a ~ 9 Muharram
6.       Puasa pada Hari Asyura ~ 10 Muharram
7.       Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa.
8.       Puasa dalam bulan Sya’ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya’ban
9.       Puasa pada hari Isnin dan Khamis.
10.     Puasa tiga hari setiap pertengahan bulan Islam ~ 13,14 & 15
11.     Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat




Saturday, November 9, 2013

Teknik Keibubapan

Teknik Keibubapan

Sabda Rasulullah: "setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah sehinggalah kedua ibu bapanya menjadikan dirinya majusi, yahudi, nasrani-

Fitrah itu adalah Islam.
Fitrah itu setiap manusia ada kelemahan dan kekurangannya.
Ibu bapa perlu memperkasa fitrah anak.
1 Anak tidak tahu duduk diam
2.Suka meniru tingkah laku orang lain.
Keibu bapaaan:
1 . Beri contoh terbaik, jadi role model kepada anak anak
2.Beri bimbingan dalam hiburan seperti tv dan game
3. Gunakan konsep bercerita dengan anak anak.
4. Ajar anak beza baik buruk
5. Kongsikan hobi dan minat bersama anak anak




Sent from my iPhone

Wednesday, November 6, 2013

Islam di Vietnam




Bismillah,

Sambutan 1 Muharram 1435H kali ini adalah di bandar Ho Chi Minh. Vietnam. Bandar ini sudah begitu sinonim dengan rakyat Malaysia yang melancong ke sana. Saya bersama rakan-rakan berkunjung ke sana sempena cuti. Apa yang mahu dikongsi adalah tentang masyarakat Islam di sana. Biarpun negara yang majoritinya menganut Budhha, namun ada banyak masjid di Vietnam. Masyarakat Islam juga tidak asing disana walaupun hanya menjadi minoriti.

Muslim yang tinggal di bandar ada yang bekerja makan gaji dan ada juga yang berniaga. Pluang berniaga ini ada yang dimanfaatkan dengan menjalin hubungan dagang bersama rakyat Malaysia. Makan minum di Vietnam juga tidak susah untuk mendapatkan kerana ada banyak restoran halal dibuka disekitar bandar Ho Chi Minh. Bahkan rata-rata restoran menyediakan makanan yang sedapt dengan harga berpatutan.

Selama 3 hari di bandar Ho Chi Minh ia satu yang menyeronokkan lebih -lebih lagi menyambut 1 Muharram. Kesempatan berpuasa di negara asing tidak susah, saya sempat singgah di masjid berdekatan hotel tempat penginapan kami. Masjidnya begitu bersih, kemas dan indah tersergam. Dari jauh kubah hijaunya kelihatan. Ternyata komuniti Muslim di Vietnam ini ternyata kukuh ikatan mereka. Ini memungkinkan Islam kekal di negara tersebut. 

Satu kesempatan menaiki tels yang dipandu warga Vietnam beragama Islam dapat mencungkil kisah hidup mereka di bandar yang sedang membangun ini. Biarpun ada kalangan mereka yang hidup dalam keadaan dhaif namun adat budaya masih dikekalkan. Moga Islam akan tersebar dibumi Ho Chi Minh.

Wallahuaalam.

