Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, March 28, 2012

Kesetiaan Nilai Yang Tiada Harga

Kesetiaan adalah satu ciri yang utama perlu ada kepada setiap pasangan yang berkahwin. Tanpa kesetiaan adakala ia boleh membawa kepada kemungkaran. Kita lihat apa yang berlaku diluar sana yang ada kalanya sesuatu yang tidak ingin perkara itu berlaku kepada diri kita. Perhatikan bagaimana suami bermain kayu tiga, isteri pula begitu juga. Ada yang mempunyai kekasih gelap, ada juga yang curi-curi bercinta di alam maya, bahkan ada juga yang sanggup bersekedudukan biarpun sudah mempunyai keluarga dan rumahtangga. Kenapa ini semua berlaku? Adakah ia satu fenomena  disebabkan pengaruh pelbagai media yang ada, atau kurangnya keimananan dalam dada hingga sanggup melalkukan perkara yang melanggar tatasusila. Sekiranya hari ini kita bergelar suami atau isteri, belajarah unutk kekal setia dengan pasangan kita, sekiranya hati sudah tidak cinta sekalipun, ikhitartlah cara bagi mengatasi segala perkara yang di alami dalam rumahtangga. Jangan kerana tiada kebahagiaan maka kita mengambil jalan singkat untuk melupakan maslaha atau melampiaskan hawa nasu sesuka hati kita. 
Ingatlah, hiburan ini hanya sementara di dunia. Segala perbuatan kita yang membawa dosa akan di balas di akhirat sana. Jagalah maruah diri, belajarlah menjadi pasangan yang setia, pupuk la rasa cinta hanya kepada pasangan kita. Tidak kita engkar bagi lelaki mereka berhak untuk menambah dua atau tiga, tapi biarlah kena pada cara dan susilanya. Bagi yang bergelar wanita, jagakha maruah kita. Jangan mudah melakukan perkara yang boleh menimpa bala kepada diri.  Bagi yang lupa dan hanya berfikir akan nafsu, ingatlah kita hidup bukan menongkat langit. Usia semakin hmapir kepenghujung. Mengikut hawa nafsu tidak akan mendapat bahagia dan ketenangan yang sebenar. Berusahalah mencari hakikat bahawa kebahagiaan apabila ita menjaga diri dan bukan menghambaknnya melakukan dosa. Jadilah insane yang setia, kerana orang yang setia pasti ada ganjaran di sisi Allah. 

Dipetik dari buku ; Bila Jodoh Menyapa.

Monday, March 26, 2012

Memenuhi Harapan Bukan Satu Perkara Mudah



Saya ingin berkongsi tentang satu kisah, moga-moga ia memberi pengajaran buat kita terutama dalam memenuhi harapan orang terhadap kita. Sekarang ini Alumni 'AMM' bekas sekolah lama saya sedang sibuk mencari dana unutk membangunkan sebuah masjid bagi menampung keperluan para pelajar unutk beribadat. Dana agak kurang mendapat sambutan kerana sekolah ini bukanlah dibawah kerjaaan sepenuhnya, ditambah pula banyak kekangan yang ada. Saya selalu AJK cuba juga menghubungi mana-mana yang dikenali dengan harapan mereka sudi menghulur. 

Pada suatu hari saya berkebetulan ingin bertemu dengan sahabat saya yang merupakan pensyarah universiti tempat saya bernaung sekarang ini. Sahabat saya ini berbesar hati untuk memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah MM secara percuma. Sedang saya berjalan menuju ke bilik beliau untuk berbincang berkenaan module motivasi, saya terpandang bilik rakan saya sedikit terbuka. Berkebetulan saya mengenali beliau kerana kami juga adalah satu sekolah dan satu universiti, maka saya mengambil kesempatan untuk memaklumkan tentang tabung masjid yang sedang kami usahakan. 

Apabila beliau maklum hal tersebut maka katanya, "minta maaf sebab masjid ditepi rumahnya juga sedang dibangunkan". Saya sebenarnya agak sedikit terkedu dengan jawapan itu, kerana pada pandangan saya apalah salahnya menghulur hatta RM1 sekalipun atas dasar memenuhi harapan kepada orang yang meminta. Saya percaya tiada paksaan unutk bersedekah. Tetapi tidak kita sebagai bekas pelajar merasa terhutang budi dengan sekolah yang menjadikan kita insan tersohor, hingga kita mampu merangkul 'sijil pas habis darjah'. Tidakkah kita rasa terhutang budi dengan para guru yang telah berbakti pada kita. Menjadikan kita bergelar manusia terbilang. 

Tetapi itulah hakikat kehidupan, setiap manusia punya sisi pandang yang berbeza. Tetapi pesan saya kepada para pembaca, bila ada orang datang meminta, penuhilah harapan itu biarpun dengan serinhhit yang ada ditangan kita kerana pasti ganjaran yang Allah beri adalah lebih besar. Mungkin kita sudah memberi ditempat lain tetapi tidak salah unutk memenuhi, apalagi jika kita tidak mampu melakukan sebagaimana orang lain dalam memberi idea, tenaga, setakat seringgit dua apa salahnya. Untuk sekolah kita yang sememangnya menuntut unutk kita menyumbang kembali setelah kita berjaya.... 

Kesedihan saya bukan kerana tidak memperoleh walau sedikit derma, tetapi kesedihan saya terhadap sahabat saya adalah kerana kurangnya nilai unutk memberi dan memenuhi harapan. Kita bukanlah insan terbaik namun  kita boleh berusaha menjadi lebih baik, saya teringat kisah Saidina Ali r.a dan Saidatina Fatimah Az Zahra. Betapa pemurahnya mereka hingga ada disebut kisahnya didalam Al Quran perihal memberi sedekah. Apabila membaca kisah beliau, terasa diri amatlah kerdil, kerana sudah pastu saya tidak mampu menjadi sehebat itu dalam MEMBERI.

Moga ia menjadi ibrah buat kita dalam memberi, ingatlah kita tidak membawa harta ke alam fana, tetpai sedekah jariahlah yang bakal menjadi peneman kita di sana nanti. 
Wallahuaalam.

Bila suami minta izin kahwin lagi....


Seorang sahabat FB bertanya, jika secara tiba-tiba seorang suami meminta dengan isterinya untuk  berkahwin lagi. Antara persoalannya:
a)      Apakah jawapan yang patut diberi oleh si isteri dengan harapan suami tidak jadi untuk berkahwin lagi?  
b)     Bagaimankah harus REAKSI si isteri terhadap suami supaya suami tidak jadi berkahwin?
c)      Apakah SIKAP yang patut di persembahkan kepada si suami dengan harapan suami berubah pendirian? 
Ada beberapa jawapan oleh sahabat-sahabat lain, antaranya:
Bertanya kepada si suami bagaimana beliau akan menjalankan kehidupan seharian selepas berkahwin? Ada yang berkata  jangan dihalang tetapi berikan servis yang luar biasa dari sebelum ini kepada suami tersebut. Ada juga yang berpendapat boleh sahaja si suami berkahwin yang penting si suami mampu zahir batin adil saksama apa nak halang . Ini antara jawapan yang dapat dipetik dari komen sahabat-sahabat.
Jawapan saya kepada persoalan di atas…..
Persoalan tentang impian berkahwin lebih dari satu atau ada juga yang berimpian nak kahwin sampai empat merupakan impian ramai lelaki. Islam memberikan keizinan untuk para suami yang berkemampuan berkahwin lebih dari satu. Ia merupakan sunnah Nabi Muhammad. Perkahwinan perlu dipasak atas tujuan dan niat yang betul,ia bukan sekadar melampiaskan angan-angan kerana mahu dilihat sebagai lelaki hebat.
Berkahwin tanggungjawabnya besar kepada suami kerana suami perlu memberi nafkah zahir dan batin serta mendidik dan metrabiah isteri dan anak-anak dengan didikan Islam. Selain itu kemampuan juga perlu di penuhi.Ia bukan setakat berkemampuuan dari segi wang ringgit, tapi lebih utama memberikan keadilan kepada masa, layanan dan kasih saying. Seorang suami perlu bijak menjadi pemimpin dalam rumahtangga.
Banyak rumahtangga yang runtuh kerana suami tidak mampu menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga. Oleh itu bagi yang berimpian untuk kahwin lebih dari satu lebih-lebih lagi berimpian untuk kahwin tiga atau empat, sehabis kuota yang dibenarkan kepada yang bergelar lelaki, maka patuhilah apa yang disarankan oleh Islam. Mulakan impian dengan niat yang betul, bukan untuk melampiaskan nafsu atau menunjukkan kehebatan serta menyahut cabaran rakan-rakan kerana ingin menguji pasaran, tetapi berkahwin demi untuk menegakkan ummah kearah kebaikan.
Berkahwin kerana ingin membantu nasib wanita yang tidak terbela. Jika niat dan perlaksanaan yang betul diaplikasikan, maka sudah pasti Allah akan mengurniakan kebahagiaan kepada rumahtangga yang terbina. Ikuti perbincangan tentang jodoh dalam buku terbaru saya…. Apabila Jodoh Menyapa: 33 Persoalan Jodoh Dan Perkawinan.

HARGA YANG PERLU DIBAYAR



Setiap perkara dalam hidup kita memang jika kita ingin melakukan sesuatu perkara maka sudah pasti kita adakalanya perlu membayar satu harga yang mahal. Banyak contoh yang berlaku dalam hidup kita kita terpaksa membayar, seperti:
1)kesilapan dalam membuat keputusan maka bila ia tidak menjadi sebagaimana yang kita harapkan maka kita terpaksa menanggung kesannya
2)berlaku perceraian daam rumahtangga padahal pasangan itu kitalah yang memilih walaupun ramai yang menentang
3)gagal dalam jurusan yang kita ambil walhal ramai orang tekah memberi nasihat, tetpai kita tetap ingin mencuba
4)tidak berjaya dalam perniagaan yang diceburi padahal kita sudah memberikan sepenuh usaha dan strategi. Dll….
Terpaksa mengambil risiko untuk menerima keputusan yang kita peroleh walaupun mendukacitakan kerana itulah pilihan kita sebelum ini, maka itulah yang dikatakan kita pelru membayar harga yang mahal atas segalanya. Soalannya:
Adakah kita perlu menjeruk rasa menyalahkan diri tidak berkesudahan?
Apa untungnya kita mengenang perkara yang telah berlaku dan merintih dengan nasib?
Apa kesudahan cerita dalam hidup kita jika kita asyik menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku?
Apakah terlalu mahal bayaran itu hingga kita tidak mampu untuk melangsaikanya dan memulakan semula sesautu yang baru?
Adakah begitu teruk kehidupan kita hingga kita telah hilang segala-galanya?
Pendekkata ada banyak alasan boleh kita beri kerana terpaksan menanggung kerugian tersebut, contoh orang yang berniaga terpaksa menanggung rugi hamper seratus ribu ringgit kerana kesilapan memilih strategi. Persoalannya jika kita tidak berniaga, adakah ujian itu tidak akan berlaku? Perhatikan orang yang ditimpa musibah rumah terbakar, adakah mereka sengaja atau itu memang ketentuan untukknya kerana Allah ingin mengambil semula apa yang telah dia beri. Bagitu juga bagi yang menyesal kehilangan orang tersayang kerana berlaku perceraian, tidakkah kita perhati ada insan yang sedang berkasih saying namun tanpa diduga kasih saying diragut dengan perginya orang tersayang buat selama. Tidakkah ini dikatakan musibah?
Oleh itu jika satu ketika ada hal yang menuntut kita membayar satu harga yang mahal sama ada kerana kesilapan diri atau orang lain, cara terbaik adalah melihat sekeliling kita, perhati apa yang masih kita miliki, dan bersyukur dengannya, bukan menangis tanpa bangkit berbuat apa-apa melunas segala yang hilang.
Percayalah harga yang paling mahal kita peroleh yang tidak kita sedari adalah:
PENGALAMAN DARI KEGAGALAN,
PENGALAMAN DARI KESAKITAN,
PENGALAMAN DARI KEHILANGAN,
PENGALAMAN DARI HINAAN DAN CERCAAN
Hasil dari pengalaman itu kita sebenarnya akan menjadi orang yang lebih MATANG, sekiranya kita mengizinkan diri untuk belajar dari pengalaman tersbut.

Wallahuaalam.


Saturday, March 24, 2012

7 STEPS TO HAPPINESS

Pincangnya Sebuah Keluarga

Laproan Harian Metro Ahad .25/3/2012
KUALA LUMPUR: Sebagai wanita bergelar nenek, dia sepatutnya menunjukkan teladan baik kepada anak dan cucu, namun apa dilakukan Latifa, 46, sangat mendukacitakan anak perempuannya. Wanita mempunyai empat cucu itu dikatakan bernafsu untuk menjalin hubungan songsang dan belaian manja dengan seorang wanita berperawakan lelaki atau lebih dikenali sebagai pengkid berusia 32 tahun. Demi menjaga maruah dan mengelak ibunya terus bergelumang dosa, seorang daripada tujuh anak wanita berkenaan dikenali sebagai Lily, 23, mengambil keputusan mendedahkan insiden yang mengaibkan keluarganya kepada Metro Ahad dan berharap ada pihak membantu menyelesaikan kebuntuan itu. “Memang saya pernah melakukan dosa kerana melahirkan anak luar nikah, tapi anak mana sanggup melihat ibunya terus bergelumang dosa dan melakukan maksiat depan mata. “Jika hanya mendengar cerita mungkin tak mengapa, tapi saya tak tahan lagi melihat perbuatannya di depan mata saya. Dia ibu saya dan saya akan terus menyayanginya. 
“Jika dia berkasih dengan lelaki tulen, saya mungkin tak kisah kerana selepas lima tahun ditinggalkan bapa, kami anak beranak hilang kasih sayang seorang ayah, namun yang dikesalkan, ibu menjalin hubungan songsang dengan pengkid,” kata Lily.

