Sepanjang perjalanan saya sekadar menghayati perjalanan itu dengan mendengar dan mengikuti pembacaan beberapa surah dari LCD al-Quran yang dialunkan. Hinngalah hampir sampai ke sekolah maka saya katakan kepada Anis ; "Dapat 9A atau tidak itu bukan penting lagi. yang penting selepas ini apa strategi atau matlamat yang ingin dikaji dan diaplikasi"
Namun Anis menyangkal dengan berkata "Tak boleh Ummi, kakak perlu dapat 9A jika ingin mengambil aliran Sains Agama. kakak tidak mahu meninggalkan belajar bahasa Arab."
Terkejut mendengar penerangan itu, saya menjawab: "Jika begitu doalhak epada Allah moga nioat kita ingin mengambil Bahasa Arab itu kerana Dia. Kita bukan ingin menunjukka kita hebat tapi kita ingin mendalami agama kerana Bhasa Arab itu bahasa syurga. Bahasa Arab itu membolehkan kita memahami banyak lagi ilmu.
Anis menjawab : " Ia Ummi, kakak ingin belajar bahasa Arab, sayang nak tinggal"
"Apalagi yang boleh kita lakukan kerana saat ini kita hanya perlu mendapatkan jawapannya sahaja, ikhtiar kita disaat akhir ini bernazar je sebab doa pun sudah, sama ada kakak puasa atau nanti kita bagi sedekah pada masjid yang ada disepanjang jalan itu jika Allah izin kakak dapat 9A."Aku memberikan semangat kepada Anis najwa.
Debaran Makin Kemuncak
Sampai di sekolah keputusan belum dapat diketahui, kami perlu menunggu selama setengah jam lagi. mata saya seperti begitu penat kerana demam. Supaya masa terisi saya membaza buku ' Manhaj Aqidah Imam Syafie' untuk mengisi masa. Manakala Anis begitu berkecamuk perasaannya yang takut tidak dapat 9A. Tak lama kemudian guru Pen Kanan 1 tampil bersama keputusan. Beliau memberikan ucapan ringkas lalu membacakan keputusan di mana hanya pelajar yang memperoleh 9A dipanggil ke hadapan. Ternyata akhrinya nama ANIS NAJWA dipanggil. Syukur dan alhamdulillah..dapat juga Anis mengengam keptusan yang diidamkan.
Hakikat Sebuah Kejayaan

Bagaimana anak menjaga imanya dan pelbagai lagi persoalan yang lebih penting dalam hidup sperti akhlak, agama yang bakal dibawa ke negeri abadi.
Maka inilah pesanan ibu buat seorang anak.
Kejayaan hari ini sekadar menjadi perintis buat kejayaan yang seterusnya. Namun erti kejayaan itu sangat subjektif. Oleh itu biarlah kita berjaya membawa dua KEJAYAAN....iaitu..
KEJAYAAN DUNIA DAN KEJAYAAN AKHIRAT sebagaimana doa yang sering kita bacakan..
No comments:
Post a Comment