
Impian oh impian
Bersarang dalam keresahan
Tersimpul dalam kelesuan
Terikat dengan kesedihan
Dari hari ke sehari
Impian bertukar silih berganti
Meraih cara dan strategi
Bagaimana impian boleh direalisasi
Onak dan duri sudah sebati
Halangan dan cabaran menjadi pasti
Saat gunung impian didaki
Semua itu menjadi galang ganti
Impian dan kejayaan
Jika ia sudah di gengaman
Segala duka dan kekecewaan
Akan hilang dimamah kegembiraan
Impian oh impian
Sekadar bermimpi tidak akan menjadi kenyatan
Sering diulit dengan khayalan pasti bertemu kegagalan
Ia perlu disahut dengan tekad dan keazaman
Impian dan kejayaan
Bagai ranting dan dahan
Saling berpaut menberi kekuatan
Perlu terjalin dengan keutuhan
Kerana mu impian
Aku berjuang dan berkorban
Agar terhasil menjadi kejayaan
Mengukir kecemerlangan dipersada keunggulan

Nukilan Ummu Ieman Ihsan
Buat anak-anakku..moga memberi inspirasi buat kalian...
No comments:
Post a Comment