Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, January 31, 2012

Tentang Poligami

Kadang-kadang seronok juga bersembang secara ilmiah di fb group..seperti biasa topik utama rakan-rakan saya  dari kalangan lelaki akan menjadikan topik hangat mereka yang sering menjadi selingan walapupun isu lain yang dibincangkan iaitu Poligami.. ada masa isu menjadi panas, ada masa ia menjadi lawak jenaka..apapun saya memetik hujjah perbahasan saya bersama rakan-rakan yang mungkin boleh dijadikan renungan dalam membicarakan tentang poligami...


Persoalan yang sering dibangkitkan adalah kalau memberi mudarat kepada perkahwinan pertama adakah harus berplogami?.....apakah konsep poligami yang kita pakai, pelindung atau keseronakan?....kalau mengikut sunnah biarlah berada diatas landasan sunnah.... barulah Islam itu indah.
Perlu diingatkan poligami perlu dilihat dan dipastikan agar tindakan itu tidak mendekatkan diri kita dan orang yang terlibat kepada neraka. Ini kerana poligami didatangkan untuk menyelesaikan masalah bukan untuk mendatangkan masalah. Sekiranya poligami mendatangkan masalah adakah kita berada di atas landasan sunnah? Memetik komen Ustaz Ahmad Baie Jaafar, Penolong Pendaftar Nikah Selangor...."Perlu diingat, tidak semua lelaki layak berpoligami selagi mereka tidak boleh mengikut apa yang dilalkukan oleh Rasulullah. Kuncinya, kalau anda tidak layak bagaimana keadilan boleh ditegakkan."
Menyentuh pula soal nafkah, Ustaz Ahmad Baie juga menyebut...."Dalam soal ini suami tidak boleh mengurangkan nafkah seseorang isterinya dengan alasan isteri mempunyai sumber kewangan sendiri, apatah lagi mengurangkan nafkah isteri pertama dengan alasan terpaksa berkongsi dengan isteri baru." Suka saya memetik komen Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj...kajian keatas wanita bekerja menunjukkan wanita bekerja menyumbang 80% pendapatan kepada isi rumah keluarga, keadaan ini telah menyumbang kepada faktor suami berada di dalam keadaan selesa dan merasakan mampu untuk berkahwin. Jika kita kaji....sekiranya pembiayaan rumah dikongi denga isteri, pembiayaan sekolah dan tiusyen anak dikongsi dengan isteri, adakah sebenarnya kita berada didalam kategori yang "berkemampuan"
Ada beberapa kes wanita ingin bercerai sebab tidak tahan kerana terpaksa menanggung keluarga dan dalam masa yang sama suami sibuk ingin kahwin lain.Pihak suami perlu menyedari bahawa apabila isteri berkerja mungkin salah satu sebab kerana ingin membantu keluarga,  tetapi dalam masa yang sama mereka ada ibu bapa yang selama ini telah berkorban membesarkn mereka, jadi isteri ada kemungkinan ingin membalas jasa,kerana ada ketika mengharapkan duit gaji suami ada yang segelintirnya cukup bulan gaji sudah pun kehabisan. Ada juga isteri yang ingin berhenti kerja tetapi dilemma sebab pendapatan suami tidak mencukupi. Terdapat juga beberapa kes dimana berlaku perceraian dengan isteri kedua yang mana anak ditinggalkan kepada suami. Suami kemudiannya memberikan tanggunjawab itu kepada isteri pertama
Berdasarkan laporan diatas, amalan poligami sekarang didapati tidak menepati sunnah Rasullullah, malah tujuan mereka berpoligami langsung tidak sama dengan tujuan Rasulullah berpoligami. Sebagai bukti, cuba senaraikan 10 tujuan poligami dan cuba padankan dengan poligami yang diamalkan masayarakat kini.
Apa yang jelas, perkahwinan mereka adalah untuk menyelesaikan masalah keperluan seks sahaja. Selain itu, poligami yang diamalkan pada hari ini banyak menimbulkan masalah, bukan menyelesaikan masalah. Berdasarkan itu, disarankan kepada para suami agar memastikan terlebih dahulu samada diri layak untuk berpoligami atau tidak tidak berdsarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Islam "sikap adil suami “ ini akan menjadi penentu sama ada bahagia berpolligami ataupun sebaliknya.
Sebagai menyimpulkan perbahasan maka perlu diingatkan, 3 elemen penting dalam poligami adalah:
1) Kemampuan; kemampuan boleh menjamin keadilan,
2)Kejujuran; kejujuran boleh menjamin kerukunan
3)Keimanan; boleh menjamin tanggungjawab untuk anak dan isteri....


Wallahuaalam

Berusaha untuk Berjaya

termenung itu tidak mendatangkan apa-apa
mengeluh sekadar menyesakkan dada
berkhayal  melemahkan jiwa
memalaskan diri merugikan masa
usah menunggu hasil jatuh ke riba

apa makna menjadi manusia
diberi akal cukup sempurna
miliki semua pancaindera
jika diri tidak mahu berusaha
rugilah usia
rugilah masa

ayuh bangkit
hilangkan segala keraguan
lenyapkan segala rintangan
sematkan dalam hati
suluh azam dengan kepercayaan
bahawa
kejayaan pasti akan muncul

jika DIRI
mahu berubah
rela berusaha
pasti kejayaan dalam gengaman

Nukilan Ummu ieman Ihsan..sempena Hari Wilayah

Monday, January 30, 2012

Motivasi Kerjaya:Menggilap Potensi Diri siri 1

jangan sekadar bermula...
teruskan perjalananmu..
jangan sekadar berjalan..
lakukan dengan semangat...
jangan sekadar bersemangat..
laksanakan dengan tanggungjawab..
dan kasih sayang yang cemerlang...
apa jua yang diperolehi dari kehidupan ini 
bergantung kepada apa yang diisikan didalamnya.


Pernahkah merasa ada ketika kita seperti berada disatu persimpangan jalan tidak tahu memilih mana satu... kerana kita tidak pasti arah yang sebenarnya. Begitu juga kita dalam memilih kerjaya. Adakala diri menjadi buntu, mana yang harus kita pilih? Adakah kita memilih kerana kita mempunyai kemahiran atau kerana kita suka dan minat kepada bidang tersebut atau juga sebenarnya kerana kerjaya itu menjanjikan kita untuk menjadi kaya raya?

Persoalannya siapa tak ingin kaya dan memiliki banyak wang dan harta benda jika kerjaya yang kita miliki itu bagus dan menjanjikan pulangan yang besar? Tetapi bagaimana pula jika kecenderungan dan minat kita berada ditempat lain? Mungkin juga kita ada minat tiada kemahiran namun kita sanggup untuk belajar asalkan kita seronok melakukan apa yang kita suka..Namun masalahnya apa yang kita suka dan minat ini tidaklah menjaminkan duit ringgit yang banyak atau melimpah ruah..kerana pulangannya biasa-biasa..

Ramai orang berkata kita perlu buat apa yang boleh menjana kewangan yang banyak walaupun hati tidak seronok dengannya. Inilah senario yang berlaku sekarang ini, kita bekerja bukan kerana kita suka dengan bidang yang kita ceburi tetapi kerana kita mengharapkan gaji dan pulangan dari pekerjaan itu maka kita sanggup untuk melakukan. Ada juga yang sehingga tertekan dengan apa yang dihadap setiap hari kerana tidak suka dengan keadaan sekeliling, namun kerana terpaksa demi sesuap nasi maka semua itu diteruskan juga.

Kita lihat ada juga segelintir ibu bapa yang memaksa anak-anak untuk memilih bidang yang disukai atau dipercayai oleh ibu bapa menjamin kehidupan mereka. Walaupun anak-anak mempunyai minat dan potensi yang berbeza dengan kehendak ibu bapa, namun mereka terpaksa menurut kehendak ibu bapa kerana RESTU.. Biarpun begitu ada juga yang mengikut kata hati sendiri tanpa mempedulikan kehendak orang tua kerana percaya rezeki ada di mana-mana.

Dalam persoalan begini pada hemat saya, jika kita memiliki sesuatu potensi sedia ada dalam diri, ia perlu digilap, dicanai dan dibajai. Potensi yang disuntik dengan kemahiran pastinya boleh membuahkan hasil dan menjana kewangan. Mungkin lambat untuk menjadi kaya seperti orang lain, tetapi jika hati bahagia dan hidup tidak menyusahkan orang lain tidak mengapa. Kita lihat ada juga yang bergaji besar tetapi seringkali kehidupan dihimpit dengan tekanan kerana kerjaya yang tidak sesuai dengan minat dan potensi diri.

Oleh itu kita perlu menilai dan muhasabh serta merancang semula segala strategi kejayaan berkait dengan kerjaya kita. Segala nasihat dan pandangan perlu dibuat timbang tara. Kita juga perlu melihat kepada prioriti/keutamaan serta perlu berani dan sanggup menangung risiko dalam segala keputusan yang kita buat.. pasti akan ada KETAKUTAN dalam menyahut cabaran kerjaya, tetapi perlu yakin diri dan menggunakan se-optimum mungkin potensi diri yang ada.. selain berdoa moga Allah mempermudahkan perjalanan kita.. moga kita sentiasa diberi hidayah olehNya dan lebih penting lagi rezeki itu dari kerjaya yang halal dan diberkati oleh Allah..Ameen.






Titipan buat anakku Anis Najwa dan Ain Syafia

Sunday, January 29, 2012

Tuntutan Mencari Ilmu

Tujuan menuntut ilmu bukanlah bermatlamat ilmu semata-mata tetapi ia merupakan wasilah (jalan) untuk memahami dan menguasainya bagi melaksanakan ubudiyyah kepada Allah S.W.T. Tujuan menuntut ilmu juga adalah untuk melaksanakan petunjuk Allah S.W.T. sebab itulah menuntut ilmu adalah fardhu bagi setiap muslim, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud;
"Menuntut ilmu adalah fardhu bagi setiap muslimin dan muslimat".
Antara lain tujuan menuntut ilmu ialah untuk membina kekuatan ummah Islam dan untuk mencari kemaslahatan masyarakat manusia. Membina kekuatan umat merupakan salah satu tanggungjawab para penuntut kerana merekalah bakal pemimpin di masa depan. Oleh yang demikian, kemaslahatan ummah banyak bergantung kepada pemimpin dan kepimpinannya.

Moga-moga dengan tujuan yang suci dan bersih ini dapat melahirkan para ilmuan yang membangunkan muka bumi ini menurut apa yang telah digariskan oleh Allah S.W.T. Ini bermakna menuntut ilmu di dalam Islam bukanlah sekadar mencari habuan dunia, wang ringgit dan harta benda akan tetapi ianya merupakan suatu usaha untuk melengkapkan diri sebagai hamba Allah dan khalifah Allah S.W.T. di muka bumi ini . Para ilmuan Islam mestilah memahami bahawa mereka wajib memainkan peranan untuk menegakkan kebenaran, keadilan dan keamanan sejagat iaitu dengan cara mengembalikan sistem Islam memerintah alam ini. Para ilmuan Islam juga perlu berusaha sedaya upaya mungkin menjadikan diri mereka sebagai pekerja Islam dan penda’wah ke arah melahirkan ummah Islam yang iltizam dengan Islam dalam segenap aspek kehidupan. Allah S.W.T. berfirman dalam Al-Qur’an yang bermaksud;
"Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya.." (Al-Baqarah:208)
Para ilmuan Islam juga sama sekali tidak boleh lupa bahawasanya antara tugas seorang muslim itu ialah menegakkan yang ma’ruf iaitu mengajak manusia menegakkan dan mendaulatkan ajaran Allah S.W.T. dan mencegah kemungkaran iaitu melarang manusia dari melakukan larangan Allah S.W.T. dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud;
" Wahai rasul, sampaikanlah apa-apa yang diturunkan kepada kamu dari Rabb kamu. Dan jika kamu tidak mengerjakannya maka tidaklah kamu menyampaikan risalahNya. Allah memelihara kamu daripada manusia, sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir". (Al-Maidah:67)

Sabba Rasulullah S.A.W. yang bermaksud;
"Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia cegah dengan tangannya (kuasa), sekiranya tidak mampu cegahlah ia dengan lisan seandainya tidak mampu juga; cegahlah ia dengan hati itu yang paling lemah imannya."
Nabi diutus ke dunia inipun dengan tugas mengajar, sebagaimana sabdanya;
" Aku diutus ini, untuk menjadi pengajar." (HR.Baihaqi)

Sekiranya Allah tidak membangkitkan Rasul untuk menjadi utusan kepada manusia, guru tentulah manusiaakan berada dalam kesesatan. Walaupun akal dan otak manusia mungkin mampu menghasilkan perkara serta berjaya dalam berbagai lapangan ilmu pengetahuan, namun masih ada juga hal-hal yang tidak dapat dijangkaunya, iaitu hal-hal yang di luar akal manusia seperti perkara ghaib, alam ruh, syurga dan neraka serta lain-lainnya. Untuk itulah Rasul Allah dibangkitkan di dunia ini. Mengingat pentingnya penyebaran ilmu pengetahuan kepada manusia/masyarakat secara luas agar mereka tidak dalam kebodohon dan kegelapan, maka diperlukan kesedaran bagi para mualim, guru dan ulama, untuk beriringan tangan menuntun mereka menuju kebahagiaan dunia dan akhirat. Bagi para guru dan ulama yang suka menyembunyikan ilmunya, mereka mendapat ancaman, sebagaimana sabda Nabi S.A.W.;