Membaca laporan akhbar ini menunjukkan kepada kita pincangnya sebuuh keluarga. Bermula dari kehidupan berantakan si ibu hinggalah si anak. Kita membacanya terpaksa mengurut dada dengan segala macam tragedi dalam keluarga, dari kisah si ibu yang menjalinkan hubungan sejenis, anaknya pernah mengandungkan anak luarnikah, perkahwinan yang berakhir dengan perceraian walapun anak-anak sudah membesar. Terfikir dalam benak pemikiran, adakah ini suratan takdir atau sebenarnya kerana kealpaan diri sendiri yang hidup tidak mengikut landasan Islam, maka kehidupan menjadi huru hara, terpesongnya amalan kehidupan. Persoalan ini boleh dilontarkan dalam pelbagai sudut pandang:

1) Siapakah yang bersalah?
2) bagaimana menangani?
3) Apakah kesan ini semua kepada masyarakat?
4) Sejauh mana peranan masyarakat dan pihak yang berwajib dalam menangani isu ini?


Apa yang paling menyedihkan, begitu jauh tersasarnya kehidupan umat Islam masa kini. Sebagai yang bergelar saudara se-Islam kita perlu memainkan peranan membantu mereka yang tersasar ini. Kita tidak boleh mencemuh mereka tetapiperlu membawa mereka ke jalan yang betul. 


Thursday, March 22, 2012

Cerita Satu Perjalanan


Perjalanan itu ada cerita tersendiri
Yang terlukis hanya Dia yang tahu
Yang tersirat hanya Dia yang faham
Yang tersimpul hanya Dia yang mengerti
Wahai insan
Liku perjalanan itu pastinya indah
Bagi yang merasa itu hanya sekadar tempias ujian
Kerana yang pasti
Alam di Sana sebaik-baik kerehatan
Bersabarlah diri dengan sekelumit kesusahan
Kerana sudah dimaklumi
kita hanya sementara di sini

Luka perjalanan silam itu
Baluti ia dengan kalam suci
Jika berdarah ditusuk nista
basuh ia dengan zikir
Redha dan pasrahlah diri
Moga berakhirnya perjalanan ini
Dengan Husunul Khatimah.

Menjawab Persoalan Anak-Anak Siri 1


Salam Jumaat
Hari ini saya ingin membicarakan tentang peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Sebagai seorang ibu adakalanya biarpun kita sudah menemukan kematangan tersendiri dalam kehidupan namun pada saya ada ketikanya kita belajar dengan anak-anak kita sendiri. Adakalanya kita belajar dari pertanyaan mereka.
Saya ingin berkongsi tentang pengalaman saya bersama satu-satunya anak saya Ieman Ihsan. ieman bukanlah suka bercakap banyak, seringkali apabila diajak berbual dia jarang mahu berbual, namun apa yang paling ieman suka adalah bertanya. Dia bertanya sewaktu tiada orang lain atau sewaktu saya melayannya makan di meja makan. Contohnya kelmarin, ieman bertanya “adakah DNA manusia sama dengan orang utan?” Saya bukanlah guru sains unutk menjawab dengan tepat, tetapi saya segera memberikan jawapan berkenaan kejadian manusia. Saya tahu ieman cuba memperkatankan teori Darwin iaitu teori Evolusi yang mengatakan manusia dari beruk. Dia juga pernah melawat museum yang memeprlihatkan bagaimana kejadian manusia dipaparkan dari gambar-gambar ‘homosapiens’. Sesuai dengan cita-citanya untuk menjadi saintis dan gelaran saya kepada beliau  Prof Dr.Ieman Ihsan Al-Hafiz maka sentiasa ada persoalan-persoalan yang perlu dijawab secara berhemah.
Maka saya ceritakan panjang lebar kepada ieman bahawa konsep kejadian manusia. Juga tentang bagaimana saintis tleha membuktikan kejadian manusia itu benar sebagaimana tertera dalam Al-Quran.Kejadian manusia terbahagi  dua iaitu The First Creation and The Second Creation. Kejadian pertama adalah dari kejadian Allah kepada Adam dan Hawa. Kejadian kedua adalah daripada perkahwianan Adam dan Hawa. Spontan ieman menjawab “Ha...mana dulu lahir Qabil atau Habil”  Lalu saya jawab Qabil adalah abang kerana walapupun kembar siapa yang lahir dahulu dikira sebagai abang. Lalu dia bertanya lagi, “Ummi cuba teka siapa orang pertama masuk syurga. Lalu saya tanyakan ieman kembali “Mestilah Rasulullah”. “Cuba teka siapa masuk syurga selepas Rasulullah” Saya jawab dengan selamba...” entahlah Ummi pun tak pasti” ... Ieman segera menjawab “ Ummi, selepas Rasulullah Abu bakar, lepas tu Umar...” Saya tersenyum sambil menyatakan “Oh iya ke...bukan Rasul dan Nabi-nabi ke?”
Pertanyaan itu tidak terhenti di situ kerana ieman bertanya lagi siapa umat pertama yang masuk ke syurga.. sudah tentu saya biarkan dia yang menjawab dan dia yang bertanya. Namun apa yang ingin saya kongsikan dengan pembaca, pertanyaan ieman mendorong saya untuk mencari di internet tentand DNa orang utan dan juga manusia. Memang ada satu kajian iaitu 97% DNA orang hutan hampit menyerupai manusia. Sekurang-kurangnya saya belajar dari ieman apa yang tidak saya tahu dan perlu saya tahu. Dalam masa yang sama saya dapat mendidik serta menanamkan kekuatan aqidah pada anak sendiri.
Semalam, ieman bertanya soalan cepumas kepada saya “Ummi kenapa orang yang masuk Islam boleh murtad?”
InsyaAllah saya akan berkongsi lagi jika ada ruang waktu...
Wallahuaalam.

Wednesday, March 21, 2012

Menjaga Kesihatan Diri Melalui Terapi Minda

Alhamdulillah hari ini semapt bertemu Prof Muhaya di ofisnya berkenaan penulisan buku. Beliau saya minta menuliskan kata-kata pengantar untuk buku terbaru saya iaitu Manhaj Kehidupan Khalifah Jiwa. Sebelum pertemuabn itu saya berkesempatan mendengar beliau berkongsi di radio IKIM. salah satu yang paling saya ingat adalah beliau mengatakan berdasarkan kajian 75% masalah kesihatan fizikal adalah berpunca dari minda. saya amat bersetuju dengan kajina ini kerana itulah juga yang dikemukakan oleh cendikiawan Islam Al-Balkhi yang mengatakan masalah kesihatan seseorang berlaku disebabkan oleh masalah psikologi.

Kita lihat rata-rata yang mengalami masalah sakit kanser, jantung, darah tinggi sebenarnya berpuncari dari tekanan, tidak cukup tidur, kerisuan serta kebimbangan hingga tidak lalu makan serta banyak lagi masalah kesihatan yang berpunca dari masalah dalaman diri. Hasil dari kajian serta pendapat yang dikemukakan maka adalah penting untuk kita menjaga kesihatan minda. kesihatan minda menjamin kesihatan tubuh badan.

Sebagai contoh masalah stress atau tekanan adalah punca yang boleh membawa kepada pentakit kronik. Lalu bagaimana cara mengelakkan stress atau menangani stress tersebut? Salah satu cara untuk menangani stress adalah dengan cara banyak berzikir. Zikrullah adalah ubat mujarab unutk mengelakkan dari tekanan, migrain serta meredakan perasaan. Mungkin segelintir meremehkan semua ini, tetapi sudah banyak yang berjaya menghilangkan masalah stress dengan zikrullah.

Selain itu cara yang mujarab juga adalah membaca Quran dan menghayati maknanya. Bagi yang memahami Bahasa Arab maka tidak susah bagi mereka, tetapi bagi yang tidak mereak boleh merujuk menggunakan Quran Tafsir. Apabila membaca dan memahami ayat-ayat tersebut, ia membantu melegakan perasaan yang tidak tenteram.

Selamat Mencuba Terapi Minda.
Wallahuaalam

Monday, March 19, 2012

Menjaga Solat

Antara siri TV yang menjadi kegemaran saya dan keluarga adalah 30 minit Ustaz Don TV Al Hijrah. Apa yang menarik adalah gaya dan approach beliau yan mudah difahami oleh semua golongan. Jika kita perhatikan, memang banyak channel yang memberi info pelbagai dalam bab keagamaan, oleh itu pilihan kita untuk memilih apa yang baik dan buruk untuk ditonton oleh ahli keluarga.
Sekarang ini tajuk 30 minit Ustaz Don adalah tentang tatacara solat. Dari apa yang dijelaskan, memang ia sangat menarik ditambah lawak spontan Ustaz Don yang begitu bersahaja namun penuh makna.
Memperkatakan tentang solat maka sudah pasti itu adalah kewajipan utama atas setiap umat. Ia merupakan amalan pertama dihisab di akhirat nanti. Malangnya ramai dikalangan kita begitu meremehkan solat, kewajipan solat diabaikan tanpa rasa bersalah.
Ada juga yang seolah menjadikan solat sebagai adat,contoh solat 5 waktu diabaikan,cuma solat Jumaat je yang dIlakukan.Ia seolah' solat Jumaat sekadar suka dan menjadi budaya bukan amalan. Anak-anak perlu dididik dan diasuh untuk mengutamakan solat, salah satunya mendidik mereka dengan solat berjemaah.
Wallahuaalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, March 18, 2012

Bila Hilang Fokus atau Berada dalam Kebuntuan


Ada ketikanya diri akan merasa down atau hilang fokus dalam melakukan sesuatu pekerjaan, simptonnya mudah. Iaitu apabila kita mengadap kerja yang perlu disiapkan kita akan merasa malas, tidak bersemangat, suka melakukan perkara yang tidak penting, mencari 'escapism' untuk bersantai bersama rakan. saat diri berdepan dengan kerja yang perlu dibereskan mula rasa sakit kepala, badan seperti ingin demam dan sebagainya. ini semua petanda kita berada dalam keadaan tidak bersemangat dan tidak bermotivasi untuk meneruskan apa yang perlu diselesaikan.

Sebagai contoh, ada kertas kerja yang perlu disiapkan, namun idea tidak datang sebagaimana baisa, ada akaun yang perlu diselesaikan, namun kita merasa sakit kepala dan migrain, perlu menyiapkan tugasan  yang diberikan pensyarah, saat mengadap pc mata mula rasa mengantuk, perlu datang kerja seperti biasa, tapi badan rasa sengal-sengal dan ingin MC atau juga rasa ingin tidur sepanjang hari... semua ini tanda diri tidak bersemangat, atrau diserang penyakit malas dek kerana kebuntuan atau hilang fokus... Oleh itu bagaimana cara mengatasi?

Mudah sahaja...
  1. Lakukanlah solat sunat, baca Al-Quran atau beristihgfar
  2. Bersenam dan cuba mendapatkan suasana yang lebig positif
  3. dapatkan tenaga atau motivasi dari orang sekeliling yang positif 
  4. Jauhkan diri dari kawan yang suka melepak atau membuang masa
  5. baca kata-kata perangsang yang boleh memberi semangat pada diri]
  6. ingatkan semula target atau cita-cita yang ada sebelum ini
  7. fikirkan orang-orang yang kita sayang yang bergantung harap kepada kita
  8. Buang ketakutan serta kemalasan dengna memerhati orang yang berjaya
  9. Buatlah kerja tersebut, hadapi dia, lakukan setakat yang mampu
  10. Mohonlah Hidayah Allah moga diberi kekuatan
Tiada jalan mudah unutk berjaya, teruskan usaha, pejamkan mata bayangkan kejayaan itu semakin hampir, ia ada di depan mata... selamat maju jaya

Keibubapaan : Menjaga Pemakanan Anak-Anak


Perumpamaan yang sering diguna pakai sekarang ini iaitu " we are what we eat "  atau dalam Bahasa Melayunya "kita adalah apa yang kita makan". Saya amat-amat bersetuju dengannya. Memang itulah yang Rasulullah ajar supaya kita menjaga diri dengan memakan perkara yang halal dan baik untuk kesihatan. Itulah salah satu sebab diharamkan rokok, arak dan sebagainya. Namun apa yang saya ingin ulas di sini adalah tentang pemakanan sihat  untuk anak-anak. Seringkali bila ada sesuatu peristiwa yang nostalgik maka acara makan-makan pastinya ada.. Maka salah satu yang biasa kita dimomokkan adalah KFC, McD dll. Maka tidak pelik anak-anak kita juga melihat dan berfikir tempat ini begitu special. Saya pula tidak meletakkan semua itu bernilai, 

Perihal pemakanan anak-anak adalah satu perkara penting tersenarai dalam tugas keibubapaan. Anak-anak saya tidak teruja dengan maggi, mee, atau yang sewaktu dengannya, tapi bukan bermakna tidak pernah merasa langsung. Percayalah pemakanan anak-anak membantu ke arah pertumbuhan otak yang sihat. Saya contohkan anak saya, iaitu ieman ihsan, beliau boleh mudah menghafal al Quran atau memorize pelajaran kerana jarang mengambil makannan yang mengandungi perasa, bahkan jika makan gula-gula saya selalu meminta ieman meastikan ada tanda halal pada pembalut jika tidak jangan ambil. 