Muharram 1435H

Thursday, October 31, 2013

Tips Menjadi Ibu Bapa dan Pendidik Berjiwa Besar

 
Bismillah,

Peranan pendidik sangat bpenting dalam kehidupan seseorang inidividu begitu juga ibubapa. Pendidik ibarat pelari gantian memegang baton, dari guru tadika diberl pula kepada guru sekolah rendah, kemudian guru sekolah menengah hinggalah ke peringkat seterusnya. Manakala ibu bapa pula berperanan sebagai peniup wisel, penjaga masa, penjaga garisan,pengadil... untuk memastikan mereka berjaya ibu bapa perlu menjadi coach yang bijaksana untuk anak-anak.
Ibarat pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya” .  Begitulah juga dalam mendidik anak-anak.  Sewaktu kecil lagi mereka perlu dididik dan diasuh dengan cara hidup Islam. Jika dewasa baru kita sedar dan mahu mengubah stereng kehidupan mereka, kita memerlukan masa dan cara yang tersendiri. Sebagai ibu bapa mahupun pendidik tiada istilah terlambat atau putus asa dalam mendidik dan mentarbbiyyah anak-anak. Bahkan hingga anak-anak berumahtangga ibu bapa masih perlu berperanan Cuma caranya sahaja berbeza.
Individu yang lahir dalam budaya dan didikan berbeza pastinya agak susah untuk diubah, namun ia tidak mustahil kerana ibarat batu yang dititis air jutaan kali maka akhirnya ia menjadi lekuk walau air itu lembut sifatnya. Maka itulah tekniknya dalam mendidik, kelembutan itu tersembunyi hikmah yang besar jika kita yakin dan percaya. Itu juga yang diajar oleh Rasulullah dalam mendidik akhlak dan peribadi Arab Jahiliyyah.
Wallahualam

Tuesday, October 29, 2013

Tips Pembangunan Usahawan

Tips Pembangunan Usahawan

jangan sampai partner tak percaya pada kita bila berpartner, tak suka tak mengapa.
Org suka kdg membebankan juga.
Jodoh bisnes kita adalah modal bisnes kita dlm partnership.
Boleh memberi kepercayaan dan mampu bekerjasama dengan orang lain.
Jangan sekali kali mengumpat partner kita pada orang lain. Jangan sampai orang kita sbb dia reflect diri kita, nanti orang takut nak berpartner dengan kita.
Apa masalah kena diam diam, biar kita dengan dia.
Hayat partnership perlu dijaga.
Sebab bercerai itu biar atas perkara yang munasabah.
Orang baru akan ada kesilapan tp 2 perkara perlu jaga;
1) Jaga kesilapan jgn buat lagi
2) Kerjasama amat perlu diterapkan.
Banyak perkara bila diperbetulkan
terutama dlm hal semangat bekerjasama.
Dalilnya kerugian di absorb tp semangat mesti diperkukuh, contohnya Peristiwa Perang Uhud.
Walau kalah teruk disebabkan tentera pemanah kerana harta. Nabi tidak siasat, tiada hadis tentang kenapa kalah perang Uhud, jadi buat silap tidak perlu post mortem, nabi tidak siasat, kisah itu dari para sahabat. Hikmahnya Nabi tidak siasat kerana semangatnya.
Bila Nabi tak sebut semangat juang kekal tinggi. Bahkan tiada nama sahabat yang keluar.
Antara membetulkan kesalahan dan menjaga semangat kerjasama lebih penting kekalkan semangat.
Kesilapan bukan jenayah, ambil duit sendiri itu jenayah.

Bagaimana cara menjaga semangat partner?
Kita adalah self employd.Ada ramai staf termasuk partner, Sebagai ketua kita mesti jaga semangat kerja partner dan maruahnya.
Apabila situasi berlaku orang mengadu orang kuat kita, tntg kerja, management style pegawai kita jangan kita layan. Jangan kita panggil partner kita. Jika kita lauan maknanya kita lebih percaya partner kita.
Apabila kita maklumkan orang bawahan tentang partner kita menyebabkan staf tidak percaya lagi pd partner.
hal hal emosi



Sent from my iPhone

Saturday, October 26, 2013

10 Tokoh Usahawan Muslimah


Bismillah,

Hari ini Alhamdulilah diberi peluang berkongsi tentang buku 10 Tokoh usahawan Muslimah di TVHijrah dan dalam masa yang sama juga berkongsi ilmu bersama para agen usahawan Sarah Kids tentang motivasi keusahawanan dan strategi perniagaan. Ia satu rahmat bila diberi peluang berkongsi kerana dengan berkongsi ilmu moga-moga Allah menambah ilmu yang sedia ada. ia juga bukan bermakna kita kebih bagus dari orang yang kita berkongsi kerana setiap kita ada kelebihan.