"Barangsiapa ditanya tentang sesuatu ilmu, kemudian menyembunyikan (tidak mahu memberikan jawapannya), maka Allah akan mengekangkan (mulutnya), kelak di hari kiamat dengan kekangan (kendali) dari api neraka." (HR Ahmad)

Memahami Erti Zuhud

Dari Sahl bin Sa’ad As Sa’idi, ia berkata ada seseorang yang mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas berkata, “Wahai Rasulullah, tunjukkanlah padaku suatu amalan yang apabila aku melakukannya, maka Allah akan mencintaiku dan begitu pula manusia.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Zuhudlah pada dunia, Allah akan mencintaimu. Zuhudlah pada apa yang ada di sisi manusia, manusia pun akan mencintaimu.” (HR. Ibnu Majah dan selainnya. An Nawawi mengatakan bahwa dikeluarkan dengan sanad yang hasan

Dalam hadits di atas terdapat dua nasihat, yaitu untuk zuhud pada dunia, ini akan membuahkan kecintaan Allah, dan zuhud pada apa yang ada di sisi manusia, ini akan mendatangkan kecintaan manusia. Seseorang yang zuhud mereka mempunyai keimanan yang kuat kerana tidak mudah terpengaruh dengan perhiasan  dunia namun menjadikan dunia sekadar alat untuk mencapai maksud akhirat atau tujuan. Mereka yang zuhud tidak terkesan dengan kenikmatan dunia. Namun zuhud tidak bermaksud miskin harta. Kerana ada orang kaya yang zuhud tetapi mereka yang tidak terkesan dengan segala harta kekayaan yang dimiliki,  ibarat seorang buta yang tinggal di dalam rumah yang cantik. Walaupun dia memiliki rumah yang cantik, tetapi dia tidak nampak bahawa itu kekayaanya. Namun dia amat menyedari bahawa semua itu adalah pinjaman dari Allah yang pada bila-bila masa boleh diambil kembali olehNya.

Individu yang zuhud nyatanya tidak terkesan atau leka dengan nikmat dunia yang ada padanya. Mereka juga tidak dengki dan irihati dengan nikmat yg ada pada seseorang tanpa perasaan tersebut. Orang yang zuhud juga tidak menunjukkan apa yang ada atau apa yang mereka miliki dan merasa bangga dengannya.

Orang yang zuhud sentiasa menyedari hakikat diri dan kehidupan. Mereka bahkan sering berdoa kepada Allah supaya tidak terjerumus ke lembah kesesatan dan terleka oleh dunia. “Ya Allah, anugerahkan kepada kami rasa takut kepada-Mu yang membatasi antara kami dengan perbuatan maksiat kepadamu dan berikan ketaatan kepada-Mu yang mengantarkan kami ke surga-Mu dan anugerahkan pula keyakinan yang akan menyebabkan ringan bagi kami segala musibah di dunia ini.” [HR. Tirmidzi (3502); An Nasaai dalam 'Amalul Yaum wal Lailah (402); Al Hakim (1/528); Al Baghawi (1374). At Tirmidzi mengatakan, "Hadits hasan gharib

Friday, January 27, 2012

Mencari Rezeki Yang Halal

Rasulullah mengingatkan kita bahawa apabila bekerja mestilah kita menjadi pekerja yang tekun:
“Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun”.(Riwayat Al-Baihaqi)
Dunia adalah diumpamakan sebagai ladang tanaman yang mana di atas ladang dunia inilah kita mencari rezeki, menabur bakti dan menambahkan amal ibadah serta mengurangkan dosa. Mengapa dikatakan perlu mengurangkan dosa? Kenapa tidak  dikatakan menjauhi dosa? Perlu diingatkan di sini, mengurangkan dosa kerana apa? Kerana kita adalah manusia biasa yang tidak maksum, sememangnya kita manusia sering lalai dan tidak lepas dari melakukan kesilapan. Namun, jangan ini dijadikan alasan untuk kita berbuat dosa dan kemaksiatan kerana kita boleh berusaha untuk memperbaiki diri dari tidak melakukan dosa yang dilarang serta tidak membuat kerosakan atau perkara yang ditentang oleh Allah Maha Pencipta.
Ramai yang berbuat dosa kerana mencari dan mengejar rezeki yang haram. Mata dikelabui oleh material yang indah-indah serta sesuatu yang dilihat hebat dang ah padahal ianya haran. Ada yang sanggup mengambil rasuah, menipu dan berbohong semata-mata kerana tamak dan gelojoh kepada kebendaan dan keseronokan dunia. Ada yang rela terputus hubungan dengan keluarga semata-mata kerana mengejar kekayaan  bahkan ada juga yang sangugp berbunuhan kerana hal-hal dunia. Alangkah malang buat diri jika melakukan perkara sedemikian. Hadis yang sering diperdengarkan : "Bekerjalah kamu untuk kepentingan dunia kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan bekerjalah kamu untuk akhirat kamu seolah-olah kamu akan mati esok." Sesetengah ulama menganggap hadis itu sebagai athar Umar bin al-Khattab.
Ada banyak perkara yang boleh menghasilkan kekayaan, namun ia bukan melalui cara yang mudah. Segalanya perlu dari usaha dan ikhtiar serta doa dan niat yang ikhlas. Oleh itu carilah sebanyak mungkin rezeki Allah yang halal, kerana rezeki yang halal menjamin keberkatan, dan keberkatan menjamin kejayaan dan kebahagiaan hidup. Sebagaimana hadith Rasullulah menerangkan;
Jika Allah menghendaki kebaikan bagi hambanya, maka dia menyegerakan hukuman di dunia. Jika allah menghendaki keburukan bagi hambanya, maka dia menahan hukuman kesalahannya sampai disempurnakannya pada hari kiamat."(Riwayat Imam Ahmad, At-Tirmizi, Al-Hakim, Ath-Thabrani, Dan Al-baihaqi)

Dipetik dari buku Khalifah Jiwa .Nukilan Ummu Ieman Ihsan
semusim yang lalu
aku pernah singgah di pelabuhan ini
muaranya dulu sibuk dengan manusia
pasirnya putih memancarkan kilauan
batuannya begitu tersergam di panah mentari 
alunan ombaknya mengalunkan seloka
muaranya mengamit tamu yang tiba
namun kini
segalanya berubah
pelabuhan ini bertukar sepi
segalanya kusam dan berlumut hijau 
alirannya lesu mengalir 
yang tinggal hanya perahu usang 
yang bersisa hanya pepohon dipanah ribut
nyuir tidak lagi melambai megah..
pasir tidak lagi memutih menhamparkan dadanya
alangkah sendu
pelabuhan yang dulunya 
menjadi mercu sebuah kejayaan
tinggal hanya kenangan

Thursday, January 26, 2012

MEMBINA KESEMPURNAAN DIRI

Kehidupan adalah perjalanan yang menjadi destinasi untuk menuju kehidupan akhirat yang kekal abadi. Sebagai insan begelar hamba yang mengakui kewujudan tuhan yang mencipta segalanya yang hidup, pasti akan tercari-cari sesuatu untuk menyempurnakan kehidupannya. Setiap yang bergelar insan pastinya mahu memenuhi segala tuntuan hidup, mahukan kesenangan, mahu segala naluri keinginan yang ada dalam diri dipenuhi baik di sudut material, emosi dan juga intelek.
Manusia didalam mengejar cita-cita adakalanya terlupa akan tujuan dan matlamat sebenar kehidupan. Adakala arus kehidupan dunia yang penuh dengan janji dan keindahan sementara menghanyutkan pencarian sebenar hakikat kehidupan. Al Quran menyebut:
’tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada Ku’

Hakikatnya tujuan dan matlamat kehidupan di dunia ini telah Allah tetapkan, telah dinyatakan sebagai fungsi utama mengapa kita wujud di dunia ini. Justeru, jika kita mencari hakikat dan tujuan sebenar kehidupan selain dari apa yang sebut di dalam Al Quran, maka kita akan terkeluardari landasan yang telah digariskan oleh Allah. Kita terpesong dari makna sebenar kehidupan. Apabila kita tergelincir, maka ini akan membawa kita kepada kekosongan jiwa, terasa kehilangan sesuatu didalam kehidupan, sentiasa tercari-cari sesuatu yang tidak pernah ada kepastian sarta berada dalamn khyalan dan di awangan.
Jika begini keadaanya, bagaimana kita ingin mendapatkan rahmat dan kasih sayang Allah? Bagiamana kita boleh mengisi dan memenuhi maksud kehidupan ini? Akan tercapaikah cita-cita murni yang telah diazamkan sebelum ini, saat kita berjanji dengan Allah sewaktu di alam Ruh? Tercapaikah impian menjadi khalifah yang berjaya memenuhi tuntuan dan amanah dari Rabb yang Maha Kuasa? Pertanyaan di atas amat berperanan dalam memandu kita mencari dan melihat serta mengatur hala tuju sebenar dalam kehidupan ini. Sebagaimana Allah mengingatkan dalam Al Quran yang bermaksud:
Wahai orang yang beriman, sempurnakanlah janjimu”. (Al-Maidah : 1)

Ayat ini sepatutnya menyedarkan kita dan membawa kita untuk menilai dan menghisab semula segala amal ibadat yang kita lakukan, adakah cukup sempurna atau masih banyak lompong yang ada. Ini juga memberi kita kesempatan untuk melakukan muhasabah terhadap segala pengamalan dan pengabdian kita kepada Allah, adakah segalanya sudah mencukupi atau kita melakukanya sekadar melepas batuk ditangga, semata-mata untuk pengiktirafan, atau juga ingin menunujuk-nunjuk. Semua ini amat penting, untuk difahami dan di hayati oleh setiap individu yang bergelar insan atau makhluk.

Sesungguhnya kita dijadikan oleh Allah adalah untuk beribadat kepadaNya semata-mata. Kita diutuskan untuk merealisasikan misi sebagai khalifah di dunia ini. Tapi segelintir di kalangan kita kurang memahami konteks ibadat yang sebenarnya. Ramai yang memahami ia hanya mencakupi kepada tuntutan rukun Islam yang terkandung solat, puasa, zakat, haji dan yang lebih menjurus kepada ibadat khusus. Sehingga ada yang terlupa bahawa ibadat dalam erti kata sebenar mencakupi seluruh urusan di dalam kehidupan setiap makhluk. Dari mulanya membuka mata dari tidur, melalui proses perjalanan harian kehidupan sehingga sampai saat waktu menutup mata untuk tidur dan untuk bangun semula, pagi dan petang, siang dan malam kita sebenarnya menjalankan ibadat kepada Allah yang Menciptakan. Allah mengingatkan kita dalam Al Quran :
”Demi diri manusia dan yang menyempurnakn kajadiannya. Serta mengilhamkan jalan yang membawa kepada kejahatan dan yang membawa kepada ketaqwaan” As-Syams:7-8

Begitu juga peranan sebagai khalifah, ramai yang mengambil mudah dan tidak merasa betapa perlunya kita melaksnakan dan memenuhi segala tanggungjawab yang telah di persetujui anata kita hamba dan Allah selaku pencipta.Dalam kita melalui perjalanan yang penuh dengan cabaran dan juga ranjau, pasti setiap individu mahu menyempurnakan segala tuntutan Illahi terhadap setiap Diri. Tuntutan ini bagaimana mahu dipenuhi? Sebagai memenuhi janji Tuhan kepada setiap makhluk yang beribadat kepada dengan penuh keikhlasan kepadanya. Takkala Allah menyeru hambaNya untuk kembali. Allah berfirman,
"Wahai jiwa-jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredhai (disisi Tuhanmu), serta masuklah engkau ke dalam kumpulan hamba-hambaKu yang berbahagia dan masuklah ke dalam syurgaKu.” al-Fajr, 27-30

Bersambung...

Nukilan Ummu Ieman Ihsan
Petikan dari buku Khalifah Jiwa....Manhaj Kehidupan Duniawi dan Ukhrawi

Wednesday, January 25, 2012

Perjalanan yang sama

Membesarkan anak-anak dan dalam masa yang sama cuba memahami jiwa mereka bukanlah satu perkara yang mudah. Memang ada benarnya jika Hall mengatakan masa remaja adalah masa "storm and stress". Anak-anak remaja berada dalam keributan emosi dan konflik mencari identiti diri. Kenapa saya mengatakan 'perjalanan yang sama'? Ini kerana apabila anak-anak saya telah meningkat ke usia remaja saya seperti melihat perjalanan saya sendiri menelusuri dunia remaja sebelum ini. Biarpun keadaan, situasi dan suasana,  dulu dan kini sudah jauh berbeza, namun saya cuba untuk mencari titik temu antara dunia remaja saya dahulu dan dunia remaja anak-anak masa kini. Pentingnya mencari titik temu ini, supaya saya mampu memahami diri anak-anak dan dalam masa yang sama mampu mengendalikan dan mendidik serta membesarkan mereka dengan baik dan menurut cara hidup Islam yang sebenar.

