Sebelum ini saya banyak membaca tentang konsep aura, feng shui dan pelbagai lagi yang berkait. Sekadar membaca namun ia bukan konsep yang mengikut jalan Aqidah yang sebenar. Cuma salah satu yang boleh kita ambil nilai yang baik iaitu menjaga kebersihan. Jika mengikut kepercayaan itu maka bersih itu penting, malah ini sudah lama di pesan oleh Rasulullah yang menyatakan bahawa kebersihan separuh dari iman.

Sejak anak-anak bersekolah renda, dan masuk asrama saya tidak lagi menggunakan perkhidmatan pembantu rumah. Semuanya diselesaikan semampu yang mungkin, bagusnya En Suami dan anak-anak banyak membantu. Secara fitrahnya memang kita perlu memastikan keadaan rumah sentiasa teratur bagi menimbulkan suasana yang harmoni dan segar. Bayangkan bila kita balik ke rumah dan rumah bersepah, rasanya kepala yang sakit dan penat dek kerja yang bertimbun melihat rumah pula tunggang langgang maka ada baiknya kita memastikan rumah teratur dan mendamaikan. Mungkin ada yang berkata, rumah baru je dikemas maka anak-anak mula membuat sepah. Sebenarnya pada saya anak-anak boleh dididik untuk sama-sama menjaga kebersihan rumah.

Sebagai ibu yang bekerja kadang-kadang kita tidak cukup masa, apa lagi unutk berehat pasti jauh sekali, tapi satu cara yang boleh kita buat adalah membuatnya setiap hari sedikit-demi sedikit atau bahagian demi bahagian. Bayangkan bila balik kerja kita akan terus masuk dapur untuk menyediakan makan malam, selesai makan kita mungkin mahu mengambil masa berehat/beribadat, wakti sebegini badan juga sudah letih, maka kerja yang mahu di buat akan tertangguh. Namun ada juga yang memberi alasan malas unutk mengemas. Saya percaya tidak semua orang rajin, tetapi dalam bab kebersihan kita tiada alasan untuk mengatakan malas. Sebagai ibu kita memang terlebih rajin, cuma daya dan tenaga yang kurang. Ada juga yang mengatakan tiada masa, tapi boleh pula berFB berjam-jam, masa terbuang begitu sahaja, dan kerja tidak juga dapat di siapkan. Oleh itu pastikan untuk mejaga kebersihan rumah, agar suasana yang baik dapat dikekalkan dalam rumahtangga maka perkara yang menyebabkan kita tertangguh melakukan hal-hal yang sepatutnya perlu diberi keutamaan. FB/Internet dan sebaginya perlu ada had.
Mungkin apabila mahu mengemas rumah perlu ada masa dan mood. Apapun ia bergantung kepada kita, apakah kita memang mahu rumah kita bersih dan kemas atau kita lebih rela berada dalam keadaan tidak terurus, maka tepuk dada tanya selera....
No comments:
Post a Comment