Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, February 29, 2012

ALUMNI : Beramal dan Berukhuwwah Fillah

Sejak berminggu-minggu banyak masa diperuntukkan untuk program sambutan Jubli Intan Maahad Muhammadi yang bakal mencecah 75 tahun. Pelbagai program diatur untuk sambutan tersebut termasuk untuk pelajar, guru-guru serta mengutip dana untuk membantu menaikkan prasaran sekolah. Ramai sahabat-sahabt dikerah/diajak/dijemput untuk menghulurkan bantuan/kerjasama untuk menajayakan program ini. Ada yang sudi ada yang tidak. Memang tidak semua mahu terlibat dengan program amal. Diakui ada banyak alasan untuk tidak mampu menyumbang idea, tenaga. duit ringgit atau apa sahaja.
Saya bukanlah dikalangan pelajar yang popular atau hebat dibanding orang lain. Bukan juga pelajar terbaik, namun saya percaya, setelah kita berjaya dalam apa yang diceburi maka sampai masa untuk kita menyumbang dalam bentuk apa sahaja kepada sekolah/guru-guru. Pepatah mengatakan 'tempat jatuh lagi dikenang, apalagi tempat bermain". Adakala kita hanpir putus asa untuk menggerakkan Alumni, namun jika kita tidak memberi sokongan pasti Alumni tidak akan bergerak aktif . Bukan mengatakan diri bagus, namun ramai yang tidak dapat memberi komitment. Alasan yang dari dulu diberi adalah kerana masa. Maklumlah  rata-rata bekerja, sudah berkeluarga. 
Apa yang memberi motivasi pada saya untuk meneruskan perjuangan ini dari awal penubuhan hingga kini, (walapun adakala hati terluka, jiwa perputus asa dengan segala macam halangan), kerana saya mengharapkan segala yang dilakukan uutuk sekolah  akan memberikan keberkatan kepada perjalanan kehidupan saya. Jika tidak kepada diri sendiri, moga ia akan terpercik kebaikannya kepada anak-anak dan generasi kita akan datang. Memetik kata-kata sahabat sekolah lama saya saya iaitu Dr. R ; 
" Bila saya tolong awak, saya yakin Allah akan tolong saya nanti. Itulah janji Allah sepertimana yg disebut di dalam beberapa ayat dalam al Quran. Kalau Allah tak tolong saya di dunia ini, pasti ada pertolongan Allah di akhirat nanti. Kalau tidak pun, Allah akan balas kebaikan saya tadi dengan menolong ibu bapa saya, adik2 dan kakak saya, suami saya, anak2 saya atau pun sesiapa saja yg saya kasihi dan sayangi. Saya cukup yakin dengan janji Allah..."
Moga Allah memberikan kekuatan dan semangat untuk saya meruskan perjuangan demi memartabatkan sekolah tercinta Maahad Muhammadi Lilbanat.

Monday, February 27, 2012

Melakar Kerjaya



Saya terbaca satu posting yang ditulis oleh sorang penulis terkenal iaitu beliau mengatakan tidak semua orang mampu menjadi penulis. Saya tidak pasti dengan pendapat itu, mungkin betul dan mungkin juga tidak. Pada hemat saya apapun pekerjaan atau minat yang ingin kita lakukan sudah pasti ia perlu bermula dengan keinginan. Bila adanya keinginan, maka sudah pasti kita akan mengasah bakat yang ada serta berusaha menjayakan perkara tersebut. 
Jika sekiranya kita tidak diizinkan mempunyai bakat yang hebat sebagaimana orang lain sekalipun namun jika sedikit potensi yang ada itu digilap maka lama-lama kita akan manjadi mahir dan pakar dalam bidang yang ingin kita ceburi. Sama juga jika beminat untuk menjadi penulis, ramai yang percaya untuk menjadi penulis yang hebat, seseorang itu perlu mempunyai bakat. Saya bersetuju jika kita mempunyai bakat itu adalah satu rahmat dan rezeki dari Allah. Namun cuba kita perhatikan, ramai yang berbakat tetapi bakat itu terpendam begitu sahaja, segelintir mereka yang berbakat ini tidak mengharagai apa yang mereka miliki. Mereka ini seringkali bermasalah dengan sikap dan juga disiplin diri.
Dalam hal menjadi penulis, saya percaya niat itu amat berperanan dalam menentukan kejayaan. Saya menulis bukan kerana inginkan glamour atau kaya raya dari hasil penulisan, jika Allah member itu satu rahmat. Namun dari dulu hasrat saya untuk menulis adalah kerana ingin meneruskan kesinambungan dakwah. Menulis menjadi perantara kepada idea yang ingin disampaikan. Melalui penilisan kita mampu meluahkan segala hasrat dan juga buah fikiran dengan cara yang tersendiri. Lebih penting lagi semoga apa yang dikongsi itu mengingatkan diri kita sendiri serta memberi manfaat kepada ornag lain. Oleh itu andainya kita ditakdirkan tidak berbakat dalam penulisan atau apa sahaja yang ingin kita ceburi, maka belum telrambat untuk menggilap potensi diri dengan berusaha gigih hingga berjaya. Selain itu kita perlu sentiasa ‘upgrade diri’ dengan menambah ilmu dan kepakaran yang sedia ada... Saya ingat kata-kata datuk maznah sewaktu menghadiri ceramah motivasi beliau... “from zero to hero”... Percayalah 'qaddarallah ma sya'a fa'al' ~ (Allah telah menentukan, apa yang Dia kehendak, Dia laksanakan)
Wallahuaalam


Sunday, February 26, 2012

Hutang Biarpun Tidak Dituntut Wajib Dibayar

Kehidupan ini sering diibaratkan seperti roda. ada masa kita di atas, ada masa kita berada di bawah. Maka ada masanya sewaktu dalam kesusahan kita akan meminta pertolongan orang-orang sekeliling baik dari sudut kewangan atau material. Sememangnya bila memperkatakan tentang hutang, ada ramai yang begitu liat untuk membayar hutang, namun ada juga yang berprinsip tidak mahu berhutang atau bila berhutang cepat-cepat mereka membayarnya. 
Pada pandangan saya, berhutang itu tidak salah sekiranya orang yang berhutang mencatit hutangnnya suapay tidak lupa. Andainya meninggalkan sebelum sempat membayar maka warisnya boleh membantu membayarkan. Malangnya bagi kebanykan orang yang berhutang, mereka ini liat untuk membayar walaupun mereka sudah mampu untuk membayar. Kebiasaanya orang yang memberi hutang akan ingat hutangnya dengan orang lain, namun biasanya orang yang memberi hutang yang sering lupa siapa yang berhutang dengannya, lebih-lebih lagi jika ia tidak dicatit. 
Tips yang mudah bagi yang susah untuk menuntut hutang, adalah dengan ikhlas jika mereka yang berhutang itu tidak membayar kita niatkan sedekah atau juga memohon Allah menggantikan jumalh hutang yang tidak dibayar itu dengan sesuatu yang lebih baik buat kita. Saya sendiri tidak suka mencatit siapa yang berhutang dengan saya kerana saya meminta mereka yang mencatitkan hutang tersebut. Jika mereka menyatakan demikina-demiikan hutang mereka, maka itulah yang saya percaya. Selebihnya saya serah kepada Allah. Jiuka sesoerang itu ikhlas berhutang dengan kita, maka dia akan mencari kita untuk melangsaikan hutangnya. Oleh itu bagi yang bersedih kerana ada yang berhutang tidak mahu membayar, bersabarlah... pasti ada gantinya dari Allah untuk  kita. Bagi yang berhutang pula... bairpun ia tidak dituntut namun ia wajib dibayar..

Saturday, February 25, 2012

Dilemma Kerjaya : Minat atau Keperluan

Salam ukhuwah, 
Coretan kali ini saya ingin menyentuh tentang kerjaya. Ramai dikalangan kita keliru ada kalanya antara memilih kerjaya kerana minat atau keperluan. Isu ini dilontakan supaya yang berada dalam situasi ini mangambilnya sebagai iktibar dan sandaran dalam membuat timbang tara memilih kerjaya. 
Sebagai anak bongsu dalam adik beradik dan merupakan satu-satunya yang tinggal di Lembah Kelang, maka kediaman saya akan menjadi persinggahan dan kediaman bagi rata-rata anak-anak buah yang ingin belajar atau mencari kerja selepas tamat pengajian. Ada yang bekerja di tempat lain atau menjadi pekerja sementara di pejabat saya sebagai latihan kepada mereka untuk menimba pengalaman bekerja. Belasan tahun masa berlalu, maka anak-anak buah yang datang juga silih berganti, dari mereka remaja hingga mereka berumahtangga. Suami saya pula seorang yang prihatin, sementelah bergelar anak sulong, mempunyai pengalaman dalam mencari kerja serta amat mengamibl berat terhadap perihal anak-anak buah saya, adakala suami bertindak selaku 'agen tidak bertauliah' mencari pekerjaan yang sesuai untuk mereka bersandarkan sijil dan pengalaman serta kemahiran mereka. 
Di kalangan mereka juga sudah pasti ada pelbagai kerenah dan sikap yang perlu kami berdua hadapi. Apapun pengalaman ini merupakan satu kepuasan kerana harapan kami apabila anak-anak buah meningkat dewasa   dan mampu berdikari maka giliran mereka pula untuk meneruskan kesinambungan membantu ahli keluarga yang lain. 
Dalam hal memilih pekerjaan, ada juga dikalangan mereka yang tidak membantah, bahkan setia mendengar pendapat dan nasihat. Namun tak kurang juga yang begitu memilih pekerjaan. Biarpun sijil dan kemahiran tidak seberapa namun citarasa mereak terhadap pekerjaan begitu tinggi, dengan itu pelbagai alasan diberi demi menolak segala cadangan dan nasihat. Pada hemat saya, keadaan atau scenario serta suasana ekonomi hari ini tidak memungkinkan kita terlalu memilih kerja berdasarkan minat atau sijil yang dimiliki. Jika kita menjadi begitu memilih maka sudah pasti banyak peluang kita terlepas. Pekerjaan yang kita pilih pada saat ini perlu dilihat kepada keperluan untuk saraan diri. Mungkin gajinya kecil tetapi ia tidak salah jika kita ingin mengambil peluang tersebut. Kita perhatikan ada ramai yang bermula dari bawah dengan gaj iyang minimun namun akhirnya berjaya memiliki pendapatan yang jauh lebih besar selepas itu. 
Dalam konteks pemilihan kerjaya ini juga perlu dilihat bukan semata kerana gaji yag diberi atau ditawarkan. Kita perlu juga melihat kepada ilmu dan pengalaman yang bakal kita peroleh. Apabila kita telah menguasai ilmu dan kemahiran dalam bidang tertentu maka peluang kita untuk meraih kerjaya yang hebat dengan gaji yang lumayan itu lebih mudah. Kita akui minat juga penting dalam menentukan pilihan kerjaya, namun pada saya "buat apa yang kita tidak suka untuk mendapat apa yang kita suka" apa salahnya. Dengan kata lain, tidak suka dengna pekerjaan itu namun kita mendapat imbuhan gaji darinya untuk menyara kehidupan itu sudah memadai untuk perimgkat permulaan, yang penting kerja itu halal dan mengikut syariat Islam. 
Wallahuaalam.   

Friday, February 24, 2012

WAHAI ANAK! JAGALAH MARUAH DIRIMU

Sewaktu kereta berhenti di lampu isyarat mata saya terpandang sekumpulan remaja yang sedang berjalan melintas jalan. Rata mereka dalam usia 13 ke 15 tahun, terdiri remaja lelaki dan perempun. Remaja perempuan rata-ratanya tidak bertudung. dalam memerhatikan gelagat mereka yang sedang berjalan menuju ke gedung membeli belah disebelah kiri jalan, mata saya tiba-tiba melihat sepasang remaja lelaki dan perempuan dikalangan mereka berpegang tangan untuk melintas jalan. Hati saya berdetap melihat selelaki meraih tangan remaja tersebut sewaktu berjalan dan si remaja perempuan malu-malu namun membiarkan tangannya di pimpin remaja lelaki tadi. Mata saya tidak mampu untuk lari dari memandang mereka. Hati saya serta merta mengingati anak-anak perempuan saya yang sekarang ini berada di asrama. Hati terus beristghfar dan berdoa moga dijauhkan smeua ini dari anak-anakku. Ya Allah peliharalah mereka, limdungi mereka dari kemaksiat dan bala bencana.
Ya Allah, kesedihan itu meronta dijiwa saat melihat wajah ayu si gadis itu yang begitu suci..namun sayangnya diusia yang begitu muda, masih belum matang dia telah diperlakukan begitu oleh si lelaki... begitu mudah si gadis membiarkan sahaja dirinya dipergunakan si lelaki. saya terfikir, di mana ibu bapa mereka? Adakah ibu bapa mereka mengetahui mereka keluar berpeleseran. Mungkin ramai remaja akan berkata, sekadar berpegang tangan apa salahnya? Tidak luak walau sedikit... sekadar untuk suka-suka apa salahnya..
Sudah pasti ada banyak lagi alasan yang akan diberi namun wahai anak-anak... itulah permulaan kepada kehancuran ramai hidup remaja di luar sana. Mula-mula sekadar biasa-biasa, tetapi syaitan itu tidak akan berhenti untuk memggoda manusia melakukan maksiat. Ramai anak gadis ternoda kerana percaya dengan pujuk rayu si lelaki yang konon mencintai mereka. Namun apabila terlanjur, si gadis mengandung tanpa kerelaan, lalu mereka ditinggalkan kerana si lelaki sekadar mengambil kesempatan.. maka sewaktu melahirkan.. bayi itu dibuang ke dalam tong sampah, dicampak ke longkah... Perasaan takut kepada dosa akan hilang serta rasa bersalah itu tiada, kerana keimanan amat tipis. Hidup tidak berkiblatkan Islam, tetapi berkiblatkan cara hidup bebas meniru orang-orang bukan Islam.  
Wahai anak-anak... 
belum terlambat untuk bertaubat.. 
jagalah diri mu.. 
jagalah maruahmu...  
maruah dan harga diri tidak ada nilainya.. 
mahkota wanita hanya untuk suami mu.. 
jagalah ia..peliharalah kesucianmu.. 
Jauhilah maksiat dan zina.. 
kasihani ibu bapa mu.. 
mereka menaruh harapan 
agar kamu menjadi orang berguna.. 
menjadi insan berjaya dunia dan akhirat.. 
mereka melEtak sejuta harapan 
MOGA DIRIMU MENJADI 
ANAK YANG SOLEH/SOLEHAH.
  

Thursday, February 23, 2012

Musibah Sebagai Ibrah

Salam Jumaat,

Moga kita semua dilindungi dan diberkati Allah hendakknya. hari ini bersempena dengan hari yang barakah saya ingin memeprkatakan tentang musibah yang tidak terduga. Kisah yang berlaku pada minggu yang sudah sahabat saya yang dalam pantang empat hari menerima musibah apabilah suaminya meninggal di depan mata kerana di sernag jantung. sama juga yang berlaku kepada sahabat saya pada awal tahun lepas apabila suaminya koma selama hampir dua minggu kerana mengidap kencing manis yang kronik hingga kesemua organ gagal berfungsi. Dua minggu yang lalu saya mendapat pesanan ringkas dari sahabat yang menyatakan bekas Ustaz saya yang mana anaknya juga adalah rakan ALUMNI iaitu Dato' Ustaz Hashim sedang koma setelah jatuh diserang sakit jantung. Pelbagai lagi  kisah yang berlaku disekliling kita yang tidak kita duga. ini yang dikatakan musibah atau ujian yang berlaku begitu cepat mengambil sesuatu yang amat berharga dalam hidup kita baik nyawa, kesihatan, harta benda dan pelabagai lagi yang kita sayangi.

Bagi sahabat yang ditimpa musibah apa yang mampu kita panjatkan adalah doa, semangat dan simpati semoga mereka bersabar dan Allah meringankan beban musibah tersebut. Saat kita yang mungkin mendengar musibah maka kita perlu mengucapkan Innalillah dan berdoa moga kita dijauhkan dari perkara buruk. memperkatakan tentang musibah dalam hidup, semeangnya tiada siapa yang dapat lari.Lambat atau cepat, keadaan yang pelbagai akan diuji oleh Allah sesuai dengan diri kita. setiap ujian itu terkandung rahmat dan ibrah bagi yang memahami. Maka saat diri ditimap musibah, berdoalah kerana musibah itu menghapuskan dosa.... Musibah itu mengingatkan diri pada Khaliqnya.. musibah itu mendekatkan diri pada Rabb Yang Maha Esa.



Wallahuaalam

Wednesday, February 22, 2012

Melayar Bahtera Rumahtangga : Mengongkong Pasangan

Pelbagai kisah tentang bagaimana mengatasi permasalahan rumahtangga telah dikongsikan. Kali ini apa yang ingin saya perkatakan adalah tentang isu “control/kongkong’ suami isteri. Seringkali kita dengar perkataan Queen Control gelaran ini diberi kepada isteri. Bahkan tidak kurang juga yang dari pihak suami yang bersifat mengongkong isteri. Banyak rungutan dari pihak isteri yang diterima mengatakan suami teramat susah untuk memberi kebenaran keluar rumah walaupun untuk ke kedai berhampiran. Itu belum lagi kisah duit ringgit dicatu hingga untuk membeli perkara yang perlu bagi isi rumah pun terpaksa berfikir dua kali. Bahkan ada isteri yang mempunyai gaji sendiri tidak dapat menikmati hasil dari penat lelah kerana sikap suami yang teramat mengongkong. Ada juga segelintir yang mengambil kesempatan mengongkong isteri tapi disebaliknya bermain kayu tiga di luar rumah.
Itu kisah suami yang mengongkong isteri, jangan lupa ada juga kisah-kisah yang timbul akibat dari isteri sendiri yang cemburu buta hingga menajdi ‘queen control’. Setiap kali si suami ingin ke mana-mana, ia perlu membuat report kepada si isteri. Bukan itu sahaja suami hingga menjadi dayus dek isteri yang begitu berkuasa serta mempunyai sikap menguasai suami yang melampau. Hingga ada yang kerana takut kepada isteri terpaksa membelakangkan ibu bapa sendiri. Ada juga suami yang mempunyai isteri yang mengongkong ini terpaksa curi-curi keluar atau berbohong apabila berbuat sesuatu perkara yang tidak dipersetujui isteri. Bukan sedikit juga kita dengar tentang suami yang dikatakan ‘pijak semut pun tak mati’ (konon-konon takutkan isteri) ini berkahwin dua. Jika difikirkan memang kelakar juga, bagaimana seorang isteri yang begitu mengongkong suami akhirnya terpedaya dengan helah suami, ini terbukti suami yang dikongkong memang bijak mencari helah dan kreatif dalam membuat cerita bohnog.
Apa yang boleh kita perhalusi tentang masalah suami/isteri yang mengongkong ini sebenarnya jika niat sekadar mendidik pasangan itu boleh dimaafkan. Kerana kita lihat ada juga isteri yang apabila suami memberikan kebebasan lalu kebebasan itu disalahgunakan. Isteri mengambil kesempatan untuk melakukan perkara yang tidak baik serta melanggar syariat Islam. Ada juga isteri yang berperangai boros, maka untuk mengatasi sikap tersebut, suami yang terpaksa mengurus kewangan. Begitu juga dengan pihak suami, ada yang apabila tidak diperhati dan ditegur maka mereka akan terbabas hingga ada masanya kehidupan seperti orang bujang, kurang mengambil tanggungjawab, tidak prihatin dengan keluarga dan pelabagi lagi.
Sifat mengongkong ini juga adakalanya terjadi kerana cemburu buta, hingga ada pasangan yang akan menelefon pejabat setiap lima minit unutk memastakan pasangan ada di pejabat. Ada yang mengonkong pasangan dengan memaksa mereka terperap di rumah sahaja kerana dibimbang jika pasangan keluar rumah maka tembelangnya akan pecah.  Bagi mengatasi permasalahan ini apa yang perlu ada dalam rumah tangga adalah sifat percaya dan mempercayai. Setiap pasangan perlu memupuk nilai kepercayaan dalam rumah tangga ini dapat diterpa dengan adanya kasih saying yang ikhlas. Ia juga melibatkan kesetiaan yang perlu wujud. Jika tidak semua perkara akan membawa kepada  huru hara dan perasaan tidak bebas untuk melakukan sesuatu. Individu yang merasa diri terkongkong tidak akan dapat mengecapi kebahagiaan, dan ini akan member kesan kepada suasana dalam rumahtangga kerana akan timbul pergaduhan, ketidakpercayaan, cemburu buta, tuduh menuduh dan pelbagai lagi.
Setiap individu mempunyai potensi, peluang serta berhak untuk bahagia, maka jika kita ini suka mengongkong pasangan maka ada baiknya kita menilai kesan perbuatan tersebut. Kita perlu berlaku adil dalam banyak perkara dan melihat sesuatu dengan lebih positif dan bukannya negative hingga membawa kepada perasaan buruk sangka dan curiga. Rumahtangga yang terbina di atas dasar kecintaan, kesetiaan,tolak-ansur dan kepercayaan pastinya akan melahirkan rumahtangga yang bahagia dan kekal abadi.  

Tuesday, February 21, 2012

KARMA KEHIDUPAN

Seringkali hidup tidak seperti yang dicitakan
Bertukar wajah dan cerita bukan bagai diimpikan
Kisah lara dan duka berganti-ganti datang dan pergi
Apakah ini karma kehidupan atau takdir satu perjalanan
Menagih kesabaran diri juga menguji keteguhan hati
Bertasbih jiwa berlagu hati
Menyahut cabaran dan luka yang terpendam
Bagaimana selepas ini
Bolehkah meneruskan perjalanan
mengharapkan ada cahaya dihujung jalan
mendoakan wujud sinar disetiap laluan
Lalu kaki melangkah, meneroka ke masa silam
Kembali menoleh ke belakang
Adakah lagi sisa harapan
Andai karma tidak lagi dipertaruhkan
Kerana diri sudah kenal erti kehidupan
Perlu disahut segala ujian
Merampas pergi segala kekeliruan
Langkah kejayaan perlu bermula
Menyelesaikan perkara yang belum kesampaian
Menyudahkan cerita yang telah dikarang
Moga pengakhirannya tercipta satu kebahagiaan.

MAN JADDA WAJADA (SIRI 3)

Meneropong kisah orang yang berjaya pasti menggamit perasaan dan keinginan untuk menggapai kejayaan yang sama. Jika kita memerhati dan meneliti dan membuat suatu perbandingan dengan orang yang gagal sudah pasti kita akan ketemui bahawa salah satu ciri untuk berjaya adalah dipengaruhi oleh TABIAT/SIKAP.
Ya tabiat atau  habit ini merupakan ciri utama dalam mencorakkan kejayaan. Salah satu tabiat orang yang berjaya adalah TIDAK MENANGGUH. Mereka yang rajin sudah pasti tidak akan menangguhkan kerja kerana apabila sesuatu kerja tertangguh maka perkara yang lain tidak akan dilakukan dan dalam masa yang sama apabila kita menangguhkan sesuatu perkata yang perlu diselesaikan ia memberi kesan kepada orang lain.Kesan yang boleh diperhatikan iaitu orang yang suka menangguh ini sentiasa mengejar masa dan seringkali juga cuai dalam menyelesaikan tugasan.
Mana mungkin kita boleh berjaya atau cepat meraih kejayaan jika kita menangguh kerana orang yang menangguh hanya mampu melakukan satu pekerjaan sahaja sudah tidak mampu apalagi ingin menyelesaikan perkara-perkara lain. Contoh yang mudah jika sesuatu pekerjaan telah selesai maka kita boleh menyelesaikan pekerjaan yang lain pula. Biarpun adakala pekerjaan itu tidak dituntut unutk disipakan pada masa tersebut namun jika kita mampu menyelesaikannya maka sudah pasti hati dna perasaan kita juga akan menjadi lebih tenteram. Kita juga boleh member fokus kepada perkara lain. Inilah yang sering dilakjukan oleh orang yang melakukan banyka perkara dalam satu masa. Orang yang begini sifatnya melihat masa yang ada satu peluang. Apa sahaja yang boleh dilakukan dengan masa tersebut maka ia akan dijana menjadi satu keberhasilan dan member manfaat baik kepada diri sendiri atau juga orang lain.
Seseorang yang tabiatnya tidak menangguh tiada masa untuk bermalas-malas ini kerana setiap perkara telah diletakkan dateline/masa yan tertentu. Mereka ini juga menpunyai jadual tersendiri. Jadual ini bukanlah semata jadual harian tetapi satu rangka gerak kerja dan perancangan yang berterusan. Sebab itu orang yang kaya, jika ditanya apa yang penting bagi mereka adalah disiplin. Sudah tentu orang yang berdisiplin tidak akan bertangguh kerana orang yang bdertangguh biasanya menjadi orang yang seringkali datang lewat, seringkali memberikan alasan serta sentiasa menggunakan perkataan “esok masih ada waktu”, tunggu dulu” “selepas ini” “kemudian nanti” atau apa sahaja ayat-ayat yang sering menjadi alas an terbaik untuk menangguhkan kerja. 
Jika menangguh mana mungkin kita mempraktikkan konsep “man jadda wajada”. Orang yang gigih berusaha tidak ada istilah tunggu dulu, kerana mereka mengejar sesuatu misi yang penting dalam hidup.Misi in bukan semata untuk diri bahkan kepada orang lain juga Lihat seorang ibu yang gigh berusaha untuk mencari rezeki bagi menyara anak-anak, jika si ibu mengamalkan sikap bertangguh maka sudah pasti anak-anaknya akan kebuluran. Ingatlah mengubah tabiat itu bukanlah susah. Ia perlu dilakukan dengan satu keinginnan untuk mengubah kehidupan. Perubahan kehidupan adalah dari sikap diri sendiri yang ingin berubah. Mahu Berjaya dan memperoleh kejayaan sebagaimana orang lain. Ingatlah, masa tidak menunggu kita. Ia tidak akan kembali bila pergi. Maka permulaan kejayaan perlu dengan kata : Do It Now!.     
dalam hal bertangguh keadaanya sama juga jika kita ingin/bercita-cita membalas jasa ke dua ibu bapa, jangan ada perkataan masih ada masa. Nyawa kita atau ibu bapa kita bukan ditangan kita. Ia Milik yang Esa. Maka jangan bertangguh untuk melakukna kebaikan.Jika dengan menjadi orang Berjaya boleh membahagiakan mereka maka “berusahalah untuk berjaya” iaitu dengan mengubah SIKAP DAN TABIAT MENELADANI ORANG YANG BERJAYA!

Masa susah tidak tahan lama, orang yang tahan susah tahan lama

MAN JADDA WAJADA ( Siri 2)

Pernahkah kalian mendengar perkataan ini? “ Kalau Aku Kaya”. “ Kalau aku punya Wang Banyak” “ Kalau aku Kahwin  Anak Raja”... “JIka aku...”, “Alangkah baik sekiranya....”. Ini antara gambaran perasaan yang biasanya ditanam dalam pemikiran kita untuk Berjaya. Apa sinonimnya dengan Man Jadda Wajada”? Ia sebenarnya menjawab persoalan di atas iaitu “kalau kita ingin menjadi kaya, kita perlu berusaha”. Tiada jalan mudah untuk Berjaya, ia bukan kerana kita berkahwin anak raja, berkahwin anak jutawan tetapi ia adlaah kerana kita ingin dan memilih untuk berusaha. Begitu juga kita tidak boleh member sebab kerana itu saya jadi miskin, alangkah baik jika ayah saya tidak meninggal, atau saya menjadi yatim. Atau juga kita menuturkan kata-kata “ Jika aku....” Semua istilah itu tidak perlu melainkan kita bangkit untuk berusaha dengan gigih.
Saat kita ingin bangkit berusaha pasti ada cabaran dan halangannya. Itu adalah perkara biasa bagi semua orang yang ingin Berjaya. Ingatlah, kejayaan tidak datang dengan mudah. Sama seperti kekayaan, duit ringgit dan harta tidak datang berlonggok di depan mata kita. Apalagi jika kita inginkan sesuatu hasil, pastilah ia perlu digali, ditanam, dibajak dituai dan sebagainya. Semua itu perlukan usaha.
Saya sendiri dalam menongkah arus kejayaan dalam kehidupan saya, berapa banyak rintagan yang perlu saya hadapi. Perlu juga saya ingatkan, kejayaan itu sangat subjektif dan bergantung kepada apa yang diimpi dan ingin dicapai oleh individu. Maknanya kejayaan pada diri saya pasti berbeza pada orang lain. Apa  yang saya inginkan dalam kehidupan pasti tidak sama dengan apa yang diinginkan oleh orang lain. Memang kita menyebut perkataan INGIN KAYA/MAHU BERJAYA...Tapi sejauh mana? Berapa banyak kekayaan yang kita mahu? Berapa banyak kejayaan yang ingin kita cipta.Itu semua bergantung kepada penialaian individu. Sebab itulah saya mengatakan semua ini sangat subjektif. Namun apa yang begitu objektif/fokus/jelas kepada kita semua iaitu “ MAN JADDA WAJADA” SIAPA YANG BERUSAHA PASTI BERJAYA.
Maka ada jugalah suara yang mengatakan... “saya sudah puas berusaha tapi tidak Berjaya” . “ Siang malam saya berusaha tapi hidup saya tetap begini”...” kenapa orang lain buat perkara sama mereka boleh Berjaya, tetapi kenapa tidak saya?”. Inilah gambaran permasalahan serta pertanyaan yang seringkali dilontarkan dari pemikiran kita. Jadi bagaimana persoalan ini harus dijawab?
Sebenarnya untuk kita mencapai kejayaan ia bukan semata-mata usaha yang gigih. Sesuatu kejayaan itu perlu USAHA YANG BERTERUSAN inilah yang dikatakan ISTIQAMAH. Oran yang Berjaya tidak mengungkapkan perkataan yang biasa disebut oleh orang biasa iaitu..”saya sudah puas berusaha”  atau “sudah macam-macam cara saya lakukan”..namun mereka ISTIQAMAH dan FOKUS kepada usaha mereka. Selain itu mereka juga sentiasa MENGGANDAKAN USAHA serta MENYUSUN PELBAGAI STRATEGI KEJAYAAN. Dengan kata lain tiada istilah PUTUS ASA bahkan mereka juga sentiasa melihat/merebut PELUANG YANG ADA, bukannya sibuk mencari alas an kegagalan. Memang gagal itu adalah laluan biasa bagi penggapai kejayaan, namun kegagalan itu menjadi pemangkin kepada kejayaan mereka.
Berbalik kepada impian menjadi KAYA atau BERJAYA... Kita lihat ramai orang yang telah mencapai maksud yang diinginkan namun kenapa akhirnya mereka kecundang? Bukan sedikit yang kita lihat ramai yang dilihat Berjaya namun akhirnya gagal dikemudian hari. Baik gagal dari sudut persionaliti, keluarga yang porak peranda dan juga kerjaya yang musnah begitu sahaja. Kenapa berlaku demikian setelah menjadi kaya raya serta mengengam kejayaan yang hebat dalam hidup? Apakah sebabnya mereka ini gagal walapun telah Berjaya sebelumnya. Sudah pasti aka nada yang menjawab, itulah takdir yang menimpa diri. Saya juga setuju hidup kita pasti tidak akan da[pat lari dari takdir Allah. Tapi bolehkah kita menyalahkan takdir? Tentunya kita tidak boleh menyalahkan takdir semata-mata atas kegagalan yang berlaku. Pasti kita temui sebab menusababnya jika kita muhabah dan menilai semula perjalanan kehidupan kita menuju kejayaan.
(Bersambung....ke siri 3)

Wallahuaalam 

Monday, February 20, 2012

MAN JADDA WAJADA ( Siri 1)

Salam Ukhuwah,
Menyebut perkataan Man Jadda wajada, ramai dikalangan kita sudah biasa mendengar perkataan ini.  Perkataan bahasa Arab “ man jadda wajada” ini membawa maksud ‘siapa yang berusaha dia berjaya’. Pertama kali saya mendengar adalah ketika saya mula-mula belajar di sekolah Maahad Muhammadi (P). Ini lah antara ayat yang memberi motivasi kepada kita semua untuk berusaha menggapai cita-cita.
Apa yang lebih member kesedaran, adanya rancangan TV di TV Al-Hijrah yang memaparkan cerita kisah-kisah keluarga yang bernasib malang berusaha dengan gigih untuk keluar dari kepompong kemiskinanan. Boleh dikatakan setiap minggu saya melihat program itu bersiaran. Setiap kali melihat mereka yang begitu gigh berusaha terutamanya wanita yang bergelar ibu tunggal, ia mengingatkan saya kepada ibu saya sendiri yang bergelar ibu tunggal di usia 36 tahun setelah ayah saya meninggal kerana sakit buah pinggang. Membesarkan enam orang anak yang semuanya bersekolah bukanlah mudah, namun saya melihat kegigihan tersebut dan ia menjadi teladan buat diri saya untuk menempuh kehidupan.
Sewaktu usia saya kecil saya tidak faham perjalanan tersebut, namun apabila saya meningkat dewasa saya mula lebih matang dan mempelajari erti kesusahan dan perjuangan dalam kehidupan. Papatah Melayu menyebut “ hendak seribu daya tak hendak seribu dalih”. Saya amat bersetuju, melihat dan memerhati kegigihan dan usaha tanpa jemu ibu saya bekerja untuk membesarkan kami  amat besar nilainya pada diri saya, terutama dalam menyuntuk kesedaran dan keinginan untuk Berjaya.
Walalupun kami bukanlah orang yang tergolong dalam golongan miskin namun kami adalah keluarga berpendapatan sederhana. Ini kerana hanya ibu yang mencari pendapatan.  Saya kagum dengan ibu kerana dia memilih untuk berusaha, dan tekun dalam melaksanakan misi membesarkan anak-anak. Biarpun bergelar ibu tunggal, namun dia amat prihatin dengan pendidikan. Kami ini dibesarkan dalam didikan agama. Sebab itu saya dan dua orang kakak di hantar bersekolah di sekolah aliran agama. Untuk membesarkan anak-anak, ibu saya memilih untuk berniaga kecil-kecilan menjual barangan runcit dan sayur-sayuran dengan menyewa  sebuah kedai di pecan kecil tempat kami tinggal. Melalui perniagaan itulah ibu membesarkan kami adik beradik.
Sepanjang beliau mengharung liku bergelar ibu tunggal, tidak sekali beliau lupakan kami, bahkan jika ada lamaran dari jejaka yang ingin menyunting ibu, ibu tidak pernah menyahut lamaran itu. Dia lebih percaya kepada usahanya untuk membesarkan anak-anak. Tiada istilah cuti dalam hidup ibu.Hari-hari kedainya terpaksa dibuka, adakala anak-anak yang tidak bersekolah akan membantu ibu di kedai. Termasuklah saya, setiap kali pulang dari asrama maka giliran saya yang membantu ibu. Begitu juga, ibu jarang sekali membeli baju baru, kecuali hari raya. Tiada juga barang kemas baru nutk ibu melainkan peniggalan arwah ayah. Ibu tidak pernah merasa berjalan-jalan makan angin sebagaimana orang lain. Kerana ibu perlu bekerja. Namun prinsip ibu bekerja dari dulu, ibadah tidak dilupa. Ibu bekerja dari pukul 7 pagi hingga 7 malam. Paling utama, ibu amat mementingkan solat jemaah, kerana itu waktu maghrib ke atas adalah waktu ibu bersama Khaliqnya. Dia banyak menghabiskan masa di surau berhampiran rumah kami. Begitu juga waktu subuh, semua itu adalah rutin baginya walapun bergelar wanita, namun pada ibu kita perlu melaksanakan solat di awal waktu dan sebolehnya berjemaah.
Indahnya yang saya ingat sampai sekarang, pada ibu TIADA JALAN SINGKAT UNTUK BERJAYA. Kenapa saya katakana demikian? Sewaktu ayah meninggal, ayah meninggallkan banyak tanah pusaka. Berbelas ekar kebun getah, sawah padi, tapak rumah, kebun. Namun ibu tidak pernah menjual harta pusaka tersebut walaupun sebidang tanah. Sebelum itu saya tidak tahu, hinggalah saya berusaha 18 tahun, sewaktu itu saya menunggu keputusan SPM, namun saya terpaksa menyambung pengajian enam bawah di MMP. Saya dipaksa bercuti padah ari tersebut kerana perlu ke pejabat tanah untuk menerima wasiat dan mewarisi harta pusaka peinnggalan Ayah.  Saat itu ke semua harta dibahagi kepada semua anak-anak yang seramai enam orang tanpa meninggallkan sedikit pun untuk dirinya. Ibu percaya, itu semua milik anak-anak, dan dia tidak perlu semua itu. Apa yang PERLU pada dirinya hanyalah mahu melihat anak-anak BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT.
Saya tidaklah memahami konsep berharta, kerana walalupun semua itu masih diurus oleh ibu. Namun biarpun sudah ada sedikit hasil dari kebun itu juga belum mencukupi untuk menyara kami. Bahkan hingga saya masuk university, ibu masih bekerja. Menyedari pengorbanan ibu, saya menanam satu tekad dalam diri, apabila saya Berjaya, saya ingin membalas jasa ibu. Tiada impian yang palin besar sewaktu itu melainkan ingin melihat ibu saya bahagia dan tidak lagi perlu bersusah payah bekerja. Sudah cukup lama ibu bekerja menyara kami, menyara ibu mertua, ibu tiri yang tinggal bersama-sama. Sudah sampai waktu jasa itu kami balas. Sudah ketikanya kami membahagiakan ibu yang memberikan segala kepada kami demi untuk KEJAYAAN ANAK-ANAK. Ibu telah membuktikan bahawa “ Man Jadda Wajada”.  Beliau membakar diri untuk kejayaan kami. Terima kasih wahai ibu...Jasamu tidak terbalas..
(bersambung....) 




Pesanan buat anak-anakku..Anis najwa, Ain Syafia Qutreenie dan Ieman Ihsan

Sunday, February 19, 2012

Mood yang Hilang

Pagi ini sejak awal lagi hujan sudah mula turun rintik-rintik, hingga ke waktu dhuha ia semakin lebat. Bila hujan turun ia adalah rahmat yang mencurah-curah kepada umat Manusia. Waktu begini kita perlu mengambil kesempatan untuk solat dhuha dan memanjatkan doa kepada Allah. Menurut segelintir pendapat doa dikala hujan turun itu adalah salah satu keadaan doa kita mudah dimakbulkan Allah.
Apabila hujan maka, sudah pasti bagi yang tidak ada pekerjaan maka inilah kesempatan paling seronok untuk menarik selimut. Bagi yang bekerja pula, mereka terpaksa meredah hujan dan mengharung suasana kesesakan di jalan raya. Bagi anak-anak yang ke sekolah saat hujan ini mereka cukup bertuah kerana ada ibu bapa yang akan menghantar ke pagar sekolah (jika kebiasaan mereka berjalan kaki atau berbasikal ke sekolah). Bagi ibu-ibu atau surirumah tangga pula mereka akan termenung memikirkan kain baju yang sudah pasti tidak akan kekering di ampaian. bagi yang bekerja di ladang mereka berlagu riang kerana hujan menyubur tanaman.
Hujan oh Hujan...teringat kepada lirik lagu Allayarham Sudirman. “Hujan oh Hujan..di antara airmata ku..menitis..laju...”..sekadar itu yang saya ingat.. Namun apa yang menyeronokkan hujan ini pada saya kerana ia memberi kesegaran pada pepohon bunga yang di tanam...Semuanya akan dilihat begitu segar dan indah bila hujan berhenti. Apapun tentang hujan hari ini...ia membantut banyak perkara yang ingin saya lakukan. Mood untuk meneruskan kerja seakan terhenti..Idea yang ingin dijana tidak datang..maka saya menulis tulisan ini untuk mendapatkan mood tersebut.Dari pada membuang masa mengelamun maka lebih baik saya berkongsi cerita ini.
Biasanya keadaan yang suram menyebabkan hati dan perasaan kita juga ikut menjadi suram dan tidak bermaya. Oleh itu apa yang saya lakukan bagi mendapatkan mood adalah mendapatkannya dari rakan-rakan dengan berkongsi/bertukar/mendapatkan idea-idea baru. Boleh juga melakukan apa yang kita suka/atau minat (contoh saya minat berkemas dan menanam bunga, membela binatang maka mood yang hilang saya ambil kesempatan untuk membelai semua itu). Namun jangan terleka hingga kita langsung tenggelam dalam mood yang hilang tersebut. Kita perlu memulakan sesuatu biarpun sedikit..Ingat masa berlalu akan habis begitu sahaja jika tidak di isi dengan perkara yang bermanfaat.
Kehilangan mood adakalanya bukan kerana kita malas/sikap tetapi ada ketikanya kerana kita bekerja sebelumnya dalam jangka waktu yang lama atau telah berhempas pulas tanpa mendapat rehat, maka mood kita akan hilang. Ini kerana minda dan fizikal kita telah keletihan. Maka untuk mendapat mood yang baru ambillah masa untuk berehat dan melapangkan minda..ini sangat penting untuk kita menjana semula minda yang cergas dan fizikla yang sihat untuk kita meneruskan perkerjaan/urusan yang terbengkalai. Antara tips yang boleh diamalkan adalah zikrullah, melihat sesuatu yang berfaedah (gambar pemandangan/Kaabah/masjid), membaca perkara yang bermanfaat, memasak untuk keluarga dan pelbagai lagi cara boleh kita lakukan...Moga mood yang hilang akan datang kembali...
Selamat Maju Jaya buat Semua....

Hindari Fitnah

Hari ini Allah mendatangkan musibah apabila difitnah dengan sesuatu yang tidak dijangka... Saat mendengarnya diri cuba untuk menyatakan kebenaran. Namun ternyata ia sukar untuk ditangkis.. Maka hati dan perasaan hanya mengharap pada Dia yang Maha Mengetahui... Insan kerdil sepertiku tidak mampu membuktikan dengak kata-kata..Maka biarlah Allah menjadi saksi. Jika tidak di dunia pasti di akhirat akan terbukti kebenarannya. 

Fitnah itu memang benar..ia menusuk jiwa seperti pedang yang membunuh..bahkan ia lebih tajam dari itu... Sekarang ini setelah beberapa ketika berlalu..hati menjadi redha dan akhirnya tersenyum kerana amat nyata si pembawa fitnah hatinya penuh dendam kesumat, jiwa derita membawa perasaan cemburu, fizikalnya sarat membondong cerita-cerita palsu...


Diri sudah terbiasa dihina,dikeji dengan kata-kata menghiris...hingga tidak terasa lagi apa itu pujian, apa itu kejian..kerana tiada lagi sesuatu yang indah pada zahir mata ku, tiada lagi yang dilihat cantik pada sanubari ku sebagai insan... Aku tidak mengharap pada manusia..aku tidak mahu dikasihani dari hamba..Aku hanya mengharap belas ihsan dari DIA..Tuhan Semesta Alam..aku tidak mahu dikasihani manusia..kerana aku sedari  dan aku sudah mampu untuk tersenyuman kerana melihat sifat manusia yang penuh tercela..maka benarlah hadith Rasullulah menyebut bahawa... " hasad dengki itu membakar seperti api membakar daun-daun"..


Ya Allah, gantikan aku dugaan fitnah ini dengan sesuatu yang lebih manis...yang pastinya ada hikmah yang Engkau sembunyikan..pastinya ada rahmat yang Engkau tangguhkan.. Maha Suci Tuhan...   Engkau mendengar doa orang-orang yang dizalimi..Engkau jua yang memberi keampunan terhadap orang--orang yang menzalimi dirinya sendiri....
Astaghfirullahalaazim....

Friday, February 17, 2012

MAKE THINGS HAPPEN

Biasa kita dengar perkataan ini namun berapa ramai yang menunggu kejayaan jatuh ke riba @ 'wait for things to happen'. Untuk menilai kita ditahap mana, mari kita sama-sama  menjawab dan menilai  persoalan ini..
  1. Ada berapa kali terlintas difikiran kita kita ingin melakukan sesuatu perkara yang menjadi impian kita?
  2. Ada berapa langkah yang telah kita lakukan untuk menjadikan perkara itu satu realti?
  3. Berapa kali (jika ada) kita merungut perkara itu tidak mungkin berlaku kerana ia hanya angan-anagan kosong?
  4. Berapa kali kita memberi alas an tidak mungkin kita merealisasikan impian tersebut kerana kita ada halangan...contoh masa, duit, keluarga, maslaah peribadi, tidak mendapat sokongan...
  5. Berapa kali kita melakukan percubaan?
  6. Berapa kali percubaan itu gagal?
  7. Setelah kegagalan pertama, ada berapa kegagalan yanbg telah kita alami selepas itu?
  8. Ada berapa banyak ikhtiar dan usaha yang telah kita lakukan untuk mengatasi kegagalan itu?
  9. Sudahkah kita mengkaji strategi yang kita gunbakan itu berkesan atau tidak?
  10. Adakah kita ada memikirkan alternative yang lain atau kita sekadar mengharap?

Sebenarnya ramai dikalangan kita mengatakan mereka mencuba, namun mereka setakat menyebut dengan perkataan, bukan bangun dan berusaha merealisasikan, menyebut tentang kegagalan, namun kegagalan itu hanya sekali tetapi hati dan keinginnan diliputi rasa malas yang membelenggu diri maka akhirnya cita-cita menjadi sekadar impian yang tersirat di dalam hati. Ia tidak akan terlaksana sampai bila-bila jika TIDAK ADA kesungguhan...
Oleh itu untuk sama-sama merealisasikan impian kita, biar apa pun jua..ayuh bangkit.. lakukan sesuatu..langkahlah tangga pertama itu untuk sampai menuju ke anak tangga yang ke seribu...jangan pedulikan rintangan..terus mara ke hadapan kerana pasti KEJAYAAN AKAN KITA GENGAM JIKA KITA PERCAYA! YAKIN dan GIGIH BERUSAHA! PERCAYALAH! SETELAH KITA MELAKUKAN SEMUA TUNTUAN UNTUK BERJAYA..HANYA KUASA ALLAH YANG BOLEH MENGGAGALAKN USAHA KITA! MAKA PANJATKAN DOA BUAT YANG MAHA KUASA MOGA IMPIAN ITU MENJADI REALITI!
Ameen...

Pendidik dan Pendidikan

Esok adalah hari pelajar-pelajar dari warga pendidik akan mendaftar pengajian mereka. Saya juga teruja menerima pelajar baru dari warga pendidik. Ini kerana dunia pendidikan amat sinonim dengan diri saya, kerana pengalaman menjadi guru sebelum ini menyebabkan saya berkongsi banyak perkara dengan pelajar-pelajar saya dari kalangan guru. Ada masa bila golongan pendidik ini dikritik dan dikecam..sudah pasti saya juga merasa tempiasnya. Apapun tahniah buat pelajar saya kerana sebagai Pendidik..mereka masih ada kekuatan dan keinginan untuk menimba ilmu. Harapan saya moga mereka yang mendaftar itu bukan semata-mata kerana inginkan segulung ijazah, tetapi apa yang penting tekad yang perlu ada dalam diri adalah kerana ingin mencedok sebanyak mungkin ilmu dan menambah pengalaman diri. Ini yang dikatakan 'life long learning'. Pendidikan perlu berterusan, is tidak mengira usia. Ibarat pepatah arab "al-ilmu min al Mahdi ila Lahdi" (menuntut ilmu itu dari buaian hingga ke liang lahad). Moga dengan bertambahnya ilmu dan pengalaman ia membantu memantapkan kerjaya sebagai guru. Sekaligus apabila menyambung pelajaran, pasti akan ada cabaran trersendiri. .apapun kepada bakal pelajar saya, SELAMAT BERJUANG MOGA ISTIQAMAH DAN GIGIH BAGI MENCAPAI KEJAYAAN CEMERLANG...

Wednesday, February 15, 2012

Bagaimana Allah Menjawab Permintaan Kita

Sewaktu berkunjung ke bilik sahabat saya yang bertugas sebagai pensyarah disebuah univerisiti, saya terpandang  akan kata-kata yang tertera di satu sudut pejabatnya. Ia berbunyi..
Allah menjawab permintaan kita dengan tiga cara:
Pertama: 
kita meminta dan Allah terus memakbulkannya
Kedua: 
Kita meminta dan Allah memberikan sesuatu yang lebih baik dari apa yang diminta
Ketiga: 
Kita meminta tetapi Allah menangguhkan permintaan kita 
dan hanya Dia yang lebih hikmahnya 

Saat membaca kata-kata tersebut, ia memberi satu dorongan untuk saya yang sedang berusaha melakukan sesautu...yang adakalnya ia diluar dari jangakuan kita saat kita ingin merealsisasikannya kerana kekakangan dan cabaran yang tersendiri yang ada.Namun kata-kata itu meresap kedalam jiwa hingaa saya akhirnya meletakkan segala yang diperjuangkan ini hanya semata-mata kepada DIA...kerana DIA YANG MAHA KUASA tempat kita mengadu dan meminta ...Dia menangguhkan banyak doa, bahkan memberi ujian yang bertalu..kerana dia akan menggantika sesuatu yang lebih baik buat kita..Andai permintaan itu lambat untuk dimakbulkan maka kita perlu pasrah bahawa DIA MAHA MENGETAHUI yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT kita...
Saya melangkah keluar dari ofis sahabat saya dengan satu perasaan yang optimis dan postif dengan segala kemungkinan yang bakal mendatang..kerana saya telah berusaha..selebihnya saya SERAH KEPADA ALLAH. Jika baik dan bermanfaat maka InsyaAllah ia pasti menjadi satu KENYATAAN.Ameen
Sewaktu berkunjung ke bilik sahabat saya yang bertugas sebagai pensyarah disebuah univerisiti, saya terpandang  akan kata-kata yang tertera di satu sudut pejabatnya. Ia berbunyi..
Allah menjawab permintaan kita dengan tiga cara:
Pertama: 
kita meminta dan Allah terus memakbulkannya
Kedua: 
Kita meminta dan Allah memberikan sesuatu yang lebih baik dari apa yang diminta
Ketiga: 
Kita meminta tetapi Allah menangguhkan permintaan kita 
dan hanya Dia yang lebih tahu apa yang terbaik untuk kita