Sebagai contoh yang saya boleh perkatakan iaitu apabila di alam remaja, mereka ini lebih suka menyendiri, inginada privacy dan tidak ingin di ganggu (mungkin bukan semua remaja begini, kerana ada juga yang lebih suka berteman dan bersukaria). Ini saya perhatikan kepada anak sulong saya, bila adik-adik datang menjengok atau menegur adakalanya mengacau konsentrasi maka dia akan memarahi adik-adiknya. Ini membawa saya kepada dunia remaja saya sebelum ini, di mana saya juga begitu, lebih suka terperap di dalam bilik, tenggelam dalam dunia buku-buku cerita, bahkan bila tetamu datang seperti rasa bercinta ingin keluar dan bersalaman. Ternyata anak saya seperti melalui perjalanan yang sama seperti saya, lebih suka berada di dalam bilik walaupun ada tetamu datang, lepas bersalaman terus berkurung di dalam bilik dengan alasan ingin menyiapkan tugasan sekolah. Secara tidak langsung anak saya yang sedia ada kurang bercakap, menjadi lebih pendiam dan penyenyap. Ada juga perasaan ingin menegur dan menyatakan pandangan namun ia terhenti saat terfikir saya juga dulu begitu,saya tersenyum sendiri...

Bila diimbas semula pengalaman saya sebagai remaja dan memerhati keadaan anak saya sekarang ini, ia memperlihatkan ada beberapa perkara yang sama, namun ada juga yang berlainan (mungkin kerana dunia yang berbeza dulu dan sekarang). Apapun saya bersyukur kerana apa yang dilalui dulu memberi hikmah kepada saya dalam menangani permasalahan dan memahami dunia remaja anak-anak masa kini.. Doa dan harapan saya moga anak-anak saya bakal meneruskan apa yang terbaik dari legasi yang ditinggalkan. Moga mereka jauh dari segala fitnah dan cabaran yang begitu hebat dunia hari ini yang tiada sempadan serta mereka diberi hidayah dan kekuatan iman...

Tuesday, January 24, 2012

Mendidik Anak-anak : Berkongsi Minat Membaca

Sudah dua minggu saya menyimpan keingian untuk melawat kedai buku MPH..namun kerana kesibukan dan masa yang tiada maka saya memilih untuk mengambil kesempatan untuk pergi bersama anak-anak sewaktu cuti tahun baru cina. Maka semalam saya dan anak-anak tidak melepaskan peluang untuk memenuhi keinginan membeli buku. Minggu sudah saya telahpun singgah di PTS Bookcafe, namun kerana tidak bersama anak-anak perasaan untuk memborong buku itu tiada..kerana adakala apa yang saya suka kadang anak-anak kata 'dah baca' atau 'tak best' atau 'ada buku yang baru keluar' bla..bla.. maka saya sekadar memilih buku yang saya suka dan hanya membeli satu buku untuk anak sulong saya iaitu " Chicken soup for the soul"...

Kali ini di MPH anak-anak memang tidak sabar memilih buku kegemaran mereka. Biarpun mereka boleh membuat pilihan mana-mana buku yang mereka ingin baca, tapi sebagai ibu saya tetap menapis terlebih dahulu. Adakala buku nampak bagus, tetapi isinya memang tidak sesuai untuk remaja. begitu juga dengan komik.. Dari dulu saya akan sentiasa menerapkan hobi ini kerana saya percaya, jika bukan kita sebagai ibu bapa yang memulakan..siapa lagi.. Paling bagus setidaknya kita tahu apa minat anak-anak kita..apa kecenderungan mereka dengan melihat dan memerhati pembaca mereka.. Saya ingat sewaktu memilih karton semalam saya mengambil satu komik alih bahasa ...kata anak saya "..Ummi, ini semua Ieman dah baca..." terkejut saya kerana kebiasaan saya belikan buku karton dari PTS.. "bila masa Ieman baca.. Ummi tak nampak pun Ieman baca.." kata saya menduga Ieman.. " Alah kat sekolah kawan-kawan bawa.." Baru saya tahu rupanya anak saya menghabiskan masa waktu luang di sekolah dengan membaca komik.

Sewaktu menginjak ke rak yang lain pula saya mengambil satu buku novel.... "Ummi, tak payah..buku tu tak bagus..kawan kakak ada beli.." Tersentak saya mendengar kata-kata anak sulong saya.. "Kenapa kak?" tanya saya sekadar ingin tahu .. "Buku tu tak bagus sebab ada cerita yang tak sesuai'' Jawabnya.. " Ohh..." Saya tidak menyambung ayat tersebut kerana memahami apa yang ingin dikatakan oleh anak saya. Rupanya anak-anak juga tahu menilai buku yang ingin mereka baca. Saya tidak menafikan ada novel/buku yang tidak sesuai menjadi santapan anak-anak kerana ada cerita-cerita lucah atau yang tidak sesuai dengan usia mereka malah bertentangan dengan ruh Islam. Saya bersyukur kerana selama ini saya menggalakkan anak-anak membaca novel Islami. Sama ada saya membeli untuk mereka atau mereka memlih dan saya akan melihat buku tersebut dari penerbit yang bagus. 

Selama hampir satu setengah jam di MPH memang rasa seperti masa tidak mencukupi untuk meniliik-nilik dan memilih-milih mana buku yang paling bagus untuk dibeli. Suami saya tidak berminat untuk membeli buku kali ni kerana minggu yang sudah juga dia telah mengunjungi Marwilis Bookstore di Shah Alam. Banyak buku yang diborong adalah buku-buku agama.. mula-mula saya agak berkecil hati sebab tidak mengajak saya membeli buku.. maklum tengok-tengok satu plastik semua buku pilhan dan kesukaan dia.. Saya menyedapkan hati dan perasaan dengan berkata.."hmm tidak mengapa.. masih ada masa..."

Sepanjang berada di MPH walaupun hari cuti memang ramai pengunjung yang datang. Pendek kata semua bangsa ada, berkemungkinan kedai buku ini terletak dalam pasaraya yang hebat dan berada di kawasan elit... Pada hemat saya, mungkin tidak ramai yang menjadikan hobi membaca sebagai hobi bersama dalam keluarga.  Apa yang ingin saya kongsikan adalah hobi yang sama ini boleh merapatkan lagi ikatan kekeluargaan. Ini kerana kita akan ada tajuk yang boleh dijadikan sumber perbualan atau perkongsian terutama dengan anak-anak untuk berkomunikasi. Moga dengan berkongsi hobi yang sama banyak maklumat boleh dikongsi bersama dan dihayati bersama... 

