
Hari Raya akan menjelma beberapa hari lagi, antara kesedihan kerana Ramadhan akan berakhir dan gembira kerana Syawal akan tiba bercampur baur. Moga Allah menerima segala amalan kita sepanjang Ramadhan. menyentuh tentang kedatangan Aidilfitri, ia merupakan hari yang bahagia kerana kita berjaya menempuh masa sebulan menajalani ibadat dan dalam masa yang sama datangnya Aidilfitri untuk meraikan kejayaan itu.
Seorang indiviu mengatakan kepada saya bahawa, makna hari raya tiada apa-apa baginya. Dia bukan lagi kanak-kanak kecil yang begitu teringin mendapatkan duit raya. Terkedu saya mendengar kata-kata itu. Kerana pada diri saya hari raya mempunyai satu maknan yang besar buat saya. Setiap kali raya saya yang tinggal berjauhan dengan keluarga akan berpeluang untuk balik ke kampung menemui ibu dan adik beradik serta sanak saudara.

No comments:
Post a Comment