Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, August 15, 2013

Hikmah Poligami: Telusuri Sirah

Bismillah, 

Moga Jumaat yang barakah buat kita sempena Syawal ini. Posting kali ini saya mahu memperkatakan tentang poligami. Ia topk yang hangat kebelakangan ini sementelah ada golongan ilmuan yang berpengaruh mengamalkannya. Ada yang menyokong dan ada pula yang kurang bersetuju. Rata-rata ada pendapat tersendiri dan paling banyak adalah pandangan yang lebih bersifat emosi dan kurang bersandarkan kepada hukum sedia ada dalam Islam. 

Sesungguhnya poligami itu ada banyak kelebihan dan manfaatnya, jika tidak ia bukan menjadi sunnah. :Poligami bagus sangat2 bagi yang memgikut syariat. Poligami juga memberi kesan kepada kebahagiaan sedia ada bila syariat tidak dipatuhi. Saya sedang dalam mengumpul kajian/ tesis / buku2 berkenaan poligami untuk menyiapkan buku berkenaan poligami yang sudah agak lama tertangguh. Dalam buku tersebut akan dimasukkan juga kes study isteri, suami yang mengamalkan poligami yg berjaya dan gagal. Moga Allah permudahkan sebagai satu usaha dakwah."
Memetik komen saya dalam FB rakan yang menyuarakan pandangan tentang poligami ia merupak perkara yang pastinya disokong bukan diremehkan. Pasti bila saya katakan begini maka akan ada suara-suara yang bertanya adakah saya sanggup bermadu? Jawapannya in sya Allah jika ia mengikut syariat. Saya mengizinkan suami untuk mengamalkannya. Saya pernah menemuramah seorang yang mencarikan calon isteri serta sanggup tinggal dan hidup bersama madunya, jika sebelumnya saya agak sedikit negatif. Namun ternyata Allah memberikan hidayah. Namun perkara pertama adalah ekonomi keluarga mereka amat stabil. Rumahnya amat lengakp untuk anak-anak. Bahkan suaminya menyediakan keperluan yang cukup buat dia dan anak-anak yang sedang belajar. Rumah yang amat selesa serta cara hidup Islam yang diamalkan oleh keluarga mereka amat memungkinkan suaminya mengamalkan poligami dan dia sendiri merelakannya. 

Mari kita telusuri sejarah, bagaimana Islam tersebar diperingkat awal adalah dengan cara rahsia, yang ramai masuk Islam adalah golongan hamba dan fakir miskin yang tertindas. Dan peneraju yang mendokong Islam dengan harta benda waktu itu tiada lain iaitu isteri Rasululllah, Khadijah r.a. Pada waktu itu Rasululah berjuang untuk aqidah, memperbetulkan akhlak kaum Jahiliyyah. Lalu tidak pelik jika Rasulullah mengamalkan monogami. Ini boleh diaplikasikan kepada golongan suami yang masih banyak tangugngjawab sedia ada tidak terlangsai perlu focus kepada tanggungjawab tersebut barulah mengamalkan poligami. 

Kesilapan suami yang tidak menjalankan tanggungjawab serta amanh kepada isteri pertama dan anak-anak sedia ada yang menyebabkan poligami dipandang negatif. Walhal jika kita melihat sejarah poligami membantu dalam usaha dakwah dan melindungi wanita dan anak-anak di saat Islam tersebar diperingkat awal. Bila perang berlaku maka balu dan anak-anak yatim ini dapat diraikan dan kehidupan mereka terjamin. 

Satu perkara lagi, syakhsiah dan akhlak mereka yang mengamalkan poligami ini perlu diambik kira. Disini sekali lagi Rasulullah telah menunjukkan contoh terbaik. Bagaimana isteir baginda duduk berhampiran, adil dalam nafkah dan giliran walau ada yang menolak giliran. Namun apa berlaku segelintir suami ada yang tidak pulang ke rumah, berkahwin secara senyap, anak-anak tidak dipeduli maka kesannya ia memberi imej yang buruk pada poligami. 

Bagi wanita janganlah terlalu membenci dan anti dengan poligami. Memang jarang sekali yang sanggup berbahagi kasih apalagi jika merasa tergugat dengan kehadiran orang baru. Percayalah cinta kasih itu milik Allah. Jika takdir menetukan kita hidup bermadu maka redha dan pasrah. Mungkin ini hikmah untuk kita lebih kasih kepada Allah dan Rasul dari manusia yang bergelar suami, Ada yang menderita berpanjangan kerana suami memadukan beliau maka inilah masanya untuk kita muhasabah perjalanan hidup. Hidup di sana yang abadi perlu diambil kira. Kita bernafas di dunia sementara.. Mungkin sebagai wanita perlu berjiwa besar boleh merelakan diri dimadu, kredit buat mereka yang ternyata berjiwa besar. Moga Allah redha dan menerima segala amalan. 
Sesungguhnya berkata itu mudah, semudah menulis tinta, yang pasti melaksanakan itu amat payah. 
Semoga Allah memasukkan kita dalam golongan orang-orang yang sanggup menerima segala bentuk ujian kehidupan sebagai tanda hamba yang beriman. Ameen. 
Wallahuaalam. 

No comments:

Post a Comment