Wallhuaalam

Monday, January 23, 2012

Yang kita sedari… yang tidak kita sedari..

Adakala kita sedari..
bicara mengguris rasa..
perlakuan mencalit luka,
tingkahlaku menyakitkan mata..

namun ada juga ketikanya diri
terlena dengan mimpi
tertidur dalam realiti
terbuai oleh fantasi
bahawa…
hati terluka perlu dirawat
terguris rasa perlukan kemaafan
kekhilafan diri perlukan perubahan
kesalahan perlukan pengakuan

tapi diri kenapa
payah untuk berkata..
menutur maaf seperti biasa..
adakah kerana kerasnya jiwa
atau kelunya lidah terasa..

saat menyedari kesilapan diri..
tiada salahnya memohon maaf..
tiada silapnya menghulur salam..
moga yang disedari…
atau tidak disedari..
tidak akan diulangi..


Ummu Ieman Ihsan


Sunday, January 22, 2012

Didikan Bermula dari Rumah siri 2

Hari ini masih mood cuti..seperti biasa ada banyak aktiviti yang akan dilakukan bersama anak-anak untuk menghabiskan cuti secara berkualiti. Sejak pulang dari asrama anak saya sibuk bercerita kelasnya akan mengadakan lawatan ke salah sebuah rumah anak-anak yatim di Lembah Klang. Maka sibuk la dia berfikir apa yang ingin disedekahkan kepada mereka. Katanya pelajar kelasnya telah berjaya mengumpul sebanyak RM500 untuk diberi kepada anak-anak yaitm tersebut.

Memenuhi misi anak-anak, saya menghantarnya bersama kawan-kawan sekelas ke sebuah pasaraya untuk membeli keperluan mereka mengadakan aktiviti bersama anak-anak yatim tersebut esok. Bagusnya pelajar-pelajar ini melakukan sesuatu yang amat bermanfaat walaupun tidak melalui program sekolah, tetapi kerana sebelum ini sudah ada program yang bersifat amal yang dianjurkan oleh pihak sekolah maka mereka terasa perlu ada inisiatif untuk melakukan perkara yang sama. Apa yang ingin saya kongsikan adalah cara kita berfikir dan mengendalikan sesuatu perkara adakala boleh memberkan rangsangan secara tidak langsung kepada anak-anak. Saya teringat penglibatan saya dalam beberapa misi/NGO rupanya secara tidak langsung juga memberi satu impak kepada anak-anak saya sendiri untuk melakukan perkara yang sama. Maka di sini juga tidak mustahil anak-anak akan meniru perkara yang tidak baik yang kita lakukan. (sambil menunggu mereka saya mengambil sedikit waktu terluang ini untuk menyambung bicara semalam...)

Memperkatakan tentang didikan anak-anak bemrula dari rumah...saya merasakan antara perkara yang penting adalah komunikasi dan interaksi ibu bapa dan anak-anak perlu sentiasa dipastikan agar ia adalah komnikasi dua hala.. Maksudnya bukan ibu bapa sahaja yang bercakap, menegur atau memberikan maklumat, tetapi ada masanya kita perlu sentiasa mendengar apa yang ingin diperkatakan dan dikongsi oleh anak-anak. Kita lihat cabaran sekarang ini adalah budaya berfacebook, berinternet, bermain video games dan sebagainya hingga anak-anak kurang berkomunkasi dan banyak membuat hal sendiri. Realtinya,televisyen banyak mengambil masa kita dengan mengurangkan masa bersembang dan berinteraksi satu sama lain dikalangan ahli keluarga. Oleh itu kita perlu ada masa untuk beriadah, masa untuk sama-sama melakukan aktiviti dan bukan hanya membuat hal sendiri.

Sebagai ibu bapa walau sesibuk manapun kita, kita masih perlu memperuntukkan waktu bersama anak-anak. Mengkualitikan masa bersama adalah satu cara terbaik dalam mendidik anak-anak. Perkara yang paling mudah adalah dengan solat berjemaah, bertadrrus al Quran, puasa sunat bersama dan lain-lain perkata yang bermanfaat boleh kita lakukan bersama keluarga. Mendidik anak-anak boleh menjadi mudah jika anak-anak boleh mendengar kata ibu bapa. Ada banyak tips supaya anak-anak mudah mendengar kata. Salah satu tips adalah kemesraan ibu bapa dan anak-anak. Anak-anak yang wujud hubungan rapat dengan ibu bapa mudah mendengar apa yang disarankan atau apa yang dinasihati.
 
Oleh itu apa yang perlu dielakkan adalah ketegangan atau ketidak mesraan dalam keluarga. Ada ibu bapa yang terlalu serius hingga susah untuk memberikan senyuman, atau menegur anak-anak secara mesra. Ada juga yang susah untuk sekali sekala bergurau senda. Ada juga ketikanya ibu bapa tidak dapat membezakan antara sifat marah dan tegas terhadap anak-anak. Malah intonasi suara ibu bapa juga sentiasa nada yang tinggi. Maka apa yang berlaku, tiada kemesraan antara ibu bapa dan anak-anak, menyebabkan hubungan menjadi renggang kerana anak-anak melihat ibu bapa sukar untuk didampingi. Inilah yang menyebabkan anak-anak mempunyai kecenderungan untuk menjadikan sahabat atau rakan tempat mereka berkongsi.

Menyedari hakikat ini ibu bapa perlu menjadi sahabat yang paling akrab kepada anak-anak. Maka anak-anak akan rasa senang berkongsi masalah atau apa sahaja tanpa merasa segan atau takut. Inilah yang jarang diaplikasikan oleh ibu bapa, maka proses mendidik sebenarnya akan menjadi susah, kerana jika kita rapat dengan anak-anak ada banyak perkara kita boleh merasionalkan anak-anak bila mereka meminta atau ingin melakukan sesuatu perkara yang tidak dapat kita penuhi. Anak-anak juga tidak berahsia dengan ibu bapa bahkan menjadi pendengar setia pilihan mereka.

Sebagai ibu bapa, kita sebenarnya sentiasa belajar dalam menangani segala permasalah dan cabaran  dalam membesarkan dan mendidik anak-anak. Mendidik anak-anak itu apa cara sekalipun adalah amat subjektif kepada keadaan, persekitaran, latarbelakang keluarga dan sebagainya. Namun kita tidak boleh lupa bahawa tugas mendidik itu merupakan satu tanggungjawab yang tidak boleh dilepaskan ke atas bahu sesiapa melainkan KITA yang bergelar ibu/bapa. Kitalah yang pelru mencuba segala kaedah/teknik yang sesuai. Kerana itu menjadi ibu bapa perlu bersabar,kreatif dan sentiasa mencontohi apa yang terbaik yang telah tersedia dalam Islam sebagai platform untuk kita mengaplikasikan diri menjadi ibu bapa terbaik sekaligus mencerminkan diri menjadi ibu bapa contoh buat anak-anak kita sendiri.

