Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, February 26, 2014

Kenangan Mengamit

Novel in the making...

Saat kaki melangkah ke daerah ni, ia mengamit kenangan. Ada rasa ngilu di sudut hati, ada terguris pada perasaan. Mana mungkin ia boleh dilupa. Bagaimana mahu menlenyapkan kisah itu. Bangunan yang berbaris tersergam mengingatkan perjalanan sebelum ini. Berjalan mengikut arus kehidupan banyak pengalaman terpahat. Kesukaran mengharung segala cabaran menagih rasa syahdu di sanubari. Pantas masa berlalu ia tidak menghapuskan cerita-cerita yang tertulis. Berada di sini seringkali airmata bergenang. Ingatan menerjah pada rakan-rakan silih berganti datangnya. Alangkah jika semuanya boleh dikembalikan mahu ku perbetulkan banyak perkara.  Tapi mana mungkin, untuk kembali pada saat lalu adalah mustahil. Lalu sekadar mengutip sisa kenangan sudah cukup untuk mengingatkan diri bahawa aku pernah di sini satu ketika dulu.



Sunday, February 23, 2014

Tips mendidik anak-anak

Bismillah,

Seperti sudah lama tidak mencoret di sini. Tugasan yang bertambah dalam misi hidup menyebabkan ruang masa semakin singkat. Namun dengan isu-isu semasa yang begitu banyak terpapar di media, hati meruntun mahu bersuara menyatakan pnadangan. Sala satunya adalah tentang kisah memukul anak untuk bersolat. Banyak kritikan dan komen yang tidak pernah surut di FB. Adakala saya mahu saja menulis sama komen-komen namun rasanya ia tidak bermakna. Bahkan orang kita adakala terlalu emosi dalam memberi pandangan.

Isu pasangan Malaysia ang menjadi tahanan di Sweden gara-gara memukul anak tidak bersolat menjadi isu antarabangsa. Persoalan memukul anak menjadi debat di mana-mana sahaja. Rata-rata tahu bahawa anak yang tidak solat perlu dirotan bila sudah berumur 10 tahun. Perihal rotan ini juga menjadi isu di sekolah hingga merotan pelajar tidak lagi dibenarkan.

Ia semua berkait dengan didikan kita terhadap anak-anak. Persoalan hukum telah kita faham. Mendidik anak itu dibolehkan namun tahap mana harus kekerasan digunakan? Adakah perlu hingga tahap mendera. Di pihak anak-anak pula adakah mereka tahu dan faham. Jika anak belum matang maka agak sukar untuk mereka memahami tujuan ibu bapa mahu mendidik. Lalu rotan dilihat sebagai satu deraan. Sama juga dengan ibu bapa yang mahu mendisiplinkan anak, ada anak yang terasa seperti dikongkong.

Pendek kata membesarkan anak-anak zaman ini memerlukan kesabaran serta cara yang tersendiri. Pengalaman sendiri dalam membesarkan anak-anak sebagaimana tulisan saya sebelum ini saya menggunakan prinsip, lakukan bersama-sama, Jadikan ia satu rutin. Bila ia ,enjadi rutin anak-anak tidak lagi merasa janggal bahkan ia menjadi kebiasaan.

Dari awal perkahwinan rumahtangga kami tiada rotan, tetapi kami menggunakan ketegasan dalam mendidik. Cukup setakat melihat dengan mata, anak-anak tahu kita marah. Maka rotan itu jauh sekali. Di sini ia bergantung bagaimana approach kita dari awal mendidik mereka dari kecil. Jika mereka sudah terbiasa dengan rotan maka adakala mereka sudah menjadi biasa. Lalu bila rotan tidak ditunjukkan maka lambatlah anak-anak mahu bergerak melaksanakan suruhan.

