Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Showing posts with label syukur. Show all posts
Showing posts with label syukur. Show all posts

Sunday, May 8, 2016

Merasai Biarpun Tidak Memiliki

Merasai Biarpun Tidak Memiliki
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ada ketika biar hakikatnya kita tidak memiliki namun Allah beri peluang untuk merasai.
Apa maksudnya? 
Untuk merasai apa yang tidak mampu kita miliki adalah tidak mustahil saat Allah mendengarkan doa yang dipanjatkan.
Merasai apa yang tidak dimiliki hadir dalam pelbagai cara dan berbeza gayanya.
Biarpun kita mungkin tidak bergelar jutawan namun Allah bagi peluang untuk kita merasai dan mendapat pengalaman tersebut, contohnya mendapat percutian hebat, menerima hadiah istimewa dan seumpamanya.
Perhatikan, ramai yang dhaif namun mereka diraikan bagai orang ternama, mendapat sanjungan melebihi VVIP.
Saat merasai nikmat itu, pernahkah kita terfikir bahawa, semua ini dari Allah yang Maha Pemurah. 
Bersyukur saat diberi untuk merasai, ia mungkin berbeza dengan memiliki, namun perkara utama adala kita wajib mensyukuri.
Dr Sakinah Salleh
1 Mei 2016

Wednesday, April 27, 2016

Kesyukuran

Bismillah,

Sentiasa yakin, sesuatu yang hilang, 
Allah akan ganti dengan yang lebih baik.
Allah tarik seketika supaya kita jaga dari leka.
Melatih diri bersyukur dengan apa yang ada.
Berlapang dada dan memohon ampun.
Mengingatkan diri... kita menuju abadi.

Friday, December 13, 2013

Nikmat Kesihatan


Bismillah,

Alhmdulillah genap sepurnama dibelenggu masalah kesihatan akhirnya Allah mengembalikan nikmat. Hari ini beliau sudah boleh menapak dan melihat dunia dengan ceria. Itulah hakikat nikmat. Ada masa Dia memberi ada masa Dia mengambilnya kembali. Kita hamba perlu menerima itu sebagai takdir dari Illahi.

Apabila ditimpa musibah kesakitan ia sebenarnya saat untuk kita menilai dan muhasbah diri apa yang telah kita isikan di masa sihat kita. Adakah kita memperuntukkan kesihatan yang diberi untuk manfaat diri dan masyarakat atau kita menggunakannya untuk hawa nafsu yang tidak pernah surut. Ramai dikalangan kita bila sakit lalu berjanji bila pulih akan menunaikan apa yang lompang, namun bila nikmat sihat diberi kembali ternyata kita kembali kepada senario asal.

Keinsafan saat ditimpa musibah itu perlu istiqamah agar diri sedar dan tahu, Allah melihat ketulusan hati dan keikhlasan diri dalam beramal. Konsep syukur itu bukan ketika kita mendapat kesihatan kembali namun syukur itu perlu sentiasa dalam diri saat sihat dan sakit. Menyedari hakikat Allah itu amat menyanyangi hambaNya. Maka dekatkan diri sentiada walau kita dalam keadaan mana sekalipun.

Wallahuaalm.