Saat membaca kata-kata tersebut, ia memberi satu dorongan untuk saya yang sedang berusaha melakukan sesautu...yang adakalnya ia diluar dari jangakuan kita saat kita ingin merealsisasikannya kerana kekakangan dan cabaran yang tersendiri yang ada.Namun kata-kata itu meresap kedalam jiwa hingaa saya akhirnya meletakkan segala yang diperjuangkan ini hanya semata-mata kepada DIA...kerana DIA YANG MAHA KUASA tempat kita mengadu dan meminta ...Dia menangguhkan banyak doa, bahkan memberi ujian yang bertalu..kerana dia akan menggantika sesuatu yang lebih baik buat kita..Andai permintaan itu lambat untuk dimakbulkan maka kita perlu pasrah bahawa DIA MAHA MENGETAHUI yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT kita...
Saya melangkah keluar dari ofis sahabat saya dengan satu perasaan yang optimis dan postif dengan segala kemungkinan yang bakal mendatang..kerana saya telah berusaha..selebihnya saya SERAH KEPADA ALLAH. Jika baik dan bermanfaat maka InsyaAllah ia pasti menjadi satu KENYATAAN.Ameen

Saturday, February 11, 2012

Pesanan buat diri: Saat meniti hujung usia...

Pernahkah kita terfikir andai Allah memanjangkan usia kita, bagaimanakah corak kehidupan yang akan kita lalui nanti?Adakah kita diusia tua masih perlu berusaha keras untuk mencari sesuap nasi demi meneruskan hidup atau kita menikmati hari-hari dengan begitu indah dengan menunaikan ibadat serta hidupa bahagia bersama keluarga...Atau mungkin juga kita hidup dalam kekalutan dan huru hara kerana permasalahan diri/keluarga, bermasam muka dengan sanak saudara biar harta mengunung, mungkin kita masih lagi bergelumang dengan maksiat tanpa rasa insaf..atau apa-apa sahaja cobaan kehidupan ini yang terpaksa kita lalui...kerana ada juga yang terlantar sakit mennghabiskan sisa usia menanti saat diri dipanggil Illahi. 

Cetusan ini saya lontarkan untuk kita sama-sama muhasabah perjalanan kehidupan kita. Sering saya suarakan " KITA ADALAH APA YANG KITA BERI DALAM KEHIDUPAN KITA" .Pepapatah Melayu juga ada menyebut, buat baik berpada-pada..buat jahat jangan sekali.. bahkan sajak yang begitu popular sering kita dengari..
Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga. 
Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang jua..
Maka apabila kita renungkan akan kehidupan kita ini..sudah pasti kita akan merasakan bahawa kehidupan ini sudah ditentukan oleh Allah sama ada baik atau buruk. tetapi kita tidak boleh sekadar meletakkan sandaran semata-mata nasib kita kepada takdir, kerana manusia itu perlu berusaha. Kebergantungan hidup itu adalah 100% diserahkan kepada Allah s.w.t setelah ktia berusaha,berdoa dan bertawakkal padanya. 
Saya ingin membawa satu kisah yang menyebabkan saya amat bersyukur dengan apa yang Allah berikan...dan saya berdoa moga ketentuan pengakhiran hidup saya berakhir dengan baik, damai dan penamat nyawa ini biarlah dengan 'husnul khatiimah...Lailahaillah Muhammad Rasullulah". 
Ada seorang pak cik tua yang berbasikal usang sering saya lihat menyorong basikalnya mengutip kotak-kotak ditepi-tepi bangunan, adakala dia berada ditempat tong besar berhampiran bangunan berhampiran semata-mata mencari kotak-kotak yang masih elok untuk dijual bagi membeli keperluan dan makanan. Apabila saya melihat pakcik tua itu..saya amat sedih/insaf dan membayangkan ibu saya sendiri...Jika orang tua itu adalah ibu/ayah kita..sanggupkah kita membiarkan mereka yang sudah begitu berusia, kudratnya sudah tiada untuk bekerja?
Saya percaya pakcik tua itu TIADA PILIHAN... dia terpaksa bekerja untuk sesuap nasi..mungkin anak-anak mereka juga susah atau mungkin juga anak-anak tidak mempedulikan mereka...
Melihat scenario begini akan membawa kita kepada penilaian terhadap diri sendiri... satu masa jika Allah lanjutkan usia,pastinya kita ingin menghabiskan masa itu untuk beribadat, jika ada kemampuan kita ingin memberi manfaat kepada orang lain.. dan sekiranya kita ini bakal menyusahkan orang-orang yang sekelilng kita yang kita sayangi seperti kita sakit tiada harapan untuk sembuh, tidak mampu melakukan sesuatu dengan sendiri,tidak berdaya melakukan ibadat lagi .maka mohonlah supaya Allah mengambil nyawa kita lebih awal... Namun jika kita sebagai anak, berusahalah memberi yang terbaik kepada kedua ibu bapa sebelum mereka menutup mata..Biarlah mereka menikmati kehidupan ini dengan bahagia..
Ibu saya adalah ikon buat saya..kejayaan kecil yang saya perolehi adalah hasil dari teladan yang ditunjukkan oleh ibu. Dihujung usianya..Ibu berjaya membuktikan bahawa realti kehidupan ini adalah hasil dari apa yang kita semai dan akhirnya kita tuai...Pengorbanan seorang ibu tunggal yang masih muda setelah kematian suami yang terpaksa menjaga ibu mertua, ibu tiri dan membesarkan anak-anak hingga mereka berjaya dengan ikhlas dan memastikan Allah semata-mata tempat berharap..ternyata segala pengorbanan kepada kedua ibu, terhadap anak-anak sememangnya terbalas..Ibu meniti kehidupan dengan bahagia bersama keluarga dan menikmati banyak perkara yang tidak dapat dikecapi sebelum ini dihujung usianya..Dialah  Ibu Mithali buat kami semua...
Moralnya..dalam kehidupan ini...Apabila kita melakukan sesuatu kerana mencari Mardhatillah, menjaga silaturrahim dengan manusia dan alam, maka Allah pasti membalas segala kebaikan dengan sebaik-baik balasan..jika tidak menerima pembalasan di dunia pasti ada di akhirat nanti..Ameen