Sama juga ada ibu bapa yang suka menggunakan suara keras, mengherdik dan bercakap kasar dengan anak-anak. Hingga anak-anak kita membesar dalam keadaan sebegitu dan menjadikan mereka menduplikasi apa yang diperbuat oleh ibu bapa. Adakala kita perlu melihat dan muhasabah diri bila anak-anak tidak sebagaimana yang kita harapkan. Segala usaha demi memastikan keluarga berada dalam mawaddah wa rahmah maka tiada lain hanya kepada Allah kita mengharap.

Wallahuaalam




Wednesday, February 19, 2014

Menjalin ukhuwwah membina legasi bisnes

Bismillah...

Bermula misi baru menulis untuk membantu meningkatkan ekonomi umat Islam dengan berjuang melalui penulisan.

Bakal mempunyai co-writer.

Moga dpermudahkan Allah dan diberikan ilham olehNya.



Sunday, February 2, 2014

Tasawwuf Harian : Pintu Pengharapan

Tasawwuf Harian : Pintu Pengharapan

Dua sifata yang baik adalah Mengharap dan Rasa takut pada Allah. Menurut ulama rasa takut perlu wujud bila kita melakukan maksiat. Rasa harap pula bila kit mahu bertaubat dan selesai beribadat. Waktu itu mengharap penerimaan Allah adalah penting iaitu Rajaillah dan Khauf.

Nikmat Allah amat besar dan boleh menerbitkan rasa syukur. Rasa takut dan harap akan subur dalam hati dan jiwa. Biasanya untuk terbit sifat ini perlu ada rasa diri kerdil. Ibadat kita apakah sudah sampai KPI Allah?

5 minit bersolat itu adakah kita kyusuk? Adakah kita tawadduk? Syaitan akan memggangu hambaNya. Iblis berjanji akan menyesatkan anak Adam sewaktu beribadat. Sifat rajak dan khauf wajib ada, namun bila sifat ini berkurang ia membawa kepada takut pada manusia.

Bila takut pada manusia melebihi rasa takut pada Allah maka ia boleh membawa kepada kehancuran. Sahabat Nabi yang bergelar hamva sahaya amat takut pada Allah. Kisah pengembala kambing dengan Saidina Umar amat berkesan dihati, memperlihatkan keimanannya kepada Allah.

Kekuatan iman ini adalah hamba yanf merdeka sebenarnya. Inilah sifat taqwa seorang hamba. Mengenali Allah dan takut padaNya agar menerima semuanya takkala selesai beribadat maka itulah yang terbaik.





Sent from my iPhone

Saturday, February 1, 2014

Tasawwuf Harian ; Rumahtangga Bahagia

Tasawwuf Harian ; Rumahtangga Bahagia

Rasulullah bersabda"Orang yang terbaik dikalangan kamu adalah yang terbaik dengan ahli keluarganya. Aku adalah yang terbaik dengan keluargaku."

Nabi memberi contoh Rumahtangga yang mencari redha Allah. Rumahtangga yang disinari kasih sayang. Cara yang terbaik adalah dengan menyinarkannya dengan ibadat malam. Menjadi manusia yang bersyukur. Kesannya keluarga melakukan hal yang serupa.

Pernah Rasulullah mendatangi Ali dan Fatimah dan bertanya adakah kamu bangun malam? Lalu Fatimah menjawab malam masih panjang. Lalu Rasulullah berlalu sambil menepuk pahanya. Baginda berkata. " Sesungguhnya manusia ini suka berbantah"

Rasulullah sangat intim dengan isterinya. Baginda bergurau senda namun bila diseru azan maka Rasulullah berubah seolah olah kita tak kenal baginda. Itulah menurut riwayat Aishah.

Baginda mengajar isterinya contoh apa yang dilakukan Aishah. Baginda suka menginfaqkan dagingnya. Menurut baginda sedekah itu yang kekal tapi yang dimakan tidak kekal.

Rasulullah juga menjalankan kerja sendiri, menyantuni isteri dan cucunya. Sebaik baik penunggang adalah Hasan Husin dan orang yang memberi tunggang adalah aku Rasulullah.


