Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, December 24, 2013

Kembara Spain Portugal Morocco

Kembara Spain Portugal Morocco
Sesi 5- Portugal Negara Katolik

Bangunan yang berseni dan penuh tinggalan bersejarah adalah lambang Lisboa. Mereka begitu menjaga bandar lama ini. Ia warisanama tinggalan berabad masa.

Sewaktu Vasco Da Gama menakluk Melaka bandar ini sudah terbina. Hari ke dua kami menyaksikan bandar Lisboa dengan menaiki trem, dengan hanya 5 euro kami boleh melawat sekeling bandar.

Setiap ceruk di Portugal ada gereja lama. Generasi Y ramai menggunakan trem sebagai kenderaan awam mereka, manakala generasi muda lebih banyak menggunakan metro.

Metro atau keretapi bawah tanah adalah kenderaan utama. Kerana itu tiada istilah traffic jem di sini. Keretanya di parking dengan tersusun di tepi jalan. Masyaraktnya juga amat mesra dengan pelancong. Biarpun bahasa mereka agak kurang arif baik B inggeris atau Perancis.

Menjelajah bandar di Portugal menemukan kami dengan Masjidnya yang besar dan teguh berdiri. Ia berada di kawasan yang agak elite. Namun kami tidak dapat masuk kerana ia berkunci dan kami datang bukan pada waktu solat.

Selain trem kami juga menggunakan metro yang menghubungkan kawasan kawasan bandar. Ia memudahkan penduduk kerana kada yang dibeli untuk trem boleh juga di gunakan untuk metro atau mana mana kenderaan awam.

Sehari menghabiskan masa menyelami cara hidup warga Portugal membawa kami ke prkan mereka yang ada pelbagai bangsa terutama warga asia. China, India, Arab banyak tinggal di kawasan tersebut. Ternyata Portigal juga ada penduduk minorito yang berhijrah.

Malamnya kami tinggalkan Portugal menuju bandar yang juga ada tinggalan Sejarah Islam iaitu Seville, Sepanyol. Sewaktu menaiki bas sekali lagi kami bertemu pelajar pelajar dari UK yang bercuti dan menjelajah bandar Europe.



Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment