Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Monday, November 25, 2019
Wajarkah belajar untuk Anugerah Cemerlang
Kejayaan itu subjektif.
Jangan paksa anak-anak hingga mereka tertekan.
Belajar untuk ilmu bukan untuk A,jika dapat Alhamdulillah, gitu...
Saya dan Enche Suami sama pemikiran tentang hal ini.
Kami tak paksa anak belajar, apa yang kami buat hanya bagi kesedaran dan motivasi.
Bila baca kisah parents yang terlalu nak anak tip top semua benda, saya baca pun stres.
Alahai tak perlu kot kejayaan anak jadi tropi dan semua nak dikongsi. Anak orang lain pun mungkin hebat, tapi dia tak suka nak cerita sangat.
Pengalaman anak zaman sekolah
—————-*******————
Semasa anak di alam persekolahan, saya tak push mereka. Anak-anak boleh memilih dan bagi pandangan cara belajar yang bagaimana mereka mahu.
Tak wajib dapat nombor 1, tak bertanding dengan anak orang lain.
Apa yang penting bertanding dengan keupayaan dan pencapaian diri sendiri. Kejayaan orang lain sekadar ukuran.
Sebagai ibu kita lebih tahu tahap dan keupayaan anak. Kita tahu apa limitasi mereka.
Ada anak yang diuji dengan pelbagai cabaran kita latih mereka untuk kental emosi. Itu sangat penting agar dalam menuju dewasa mereka bukan hanya bijak akademik, tapi bijak emosi.
Isunya parents sekarang sibuk kejar dan mahu pastikan anak dapat keputusan cemerlang. Saya percaya semua mahu begitu. Tapi saya sendiri bagi keutamaan, akademik dan akhlak mesti seiring.
Enche Suami memang sangat tidak setuju jika sibuk paksa anak, katanya dia dulu pun biasa je, bukan best student. Sama la saya, pelajar tahap sederhana.
Apa yang penting anak-anak ada kesedaran. Motivasi kehidupan itu perlu sentiasa disuntik, ia bukan hanya dalam akademik, tapi juga kemahiran untuk bekal. Alhamdulillah, anak-anak sangat berdikari, biasakan diri bekerja jadi kuli dan dilatih hidup sederhana.
Bila di universiti dan bekerjaya keadaannya sangat berbeza. Ramai yang best student di sekolah tahap kecerdasan emosi sangat rendah berbanding yang result sedehana. Kebanyakan students yang biasa cemerlang mudah sangat stres bila tak dapat skor.
Sent from my iPhone
Thursday, November 7, 2019
Depression
Amat berkait dengan Keikhlasan Hati
Jika sentiasa buat sesuatu perkara hanya untuk menjaga hati orang lain lama kelamaan kita akan penat. Bila penat akan ada rasa kecewa. Akhirnya kita akan berdepan tekanan emosi.
Bila ada perkara yang berlaku kita akan mula menyalahkan diri sendiri serta keadaan di sekeliling. Kita akan mula hilang upaya diri dan hilang motivasi. Impian hidup mula kabur. Kita mula merasakan hidup sudah tidak bermakna. Kecewa melangkaui rasional.
Bagi mengelakkan ini semua berlaku, kita ubah cara. Buat sesuatu kerana Allah, bukan untuk ' please other people". Buat kerana kita memang ikhlas mahu melakukan bukan menagih pengiktirafan.
Seterusnya, jadilah diri sendiri. Terima diri kita seadanya baik kelebihan atau kekurangan. Kita tidak perlu berlakon untuk jadi baik atau dilihat baik. Apa yang penting kita sentiasa berazam untuk buat yang terbaik untuk semua.
Apa jua pandangan orang terhadap kita tidak mampu kita ubah. Ia diluar kawalan kita. Pandangan manusia kurang penting sebenarnya.
Berusahalah untuk Allah memandang kita dengan rahmatNya. Ribuan manusia memandang kita tapi jika Allah tidak memandang segala perbuatan kita, maka kita menjadi orang yang sangat malang.
Oleh itu berhenti mengeluh bila segala usaha tidak dihargai. Mulakan muhasabah diri, siapa kita di hadapan Allah. Moga dengan ini hati akan tenang dan kita akan menemukan jawapan pada banyak persoalan yang tiada jawapan sebelum ini.
Wallahuaalam
#kenalidiribinaidentiti
#diarikaunselor
Sent from my iPhone
Friday, November 1, 2019
Tip elak stres
Bahagia ada pada hati yang ikhlas
Motivasi diri terjelma dari matlamat yang jelas.
Ramai diluar sama merungut, majikan tidak hargai, suka membandingkan kita dengan staf lain, suami tak puji masakan kita setelah berpenat memasak, mertua tidak pandang pemberian, adik beradik tidak menilai pemberian, anak-anak tidak tahu berterima kasih dan banyak lagi isu yang hampir sama.
Tip bahagia dalam hidup adalah buat apa yang membahagiakan kita.
Ramai yang hidup terpenjara dalam kesedihan dan stres kerana melakukan perkara demi membahagiakan orang lain.
Akhirnya lahir rasa kecewa bila tiada pengiktirafan.
Rasa sedih bila segala pengorbanan terasa tidak dipandang.
Rasa malas meneruskan perkara yang ada kerana tiada lagi motivasi diri.
Kepuasan yang dimahukan juga tiada lagi.
Oleh itu mari mulakan cara yang baru. Caranya adakah segala perbuatan yang dilakukan dengan meletakkan niat kerana mahukan reda Allah.
Setiap perkara yang dibuat akan mendapat ganjaran Allah walau tiada pengiktirafan manusia.
Bila motifnya reda Allah, kita berbuat bukan untuk "please other people".
Insan yang tidak mengharap pada manusia hatinya tenang, jauh dari rasa gelisah.
Pujian dan kejian manusia tidak mendatangkan bekas pada hati dan jiwa.
Bahkan setiap cabaran akan mudah diatasi tanpa perlu berdepan tekanan.
Berhentilah mengharap pada insan.
Harapan hanya pada Allah. Doa agar Allah pandang segala usaha kita walau tidak dipandang manusia. Ini lebih penting dari segalanya.
#motivasi3i
#diarikaunselor
Sent from my iPhone