Intipati Tasawwuf Harian
TV Hijrah


Sent from my iPhone

Dosa bukan penyebab putus asa

Dosa bukan penyebab putus asa

Bila berbuat maksiat ada yang selesa dengan keadaannya. Mereka ini berada dalam keadaan yang rugi. Jangan melazimi diri dengan keadaan ini. Jangan berputus asa untuk bertaubat dan membuang segal sifat mazmumah.

Boleh jadi maksiat yang membuat diri rasa hina dan berserah kpd tuhan lebih baik dari berbuat baik dan membawa kepada takbur. Maka jangan berputus asa saat berada dalam nista kemaksiatan.

Bila bertaubat maka anggaplah ia perbuatan terakhir buat kita. Hadis mengajar salah seorang sahabat, sabda Rasulullah "bertaqwa kepada Allah dimana kami berada, iringi kebaikan dimana berada agar di ampun dan berakhlak dengan akhlak yang baik."

Dosa akan mewariskan dosa dosa yang lain. Maksiat akan melahirkan maksiat yang lain. Contoh dalam
Al quran diingatkan agar kita menjauhi zina. Bila kita mendekati zina ia membawa kepada kemungkaran yang lain seperti apa berlaku sekarang ini. Pembuangan bayi, pengguguran, pembunuhan dan sebagainya. Maka disini maksiat bertambah tambah.

Ketaatan akan melahirkan ketaatan. Apabila terpedaya untuk melalukan maksiat kerana mengikut nafsu baik kerana terpengaruh dengan persekitaran, didikan tidak baik dan sebagainya. Maka untuk mencari solusi maka mereka perlu Mengubah Diri. Perlu ada azam untuk meninggalkan maksiat hingga dia merasa kelazatan taat kepada Allah.

Kesesalan akan menimpa bagi yang tidak rasa mahu berhenti dari maksiat. Beristghfarlah pada Allah agar kita diberi hidayah untuk bertaubat. "Wahai tuhankku aku tak layak untuk syurga Mu, namun alu tak mampu menanggung azab neraka Mu. Dari itu kurniakanlah bagi ku taubatan dosa dosaku. Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa dosa besar.


Wallahuaalam.





Sent from my iPhone

Friday, January 31, 2014

Februari dalam kenangan


Tanggal 1 Feb, 1998 bersamaan 4 Syawal. Ia peristiwa 16tahun yang lalu. Menyingkap kisah itu ia seperti kelmarin berlalu. Hari ini bila menyusur kenangan itu tersentuh rasa hati. Hari yang dilalui seterusnya memberikan pengalaman dan pengajaran yang mahal dalam hidup. Sungguh tiada yang tidak diuji olehNya. Berdepan masa sukar bukan mudah untuk dikongsi. Bagiyang sama merasai mampu memahami.

Usia pengalaman sama dengan usia satu perjalanan. Esok adalah hari kelahiran Ain Syafia Qutreenie. Ia detik yng menyaksikan dan menjadi mercu tanda buat kami.Meneruskanperjalanan mendaki kesukaran. Ternyata ada hikmah disebaliknya.dalm kenangan.


Wednesday, January 29, 2014

30 minit Ustaz Don TV Hijrah

30 minit Ustaz Don TV Hijrah

"kamu hendak, Allah hendak, Allah mengikut kehendaknya, bukan apa yang engkau mahu."

Apa yang kita usahakan batijah berlainan, apa yg kita minta scenarionya berlainan.

Allah bagi akal
untuk laksana yang terbaik, hidup perlu berusaha, berhijrah untuk syiar.

Punca utama dlm kehidupan adalah usaha, jihad, merancang, syura, bina masyarakt madani. Sebagai orang Islam kita perlu ke depan. Ada orang konsep pasrah itu bersalahan dan bercampur dengan malas.

Allah telah menetapkan hukum asbab contoh asbab kejayaan adalah usaha. Nabi sentiasa berusaha sebagai contoh pada umatnya.

Konsep "kaunuhumuridan" adalah kehendak Allah berdasarkan kehendakNya. Nabi adalah qudwah yang baik dimana redha setelah berusaha.

Tawakkal setelah berusaha dimana perkara yang mustahil pada akal tidak mustahil pada kehendak Allah. Maka sifat Allah "kaunuhu muridan".
Allah berkehendak pada sesuatu mengikut apa yang Dia Mahu. Contoh apa yang berlaku kepada Nabi Ibrahim bila dicampak ke dalam api. Api yang panas bertukar sejuk atas kehendak Allah

Ada masa kita mahu sesuatu seperti rumah besar. Biasanya kita fikir sentiasa tak habis, kita cuba merangka dalam pemikiran kita. Allah mahu sentiasa tepat, tidak berubah. Kehendak Allah sejak awal sudah ada sejak azali. Bila Allah mengadakan maka itulah KehendakNya.

Bil Allah hendakkan sesuatu maka ia akan jadi, "kunfayaku". Kehendak Allah lengkap, mudah dan amat mudah. Kehendak Allah adalah sempurna bersandarkan kehendak Allah semata bukan kehendak manusia.









Sent from my iPhone

Wednesday, January 22, 2014

Rumah di syurga



السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ

بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِÙŠْÙ… 

TAZKIRAH PAGI INI...

JIBRIL MENERANGKAN SIFAT-SIFAT TERPUJI KEPADA RASULULLAH

MALAIKAT Jibril datang berkunjung ke tempat Rasulullah SAW lalu berkata: "Ya Muhammad, Allah mengutusku untuk menyampaikan sebuah hadiah yang tidak pernah diberikanNya kepada sesiapa pun sebelummu."
"Hadiah apa itu wahai Jibril," tanya Rasulullah ingin tahu.
"Sifat sabar. Dan ada yang lebih baik daripada itu."
"Apa itu hai Jibril?" tanya Rasulullah."Sifat zuhud. Dan ada yang lebih baik daripada itu."
"Apa itu hai Jibril?" tanya Rasulullah.
"Sifat ikhlas. Dan ada yang lebih baik daripada itu."
"Apa itu hai Jibril?" tanya baginda lagi.
"Sifat yakin. Dan ada yang lebih baik daripada itu."
"Apa itu hai Jibril?" tanya Rasulullah.
"Untuk mendapatkan kesemuanya itu diperlukan sifat tawakal iaitu berserah diri sepenuhnya kepada Allah Azza wa Jalla."

"Apa itu tawakal kepada Allah, hai Jibril?"

"Tawakal bererti engkau mengetahui bahawa selain Allah tidak ada yang boleh mendatangkan sebarang kerugian atau manfaat, memberi atau melarang; dan engkau bersikap tidak menaruh harap kepada selainNya. Apabila seorang hamba bersikap dan mempunyai sifat seperti ini, maka dia tidak akan mengerjakan sesuatu melainkan kerana Allah semata-mata. Dia tidak berharap dan tidak takut melainkan kepada Allah. Dia tidak tamak memohon kecuali kepada Allah. Inilah yang disebut dengan tawakal."

"Wahai Jibril, apa erti sifat sabar?"

"Iaitu engkau bersabar di saat duka sebagaimana engkau sabar di saat bahagia; engkau bersabar di saat miskin sebagaimana engkau sabar di saat kaya; engkau bersabar di saat menerima bencana sebagaimana engkau sabar di saat sihat sejahtera; engkau tidak mengeluhkan keadaanmu kepada makhluk lain atas apa yang engkau terima sebagai ujian dan derita."

"Bagaimana pula dengan sifat qana'ah atau berkecukupan, wahai Jibril."

