
Jika ditanya siapa yang tidak pernah bermimpi? Pasti jawapannya semua orang penrah mengalami mimpi. Ada mimpi bahagia, ada mimpi ngeri ada juga mimpi kesedihan. Memperkata tentang mimpi ia amat berkait rapat dengan impian. Saya tidak mahu mengulas tentang impian. Tetapi saya ingin menjawab tentang persoalan mimpi. Ramai yang tertanya bolehkah kita percaya tentang mimpi? Ini kerana kadang-kadang apabila kita bermimpi ada suatu ketika ia betul-betul berlaku sebagaimana kita mimpikan.
Orang-orang tua berkata, basuh kaki sebelum tidur supaya tidak mengigau atau bermimpi buruk. Betulah petua itu? Jika kita membuat analisis maka ada kewajarannya kerana basuh kaki itu satu rukun dalam wuduhuk. Maka jika kita tidur dalam wudhuk kita berada dalam peliharaan Allah.

Soalannya, bolehkah percaya pada mimpi. Jika tidak boleh percaya kepada mimpi kenapa Allah memberi anugerah kepada Nabi Yusuf boleh mentafsir mimpi. Dan disebut dalam Al_Quran bagaimana kisah Nabi Yusuf mentafsir mimpi dan tafsiran itu menjadi realiti dan terserlah kebenarannya. Menjawab perihal ini, dari sudut pandang insan yang cetek ilmu seperti saya, kita sememangnya tidak boleh percaya tentang mimpi kerana dikhuatiri sewaktu tidur syaitan yang menganggu kita. Iblis membawa kita hanyut dalam mimpi. Oleh itu kita tidak harus percaya bulat-bulat kepada mimpi kerana dibimbangi mimpi itu akan menyebabkan kita bertindak tida wajar dan dek kerana percaya kepada mimpi tersebut maka akan membawa kepada kesan buruk dalam menjalani kehidupan seharian.
Contohnya mimpi suami kahwin lagi, atau isteri main kayu tiga kita percaya pada mimpi tersebut maka kita mula mengesyaki suami/isteri, lalu membawa bibit pergaduhan kerana kita mula tidak menaruh kepercayaan dan menyimpan persaan syak terhadap pasangan. Oleh itu berhati-hati dengan mimpi jangan sampai mimpi membawa mudharat kepada kehidupan

Pesanan saya, apabila tidur janganlah kita ingat apa yang buruk. Masa tidur unutk berzikir dan memohon ampun atas segala dosa sepanjang hari yang kita lakukan sama ada secara tidak sengaja atau sengaja. Amalkan membaca tiga QUL, agar tidur kita lena dalam jagaanNya. Jika susah unutk tidur atau mendapat ganguan mimpi yang pelik atau buruk, maka bangunlah dari tidur dan solat taubat, semoga Allah ampunkan dosa. Mimpi itu datang kerana ia sekadar ingatan Khaliq kepada hambanya agar bangun dan bermunajat kepadaNya semata.
Wallahuaalam.
No comments:
Post a Comment