Wallhuaalam
Ummu Ieman Ihsan

Fatamorgana

Hati sering tercuit tak kala mendengar lirik dengan lagu Fatamorgana.. saya masih ingat belasan tahun yang lalu, sewaktu memandu ke sekolah setiap pagi saya sering mendengar lagu ini, dan ternyata mesej itu samapi kedalam sanubari saya. Mungkin muzik itu bukanlah sesuatu yang bagus untuk didenganri kerana khilaf dari segi hukumnya.. namun bait kata-kata liriknya ternyata amat menyetuh hati saya.. menyebabkan saya sering menilai matalamat dan halatuju saya dalam kehidupan ini... Menginsafkan diri bahawa kehidupan dunia ini seperti fatamorgana... Ini membawa kepada pencarian ilmu saya dan penggalian pengetahuan tidak pernah dan tidak akan terhenti demi kerana ingin mencari kesempurnaan diri dan mengharapkan mardhatillah dalam setiap pengabdian kepadaNya...
Kita lihat betapa ramai di sekeliling kita yang sibuk dengan hal dunia hingga mereka begitu terleka dan terlupa bahawa dunia ini sekadar persinggahan. Mereka sibuk dengan hal duniawi hingga terleka mengerjakan perkara yang hakiki.. Alangkah malangnya buat diri kerana kematian akan mendatangi kita tanpa kita duga. Dunia ini sememangnya boleh diibaratkan seperti wangian yang akan menarik manusia untuk menghidu walaupua wangian itu akan hilang, begitulah juga diri manusia yang banyak melakukan perkara atau usaha yang sia-sia sahaja sifatnya.
Maka sedarilah, bahawa hidup ini PERLU TAHU dan  SEDAR... DARI MANA danKEMANA selepas ini.. jangan kita sekadar bertanya, tetapi perlu melakukan sesuatu agar kehidupan itu terisi dan akan menjadi begitu bermakna biarpun kita sudah tiada di dunia ini suatu hati nanti. Dengan kata lain, marilah berusaha memperbaiki diri sendiri serta menyeru insan lain ke jalan yang benar biar dengan apa cara/method sekalipun. Moga dengan segala amalan baik itu ia akan menjadi bekal buat kita di negeri abadi.
Hayati lirik ini....

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama

Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Allah


Saturday, January 21, 2012

Didikan Bermula dari Rumah Siri 1

Cuti hari ahad begini biasanya selepas masak dan mengemas, saya akan mengambil kesempatan untuk memantau anak-anak menonoton TV. Paling seronok pada waktu begini pada mereka adalah rancangan karton, namun seperti biasa channel kegemaran saya adalah TV al-Hijrah. Maka tiba giliran saya untuk memilih channel dan seperti biasa jika anak-anak tidak akan merungut dengan channel pilihan saya. Bagusnya sewaktu itu rancangan Assalamualaikum sedang ke udara yang mana tetamu jemputannya adalah Dr. Ustaz Zaharuddin yang akan membicarakan tajuk Ulama dan Jenayah : Didikan Bermula dari Rumah. 

Perbincangan ini mengingatkan saya tentang teori psikologi 'tabula rasa' yang amat menekankan pendidikan anak-anak adalah dari cara didikan ibu bapa (nurture). Ia lebih melihat pentingnya bagaimana anak-anak ditarbiyyah. . Memang saya katakan sebelum ini bahawa peranan persekitaran memainkan peranan dalam mendidik anak-anak, namun jangan kita lupa mendidik anak-anak juga adalah tanggungjawab ibu bapa. Inilah dkatakan nurture vs nature'. Ini juga terbukti dari Hadith Rasullullah s.a.w.  yang bermaksud : "seorang anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah dan ibu bapanyalah yang mencorakkan sama ada ia menjadi seorang  Yahudi , Nasrani , atau Majusi "

Ini bukan sekadar sewaktu anak-anak lahir dari usia yang kecil tetapi perlu dilihat dari awal iaitu bagaimana perkahwianan itu sendiri bermula. Bagaimana kita memilih pasangan serta criteria pasangan yang menjadi pilihan kita itu. Ada yang memilih rupa paras, ada yang melihat silsilah keluarga/bangsa/ negeri/daerah, ada juga yang memilih parti politik, apapun pilihan kita jangan lupa apa yang penting adalah agamanya. Dalam konteks mendidik anak-anak apa yang menarik hati saya adalah Ustaz Zaharuddin menekankan kepada pentingnya seorang bapa memainkan peranan yang lebih dari ibu terutama dalam hal mendidik anak-anak. Menurut beliau ini telah dibuktikan dalam Al Quran betapa banyak kisah dari Al Quran menceritakan dialog antara bapa dan anak. Seperti dialog nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, Nabi Nuh dan anaknya, serta Nabi Yaaqub dan Nabi Yusuf.

Apa yang boleh dipelajari dari sini, bapa perlu menjadi pengarah dan ibu pula menjadi pengurus. Apabila menjadi pengarah bapa perlu tahu apa yang baik untuk di arah pada anak-anak. Kita lihat kenapa anak-anak menjadi tidak berdisiplin kerana bapa sendiri kurang menunjukkan disiplin yang bagus pada anak-anak, terutama dalam hal solat, apa lagi solat jemaah. Maka apabila bapa tidak mengambil tugas mengarah maka jadilah ibu mengambil tugas mengarah dan juga mengurus. Bila ini berlaku si ibu akan dianggap sebagai suka berleter dan bapa pula sekadar menjadi pemerhati. Mungkin tidak semua begitu keadaanya, namun  jika keadaanya begitu dalam rumahtangga, ia masih boleh diperbetulkan, baik ibu atau bapa, mereka berdua perlu menjadi model yang pertama kepada anak-anak.

Sebagaimana yang saya tekankan dalam pandangan saya sebelum ini, ibu bapa perlu dijadikan ikon atau idola pertama oleh anak-anak sebelum orang lain. Jika ibu bapa ingin menjadi idola/ikon maka mereka perlu menunjukkan contoh terbaik kepada anak-anak. Jangan menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan. Dimana kita ingin membetulkan si anak tapi diri sendiri masih berbuat silap.  Jika tersilap sekalipun mari kita sama-sama memperbetulkan apa yang silap dalam mentarbiyyah anak-anak. Moga anak-anak kita mempunyai jati diri yang kental hasil didikan hebat kita.
Bersambung….
Wallhauaalam 
Ummu Ieman Ihsan

Kerja 24 jam

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. 

Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!

Hargailah seorang isteri.. Kerana pengorbanannya tidak terkira...: Teduhan Kasih :



Dipetik dari FB

Friday, January 20, 2012

Teman penghibur duka perawat lara

Berceloteh tentang persahabatan, adakala kita rasa kita rapat dengan dia tapi sayangnya tidak semua perkara kita boleg berkongsi segala dengan teman itu. Ada juga yang kita baru sahaja berkenalan, namun kita boleh berbual mesra seolah begitu lama kita mengenali si dia. Pelik juga adakalanya,  ada teman yang kita sudah lama kenal, sering bertemu, tetapi kenapa persahabatan tidak boleh erat sebagaimana sepatutnya.  Ada ketika kita berada di situasi ingin berkawan dengan dia, tetapi seperti ada sesautu yang menghalang..seperti tidak rasi dan tiada titik temu untuk merapatkan hubungan dan menjadi lebih mesra..Adakah kerana minat, sikap atau cara pembawaan dan pemikiran yang berbeza..  
Apapun hal berkait tentang teman…dalam ramai-ramai teman kita, pasti ada juga yang mesra dan rapat di mana boleh kita berkongsi segala, menjadi peneman setia kala kesedihan, menjadi tempat berkongsi kegembiraan. 
Sepintas lalu pernyataan di atas.. pernahkah kita terfikir kita ini memilih teman yang bagaimana? Adakah kerana kehebatan diri dan kemewahan yang dimiliki, atau apa sahaja yang teman itu miliki? Atau kita menyukai dia kerana sering menambatkan hati, mendamaikan jiwa dan menceriakan suasana… 
Biar siapapun teman kita biarlah dia dan kita ikhlas bersahabat ..kerana persahabatan itu pastinya dari Allah dan kerana Allah. Memetik kata-kata Imam Nawawi: "Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."


Buat si dia temanku yang bernama suami..moga menjadi teman setiaku buat selama..

TIADA DUKA YANG ABADI

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam 'kan berakhir, hari 'kan berganti
Takdir hidup 'kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam 'kan berakhir, hari 'kan berganti
Takdir hidup 'kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini


opick

Thursday, January 19, 2012

Kematian itu Sesuatu yang Pasti!

Salam Jumaat buat semua..


Saat menulis coretan hari ini saya sebenarnya baru sahaja pulang dari melawat jenazah ayah kepada rakan baik saya yang dulunya satu sekolah dan satu universiti. Persahabatan kami terjalin utuh kerana kebetulannya kami tinggal di taman perumahan yang sama. Sewaktu zaman sekolah dan juga sewaktu di universiti malah bila sudah berumahtangga pun saya pernah dan sentiasa berkunjung ke rumah arwah. Sahabat saya ini juga terlibat dalam Alumni sejak dari peringakt awal penubuhan Alumni MM sehinggalah sekarang. Ada banyak perkara yang sering kami berkongsi bersama. Apa yang ingin saya kongsikan hari ini bukanlah kisah persahabatan, namun apa yang ingin dikongsi adalah tentang saat kematian dan kematian itu adalah sesuatu yang PASTI akan berlaku... Tiap-tiap jiwa merasakan kematian. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. barang siapa dijauhkan dari neraka & dimasukkan dalam Syurga maka sesungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yg memperdayakan.” Ali-Imran : 185 


Kematian itu baik dengan apa cara sekalipun, di mana jua atas sebab musabab yang mungkin berbeza-beza namun kematian itu akan muncul jua.. sebagaimana Allah berfirman bermaksud: Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu di dalam benteng yg kukuh.” An-Nisa : 78. 


Memperkatakan tentang kematian pasti ramai di kalangan kita akan merasa takut dengan kematian itu, kerana takut dan terfikir adakah sudah cukup amalan yang kita perbuat selama ini? Adakah kita bakal selamat dari azab kubur dan hari kiamat.. Maka hati akan merasa insaf.. merasa begitu kerdilnya diri untuk bertemu Allah yang Maha Kuasa.. merasa banyak perkara masih belum sempurna.. Tetapi sebagai yang bergelar insan kematian itu sepatutnya memberi satu kekuatan untuk kita sentiasa beribadat dan memperuntukkankan waktu melaksanakan segala tanggungjawab yang telah di amanahkan..  Oleh itu belum terlambat wahai diri, untuk kita memperbaiki apa yang telah kita perlakukan di dunia yang sementara ini. Allah berfirman mengingatkan kita semua yang bermaksud: “Pada hari mereka melihat Qiamat, maka terasalah oleh mereka seolah-olah mereka tinggal di dunia ini melainkan hanya sepetang atau sepagi sahaja” (Surah An-Nazi’at ayat 46). 

Bagi kita yang masih bernafas dan bagi insan yang telah pergi ke alam baqa, kita sentiasa mengharap dan berdoa semoga kita ini akan tergolong dalam golongan yang menjadi kekasih Allah, yang mana kehadirannya ditunggu-tunggu.. Pemergian ke dunia abadi itu menjadi satu istirehat yang amat bermakna kita kerana di situlah kita akan mendapat kebahagiaan abadi. Firman Allah  yang bermaksud: 
"Wahai jiwa-jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredhai (disisi Tuhanmu), serta masuklah engkau ke dalam kumpulan hamba-hambaKu yang berbahagia dan masuklah ke dalam syurgaKu.” al-Fajr, 27-30

Menutup coretan ringkas saya hari ini, mari sama-sama kita panjatkan doa kepada Allah moga kita akan mendapat kebaikan dunia dan kebaikan akhirat. Ya Tuhan kami berilah kami kebaikan di dunia dan akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka.”(Surah Al Baqarah: Ayat 201)


Ammeen....

Wallhuaalam.
Ummu Ieman Ihsan
20. Jan. 2012

Wednesday, January 18, 2012

APA ADA PADA CINTA

Kata Ustaz cinta itu anugerah 
Kata Polis cinta itu sukar ditangkap 
Kata Doktor cinta tidak dapat untuk diubati 
Kata Guru cinta  tidak boleh untuk dipelajari 
Kata Hakim cinta tidak boleh dihukum 
Kata Chef→ cinta itu tidak boleh dirasa
Kata Orang cinta itu indah 
Kata Rangga ada apa dengan cinta 
Kata Radja benci bilang cinta 
Kata Agnes Monica cinta  tidak ada logika 
Kata Allah cinta itu milik-Nya.