
Bismillah,
Belajar tidak akan ada penamatnya, ia dari dalam buaian hingga ke akhir hayat. Hari ni saya mahu menggali ilmu Lateral Thinking. Alhamdulillah penyampainya adalah Puan Ainon Mohd yang merupakan pakar dalam bab Lateral Thinking. Pada tahun lepas saya menghadiri kelas Pn Ainon untuk tajuk ini. Namun saya percaya setiap kali kelas, seminar atau juga ceramah walaupun dari insan yang sama ia tetap berbeza.

Maka bagi melahirkan pelajar yang berdaya saing, berinovasi serta mampu melahirkan idea-idea hebat maka pelajar perlu diberi peluang untuk menampilkan idea mereka. Maka kita yang dewasa jangan membunuh perasaan ingin mencuba atau mahu memberikan pandangan yang baru. ia perlu didokong dan disaokong dengan cara kita perlu banyak berdiam dari berkata-kata. Kita perlu lebih banyak memberikan tumpuan dan mendengar.
Ada masa kita tidak mampu melihat bahawa idea tersebut adalah terbaik kerana kita sentiasa meletakkan andaian di hadapan. Bagi memastikan cara berfikir secara lateral dapat dilakukan maka kita perlu "delay judgement" iaitu tidak membuat andaian terhadap apa yang berlaku. Ia tidak mudah kerana manusia sudah biasa berpersepsi dengan mindanya, namun jika mahu berjaya maka itulah yang perlu dilakukan.
No comments:
Post a Comment