Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, October 31, 2013

Tips Menjadi Ibu Bapa dan Pendidik Berjiwa Besar

 
Bismillah,

Peranan pendidik sangat bpenting dalam kehidupan seseorang inidividu begitu juga ibubapa. Pendidik ibarat pelari gantian memegang baton, dari guru tadika diberl pula kepada guru sekolah rendah, kemudian guru sekolah menengah hinggalah ke peringkat seterusnya. Manakala ibu bapa pula berperanan sebagai peniup wisel, penjaga masa, penjaga garisan,pengadil... untuk memastikan mereka berjaya ibu bapa perlu menjadi coach yang bijaksana untuk anak-anak.
Ibarat pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya” .  Begitulah juga dalam mendidik anak-anak.  Sewaktu kecil lagi mereka perlu dididik dan diasuh dengan cara hidup Islam. Jika dewasa baru kita sedar dan mahu mengubah stereng kehidupan mereka, kita memerlukan masa dan cara yang tersendiri. Sebagai ibu bapa mahupun pendidik tiada istilah terlambat atau putus asa dalam mendidik dan mentarbbiyyah anak-anak. Bahkan hingga anak-anak berumahtangga ibu bapa masih perlu berperanan Cuma caranya sahaja berbeza.
Individu yang lahir dalam budaya dan didikan berbeza pastinya agak susah untuk diubah, namun ia tidak mustahil kerana ibarat batu yang dititis air jutaan kali maka akhirnya ia menjadi lekuk walau air itu lembut sifatnya. Maka itulah tekniknya dalam mendidik, kelembutan itu tersembunyi hikmah yang besar jika kita yakin dan percaya. Itu juga yang diajar oleh Rasulullah dalam mendidik akhlak dan peribadi Arab Jahiliyyah.
Wallahualam

Tuesday, October 29, 2013

Tips Pembangunan Usahawan

Tips Pembangunan Usahawan

jangan sampai partner tak percaya pada kita bila berpartner, tak suka tak mengapa.
Org suka kdg membebankan juga.
Jodoh bisnes kita adalah modal bisnes kita dlm partnership.
Boleh memberi kepercayaan dan mampu bekerjasama dengan orang lain.
Jangan sekali kali mengumpat partner kita pada orang lain. Jangan sampai orang kita sbb dia reflect diri kita, nanti orang takut nak berpartner dengan kita.
Apa masalah kena diam diam, biar kita dengan dia.
Hayat partnership perlu dijaga.
Sebab bercerai itu biar atas perkara yang munasabah.
Orang baru akan ada kesilapan tp 2 perkara perlu jaga;
1) Jaga kesilapan jgn buat lagi
2) Kerjasama amat perlu diterapkan.
Banyak perkara bila diperbetulkan
terutama dlm hal semangat bekerjasama.
Dalilnya kerugian di absorb tp semangat mesti diperkukuh, contohnya Peristiwa Perang Uhud.
Walau kalah teruk disebabkan tentera pemanah kerana harta. Nabi tidak siasat, tiada hadis tentang kenapa kalah perang Uhud, jadi buat silap tidak perlu post mortem, nabi tidak siasat, kisah itu dari para sahabat. Hikmahnya Nabi tidak siasat kerana semangatnya.
Bila Nabi tak sebut semangat juang kekal tinggi. Bahkan tiada nama sahabat yang keluar.
Antara membetulkan kesalahan dan menjaga semangat kerjasama lebih penting kekalkan semangat.
Kesilapan bukan jenayah, ambil duit sendiri itu jenayah.

Bagaimana cara menjaga semangat partner?
Kita adalah self employd.Ada ramai staf termasuk partner, Sebagai ketua kita mesti jaga semangat kerja partner dan maruahnya.
Apabila situasi berlaku orang mengadu orang kuat kita, tntg kerja, management style pegawai kita jangan kita layan. Jangan kita panggil partner kita. Jika kita lauan maknanya kita lebih percaya partner kita.
Apabila kita maklumkan orang bawahan tentang partner kita menyebabkan staf tidak percaya lagi pd partner.
hal hal emosi



Sent from my iPhone

Saturday, October 26, 2013

10 Tokoh Usahawan Muslimah


Bismillah,

Hari ini Alhamdulilah diberi peluang berkongsi tentang buku 10 Tokoh usahawan Muslimah di TVHijrah dan dalam masa yang sama juga berkongsi ilmu bersama para agen usahawan Sarah Kids tentang motivasi keusahawanan dan strategi perniagaan. Ia satu rahmat bila diberi peluang berkongsi kerana dengan berkongsi ilmu moga-moga Allah menambah ilmu yang sedia ada. ia juga bukan bermakna kita kebih bagus dari orang yang kita berkongsi kerana setiap kita ada kelebihan.

