
Semalam selesai mengundi, tetapi demam PRU 13 belum habis... ada sahaja berita dan analisa-analisa tentang keputusan PRU 2013 tertera di FB. Tidah mahu baca seperti perlu baca.. lalu banyak masa dihabiskan membacanya.. Sungguh ini satu pengalaman berharga mengundi..yang sebelum ini saya abaikan...
Apa ada disebalik PRU 13 ini? Ia menyedarkan saya betapa sebelum ini saya tidak mahu mengambil endah tentang politik..bagi saya politik ini banyak yang tidak betul dari yang betul.. Biarpun begitu saya dari dulu memilih sekadar dalam hati parti mana yang lebih baik pada penilaian saya...

Mengingatkan kata-kata ulama hebat.. Jaga dosa pahala maka kita akan terselamat..
Wallahualam
No comments:
Post a Comment