Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, June 3, 2013

Ibu derhaka atau Anak yang derhaka Iktibar buat diri

  • Nota l: IBU DERHAKA?

    24 Rejab 1434
    Wahai Ibuku,
    Maafkan daku jika apa yang terbuku di hati terluah jua. Daku mahu nyatakan seorang ibu yang solehah perlu menunjukkan contoh tauladan yang baik. Ibu tidak sepatutnya berbicara mengikut nafsu.
    Berfikirlah sebelum memarahi dan memaki hamun anakmu ini. Daku sedih dan sayu. Malah daku terasa cemburu dengan rakan yang mempunyai ibu penyayang, membelai mesra dan memberi kasih sayang serta sanggup berkorban apa saja untuk anaknya.
    Daku terasa-rasa ibu sememangnya tidak menyayangi daku. Ibu hanya mahu menggunakan kudrat ku menguruskan kerja-kerja rumah. Jika tidak kerana $ku agaknya sudah lama aku terusir. Aku yang penat berkerja siang malam mencari rezeki dan menguruskan rumahtangga tetapi ibu tidak pernah mengambil tahu perasaanku.
    Kenapa mulut mu terlalu jahat? Ibu terlalu suka menyakitkan hati ini. Kenapa aku dituduh anak sial? Apakah kerana kelahiranku ibu dan ayah bercerai? Kenapa ada pilih kasih di antara daku dengan abang-abangku?
    Banyak kisah lalu ku melekat di benak minda. Kenapa begitu mudah dikau mengherdikku semata-mata mahu aku menyusun barangan belian. Aku tidak dapat memahami kenapa dikau hanya membeli tiga keping cokelat kandos dan memberikannya kepada along, angah dan alang.
    Di mana daku di sisimu?
    Mataku terkelip-kelip melihat gelagat ibu yang kedekut dan kegembiran abang-abangku. Masih aku ingat bila Abang ngah bertanya, "manaa cokelat chik?". Lalu ibu menjawap dengan kasar, "dia tidak payah!".
    Abang-abangku terdiam. Mereka menikmatinya dengan aku menelan air liur. Biarlah. Aku tidak mahu menangis. Ibu mengajar aku untuk mempunyai hati sekeras batu.
    Namun kasih abang terhadap adiknya masih ada. Ketika ibu tiada di mata, abang segera mengambil sekeping cokelat yang disorok along untuk dijamah oleh aku. Ketika inilah aku menitiskan airmata bersama kunyahan kasih sayang yang diberikan oleh abangku.
    Mereka memujuk aku agar jangan ambil hati terhadap ibu kerana mereka semuanya sayangkan diriku. Kami sama-sama berpeluk sambil menangis buat seketika. Aku berkata terima kasih along, terima kasih angah, terima kasih alang. 
    Namun di sisi ibu aku terasa seperti sampah.
    Masa itu telah lama berlalu. Kini ibu di rumah kebajikan orang tua. Sejujurnya aku tidak boleh mempaksa hatiku ini untuk mengasihi dan menyayangi ibuku walaupun aku tahu betapa dengan melihat wajahnya yang masam mencuka membolehkan banyak ganjaran pahala.
    Perasaanku masih remuk berderai bagaikan jatuhnya kaca di lantai. Aku takut menjadi anak darhaka namun aku tidak mampu memberi kasih sayang.
    Aku hanya terpaksa memberi belas kasihan kapada ibuku. Aku mohon keampunanMu ya Allah.
    Nota DZ: Mahukah kita membezakan kasih-sayang terhadap anak-anak? Apakah respons kita sebagai seorang anak? Kisah ini adalah kisah benar yang telah saya temui dalam menjalani kehidupan sementara ini.

    Kisah di atas menarik untuk diulas.. pada hemat saya biat bagaimana sekalipun sikap dan perangai ibu bapa kita namun mereka tetap ibu kita.. Tidak wajar sebagai anak mahu membalas dendam terhadap ibu yang melahirkan dan membesarkan kita.... Jika benar ibu bersalah janganlah kita anak yang menjadi hakim kepada kesilapan mereka... Percayalah.. Esok adalah apa yang kita beri hari ini..
    Wallahuaalam

1 comment:

  1. Pada hemat saya, anak tidak langsung boleh pertikaikan ibu walaupun ibu itu tidak berpelajaran, bahkan dengan hanya timbul dalam hati saja pun. Anak hanya mampu mengasihi ibu semata-mata dan melayan ibu dengan sangat santun. Apa yang ibu telah lakukan, itu soal dia dan Allah S.W.T. malah, kita lah berperanan untuk memohon keampunan dari Allah untuk dia. Ya Allah.. Kalau kita boleh mengasihi ibu semata-mata tanpa apa-apa yang lain, maka ia akan berlaku kepada kita sebagai ibu oleh anak-anak kita dan generasi kita nanti... dengan kehendak Allah jua. Wallahualam...

    ReplyDelete