
Detik yang berlalu pejam celik-pejam celik bertambah usia. Bersyukur ke hadrat Allah kerana masih memberi ruang dan peluang untuk berkongsi. Setiap kali tibanya tarikh kelahiran maka sudah pasti kita ternanti-nanti apa hadiah yang bakal diberi oleh orang tersayang. Pada saya hampir semua orang seronok mendapat hadiah. Tetapi perlu diingatkan bahawa menyambut hari kelahiran itu haram di sisi Islam.
Berkongsi sedikit cerita dengan anda pembaca, sebenarnya dari semalam suami saya sibuk unutuk singgah di kedai gadjet.. (kedai telefon).. Katanya telefon saya ni tidak berapa berfungsi dengan baik keynotenya.. Saya pula dari dulu tidak berminat dengan gadget2 sprt telefon.. pada saya memadai ia boleh berfungsi untuk menghantar dan menerima maklumat atau panggilan.

Jauh disudut hati.. saya menantikan satu hadiah buat diri sendiri... ia bukan bersempena tarikh kelahiran saya mengikut kalendar masehi.namun hadiah dari sebuah perjuangan... sungguh datangnya Ramadhan kali ini memberi satu harapan yang amat bermakna buat saya bukan sebagai HADIAH HARIJADI tapi hadiah untuk satu PENGORBANAN....
No comments:
Post a Comment