Semangat ada naik turun. Ada masa kita sangat teruja mahu melakukan sesuatu, namun ada ketikanya bila halangan wujud semangat itu mula luntur. Buat apa sahaja kita perlu mendapatkan tenaga positif dari sekililing kita. Untuk mendapatkan inspirasi kita perlu selektif kerana ada juga yang secara tidak kita sedari mereka menjadi penarik tenaga. Ayat-ayat negatif sedikit sebanyak akan melunturkan semangat untuk terus berjuang. Apa juga kerjaya yang diceburi pastinya bila berdepan saat sukar maka ada yang terfikir untuk berhenti kerja, jika yang berniaga mereka mahu menutup pintu pada perniagaan. Untuk mendapatkan inspirasi dalam kerjaya tips yang boleh kita pastikan adalah:
- Mereka yang boleh memberi inspirasi adalah seorang yang berkarisma dan punya kejayaan tersendiri.
- Mereka sudah berjaya dan punya pengalaman dalam kerjaya yang mereka tempuhi
- Mereka seorang yang gigih berusaha
- Mereka seorang yang mahir dalam bidang yang mereka ceburi
- Nasihat atau saranan yang diberi adalah yang memberi tenaga dan bukan menarik tenaga
- Motivasi dan inpirasi perlu seiring dengan tindakan diri sendiri
- Bagaimana hebat pun orang lain dalam membina kerjaya perlu diukur keupayaan diri sendiri
- Betapa cepat orang lain mencipta kejayaan dalam kerjaya mereka namun indiivdu perlu memberi tempoh masa untuk diri sendiri.
- Strategi yang diguna pakai orang lain perlu dilihat kesesuaian dengan diri sendiri
- Dampingi orang positif yang kuat berusaha dan bukan yang sekadar pandai berkata-kata tetapi hasil tiada.
No comments:
Post a Comment