Sesungguhnya perniagaan adalah nadi ekonomi dan wanita merupakan antara yang ramai menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Oleh itu bila menjadi usahawan falsafah perniagaan dalam Islam itu perlu difahami, etikanya perlu dipatuhi agar rezeki yang berkat diperoleh bagi menjamin kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

Perniagaan adalah salah satu cara wanita menambah pendapatan. Ia dilihat sukar namun inilah tarbiyyah Ilahi kepada Rasulullah dalam menjalankan perniagaan serta diberi pasangan yang juga ahli perniagaan. Maka ada hikmah bagi kita sebagai umat Islam untuk menyahu cabaran dan keuntungan perniagaan.

Wallahuaalam 

Sunday, October 20, 2013

Imej diri wanita


Bismillah,

Alhamdulilah masih lagi diberi ruang dan peluang untuk berkongsi. Semalam saya mengajukan pertanyaan tentang perlunya menjaga imej diri, tetapi sejauh mana kita perlu bermake up dengan alsan wajh kusam, wajah tidak menarik dan sebaginya. Persoalan tentang make up ini perlu kita faham iaitu di mana? untuk siapa?

In sya Allah saya mengupasnya persoalan ini dalam buku yang sedang dalam penulisan iaitu Motivasi 3i untuk Wanita. Setiap wanita mahu dilihat cantik dan amat mendambakan untuk menjadi cantik lebih-lebih lagi untuk orang yang tersayang iaitu suami. Apapunpun yang diimpikan moga kita lebih faham apa ertinya CANTIK.
Wallahuaalam.

Tuesday, October 15, 2013

Superwoman



Bismillah,

Saya masih lagi dalam mood menulis inspirasi buat wanita dalam siri buku Motivasi 3i. Salahsatunya akan memperkatakan tentang superwoman. Ia merupakan isu yang sering dikaitkan dengan wanita perlu ada superskill, berkebolehan, mampu urus rumahtangga dan juga kerjaya sera apa sahaja tanggungjawab.

Sebagai wanita kita seringkali perlu mencari resepi-resepi kejayaan. Kita perlu berusaha untuk memperbaiki diri. Mungkin tidak akan sempurna banyak perkara tetapi setidaknya kita boleh perbaiki dan menambah baik apa yang ada. Mustahil untuk kita sempurna dalam banyak perkara namun perlu kita lihat dari sisi positif bagaimana mahu berubah.

Ramai wanita di luar sana sering merungut kerana terpaksa melakukan banyak perkara, hingga ada masa tidak dapat memberikan perhatian untuk diri sendiri. Betul, wanita adakala terlalu banyak berkorban hingga lupa membelai diri. Ada masa mahu merehatkan diri sahaja tidak ada masa untuk itu kerana tumpuan masa sepenuhnya kepada tugas rumahtangga dan juga kerjaya. Jika wanita mempunyai kerja part time maka bebannya akan lagi bertambah.

Realtitnya, menjadi superwoman perlu membuat pengorbanan selari dengan misi dan visi yang ada. Pengorbanan yang mahu di buat itu perlu dipastikan matlamat yang jelas. ia bukan semata menjadi superwoman kerana mahu memastikan hidup bahagia di dunia tapi perlu memastikan wanita juga "super" dalam beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah.

Kesimpulannya, wanita yang hebat adalah yang membahagiakan suami dan keluarga, sentiasa berfikir mahu memberikan terbaik kepada orang di sekelilingnya, dan berfikir untuk memajukan diri dan membangunkan ummah.
Wallahuaalam.

