Pernahkah anda rasa bosan dengan kehidupan. Anda merasa tiada semangat unutk berbuat apa sahaja. Sentuh itu salah, buat ini salah. Tahukan kenapa puncanya? Perhatikan pada segelintir individu yang begitu banyak tugasan dan matlamat yang inign direalisasikan, hingga tiada istilah bosan. Tiada isitlah jemu kerana setiap waktu terisi.
Rasa bosan ini akan mendantagi kita kerana adakala kita ada matlamat, tetapi kita tidak berusaha ke arah merealisasikanya. Sama juga kita lihat, orang yang rajin jarang mengungkap perassan bosan, kerana dalam fikiran mereka ada sahaja perkara yang boleh dilakukan. Namun orang yang malas pastinya akan rasa bosan dan akan lebih suka bermalas-malas.
Saya contohkan seorang pelajar, jika pelajar ini malas, tidak ada cita-cita yang jelas ke mana ingin ditujunya selepas tamat belajar, saat mengadap buku dia mula rasa mengantuk, susah mengingati apa yang dibaca, sukar memahami segala konsep. Berbeza bagi yang tahu kenapa, tahu sebab perlu belajar, ada matlamat, rasa ingin tahu, kecintaan yang hebat kepada ilmu, maka pelajar sebegini tiada istilah bosan apabila mengadap buku. Bahan mereka merasakan masa sering mengejar mereka untuk menyelesaikan banyak perkara.
Insan yang bosan seringkali tidak puas dengan apa yang diberi, oleh itu rasai kehiduoan ini dengan berlapang dada. Hayati hari ini seolah esok kita akan mati, kejarlah apa yang patut kita kejar dalam hidup seolah inilah kesempatan terakhir kita.
Wallahuaalam
No comments:
Post a Comment