Mungkin kita biasa mendapat hamper pemberian dari kawan-kawan dan sebagainya, namun biasanya banyak yang terpaksa dibuang ke dalam tong sampah kerana tidak ada logo halal, atau diragui kehalalannya. Ini semua perana kita dalam mendidik anak-anak dalam memastikan makanan yang mereka ambil itu baik untuk diri serta halal dimakan. Saya suka memerhati setiap bahan yang digunakan, contohnya hampit 70% aiskrim di pasaran tidak halal, banyka juga yang dibawa masuk dari negara jiran, bahkan ada tulisan yang menyatakan ada DNA babi, oleh itu pesanlah kepada anak-anak supaya tidak mudah membelinya. 


Lihat juga rata-rata yang menjual aiskrim dengan motor itu tidak ada tanda halal, maka jangalah biasakan anak-anak membelinya. Anak-anak tidak akan menangis atau merengek untuk dibelikan jika kita sudah membudayakan makan apa yang ada dalam peti ais atau telah tersedia di rumah. Jiak mereak di sekolah  sudah pasti mereak lebih terdedah, namun pesanlah sentiasa serta fahamkan mereka, lama kelamaaan mereka tidak teruja dengan segala macam junkfood. bahkan jika diofer sekalipun mereka tidak teringin. Comtohnya KFC sudah bertapak di taman kediaman saya hampir tiga tahun, tetapi tidak pernah seklai ieman meminta dibelikan, bahkan bila ditanya jika ingin makan KFC, ieman menjawab: "tak payah ummi, itu bahaya pada badan sebab banykal emak, lagipun itu syarikat ada saham yahudi, jika kita beli maka kita membantu israel memerangi Palestine..." .Jika kita boleh memahamkan anak yang berusia 9 tahun ini maka sudah pasti apabila mereka dewasa mereka mampu membawa wadah Islam yang lebih besar. InsyaAllah... saya percaya kitalah yang membina acuan anak-anak kita.. oleh itui mari sama-sama kita menjadi ibu bapa yang prihatin dengan pemakanan mereka. Mendidik anak yang soleh/solehah salah satunya adalah makanan yang mereka makan.


Wallahuaalam.

Saturday, March 17, 2012

Sabar bila diuji, Doa dan Tawakkal jalan terakhir setelah berikhtiar

Ada masanya saya menjadi begitu 'helpless' mendengar rintihan dan masalah yang berlaku. Berbagai strategi dan usaha dibuat namun gagal. Realitinya kita memang terbatas dalam pemikiran, usaha dan ikhtiar namun kita tidak boleh berputus asa.Selalu saya katakan, hidup adalah pentas ujian, oleh itu bila kita diuji maka bersabarlah. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Maka apabila kata-kata ini diucap sudah pasti empunya diri akan berkata, "berkata itu memang mudah melakukannya cukup susah". Saya bersetuju. Jadi bagaimana mahu dikatakan lagi kerana disitulah tahap keimanan kita akan diuji dan terserlah. Jika sabar kita akan pasrah dan berdoa kepadaNya.


Menangis airmata darah sekalipun kita tidak mampu mengubah apa yang berlaku, apalagi jika menyalahkan orang lain atas segala musibah yang berlaku tiada gunanya juga, kerana kita sudah tidak boleh memutar kembali masa yang telah pergi, peristiwa yang telah berlaku tidak mampu diputar kembali.  Oleh itu marilah sama-sama kita hayati, bagaimana perkara yang terjadi itu tidak berulang kembali. Jika ia berulang semula sekurang-kurangnya kita sudah belajar dari pengalaman.


Saya memetik satu kata-kata:
" THOSE WHO DID NOT REMEMBER THE PAST ARE CONDEMNED  TO REPEAT IT"

Akhir kalam... kita tidak mampu kerana keterbatasan segalanya, hanya Dia yang mampu mengubah perkara.. oleh itu lafazlah doa ' tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah".

wallaahuaalam

Friday, March 16, 2012

Sejenak mengimbas masa....

Salam Jumaat,

Alhamdulillah untuk kesekiannya kerana kita bersyukur kerana diberi peluang untuk bernafas dibumi ini. Sudah dua hari juga saya tidak menghubungkan diri dengan dunia maya kerana melayan keluarga dan memenuhi aktiviti cuti dengan mengunjungi saudara mara dan melawat beberapa destinasi. Pada hari pertama, dalam keadaan tidur yang tidak mencukupi kerana jauh perjalanan, namun tetap saya gagahkam diri untuk hadir pada mesyuarat AMM. Kali pertama saya bermesyuarat dengan beberapa pegawai atasan tidaklah rasa begitu kekok. Paling saya seronok meeting itu walaupun begitu banyak agendanya tetapi semua terlibat begitu pantas melaporkan setiap laporan masing-masing. Saya rasa begitu seronok kerana kebiasaan meeting mengambil masa begitu lama kerana perkara remeh yang dibincangkan terlalu lama. Sebagai contoh mesyuarat PIBG, kadangkala saya tidak mahu jika diiukut unutk menghadirinya kerana masa yang lama membahaskan sesautu perkara. Padahal ia benda yang mudah unutk dibuat keputusan , tetapi kerana ada yang begitu susah unutk menerima serta meringkaskan hal tersebut maka jadilah meeting tersebut berjam-jam lamanya.

Selesai bermesuarat saya membawa keluarga berkunjung ke beberapa pesisir pantai di sebelah Pantai Timur. Dari pantai Cahay Bulan, di Kota Bharu hingga ke Pantai Irama Bachok. Ombaknya cukup bergelora, namun ada juga segelintir ibu bapa yang membenarkan anak-anak untuk bermain dan berenang tanpa rasa bimbang. Saya sekadar memerhati dari jauh sambil melihat anak-anak bermain layang-layang. Sudah begitu lama saya tidak berkunjung ke pantai ini. Keindahan tempat ini masih terpelihara cuma sayangnya dek kerana ombak, pantainya sudah banyak terhakis. Waktu cuti sekolah memang pengunjung begitu setia mendatangi tempat kegemaran mereka.

Sebenarnya, sudah lama benar saya tidak pulang berlamaan di kampung. Jika balik sekadar satu hari, mana mungkin saya berkesempatan melawat tempat-temapt santai. Seronoknya, petang ini saya berkesempatan menikmati nasi kerabu dan menghirup sup perut bersama keluarga di tepi Masjiid Muhammadi. Sudah hampir 24 tahun lamanya saya tidak merasa, dulu sewaktu pulang dari sekolah, disitulah saya singgah menikamti nasi kerabu yang sedap, namun ada banyak perkara sudah berubah, kedainya sudah tidak sama.

bersambung...

Thursday, March 15, 2012

Tidak semua perkara kerana duit...


Salam Jumaat, 
Hari ini saya ingin berkongsi tentang perihal menjadi penulisan. Apabila saya menyatakan ingin menulis saya berkali-kali sebelum ini menyatakan dalam tulisan-tulisan terdahulu bahawa saya menulis kerana minat dan cita-cita dakwah. Namun segelintir kali individu yang mengetahui saya bergelar penulis pastinya akan bertanya hasil dari penulisan. Saya adakala tidak mampu berkata apa-apa kerana setiap orang ada sebab tersendiri apabila menulis, mungkin ia merupakan satu mata pencarian. Pada saya, dalam hal menulis, pertamanya kita perlu meletakkan keihlasan yang tinggi, dan bukan hanya menilai sudut material. Apabila ia satu medium dakwah nilai material tidak boleh di letak ditempat teratas.
Sewaktu pertama kali saya bertemu dengan editor pertama saya, beliau mengatakan selepas ini saya pasti glamour, dikenali bla..bla.. saya tidak teruja dengan semua itu. Saya katakan padanya.. saya menulis bukan kerana glamour. Saya tidak pelru dikenali. Apa yang penting mesej saya sampai kepada orangnya. Cukuplah itu.  Selebihnya saya berserah kepada Dia.
Saya juga manusia biasa yang tidak terlepas dari bisikan syaitan, dalam meraih keredhaannya. Semoga Allah mengekalkan keikhklasan itu pada diri saya. Jauhkan saya dari fitnah agar saya mampu istiqamah dalam perjuangan ini. Bagi yang menanyakan saya tentang hasil penuliasan, cukuplah sekali anda bertanya, bagi yang menjadi penerbit, mari sama-sama kita ikhlaskan diri.... jika kita tidak untung di dunia biarlah keuntungan itu diberi Allah diakhirat nanti. Jika Allah memberi keuntungan dunia dan akhirat maka Alhamdulliah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepadaNYa.
Wallahuaalam 

Monday, March 12, 2012

TIPS MEMBUAT KEPUTUSAN

Kadang-kadang hidup ini membawa kita ke satu persimpangan yang kita sebenarnya tidak mahu. Iaitu saat kita mahu membuat sesuatu keputusan. Ada ketika keputusan itu tidak memberi impak, contoh keputusan memilih perkara yang baisa-biasa seperti membeli pakaian, memilih apay ang ingin di makan, memilih untuk berctu di sesautu destinasi, dan lain-lain (perkara yang agak remeh atau tidak berapa penting)...

Namun ada juga dalam satu-satu masa kita berada didalam satu dilemma yang berpanjangan... seperti memilih jodoh... memilih menamatkan zaman bujang, memilih pekerjaan, memilih tempat pengajian, memillih bidang pengajian (jika sambung belajar), bahkan ada juga yang terpaksa memilih sama ada perlu meneruskan perkahwinaN atau tidak. Ini semua antara perkara yang menguji diri dalam membuat pemilihan.

Sesiapa sahaja akan sentiasa berdepan dengan isu mebuat pemilihan maka sudah pasti diri akan dibuai rasa takut dengan segala kemungkinan dengan segala risiko diambil apabila keputusan dibuat, oleh itu saat kita berada dipersimpangan antara tips dalam mebuat keputusa:

  1. membuat timbang tara baik dan buruk keputusan itu
  2. menyenaraikan kesemua baik dan buruktersebut
  3. melihat kepada risiko yang bakal diterima kesan dari pemilihan
  4. berani dan sanggup berkomitmen dengan segala risiko
  5. bersedia dengan segala kemungkinan
  6. bertanya pandangan orang sekelilin atau sesiapa yang boleh menyokong kita
  7. bulat hati dengan keputusan tersebut
  8. perlu menyedari hakikat KITA SENDRI yang bertanggungjawab dengan segala keputusan
  9. banyakkan berdoa dan memohon hidayah dan solat istikaharah
  10. berzikir memhon ampun dan memohon dikuatkan hati diber kesabaran
  11. belajar unutk pasrah dan redha
  12. yakin pada diri
Andaikata kita sudah mebuat keputusan, dan kesannya ia tidak sebaik yang kita sangka... maka tidak perlu malu.. muka kita buka masuk akhbar pun... oleh itu buatlah keputusan yang terbaik...setiap satu pasti ada hikmah disebaliknya, jangan menunggu terlalu lama unutk buat keputusan... kerana masa tetap berlalu.. hidup ini teramta singkat, so BE BRAVE! FACE YOUR FEAR!.... GOOD LUCK!

Sunday, March 11, 2012

Bukan Hari Biasa

Hari ini bukan hari biasa kerana seawal pagi sudah diuji, kunci ofis tertinggal di dalam ofis. Kunci pendua pula berada dalam kereta suami....bila tanya di mana sekarang ini.. alahai.."on my way to Ipoh..." La hawa la wala Quwwata illa billah....ingat tadi katanya nak melawat kawan sekolah meninggal accident di KL, rupanya di Ipoh... So..tak boleh nak masuk ofis.. ada perkara nak kena settle... Agak-agak dalam waktu sebegini, keadaan seperti ini apa yang harus di buat?... apapun ada hikmahnya yang tersendiri..

Sering terjadi dalam hidup kita ... pelbagai perkara terjadi... tidak disangka, tidak diduga.. sungguh... HARI INI BUKAN HARI BIASA.... APA PUN DIRI PERLU CERIA SENTIASA... ISI MASA DENGAN APA YANG BERFAEDAH..

Siapa kita hari ini bukanlah satu perkara yang penting...

Selepas kelas hari ini, tugasan saya tidak selesai di situ sahaja kerana saya perlu menghadiri meeting Alumni MM. Dalam keadaan hujan gerimis saya berjalan kaki beberapa puluh meter untuk sampai ke cafe ekonomi. Sambil menunggu teman-teman yang lain saya duduk di beranda cafe di tingkat dua sambil menikmati suasana kampus UIA yang begitu indah selepas hujan. Saat itu saya tidak betah menunggu dan membuang masa, terus saya capai notebook dan menulis apa yang ada dalam percaturan pemikiran.
Apabila sahabat saya Prof Ida datang kami mula bersembang-sembang untuk menunggu rakan-rakan lain. Maklum hujan di KL sudah pasti segala pergerakan lambat ditambah hari ke dua cuti sekolah maka ramai sahabat yang menyatakan tidak dapat hadir kerana balik kampung, menghadiri kenduri kendara dan pelbagai sebab musabab. Sembang kami berdua berkisar tidak hanya berkisar tentang dunia akademik, namun mencapah kepada perkara diluar bidang pekerjaan dan juga keluarga, iaitu khidmat social.
Kesimpulan dari perbualan itu apa yang boleh saya rumuskan, ada banyak perkara dalam kehidupan, kita telah meletakkan satu limitasi. Hingga limitasi tersebut menyebabkan kita tidak mampu berbuat perkara yang lain selain dari keluarga dan juga kerjaya. Realtinya sebagai orang yang bekerjaya serta berkeluarga memang bukan mudah untuk memberi komitmen kepada kerja-kerja amal yang tidak di bayar gaji atau juga tidak mendapat imbuhan baik dalam bentuk kewangan atau sesuatu yang bersifat material. Ia memerlukan satu ‘gut’ atau juga kekuatan serta keinginan besar dalam diri untuk memberi semula kepada masyarakat dengan cara yang tersendiri.
Saya tidak mengatakan jika kita tidka berkhidmat dalam NGO maka kita tidak menyumbang. Pada saya menyumbang itu perlu dalam bentuk yang pelbagai. Bukan hanya duit ringgit, tetapi ia juga memerlukan kepada idea, buah fikiran, tenaga, kepakaran dan sebagainya. Jika tidak mampu untuk memberi komitmen yang besar cukuplah apa sahaja yang dapat kita beri namun ada bekasnya.
Untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja AMAL, saya percaya jika kita mempunyai pangkat sudah pasti kita tidak boleh membawa pangkat bersama-sama, kenapa demikian? Kerana bersosialisasi dalam badan kebajikan kita perlu bergaul dan turun padang untuk bersama pelbagai bentuk lapisan mamsyarakat. Jika pangkat itu dibawa bersama maka pasti ada gap yang wujud secara tidak langsung. Segelintir dari kalangan yang berpangkat/elite tidak mahu terlibat dalam kerja-kerja amal kerana memikirkan status mereka dalam mmasyarakat. Bahkan ada juga yang telah meletakkan satu limitasi saya boleh yang ini, saya tidak boleh begitu... dan sebagainya. Besar dan hebat sangatkah diri kita?
Maka apa yang boleh saya katakan. siapa kita hari ini bukanlah begitu penting, tetapi siapa kita akan datang itu adalah lebih penting... kita bukan mahu berbuat sesuatu kerana ingin mencipta nama atau disebut-sebut kebaikan itu hingga menjadi selebriti atau dikenali.. itu bukan perkara yang penting, kerana tersirat disebaliknya adalah kita perlu menanam satu  niat serta cita-cita dalam diri untuk meninggalkan sesuatu yang bernilai dan bermanfaat untuk dinikmati oleh orang lain walaupun kita sudah tiada menutup mata. Sebaik-baik manusia itu adalah menjadi manusia yang berfungsi untuk dirinya dan orang lain. Biar kita tidak dinilai dimata manusia maka bialrah kita dinilai disisi Allah.
Peringatan buat diri sendiri dan juga sahabat-sahabat saya...moga kita sentiasa istiqamah dan diberi inayyah olehNya untuk meneruskan segala yang telah kita mulakan.... “wamakaru wamakarallah wallaahuakahirul maakirin...”


Wallahuaalam
Ummu ieman ihsan

Saturday, March 10, 2012

Derita seorang ibu...



PILU...Faridah tidak dapat menahan kesedihan.Harian metro semalam melaporkan tentang seorang anak yang membuang ibunya di budget hotel. Reaksi saya kepada laporan itu saya menulis di facebook  "Ibu kita hanya satu sahaja... jangan lakukan ia seperti sampah kerana mereka tidak menjadikan kita sampah, kalau kita menjadi sampah sekalipun, itu kerana kita memilih untuk menjadikan DIRI SEBAGAI SAMPAH!"

Hari ini gambar tangisan ibu ini dipaparkan diharian Metro sekali lagi... Alahai terharu dan sedih, menitis airmata saya, rasanya.. tidak sanggup melihat ibu ini menangis..dan diperlakukan sedemikian. Ya Allah janganlah kita diperlaku begini oleh anak-anak. Dan kita sebagai anak janganlah memperakukan begitu pada ibu kita. Biar susah keadaan hidupa kita tidak boleh membuang ibu kita. Jika ibu kita sanggup susah membesarkan kita, maka kita juga perlu sanggup unutk bersusah payah kerana mereka. Inilah namanya pengorbanan. Sebab itulah disebut syurga anak-anak di tapak kaki ibu. 

Luqmanul Hakim berpesan kepada anaknya dimana Allah berfirman: "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). Surah Luqman :14 "


Friday, March 9, 2012

Kita hanya mampu merancang...

Apa yang dirancang tidak menjadi..betul ..kita merancang tetapi Allah yang menetukan.. "wamakaru makarallah"... itulah peristiwa pagi ini. Konon-konon pagi-pagi lagi saya menyebut pada suami untuk breakfast bersama-sama di sebuah restoran di taman perumahan saya yang memang dikunjungi ramai. Apa yang saya suka restoran ini roti canainya memang mengikut selera Pantai Timur. 
Hmmm...yang iyenya namanya ibu, wanita macam saya ni bukannya biasa makan pagi di kedai, walaupun , mulut menyebut, tapi hati bukanlah teruja sangat nak pergi. Satu hal lagi, dah namanya suri rumah pagi-pagi begini semestinya rutin kebiasaan iaitu mengemas luar rumah, dalam rumah, itu ini..tup-tup masa berlalu.. tengok jam alahai dah pukul 9.00... Hmm..tak tau la.. nak cakap, saya rasa siapa yang bergelar ibu, isteri, suri-rumah atau wanita amnya mestinya bila kita nak keluar ada je hal-hal yang perlu dibereskan.. (contoh kain belum jemur, sinki ada yang belum clear dll yang bersangkutan dengan rutin rumahtangga). Waktu saya mengemas sinki dapur saya sempat mendengar suami saya bercakap jauh " orang perempuan ni semua benda remeh nak di fikir)

Itu pun saya dah cuba sebaik mungkin untuk mempercepatkan segala urusan rumah. (Nasib baik saya ni bukannya jenis bermake up atau bergincu, kalau idak mahu setengah jam pula ambik masa) Bila kami sampai di kedai tersebut, bayang meja pun dah tak nampak sebab ramainya orang yang berkunjung. Kami pula tidak boleh menunggu lama semata-mata untuk minmu pagi, so bye-bye la impian nak makan bersama. Hmm.. suami saya apalagi sangat-sangatlah kecewa.. konon-konon bila rancang dengan saya nak makan pagi bersama-sama di restoran sekali sekala memang susah.  Betul juga, jika tidak hari minggu, hari bekerja lagi susah. 

Merajuk la pagi ini si dia.. (orang lelaki kalau merajuk lebih teruk dari perempuan...'buruk bebeno rupenya' ni pinjam ayat suami saya .. jangan mara En suami,gurau saja). Padahal dia dah biasa makan pagi di restoran dengan kawan-kawan, biasa la suami walapun bukan selalu.. cuma dengan saya memang amat jarang... Masalahnya saya memang tidak makan di kedai mamak, keduanya saya jarang makan pagi.. ketiganya sebagaimana yang saya katakan... minum pagi kedai kopi bukanlah gaya hidupa saya, sama juga berpetang-petang atau bermalam-malam minum di koptiam.  (He..he... ni ayat-ayat alasan yang suami saya kata tidak boleh diguna pakai)

Moral of the story:
Cara kita berfikir dengan suami kita fikir memang tidak sama

Cara kita menangani sesuatu perkara juga adakalanya berbeza

Cara menilai dan menggunakan pendekatan dalam sesuatu hal juga tidak serupa.