Sumber Motivasi



Hidup adalah dengan memberi. 
Tanpanya kita manusia seperti tidak befungsi


Makna Iman


Bismillah,

IMAN, ia umpama air yang berharga. Paling mahal, paling bernilai dari segala galanya di dunia ini saat kita mendambakannya. Walau hakikatnya IMAN tidaklah sama atau boleh disamakan dengan air kerana IMAN lebih bernilai dari dunia dan segala isinya. Maka berharga dan bernilainya iman kepada insan ia perlu diletakkan pada tempat yang selamat. Ibarat air ia tidak tercurah tanpa manfaat. Air yang ada boleh menumbuhkan  tumbuhan, menyuburkan tanaman. Begitu jua iman, adanya iman dalam diri individu mampu menjaga diri seseorang agar tidak terjerumus ke lembah kehinaan. 


....petikan dan buku terbaru inspirasi 3i untuk wanita.

Monday, October 14, 2013

Kelebihan Hari Arafah


Bismillah. 
Hari yang barakah. Ia detik yang sering dinanti. 
Munculnya hanya sekali dalam setahun. 
Allah turun ke langit dunia untuk memperkenankan doa hambnya.
Beruntunglah bagi yang berkesempatan berada di bumi Arafah. Namun bagi yang lain, hari ini adalah sebaik hari unutuk beramal juga berdoa. Moga Allah menerima amalan kebaikan kita semua.

Saturday, October 12, 2013

Teori Lateral Thinking

LATERAL THINKING

Apakah keperluan membuka bisnes masing-masing?
Ramai orang takut untuk berangan membina impian, apalagi mahu bertindak.
Kemerdekaan minda tiada menyebabkan ia menghalang pergerakan.

Distributors and Autonomous
1.    Mengikut cara nabi mentadbir Negara
2.    Semua perkara diberi peluang untuk bergerak sendiri. Di PTS contohnya setiap 10 minit boleh tahu jualannya.
3.    Sistem yang baik akan banyak membantu usahawan dalam pengurusan.
4.    Konsep kerjasama adalah ABS berpusat.
5.    Apabila mahu membuka apa-apa syarikat ABS boleh berunding terus dengan ABS Chapter.
LATERAL THINKING
1.    Pelajar akan diajar mematuhi peraturan budaya.
2.    Ramai budak pandai lambat naik pangkat kerana apa? Apa yang paling pelru untuk cepat membina diri apabila ada “acceptability and ability”.
3.    Jika mahu menjadi orang pertama memanjat dindibng yang tinggi kita perlu ada bahu orang lain. Bagaimana mahu mendapatkan bahu orang lain yang bagi bahunya?
4.    Rule kejayaan perlu SOKONGAN. Selepas Berjaya perlu bantu kawan untuk naik bersama-sama kita. Kita perlu berlumba-lumba untuk angkat kawan-kawan kita cepat Berjaya.
5.    Konsep menang dengan cara menangkan orang lain.

Definisi:
1.    Lateral Thinking adalah dari De Bono. Ia kaedah berfikir untuk menghasilkan idea baru dan boleh Nampak benda baru tersebut.
2.    Jadi kita tidak mudah menolak idea-idea yang kita tidak pernah dengar.
3.    Hyphotehesis diparkatiskan dalam LT. Ia berfikir dengan menggunakan perkataan “Seandainya”.
4.    Nabi bersabada... “ Seandainya bulan diletakkan ditangan kiriku dan matahari di tangan kananku..” Maksudnya BERANI BERFIKIR .
5.    Dorongan untuk berfikir itu besar ganjaran, contoh berfiki buat baik sudah dapat pahala.
6.    LT adalah teknik yang dicipta spaya kita bleh menghasilkan idea, formula, prosedur baru, strategi yang baru dan lain-lain.