Wallahuaalam

Friday, February 10, 2012

Peranan Guru dalam Meningkatkan Prestasi Kelas Corot

Apabila membaca diruangan teknik mengajar untuk kelas corot mengikut gaya Nabi Muhammad, ada yang mengadu tentang guru-guru yang tidak mengajar murid kelas corot dengan baik...memetik kata-kata/laporan mereka " ada juga sikap cikgu yang marak marah semasa masuk kelas dan buku latihan kami cikgu baling ke lantai "  ada juga yang mengatakan " pengalaman bersama 2 org anak yatim darjah 2 dan darjah 6. Kasihan budak2 di sekolah rendah ni rupanya. Cikgu2 masuk ke kelas dengan marah2. Ada yg baling buku ke lantai suruh budak2 kutip sendiri buku masing2 di lantai. Ada ketika pula sy dengar cikgunya membawa anak kembarnya ke sekolah dan menyuruh dia dan kawannya menjaga anak kembarnya yg berumur 5 thn dlm bilik tv tak perlu masuk kelas"
Itu contoh yang dilaporkan mereka..saya tidak pasti masih adakah lagi guru yang bersikap sedemikian..Adakah wajar seorang guru bersikap sedemikian. Pengalaman saya sendiri selama lapan tahun mengajar di sekolah menengah, saya tidak pernah tidak diberi kelas paling corot. Namun saya tidak menganggap kelemahan mereka itu perlu dihina, bahkan mereka ini perlu diberi motivasi. Kebanyakan mereka adalah orang yang kurang bernasib baik kerana ada segelintirnya dari golongan yang miskin serta tidak mendapat perhatian dari ibu bapa kerana ada kes ibu bapa bercerai, ibu bapa bekerja hingga tidak sempat memantau. Namun begitu ada juga dari kalangan yang berada tetapi keupayaan mereka sendiri dalam meninba ilmu lemah..
Disebabkan hal berikut mereka kurang minat kepada pelajaran. Oleh itu guru perlu memberi mereka semangat dan keyakinan diri untuk mereka berubah. Ada dikalangan mereka tidak ada cita-cita. Datang ke sekolah sekadar menghabis masa, berkawan serta atas kehendak ibu bapa. Apapun mereka ini perlu didekati, perlu diketahui permasalahan mereka. Guru bukan sekadar mengajar, tetapi guru sekaligus seperti ibu bapa temapt mereka menumpang kasih. 
Keprihatianan guru amat penting dalam mengajar kelas corot. Kita tidak perlu menjadi garang cukup sekadar tegas.. Saya tidak suka menggunakan kata-kata..cukup dengan approach tersendiri di mana jika mereka masih belum focus kepada mata pelajarna yang ingin diajar maka kita jangan mulakan dahulu pelajaran. Jika mereka tidak mempunyai peralatan maka kita perlu pastikan peralatan, buku teks atau rujukan telah tersedia. Cubalah untuk menjadi guru yang kreatif bagaimana menarik minat pelajar untuk belajar. Salah satunya, guru pelru mengajar dengan bersungguh-sungguh dan menaruh kepercayaan serta keyakinan bahawa ilum yang dicurah itu dapat ditangkap oleh pelajar. Jangan kerana mereka berada di kelas corot, maka kita mengajar sambil lewa…
Sepanjang mengajar kelas corot, mereka ini bukanlah pelajar yang teruk..cubalah ambil sedikit masa untuk mendekati mereka..tanyakan mereka sarapan apa yang mereka ambil..semalam buat apa dirumah..emak ayah sihat ..atau apa sahaja yang boleh kita cungkil permasalahan mereka..Salah satu yang saya pelajari, pelajar kelas corot ini sebenarnya ada banyka kelebihan. Contohnya tentang kebersihan..saya pernah menjadi guru kelas yang corot dan setiap bulan kelas yang saya jaga menjadi kelas terbaik untuk kategori kebersihan dan keceriaan. Walaupn ada banyak kelas-kelas yang terkedepan yang dilihat sepatutnya menguungguli carta..tapi kenapa demikian? Mudah sahaja…ia kerana komitmen dan kerjasama antara pelajar dan guru pasti akan membuahkan hasil. Saya ingat lagi pada tahun 2002..saya mengajar 12 kelas kelas SPM..Pada tahun sebelumnya hanya tiga orang yang mendapat A..Selepas saya mengambil alih mengajar kelas tersebut maka Alhamdulillah seramai hanpir 55 orang yang dapat score A mata pelajaran tersebut. Bahkan ada hampir 10 orang pelajar kelas corot mendapat A.
Saya bukan mengatakan diri saya bagus, namun apa yang penting adalah kesedaran guru untuk IKHLAS mengajar…percayalah keikhlasan dan niat murni untuk mendidik dan mentarbiyyah murid itu akan membuka minda dan fikiran mereka menerima ilmu yang disebarkan.. Ada orang mengatakan bahawa salah satu sebab guru tidak disukai adalah kerana sikap mereka.. Pada hemat saya jika kita guru yang bagus palajat kita akan sentiasa mengingati kita bahkan ..kita akan sentiasa mereka hargai..Jika kita ditidakkan untuk mendapat gelaran guru cemerlang  dek kerana kerenah birokrasi atau pilih kasih Pengetua/Guru Besar..lihat sahaja semasa SAMBUTAN HARI GURU guru mana yang mendapat hadiah paling banyak?
Oleh itu bagi meningkatkan mutu dan prestasi pelajar kelas corot ia banyak bergantung kepada kesungguhan guru dan murid..ingatlah BERTEPUK SEBELAH TANGAN TIDAK AKAN BERBUNYI…Ingatan buat diri sendiri dan juga insan yang bergelar guru/pensyarah..tepuk dada tanyalah iman kita.. kenapa anda memilih untuk menjadi guru? Adakah kerana minat atau sekadar makan gaji?

Wallahuaalam.
Ummu Ieman Ihsan

Thursday, February 9, 2012

Kerja adalah Amanah

Sudah dua hari saya sibuk dengan urusan mendapatkan dokumen dan pengesahan dari universiti. Paling mendukacitakan apabila dokumen itu perlu sudah beres tiga minggu yang lepas, namun tiada apa-apa tindakan yang dibuat. bahkan pada hari pertama saya terpaksa menunggu hampir tiga jam untuk urusan selesai, alasan dokumen yang dihantar idak dapat dikesan...
Besoknya pula saya terpaksa dua kali ke department yang berkenaan, gara-gara staf berkenaan tidak tahu dan beralasan bahawa sudah betul apa yang diberi....Memang banyak kerenahnya hingga apabila saya bersemuka direct dengan boss mereka saya dicop dan diperli...Namun saya diam tidak berkata apa-apa, sekadar senyum..yang ye dia pun marah kepada orang yang sebelum ini berurusan dengan saya,tetapi kerja itu tidak dipasskan kepada staff bawahan.
Apabila selesai hingga hampir habis ofis hour akhirnya selesai satu fasa..bila saya mengambil dokumen tersebut, saya katakan dengan bersahaja..saya bukan nak jumpa awak punya big boss..tetapi pada tiga minggu lepas saya datang memang semua staf berkursus dan big boss bersama denga seorang kakitangan partime yang melayan saya...kemudia saya beransur dari situ denga memohon maaf..Sepanjang dua hari saya berada di pejabat tersebut..saya memang seronok melakukan pemerhatian..hasil pemerhatiabn tersebut..

1) saya dilayan sangat mesra oleh big boss.. bahkan dia begitu concern dengan saya hingga datang bertanya dan membawa saya kepada orang yang boleh membantu saya menyelesaikan masalah saya..
2) staff peringkat bawahan kurang mesra dibandinfg big boss...dan mereka lebih garang..banyak bersembang..
3)Pembantu atau assistant kepada big boss pula kurang cekap dalam menyimpan segala dokumen yang dihantar serta tidak memberi arahan kepada staff bawahan untuk menyelesaikan apa yang patut.
4)mana-mana pekerja sekiranya perlu mengambil cuti yang lama maka mereka pelru menyerahkan tugasan atau memaklumkan kepada orangl aib apa yang perlu diselesaikan...
5)sewaktu bekerja mereka ini banyak membuang masa menjawab sms, bersembang perkara peribadi hingga melengahkan tugas yang perlu diselesaikan...

Apapun pesanan saya..amanahlah dengan segala kerja yang dipertanggungjawabkan.. jika kita tidak tahu kita boleh bertanya kepada orang yang tahu..kita perlu sedar, adakalanya kita menzalimi orang lain kerana kecuaian dan ketidak cekapan kita..mungkin perkara itu tidak menjadi kudis sekiranya juga kita boleh bekerja dengan senyum dan belajar meminta maaf..dan jangan rasa diri begitu bagus biar dengan siapa kita berurusan..percayalah orang yang berurusan juga ada had kesabarannya...namun apapun apa yang berlaku mendidik jiwa untuk sabar dengan kerenah manusia..

Wallahuaalam

Tuesday, February 7, 2012

Motivasi Diri

Kita memerlukan sesuatu yang boleh menjadi daya pendorong atau motivasi untuk melakukan sesuatu pekerjaan.Kalau pelajar yang ingin berjaya tentu memerlukan motivasi diri untuk mencapai kejayaan.
Bagi seorang pekerja pula, tentu memerlukan motivasi untuk melakukan pekerjaan dengan baik...tambahan pula perlu melakukan kerja yang sama setiap hari. Tentu bosan akan muncul jua di dalam hati.
Di bawah ni ada beberapa tips yang boleh kita praktikkan untuk motivasi diri.. (dari emel seorang sahabat..)
1. Rancangkan dahulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat.



2. Senyumlah selalu..senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah.



3.Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti.



4. Jangan membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri.



5. Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi.



6. Sesekali hiburkanlah hati sendiri dengan melakukan apa yang diminati.



7. Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas. Sesekali bergaya, apa salahnya.



8. Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan..takut jadi obes pula
.


9. Amalkan gaya hidup sihat. Jangan menghisap rokok..bahaya untuk kesihatan.



10. Lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri.


11. Tenangkan fikiran dan relaks sekejap.


12. Mandi setiap hari... jangan malas mandi tau !


13. Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dengan kemampuan diri.


14. Jangan menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing.


15. Lakukan kerja seikhlas hati.

16. Yang paling penting, sentiasalah berdoa kepada Allah.