
Apakah erti sebenar sebuah kejayaan? Kejayaan salah satunya adalah memiliki kemantapan ilmu. Iaitu mantap ilmu dunia dan ilmu akhirat. Untuk kita semua berjaya maka ilmu perlu dipertingkatkan, setelah memiliki semua itu ia juga perlu dipraktikkan. Ilmu perlu ditambah selaras dengan iman yang juga perlu gilap supaya amalan kita ikhlas dan istiqamah.
Dalam konteks mengejar kejayaan kita akan diuji dengan nafsu.Oleh itu kita perlu didik nafsu dengan membuang sifat buruk dan menyerikan dengan sifat mahmudah.
Ganjaran kejayaan memerlukan usaha seperti kita berkebun,yang mana kebun perlu dijaga dan disiram juga dibaja. Begitu juga iman ia datang seiring dengan amalan.
Kejayaan juga menuntut perubahan dalaman diri iaitu hati.Hati boleh membentuk luaran.Bila hati menjadi keras dan susah menerima ilmu kerana banyaknya dosa. Maka hati perlu dijaga dari sifat lalai dalam mengingati Allah. Salah satu cara adalah zikir,solat,dan mempelajari ilmu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment