Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, December 14, 2012

Punca Anak-Anak Bermasalah, Salah Siapa?


Sibuk atau buat-buat sibuk.. itulah jawapan saya kepada kawan-kawan yang bertanya kenapa lama menyepi. Sebenarnya ramai yang tidak tahu hampir seminggu lebih saya bercuti. Setelah balik bercuti banyak pula perkara yang perlu dibereskan. Maka seperti banyak perkara yang mahu dikongsi di dalam blog ini juga terbantut. Apapun hari ini saya disapa oleh sahabat bartanyakan tentang peranan dan prioriti ibu bapa dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Saya rasa topik ini memang amat penting yang perlu sentiasa kita titik beratkan. Kami berdiskusi tentang isu tersebut. Apa yang boleh saya simpulkan dari diskusi tersebut, bahawa sebagai ibu bapa sibuk bagaimanapun dengan kerja sudah pasti keluarga adalah perkara utama. 

Memperkatakan tentang keluarga, ramai dikalangan kita mengambil jalan mudah untuk membesarkan anak-anak seperti bagi memastikan anak-anak diam atau tidak menganggu tugasan maka anak diberi gadjet, permainan internet yang melekakan mereka hingga akhirnya komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak tiada. Masing-masing sibuk dan tengelam dalam dunia tersendiri. 

Begitu juga apabila sudah terlalu sibuk dengan kerja, maka ibu bapa mengambil mudah dalam hal pemakanan. Anak-anak yang lapar dibelikan makanan segera. Alasan mereka anak-anakl lebih gemar makan segera. Persoalannya siapa yang mendidik mereka untuk suka makan sebegitu jika bukan ktia yang mengasuh mereka menjadi suka dan gemar makana seperti KFC, McD dan sebagainya. Jika seorang ibu sering memastikan pemngambilan makanan berkahsiat untuk anak-anak maka sudah pasti walau sesibuk mana pun kita maka kita tetap meluangkan masa untuk memasak buat keluarga. 

Percayalah, masakan ibu bukan sekadar resepi biasa, ia mampu menghubungkan satu perasaan murni antara si anak dan si ibu. Kita sering memperkatakan isu masalah sosial dikalangan remaja. Masalah anak-anak tidak mahu mendengar kata dan sebagainya. Salah satu sebab ia bermlua dari rumah, jika ibu bapa boleh memupuk hubungan yang baik dan telus dengan anak-anak maka sudah pasti anak-anak akan menghargai ibu bapa mereka. Jangan merungut jika anak kita bermasalah, apa yang perlu muhasabh perjalanan kita dalam mendidik dan membesarkan mereka. Pasti kita boleh melihat puncanya... 
Wallahuaalam.

No comments:

Post a Comment