"Qana'ah itu bererti engkau merasa cukup dengan apa yang engkau terima dari duniamu; engkau merasa cukup dengan yang sedikit dan bersyukur atas yang seadanya."

"Wahai Jibril, apa erti redha?"

"Orang yang redha adalah orang yang tidak murka kepada tuannya, apakah dia memperoleh dunianya atau tidak; dan dia tidak rela dirinya menjalankan suatu tanggungjawab sekadarnya saja."

"Wahai Jibril, apa erti zuhud?"

"Orang zuhud adalah dia yang mencintai orang yang cinta kepada Khaliknya, benci kepada orang yang membenci Khaliknya, bersikap hati-hati dari bahagian dunia yang halal dan tidak menoleh kepada bahagian yang haram. Kerana, yang halalnya pasti akan dihisab dan yang haramnya akan dihukum.

"Dan lagi dia kasih kepada seluruh kaum Muslimin seperti halnya dia kasih kepada dirinya. Dia bersikap waspada ketika berbicara sebagaimana dia menghindar dari bangkai yang sangat busuk baunya. Dia berhati-hati dari tipu daya dunia dan keindahannya sebagaimana dia menghindari api dari melahapnya. Dia tidak berangan-angan panjang dan menganggap seakan-akan ajalnya sudah berada di hadapan matanya."

"Wahai Jibril, apa erti ikhlas?"

"Orang ikhlas adalah dia yang tidak memohon dari manusia lain tetapi, berusaha keras sampai dia memperoleh cita-citanya. Apabila dia telah memperolehnya dia akan rela. Jika masih ada sesuatu yang tersisa di tangannya, dia akan memberikannya kerana Allah semata-mata.

"Orang ikhlas juga tidak memohon dari makhluk. Bererti dia telah menyatakan sikap ubudiyyah (kehambaan) kepada Allah Azza wa Jalla. Jika dia memperolehnya lalu dia rela, bererti dia telah rela kepada Allah dan Allah pulaa rela kepadanya. Apabila dia memberi semata-mata kerana Allah, maka dia memberinya dengan penuh keyakinan akan janji-janjiNya."

"Wahai Jibril, apa erti yakin?"

"Orang yakin adalah dia yang beramal semata-mata kerana Allah seakan dia melihatnya. Prinsipnya, sekalipun dia tidak melihat Allah, namun Allah melihatnya. Dia yakin apa yang terjadi kepadanya bukan sesuatu yang keliru dan apa yang tidak terjadi pada dirinya adalah bukan bahagiannya." 

"Semua itu adalah rintangan-rintangan tawakal dan tangga menuju sifat zuhud."

Petikan dari FB


Sent from my iPhone

Wednesday, January 15, 2014

Selawat ke Atas nabi Muhammad SAW

Maulidurrasul - ia bukan setakat mengingatinya hari ini semata, namun ia perlu sentiasa dalam ingatan.


Saturday, January 4, 2014

Kembara Spain Portugal Morocco

Kembara Spain Portugal Morocco
Siri 15 Sehari di Madrid

Hari ni seawal pagi setelah check in di hotel Principe Pio berada ditengah kota berhampiran dengan Plaza de Aspania. Kami menghabiskan masa satu hari melawat sekitar bandar Madrid. Menikmati hari terakhir di bumi Sepanyol yang indah dan bersejarah.

Ramainya orang Spanish berkunjung ke ibu kota untuk bercuti membeli belah dan menyambut tahun baru. Ada pelbagai gelagat boleh dilihat, mereka rata rata datang bersama ahli keluarga untuk berhibur.

Rata rata musium serta pelbagai paneran sesak dengan pengunjung. Mereka beratur begitu panjang. Hebatnya orang Eropah mereka sangat menghargai ilmu dan prngetahuan.

Namun sewaktu rancak gerai gerai di buka terdapat warga China dan Bangladesh menjual barangan sambutan tahun baru. Mereka sungguh gigih mencari rezeki. Kami bertemu warga Bangladesh yang bekerja kedai makan di Portugal, dalam perjalanan pulang jug bertemu warga Bangladesh yang telah 15 tahun merantau di Malaysia dan akhirnya mendapat kerakyatan Portugal setelah 5 tahun bekerja disana.

Di Madrid juga terdapat kedai warga China, Morocco, Pakistan yang membuka premis perniagaan di tengah tengah kota Madrid. Mereka memang hebat berniaga dan mencari peluang walau di mana berada. Ternyata orang Asia mendapat tempat di Eropah biarpin terpaksa bersaing dengan bangsa Eropah yang tidak semua positif dan masih ada yang mengamalkan diskriminasi.

Esoknya seawal pagi kami bertolak ke airport meninggaljan seribu kenangan indah selama dua minggu menjelajah Sepanyol, Portugal dan Morocco.

Wallahuaalam


Sent from my iPhone

Friday, January 3, 2014

Kembara Spain Portugal Morocco



Kembara Spain Portugal Morocco
Siri 14- Morroco Tanah Subur

Morocco sebuah negara yang mana satu pertiga darinya adalah padang pasir. Namu tanahnya yang berbaki begitu subur. Ia sebuah negara pertanian.

Rakyatnya jika dilihat masih menggunakan teknologi lama baik dalam mrmbajak atau juga memproses. Keldai menjadi transport yang cukup mewah buat mereka yang bertani. Menjadi alat tunggangan dan pembajak tanah.

Bersempadan dengan negara Eropah pastinya ada keistimewaan buat Morocco. Mereka mempunyai kincir angin untuk menjana tenaga elektrik. Tanahnya yang gersang ditebusguna menjadi kawasan pertanian. Pendek kata semuanya bermanfaat.

Anak kecil susah boleh berdikari bekerja membela kambing. Sepanjang jalan dari dalam keretapi yang melewati kawasan penduduk dan pertanian rakyat Morocco kita dapat melihat cara hidup mereka yang masih kekal dengan cara yang lama.

Hasil tanaman mereka amat subur. Cuaca Meditranean dan juga tanah tanih yang subur menghasilkan tuaian yang bagus. Buah dan sayuran amay segar. Epal, delima, plum dan lain lain lebih besar dan manis berbanding yang ada di tempat kita. Makananan mereka juga banyak berasaskan daging. Minyak zaitun antara eksport utama Morocco.

Sebelum meninggalkan Tangiers kami sempat singgah di restoran yang berada di tepi laut Atlantik dengan panorama indah menikmati daging bakar dan roti ala masakan Morocco yang sedap.


Sent from my iPhone

Kembara Spain Portugal Morocco

Kembara Spain Portugal Morocco
Siri 13- Casablanca Destinasi Pelancong Asing

Namanya meniti di bibir ramai warga Eropah. Ia destinasi hiburan. Casablanca namanya sudah melambangkan wajahnya. Bahkan ramai orang Arab di sini cara hidupnya sudah kebaratan baik dari segi cara berpakaian dan juga cara hidup.

Sehari di sini sudah cukup memberikan gambaran warna warni hidup mereka. Esoknya kami melawat Marakesh. Ia pasar yang besar dan sibuk dengan aktiviti perdagangan termasuk wujudnya pertunjukan kesenian dan tradisi Arab Morocco. Bila bergambar kami perlu membayar wang. Bahkan pemberian tips menjadi seperti satu kewajipan.

Namun orang Arab ini terkenal dengan suka menipu. Pandai memutar belit dan mengambil kesempatan. Kami sendiri terkena dengan onar tourist guide kami Arab berbangsa Morocco. Dek kerana komisyen maka kami di bawa ke restoran yang tidak halal serta tidak dibenarkan membeli di Marakesh dengan alasan harganya mahal. Ia pengalaman pahit yang menjadi panduan buat kami.

