Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, November 7, 2019

Depression

Depression

Amat berkait dengan Keikhlasan Hati

Jika sentiasa buat sesuatu perkara hanya untuk menjaga hati orang lain lama kelamaan kita akan penat. Bila penat akan ada rasa kecewa. Akhirnya kita akan berdepan tekanan emosi.

Bila ada perkara yang berlaku kita akan mula menyalahkan diri sendiri serta keadaan di sekeliling. Kita akan mula hilang upaya diri dan hilang motivasi. Impian hidup mula kabur. Kita mula merasakan hidup sudah tidak bermakna. Kecewa melangkaui rasional.

Bagi mengelakkan ini semua berlaku, kita ubah cara. Buat sesuatu kerana Allah, bukan untuk ' please other people". Buat kerana kita memang ikhlas mahu melakukan bukan menagih pengiktirafan.

Seterusnya, jadilah diri sendiri. Terima diri kita seadanya baik kelebihan atau kekurangan. Kita tidak perlu berlakon untuk jadi baik atau dilihat baik. Apa yang penting kita sentiasa berazam untuk buat yang terbaik untuk semua.

Apa jua pandangan orang terhadap kita tidak mampu kita ubah. Ia diluar kawalan kita. Pandangan manusia kurang penting sebenarnya.

Berusahalah untuk Allah memandang kita dengan rahmatNya. Ribuan manusia memandang kita tapi jika Allah tidak memandang segala perbuatan kita, maka kita menjadi orang yang sangat malang.

Oleh itu berhenti mengeluh bila segala usaha tidak dihargai. Mulakan muhasabah diri, siapa kita di hadapan Allah. Moga dengan ini hati akan tenang dan kita akan menemukan jawapan pada banyak persoalan yang tiada jawapan sebelum ini.

Wallahuaalam

#kenalidiribinaidentiti
#diarikaunselor


Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment