Masakan yang sedap dan lazat selalunya masakan yang terhasil dari resepi yang hebat. Pernahkah anda membuat resepi yang hebat. Biarpun tidak mahir memasak hingga boleh dipanggil chef masakan, namun saya mengakui bahawa resepi yang dimasak untuk keluarga adalah bukan sekadar resepi biasa.. ia adalah resepi yang terkandung di dalamnya pelbagai ramuan. Namun adakala ramai yang memilih tidak mahu mencuba resepi hebat ini..
Ada ibu yang sibuk bekerja memberi alasan tidak sempat memasak. Ada suami lebih gemar makan di luar dan minum di kedai kopi. Lalu anak-anak terbiasa dengan makanan yang zahirnya sedap tetapi tidak hadir aura kasih sayang. Maka ramai para suami suka melepak di kedai mamak dari menghabiskan masa di rumah bersama keluarga... lalu si ibu lebih suka mengadap FB dari menghabiskan masa di dapur. Buku resepi sekadar hiasan..

Lalu kenapa rumahtangga kini semakin cepat runtuh? Anak-anak tidak lagi betah menghormati ibubaba serta tidak mahu mendengar nasihat guru? Suami seringkali dikatakan main kayu tiga, si isteri pun lebih kurang juga... kerana resepi kasih sayang sudah rapuh... Oleh itu didiklah anak-anak untuk menggemari resepi ibu, kerana resepi ibu BUKAN SEKADAR RESEPI...

No comments:
Post a Comment