Antara negara Islam dan Barat biar ada pertembungan adat dan budaya namun kita boleh melihat betapa sikap orang Islam sendiri yang menggagalkan ummat Islam. Di negara Islam kami perlu waspada dengan penyeluk saku, pemabuk serta keselamatan di banding negara Kristian. Ia membuat kita malu dengan sikap umat Islam kita. Lalu tidak pelik jika kita menjadi bangsa yang todak dihormati mundur dan tertindas oleh bangsa. Benarlah jauh perjalanan luas pemandangan.

Wallahuaalam.


Sent from my iPhone

Kembara Spain Portugal Morocco Siri 12-Pelabuhan A


Kembara Spain Portugal Morocco Siri 12-Pelabuhan Al Jaciera dan Tangiers

Melewati setiap daerah di antara dua benua ternyata pelbgai pemandangan menarik boleh dilihat. Luas laut terbentang menambah
kan rasa kagum pada ciptaan Allah. Dari jauh megah berdiri Jabal Musa di sebelah Morocco dan Jabal Tariq di sebelah Eropah. Ia bumi yang satu namun akhirnya terpisah.

Di sini tercipta pertemuan antara dua lautan. Ia bertemu namun tidak bersatu. Nikmat yang manakah boleh kit insan menafikan. Sungguh hebat ciptaan Allah. Ia kejadian yang menginsafkan dan menamvahkan keimanan buat diri bahawa swsungguhnya Allah maha berkuasa.

Perjalana pergi dan balik menaiki feri yang berbeza dan milik yang berbeza simudah pasti memberikan scenario dan pengalaman berbeza. Sewaktu pergi ke Morocco ferinya milik syarikat Sepanyol. Ia memang besar dan penuh kelengkapan, namun berbeza dengan feri dari Morocco kerana salah satu kelengkapan adalah adanya surau disediakan di dalam feri untuk bersolat.

Ia bukan itu sahaja malah budaya dan sikap antara orang Arab dan Sepanyol amat berbeza. Biarpun Kristian namun mereka menjaga adab, akhlak. Sewaktu menunggu feri untuk ke Morocco saya berkesempatan melihat orang Arab Islam yang berada dalam keadaan mabuk serta membuat bising hingga menarik perhatian ramai orang.

Saya juga sempat berbual dengan dua orang Islam Morocco dan juga Sepanyol yang aties. Ia satu peluang untuk berdakwah. Terasa masa amat singkat untuk berhujjah namun saya doakan agar Allah memberikan dia hidayah untuk menerima Islam. Wanita Spanish ini tidak minum Arak dan makan makanan halal namun belum mengakui konsep ketuhanan sepenuhnya. Moga satu masa beliau akan terbuka hati untuk menerima Islam.



Sent from my iPhone

Kembara Spain Portugal Morocco


Kembara Spain Portugal Morocco
Siri 11 Al Hambra Nadi Granada

Seawal pagi kami telah berada di lereng tempat pertemuan dengan tourist guide. Bas yang mendaki ke Al Hambra juga mengunakan nama Al Hambra. Ia melalui jalan kecil dan celah celah kediaman penduduk Granada. Berdekatan dengan Sierra Nevada yang terhampar menambah megah Al Hambra berdiri.

Sayup di puncak kami memulakan tour menjejak saki baki tinggalan kerajaan Andalusia. Andalusia merupakan kerajaan Islam yang mendapat kuasa autonominya sendiri. Bila Tarid bin Ziyad berjaya menawan selat Gibraltar atau dipanggil Jabal Tariq maka satu persatu jajahan Sepanyol ditaklukinya di setiap pesisir pantai Sepanyol.

Melawat Al Hambra memang mengujakan. Hebatnya tamadun Islam satu waktu dulu. Jika kita mampu menjadi hebat sudah pasti kita menjadi lebih hebat sekarang jika kita mengamalkan cara hidup Islam.


Sent from my iPhone