Biasa kita dengar perkataan ini namun berapa ramai yang menunggu kejayaan jatuh ke riba @ 'wait for things to happen'. Untuk menilai kita ditahap mana, mari kita sama-sama menjawab dan menilai persoalan ini.. - Ada berapa kali terlintas difikiran kita kita ingin melakukan sesuatu perkara yang menjadi impian kita?
- Ada berapa langkah yang telah kita lakukan untuk menjadikan perkara itu satu realti?
- Berapa kali (jika ada) kita merungut perkara itu tidak mungkin berlaku kerana ia hanya angan-anagan kosong?
- Berapa kali kita memberi alas an tidak mungkin kita merealisasikan impian tersebut kerana kita ada halangan...contoh masa, duit, keluarga, maslaah peribadi, tidak mendapat sokongan...
- Berapa kali kita melakukan percubaan?
- Berapa kali percubaan itu gagal?
- Setelah kegagalan pertama, ada berapa kegagalan yanbg telah kita alami selepas itu?
- Ada berapa banyak ikhtiar dan usaha yang telah kita lakukan untuk mengatasi kegagalan itu?
- Sudahkah kita mengkaji strategi yang kita gunbakan itu berkesan atau tidak?
- Adakah kita ada memikirkan alternative yang lain atau kita sekadar mengharap?
Sebenarnya ramai dikalangan kita mengatakan mereka mencuba, namun mereka setakat menyebut dengan perkataan, bukan bangun dan berusaha merealisasikan, menyebut tentang kegagalan, namun kegagalan itu hanya sekali tetapi hati dan keinginnan diliputi rasa malas yang membelenggu diri maka akhirnya cita-cita menjadi sekadar impian yang tersirat di dalam hati. Ia tidak akan terlaksana sampai bila-bila jika TIDAK ADA kesungguhan...
Oleh itu untuk sama-sama merealisasikan impian kita, biar apa pun jua..ayuh bangkit.. lakukan sesuatu..langkahlah tangga pertama itu untuk sampai menuju ke anak tangga yang ke seribu...jangan pedulikan rintangan..terus mara ke hadapan kerana pasti KEJAYAAN AKAN KITA GENGAM JIKA KITA PERCAYA! YAKIN dan GIGIH BERUSAHA! PERCAYALAH! SETELAH KITA MELAKUKAN SEMUA TUNTUAN UNTUK BERJAYA..HANYA KUASA ALLAH YANG BOLEH MENGGAGALAKN USAHA KITA! MAKA PANJATKAN DOA BUAT YANG MAHA KUASA MOGA IMPIAN ITU MENJADI REALITI!Ameen...
No comments:
Post a Comment