
Bismillah,
Selamat menjalani ibadat puasa, moga amalan diterima. Alhamdulillah kami sekeluarga dapat berbuka bersama ibu bapa di kampung pada hujung minggu lalu. Ada kisah disebaliknya yang mungkin boleh kita renungkan dalam kehiduoan berumahtangga...
Sebenarnya sudah lama tidak makan sambal tahun masakan jawa yang digemari oleh setiap ahli keluarga terutama anak-anak, saya apalagi walaupun berasal dari Pantai Timur namun masakan jawa sudah menjadi sebati kerana bersuamikan OJ (Orang Jawa). Sepanjang puasa tidak ada orang menjual di bazar Ramadhan.Tahun lepas ada seorang hamba Allah berniaga sambal tahun tetapi hanya sehari lepas itu habis jualan sudah tidak dapat berniaga katanya lemgkuas payah diperoleh. Untuk pengetahuan pembaca sambal tahun perlu dimasukkan lengkuas kerana itu adalah ingredient utama dalam sambal tahun. Tanpa lengkuas maka tiadalah rasa yang sedap itu...

Suami bimbang tidak cukup lalu jami beli lagi digerai yang lain, kemudian takut tidak cukup kerana seperti sedikit maka kami beli lagi.. Ini kerana sambal tahun ini bertahan hingga setahun.. walaupun hakikat dek kerana digemari ia tidak sampai setahun bahkan satu hari sahaja sudah boleh kehabisan.. Itu kata mertua..
Setelah selesai membeli belah di bazar untuk keperluan berbuka bersama abah dan mak, kami beransur ke Bagan Datoh...
Sesampai di kampung, mertua sedang bersila mengopek kerang. Di atas dapur sudah mengelegak lengkuas yang direbus. Hmmm tersenyum saya bila melihat mertua yang tahu anak dan cucu amat menyukai sambal tahun. Terutama anak sulong yang menghirup kuahnya seperti makan bubur. Apalagi petang itu berbuka puasa kami dengan sambal tahun yang pelbagai resepi termasuk resepi mertua yang sudah sebati dengan diri... Satu periuk sambal tahun itu termasuk bekal untuk dibawa ke rumah kami dan juga bekal untuk anak yang bakal kembali ke asrama...
MORAL OF THE STORY

Bagi yang mungkin rengang dengan keluarga mertua, atau mungkin bermasam muka dan sebagainya... ada banyak cara untuk mengambil hati mereka.. mengalah dulu adalah terbaik,hormati mereka dan sayangi mereka sebagaimana kita memperlakukan ibu bapa sendiri... Berilah dengan tidak mengharap moga Allah membalas yang terbaik untuk kita. Saya dulunya bukan menantu pilihan mertua kerana saya bukan OJ tetapi akhirnya mertua boleh menerima kehadiran saya dalam kelurga mereka.
Percayalah kasih sayang akan menarik kasih sayang.. Kita adalah apa yang kita beri...
No comments:
Post a Comment