Sesungguhnya perniagaan adalah nadi ekonomi dan wanita merupakan antara yang ramai menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Oleh itu bila menjadi usahawan falsafah perniagaan dalam Islam itu perlu difahami, etikanya perlu dipatuhi agar rezeki yang berkat diperoleh bagi menjamin kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

Perniagaan adalah salah satu cara wanita menambah pendapatan. Ia dilihat sukar namun inilah tarbiyyah Ilahi kepada Rasulullah dalam menjalankan perniagaan serta diberi pasangan yang juga ahli perniagaan. Maka ada hikmah bagi kita sebagai umat Islam untuk menyahu cabaran dan keuntungan perniagaan.

Wallahuaalam 

Sunday, October 20, 2013

Imej diri wanita


Bismillah,

Alhamdulilah masih lagi diberi ruang dan peluang untuk berkongsi. Semalam saya mengajukan pertanyaan tentang perlunya menjaga imej diri, tetapi sejauh mana kita perlu bermake up dengan alsan wajh kusam, wajah tidak menarik dan sebaginya. Persoalan tentang make up ini perlu kita faham iaitu di mana? untuk siapa?

In sya Allah saya mengupasnya persoalan ini dalam buku yang sedang dalam penulisan iaitu Motivasi 3i untuk Wanita. Setiap wanita mahu dilihat cantik dan amat mendambakan untuk menjadi cantik lebih-lebih lagi untuk orang yang tersayang iaitu suami. Apapunpun yang diimpikan moga kita lebih faham apa ertinya CANTIK.
Wallahuaalam.

Tuesday, October 15, 2013

Superwoman



Bismillah,

Saya masih lagi dalam mood menulis inspirasi buat wanita dalam siri buku Motivasi 3i. Salahsatunya akan memperkatakan tentang superwoman. Ia merupakan isu yang sering dikaitkan dengan wanita perlu ada superskill, berkebolehan, mampu urus rumahtangga dan juga kerjaya sera apa sahaja tanggungjawab.

Sebagai wanita kita seringkali perlu mencari resepi-resepi kejayaan. Kita perlu berusaha untuk memperbaiki diri. Mungkin tidak akan sempurna banyak perkara tetapi setidaknya kita boleh perbaiki dan menambah baik apa yang ada. Mustahil untuk kita sempurna dalam banyak perkara namun perlu kita lihat dari sisi positif bagaimana mahu berubah.

Ramai wanita di luar sana sering merungut kerana terpaksa melakukan banyak perkara, hingga ada masa tidak dapat memberikan perhatian untuk diri sendiri. Betul, wanita adakala terlalu banyak berkorban hingga lupa membelai diri. Ada masa mahu merehatkan diri sahaja tidak ada masa untuk itu kerana tumpuan masa sepenuhnya kepada tugas rumahtangga dan juga kerjaya. Jika wanita mempunyai kerja part time maka bebannya akan lagi bertambah.

Realtitnya, menjadi superwoman perlu membuat pengorbanan selari dengan misi dan visi yang ada. Pengorbanan yang mahu di buat itu perlu dipastikan matlamat yang jelas. ia bukan semata menjadi superwoman kerana mahu memastikan hidup bahagia di dunia tapi perlu memastikan wanita juga "super" dalam beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah.

Kesimpulannya, wanita yang hebat adalah yang membahagiakan suami dan keluarga, sentiasa berfikir mahu memberikan terbaik kepada orang di sekelilingnya, dan berfikir untuk memajukan diri dan membangunkan ummah.
Wallahuaalam.

Sumber Motivasi



Hidup adalah dengan memberi. 
Tanpanya kita manusia seperti tidak befungsi


Makna Iman


Bismillah,

IMAN, ia umpama air yang berharga. Paling mahal, paling bernilai dari segala galanya di dunia ini saat kita mendambakannya. Walau hakikatnya IMAN tidaklah sama atau boleh disamakan dengan air kerana IMAN lebih bernilai dari dunia dan segala isinya. Maka berharga dan bernilainya iman kepada insan ia perlu diletakkan pada tempat yang selamat. Ibarat air ia tidak tercurah tanpa manfaat. Air yang ada boleh menumbuhkan  tumbuhan, menyuburkan tanaman. Begitu jua iman, adanya iman dalam diri individu mampu menjaga diri seseorang agar tidak terjerumus ke lembah kehinaan. 


....petikan dan buku terbaru inspirasi 3i untuk wanita.