Case Study 1
Tuan pergi ke kedai haiwan membeli anjing jaga. Selepas anjing jaga itu masih tidak menyalak. Fikirkan apa yang tuan dapat lakukan?
Cadangan:
-Tujuan beli anjing untuk jaga?
-Kenalpasti kenapa anjing tak menyalak?
-Berunding dengan Tuan kedai?
-Mencari alternative baru?
Persepsi : Anjing ada problem jadi carikan solusi contohnya:
1.    Jangan beri makan
2.    Beri kucing
3.    Tukar tempat
4.    Klinik
5.    Pulangkan
6.    Bawa ke kubur
*      Kenapa kita fikirkan anjing itu bermasalah?
*      Kenapa orang pandai adakala brtindak melakukan sesuatu yang bodoh. Cara berfikir itu bagaimana mekanismanya yang menyebabkan orang pandai bertindak bodoh?
*      Mengapa sesuatu yang bagus menyebabkan kita keluarkan duit?
*      Cara berfikir ini ada pola-pola (patterns). Contoh jika kaya perlu bergaya, Jadi dalam otak kita sudah ada pelbagai pattern.
*      Pattern ini menjadi hijab kepada kita. Dengan kata lain kita adakala menyelesaikan problem yang bukan problem.
*      Sebab itu orang pandai banyak problem kerana banyak melihat masalah. Penyelesaian yang diambil pula bersifat bodoh. Contoh anak yang ada masalah juvenile ibu bapa perlu di bawa ke mahkamah.



Ciri-ciri Orang yang Mengamalkan Lateral Thinking
a.    Mendengar tanpa membuat persetujuan :(dalam perkara baru tidak ada betul atau salah dengan menangguhkan pendapat) –delay judgement.
Inidividu takut bila tiada pendapat kerana di samakan dengna bodoh.
b.    Tidak berdebat : (Aristotltle, Plato menggunakan teknik berdebat, tetapi teknik berfikir Nabi SAW adalah LT iaitu jangan cepat melihat problem dan  PT Pararel Thinking.
Ibarat orang berenang hanya berada di line sendiri. Menerangkan bahagian kita sahaja, dengan tidak mengatakan orang lain salah. Apa yang penting memberi fakta sahaja.


Case Study 2
Tin Sardin yang kemek. Bagaimana mahu mengelakkan tin yang kemek? Berikan alternative.



Thursday, October 10, 2013

Summer Camp 2013

Bismillah, Jumaat yang barakah hendaknya untuk kita semua. Hari ni suasana ceria kembali setelah Eiman kembali dari kem Kepimpinan yang diadakan oleh PPD K.Selangor. Ini kali ke dua kami menghantar IEiman jauh dari pandangan mata. Risau pun ada kerana bimbang dia tidak mampu membawa diri. Bila beliau balik semalam, memang nampak keletihannya. Part yang seronok bila saya bertanya" Eiman nangis tak? Rindu tak kat Ummi?" Kata Eiman tak nangis tapi nangis sorok-sorok " Tergelak saya "Nagis sorok-sorok tu bagaimana Man?".. Selamba Eiman menjawab "nangis masa waktu solat jemaah"... Kata Eiman dia rindukan Ummi...

Monday, October 7, 2013

Sunday, October 6, 2013

Tips Melariskan Buku Agama dan Dakwah


Bismillah, sedikit perkongsian buat pembaca, Ia dipetik dari facebook milik saya:
Ilmu yang bermanfaat itu perlu dikongsikan, sewaktu melewati sebuah kedai buku yang suasananya sepi saya hati berbelah bagi mahu menyampaikan atau tidak, kaki saya sudah melewati kedai tersebut namun saya percaya ia satu misi dakwah maka saya berpatah balik." Tuan boleh saya berkongsi tips".. Muka jurujual itu seperti agak berkerut dan penuh perasangka. " Berkongsi apa kak?" nadanya seolah saya mahu menjual barangan. " Seorang rakan yang berjaya hebat dalam perniagaan seperti ini, bahkan kedai yang pernah saya lihat sebelum ini memasang Al Quran atau nasyid bagi menarik perhatian pelanggan". Dia seperti terpana dengan kata-kata itu. Lalu spontan beliau mengucapkan terima kasih berkali-kali. "Katanya saya sudah terfikir sebelum ini tapi entah kenapa belum berusaha untuk melakukan. Moga dilimpahkan rezeki kepada insan-insan yang berniaga Al Quran. buku-buku agama serta pakaian haji dan umrah.

Realitinya berniaga memerlukan mentor atau coaching seeta khidmat nasihat. Jika tidak mampu melakukan itu maka ramaikan sahabat kitqa, pasti kita memperoleh ilmu dari mereka. Jika tidka banyakkan membaca buku-buku yang berkaitan agar usaha dan kerativiti dapat dijana demi kelangsungan bisnes dan kejayaan masa akan datang. 
Wallahuaalam