Bismillah,
Setiapkali raya maka sudah pasti kita tidak akan terlepas dari menyediakan juadah untuk keluarga dan para tetamu. Tahun ini dan seperti tahun-tahun sbelumnya jika giliran berhari raya di kampung sendiri maka sayalah yang menjadi Chef di rumah. Biarpun sebagai anak bongsu dalam keluarga namun seringkali saya diberi tugasan tersebut. ia bukan kerana saya pandai memasak tetapi saya suka memasak. Bahkan saya suka mencipta menu-menu masakan ikut citarasa saya dan berekebtulan dengan citarasa adik beradik dan ipar duai. Namun ia bukan semua menu.. saya akan pilih apa yang mahu dimasak, dan kebiasaanya adik beradik, anak-anak buah yang menyediakan bahan-bahannya.

Raya kali ini saya pertama kali menyediakan masakan daging dendeng pada ahli keluarga. Ia bukan masakan kelantan tetapi menu tersebut yang paling cepat kehabisan dibanding dengan menu ayam masak tomato. Biasanya bila saya yang memasak maka saya tidak bereselera untuk makan. Dek kerana itu saya akan berkunjung ke rumah kakak-kakak yang berhampiran untuk makan juadah mereka. berkebetulan kakak saya menyediakan laksa penang kegemaran pada raya pertama maka saya tidak melepaskan peluang tersebut. Raya ke dua pula saya menukar kepada menu ala-ala Thai.. apalagi anak-amak yang sudah muak dengan rendang dan kari bukan main laju lagi makan. Bahkan adik beradik yang lain menumpang untuk makan bersama. Indahnya kerana kami boleh bertandang sesama sendiri jika mahu makan. Kebetulan kesemua kakak saya duduk berdekatan jadi jika pasal makan kami mudah berkongsi dan slaing memberi..
Memasak untuk keluarga adalah satu kepuasan. Namun jika dirumah mertua saya lebih suka sekadar membantu. Selera sudah pasti berbeza kerana berlainan citarasa. lebih-lebih lagi suami saya berketurunan jawa. Dek kerana itu saya jarang sekali memasak, sekadar menengok-nengok apa yang patut. Kelakar pula bila bertandang ke rumah mak cik suami yang saya panggil wak, beliau menginterview saya apa yang saya masak untuk keluarga pada hari raya. Termasuk mahu mengetahui apa resepinya. Ia bukanlah berbeza, namun ada yang tidak suka masakan Kelantan, jadi saya selesa untuk memasak masakan yang ringkas dan bersifat sejagat..hmmm apa ye..ikan goreng.. Apapun memasak itu ada kerja tetap dan berpencen wanita. Jika tidak mencuba pasti kita tidak dapat merasa air tangan sendiri. Bagui yang rasa tidak tahu atau tidak pandai memasak.. ia sekadar yakin kepada diri sendiri...
Wallahuaalam.
No comments:
Post a Comment