Rezeki yang Allah beri walau dilihat sama usahanya namun tidak sama hasilnya. Itulah hakikat pemberian.
Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd, ayat 4:
"Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa dan baunya). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya".
Berpandukan pengertian ayat di atas, jika kita fahami ayat ini, bila kita melihat orang lain diberikan kelebihan seperti kekayaan, tinggi ilmu pengetahuan, kebijaksanaa, kebahagiaan dan alin-lain lagi maka tidak perlu ada hasad dengki atau irihati.
Ramainya kalangan kita bila melihat kelebihan yang ada pada orang lain, mereka merasa sakit hati. Waktu itu apa yang ada dimiliki diri sendiri tidak dilihat bernilai dan berharga.
Perasaan yang tidak baik akan melihat kejayaan orang akan membentuk rasa hati yang negatif. Kedengkian yang lahir mula diterjemahkan dalam bentuk perbuatan, baik kata-kata atau perkara yang diluar batasan.
Realtinya pemberian Allah hadir bersamanya tanggungjawab. Bila kita sedar hal ini pasti tidak ada rasa irihati. Orang yang kaya perlu berzakat dan bersedekah. Orang yang berilmu perlu memberi dan berkongsi ilmu. Bila ia tidak dilakukan pasti akan mendapat kemurkaaan Allah.
Jika kita merasa ada kekurangan, ia masa untuk kita muhasabah apa kelebihan. Kelebihan akan tergilap dan potensi akan menyerlah saat kita ada kesedaran untuk menggunakannya bagi manfaat diri sendiri dan insan lain.
Erti hidup adalah memberi.
Wallhuaalam.
No comments:
Post a Comment