Bismillah,
As salam saya ada kemusykilan.
1. Sy ni jenis mengikut cakap suami, sebabnya suami saya jenis yang tidak boleh dbangkang. Cntoh: dia suka mbuat keputusan sndiri tnpa bncang dgn sy. Dulu ms baru2 kawin saya tak kisah sangat,Saya turut saja sbeab tak nak bising dan masam muka, dan berharap dia faham perasaan saya.
Sekarang ni sudah hampir 25thn macam tu juga. Saya sentiasa mohon pada Allah supaya tambah lagi kesabaran saya. Masa dah berubah..dulu susah saya boleh hidup dengan dia..segala masaLAH berkongsi dengan saya, tapi bila dah senang lain pula. Soal wang bila saya tanya..dia cakap wang dia, dia boleh buat apa yang dia suka. Percakapan pun dah kasar.Saya amat terasa hati..amat kecewa. Saya dah mencuba yang terbaik menjadi isterinya sebab itu niat dan doa masa nikah. Tolong nasihatkan saya untuk beri kekuatan supaya dapat meneruskan kehidpan ini. Adakah saya salah juga. Terimakasih As salam.
Jawapan:

Doa adalah senjata paling hebat untuk membuka pintu hati insan. Mengadulah kepada Allah kerana dia Maha Mendengar, moga dengan ujian yang dilalui Allah memberi sebaik-baik ganjaran di akhirat nanti.
Bagaimana kita boleh cekal dan sabar? kerana kita mengharap redha Allah dan diberi ganjaran syurga dilepaskan seksa api neraka.
Ibtighaa Mardhatillah.
Wallahuaalam
Sent from my iPhone
No comments:
Post a Comment