Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, November 1, 2019

Tip elak stres

Tip elak stres

Bahagia ada pada hati yang ikhlas
Motivasi diri terjelma dari matlamat yang jelas.

Ramai diluar sama merungut, majikan tidak hargai, suka membandingkan kita dengan staf lain, suami tak puji masakan kita setelah berpenat memasak, mertua tidak pandang pemberian, adik beradik tidak menilai pemberian, anak-anak tidak tahu berterima kasih dan banyak lagi isu yang hampir sama.

Tip bahagia dalam hidup adalah buat apa yang membahagiakan kita.
Ramai yang hidup terpenjara dalam kesedihan dan stres kerana melakukan perkara demi membahagiakan orang lain.

Akhirnya lahir rasa kecewa bila tiada pengiktirafan.
Rasa sedih bila segala pengorbanan terasa tidak dipandang.
Rasa malas meneruskan perkara yang ada kerana tiada lagi motivasi diri.
Kepuasan yang dimahukan juga tiada lagi.

Oleh itu mari mulakan cara yang baru. Caranya adakah segala perbuatan yang dilakukan dengan meletakkan niat kerana mahukan reda Allah.
Setiap perkara yang dibuat akan mendapat ganjaran Allah walau tiada pengiktirafan manusia.

Bila motifnya reda Allah, kita berbuat bukan untuk "please other people".
Insan yang tidak mengharap pada manusia hatinya tenang, jauh dari rasa gelisah.

Pujian dan kejian manusia tidak mendatangkan bekas pada hati dan jiwa.
Bahkan setiap cabaran akan mudah diatasi tanpa perlu berdepan tekanan.

Berhentilah mengharap pada insan.
Harapan hanya pada Allah. Doa agar Allah pandang segala usaha kita walau tidak dipandang manusia. Ini lebih penting dari segalanya.

#motivasi3i
#diarikaunselor


Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment