Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Showing posts with label kerjasama. Show all posts
Showing posts with label kerjasama. Show all posts

Monday, April 28, 2014

Lesen memandu




Bismillah,

Hari ini hari pertama kakak Anis belajar memandu dengan Babanya. Teringat masa kali pertama saya belajar memandu kereta sewaktu mengandungkan beliau. Terpaksa duduk di riba suami kerana inci tak berapa cukup. Entah berapa kali saya kena marah kerana silap. Namun semua itu kenangan. Ia cukup indah. Sekarang saya sudah cekap. Dan kini sampai masa si anak pula merasa bagaimana belajar memandu

Pastnya Anis Najwa akan ada perasaan yang sama. Tension dan stress sebab kena marah. Baba juga pasti akan kurang sabar kerana tak cekap dan lambat memberi respon. Ia mungkin pengalaman yang biasa bagi ramai orang. 

Konsep yang boleh dipelajari buat yang belajar. 
Bagi pelajar, apa yang kita tidak tahu dan satu perkara yang baru ia amat sukar untuk dipelajari.
Bagi tenaga pengajar pastinya tidak sabar jika anak murid lambat faham, susah membuat apa yang di arah.


* BERGURU KEPALANG AJAR DAPAT RUSA BERBELANG KAKI
BERGURU KEPALANG AJAR BAGAI BUNGA KEMBANG TAK JADI




Friday, December 6, 2013

Kerjasama dalam organisasi.


Bismillah,

Alhamdulillah Allah mengizinkan dan memberikan masa untuk mencoretkan pengalaman di sini. Benar kita sering diuji dengan masa. Masa menyekat kita adakalanya untuk membuat banyak perkara. Kali ini saya mahu memperkatakan tentang kerjasama, atau sering disebut "Teamwork".
Progam ini banyak dilakukan namun ramai yang menghadiri tidak mampu menyerap apa ertinya yang dikatakan kerjasama.

Kerjasama adalah satu perkara penting dalam organisasi. Hebatnya sesuatu organisasi itu kerana wujudnya kerjasama antara ahlinya. Inidividu yang mampu bekerja dalam satu pasukan dengan mengenepikan kepentingan peribadi atau kehendak diri akan mampu melonjakkan kejayaan kepada organisasi. 

Inilah yang dipraktiskan oleh bangsa Jepun hingga membawa mereka ke mercu. Mereka meletakkan kerjasama dalam pasuan di tempat teratas. Ia perlukan ciri-ciri yang mana buan hanya toleransi tetapi disiplin yang tinggi serta tekad dan keihklasan dalam menjalankan tanggungjawab. Kerja dalam pasukan menuntut kesabaran yang tinggi. Kerjasama bukan semata-mata slogan tetapi perlu dipraktikkan bukan hanya dalam organsasi namun ia pada semua keadaan.

Wallahuaalam.