Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, January 25, 2017



Setiap kali pergi meeting PIBG biasanya kami bergilir. Sama ada saya atau suami.

Jika pergi kami akan duduk di belakang. Lebih banyak mendengar dari memberi komen. Bimbang terlebih komen kena lantik jadi AJK.

Namun bukan bermakna kami sebagai ibu bapa tidak menyumbang pada sekolah. Siapa yang anak saya pernah jadi pelajar di sekolah mereka mungkin lebih tahu. 

Enche Suami sendiri pun pernah jadi YDP pertama di SKSU. Rasanya cukuplah. Ada banyak cara boleh menyumbang.

Hari ini kali pertama saya hadir meeting bersama ibu bapa calon PT3 dan SPM SMAPL. Kami seperti biasa berada di seat paling belakang.

Namun agenda yang diperbincangkan menyebabkan kami terpaksa berpindah ke kerusi paling depan, memberi idea dan mengambil tanggungjawab bersama. Allah permudahkanlah urusan kami.

Nota:
Teringat kali pertama jejak kaki ke MMP setelah 20 tahun meninggal sekolah itu.
Hari ini sejarah berulang lagi.


Monday, January 23, 2017

Empati seorang pendidik

Bekerja sambil belajar, ia tidak mudah.
Saya sendiri pernah melaluinya berkali-kali sehingga pas habis darjah. Kita perlu berkorban banyak perkara dan perlu ada kekuatan dan kecekalan diri bagi berdepan pelabagai cabaran.

Pengalaman menjadikan saya lebih memahami dan merasai ia empati.

Hari ni seorang pelajar mengucap terima kasih kerana saya telah memberikan beliau peluang kedua. Alhamdulilah beliau memaklumkan yang beliau berjaya mendapat anugerah pengarah kerana mendapat keputusan yang cemerlang. Bahkan untuk semester baru ini beliau telah mendapat kembali semangat beliau.
Allah pastinya saya sangat terharu.

Pada semester lepas beliau berdepan masalah yang sukar. Dari seorang pelajar yang sentiasa cerita di kelas tiba-tiba menjadi murung dan tidak bermotivasi. Berkali saya pesan tentang perlunya bakal kaunselor mempunyai kekuatan mental saat berdepan masalah.

Beliau kalah dengan keadaan, tugasan diberi tidak dihantar. Sampai sudah siap marking semua kertas masih juga tetap dia tidak menghantar assignment. Akhirnya pastilah beliau gagal bila tiada markah tugasan. Perkara yang paling saya tidak gembira di akhir semester bila pelajar yang cemerlang akhrinya gagal.

Saya berikan peluang terakhir pada beliau. Walaupun kerja saya menjadi sedikit renyah kerana perlu buat dua kali kerja. Tetapi saya percaya beliau layak diberi peluang itu. Saya percaya beliau akan belajar sesuatu darinya.Ternyata benar.

Sebagai pendidik, lebihkan perasaan empati dan simpati.
Jangan kita ulang kesilapan yang dilakukkan pada kita.

*Berburu di padang datar, dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi.



Sunday, January 8, 2017

Petua Hidup Tenang



Penulisan 2017
Alhamdulillah, macam ada chemistry pula. Baru dihubungi editor saat saya sedang merangka gerak kerja penulisan 2017.
In sya Allah yang terdekat, satu modul akademik perlu disiapkan awal tahun ini. Seterusnya ada beberapa lagi penulisan yang akan dirancang.
Allah permudahkan segala urusan dan realisasikan impian. Sesungguhnya semuanya dariNya.
ومَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

Niat tidak menghalalkan cara



Niat tidak menghalalkan cara
Hebat bagaimana pun niat dan ilmu bisnes yang kita ada tapi jika cara salah, kita tidak akan ke mana-mana.
Bahkan kita akan sentiasa penat dan berkejar ke sana ke mari tanpa ada hasil.
Jika banyak kali gagal walhal idea kita dah super hebat. Sampai masa kita perlu muhasabah, mungkin kita berbisnes secara kita tidak sedar menganiya orang lain.
Bisnes juga berkait dengan kepercayaan, ada juga kasihan belas. Tapi bila tiada lagi kepercayaan maka tiada lagi respek. Masa itu tiada lagi belas kasihan.
Saya ingat kata seorang murabbi yang diulang-ulang tiap kali memberi ilmu; " Biar orang buat kita, jangan kita buat orang".
Nota:
Bila tenant tak bayar sewa kedai berbulan, meninggalkan bil2 yang beribu-ribu, saya percaya ada ganti yang lebih baik selepas ini.

Cara atasi Insomnia


Sewaktu mengambil Kak Ain dan rakannya Saadah di KTM tadi, macam-macam hal yang dikongsi.
Salah-satunya masalah insomnia yang dialami oleh anak pensyarah beliau.
Lalu saya maklumkan, cara merawat insomnia tak susah, baca sahaja al Quran pasti cepat lenanya.
Jika susah juga mahu pejam mata, bangun sahaja bersolat, zikirullah tanpa henti, lama kelamaan mesti akan tertidur.
Tak percaya, cuba buat. 

Social Beauty

Ketampanan Sosial
Ketampanan sosial adalah modal sosial yang berharga dalam kejayaan bisnes dan kejayaan profesional.
Istilah lain untuk ketampanan sosial adalah social beauty.
.
Salah satu ciri ketampanan sosial adalah bahasa. 
Bahasa yang kita gunakan dapat menyebabkan kita dipandang lebih tampan dan lebih pintar daripada diri kita yang sebenarnya.
Bahasa yang kita gunakan juga dapat menyebabkan kita dipandang lebih berilmu dan lebih bijaksana daripada keadaan kita yang sebenarnya.
.
Ciri-ciri bahasa yang membuat kita merosakkan ketampanan sosial kita sendiri:
+ Bercakap buruk tentang kelemahan dan kekurangan orang lain.
+ Mengkritik dan mengutuk idea dan usaha orang lain hanya kerana usaha orang itu telah gagal.
+. Bercakap tentang sebarang masalah tanpa kita melakukan sebarang usaha menyelesaikannya.
+. Bercakap tentang perkara-perkara yang di luar kawalan sendiri.
Tema-tema yang di atas itu menyebabkan diri kita dipandang sebagai tukang cacat yang hanya pandai bercakap.
.
+ Bercakap tentang masa lalu diri sendiri yang pahit. 
Kita akan dipandang sebagai orang lemah dan serba tak berdaya mengtasi masalah sendiri, apatah lagi hendak membantu mengatasi masalah orang lain. 
Apabila kita banyak bercakap tentang kegagalan masa lalu, ada risiko diri kita dipandang sebagai seorang yang tidak dapat diharapkan.

Nota tulisan Pn Ainon.