Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Showing posts with label surirumah. Show all posts
Showing posts with label surirumah. Show all posts

Wednesday, May 1, 2013

1 Mei Cuti Hari Pekerja..apakata SURIRUMAH?

1 Mei sudahpun berlalu, ia merupakan hari cuti kepada semua warga yang bergelar pekerja... ironinya ada satu pekerjaan yang tidak pernah ada cuti iaitu pekerjaan SURIRUMAH. Jika ada wanita yang mendapat peluang bercuti dari kerja kerana diberi cuti sempena hari cuti ini tetapi jika mereka ada satu lagi jawatan iaitu sebagai surirumah, atau juga ibu.. maka pada hari tersebut bukan hari cuti. Bahkan pada hari ini mereka bertungkus lumus untuk memasak kepada suami dan anak-anak.. hari ini juga hari yang terpaksa bertungkusl ummus mengemas rumah dan melunaskan apa sahaja yang terbengkalai kerana pada hari biasa sibuk bekerja...