Sememangnya perkara ini adalah satu perkara yang biasa, walapupun ada perkara yang berbeza, tetap ada perkara yang suami isteri sama pendapat. Jika perkara yang berbeza ini tidak ditangani maka akan timbullah pergaduhan dalam rumahtangga. Caranya adalah lebih banyak perlu bertolak ansur, Tidak salah memohon maaf dengan pasangan. Jika dalam keadaan tegang, banyakkan berdiam diri dari bertikam lidah, sebab saya percaya tiada yang menang. 
Adakala perkara yang berbeza itulah yang menyebabkan suami isteri serasi bersama. Saya seronok menjalani kehidupan kerana saya melihat setiap perkara yang berlaku adalah merupakan proses belajar. Kenapa ia adalah proses belajar? Kerana kita belajar memahami, belajar untuk menerima seadanya, belajar untuk bertolerasi, belajar untuk memberi bukan hanya menerima serta belajar bahawa setiap peristiwa itu ada
pengajaran disebaliknya. 
Pada saya pengajaran hari in adalah... ada ketikanya saya perlu pejam mata dan menikmati apa yang ada didepan mata... sekali sekala apa salahnya membiarkan rumah bersepah untuk mengejar masa... he..he.. walaupun sewaktu menghirup kopi tiba-tiba teringat...sesuatu yang belum beres di rumah... 
Ceriakan hari anda... selamat menikmati cuti hujung minggu....

To my dearie... you cheer up my life...  

Wallahauaalam.

Thursday, March 8, 2012

Tempat jatuh lagi dikenang....

Salam Jumaat, 
Moga hari ini memberi kita semua kerahmatan dan perlindungan dari Allah Taala. Hari ini saya tidak tahu kenapa dari pagi hati dan perasaan teringat-ingat kenangan 16 tahun yang lalu sewaktu saya tinggal di rumah sewa di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Ingatan itu menerjah bila hati secara tiba-tiba terkenangkan jiran lama saya yang merupakan seorang guru sekolah rendah.
Ingatan itu menjelma difikiran kerana saya teringat akan waktu dulu-dulu mula-mula membina rumahtangga dan kesusahan membesarkan anak-anak yang masih kecil. Sewaktu itu saya belum ada pembantu rumah kerana anak masih seorang. Oleh itu anak saya diletakkan di rumah jiran berhadapan rumah saya untuk dijaga olehnya. Malangnya babysitter ini begitu cerewet, pantang lambat dia akan membelel. Saya pula sewaktu itu mengajar di sekolah yang nun di tengoh Bandaraya yang begitu sibuk sekali.
Baru memulakan kehidupan, kami tidak mampu membeli kereta baru jadi hanya kereta second hand yang mampu dibeli. Oleh itu ada sahaja ragamnya. Ada satu waktu yang tidak dapat saya lupakan, kereta kami rodak di tengah highway. Saya begitu panik, bukan kerana kereta rosak, tetapi memikirkan anak kecil saya yang belum di ambil dari rumah babysitter. 
Teringatkan jiran sebelah rumah, maka saya memintanya mengambil anak saya dari rumah jiran. Saya terpaksa meminta pertlongan darinya kerana dia lebih sampai di rumah awal dari saya. Anak-anaknya pula semuanya sudah besar yang paling kecil pula sekolah rendah. Maka ada beberapa kali saya meminta pertolongan darinya. Hinggalah mereka berpindah ke Ipoh. Saya difahamkan suami beliau sudah menjadi orang terpenting di sana. Sejak itu perhubungan kami terputus.  
Setelah itu jiran kami diganti dengan rakan saya yang sama belajar di universiti, begitu juga suaminya. Dia mengajar disekolah berdekatan. Sayangnya dia lambat mendapat zuriat, maka anak sayalah yang menjadi tempat unutk bermain. Beliau juga seringkali menjadi babysitter anak saya bila ada meeting atau terpaksa hadir ke jabatan pendidikan pada hari Sabtu. Waktu itu hari Sabtu masih dikira hari bekerja namun tidak pada babysitter saya. 
Mengenagkan semua ini saya rasa indahnya mempunyai jiran, walaupun rumah yang diduduki itu hanyalah rumah teres dua tingkat  kos rendah tapi jiran-jiran saya ini begitu mengambil berat, saling memberi makanan, bertukar-tukar hidangan. 
Namun masa berlalu begitu pantas, semua sudah berubah. Masing-masing dengan haluan sendiri. Juga sudah berjaya dalam hidup dengan cara tersendiri. Kenangan itu masih terpahat. Saat anak-anak sudah meningkat dewasa kita tetap tidak akan lupa pada kenangan itu. Manisnya jika kami boleh berkumpul semula dan mengenang keadaan hidupa masa lalu. Saya masih ingat kepada kereta kami itu.... Biar masa dan keadaan berubah apapun jalinlah silaturrahim, walau dimana kita berada kerana itulah yang akan menjadi kait pada kita disyurga. 
Saya dan suami ada beberapa kali cuba menghubungi jiran-jiran kami, namun masing-masing sibuk dengan kerjaya kerana semuanya sudah memegang jawatan yang hebat. Pada saya tidak mengapa jika kita tidak mampu untuk saling mengunjungi, namun cukuplah apabila kita meninggalkan saudara mara kawan-kawan, sahahabat-sahabat atau jiran tetangga, moga mereka masih ingatkan kita untuk memberi sedekah Al-Fatihah saat diri sudah menutup mata.

Percutian bersama keluarga

Tiap kali cuti sekolah maka fikiran mula tercari-cari idea ke mana anak-anak akan dibawa bercuti. Ada pernah beberapa ketika gara-gara anak cuti tetapi diri sendiri pula tidak boleh bercuti atau mengambil cuti. Maka merajuklah anak-anak sebab terlepas keseronakan untuk menikmati cuti. 
Melihat kepada jadual yang sedikit padat sudah pasti susahnya mencari ruang untuk memilih destinasi percutian. Bercuti ke temapt yang jauh menuntut masa, yang berdekatan pula pasti anak-anak tidak berapa ceria dengan berita itu. 

Dilemma sungguh rasanya.. Apa kata bawa mereka ke kedai buku.. Maka sudah pasti mereka seronok tetapi mereka akan mengatakan buku yang mereka beli pastinya aka ditapis terlebih dahulu. Oops Novel-novel cinta murahan tidak dibenarkan! Jika destinasinya kampung si adik yang kecil akan bersungut, "lambat nak sampai kerana destinasinya jauh, jika destinasinya nun di Teluk Anson, maka si kakak akan berkata " alah.. itu tepi sekolah kakak je..."

Jadi bercuti ke mana kali ini.. Atau menghabikan cuti dirumah dengan aktiviti tertentu seperti.. menyiapkan kerja sekolah.. Oh..sudah pasti anak yang ke dua akan berkata.."alah baru habis pereksa la ummi..".. Kalau gitu anak-anak lapangkan waktu dengan aktiviti bebas..

Cuti oh cuti.. perlukah kita bercuti? Dalam Islam tiada hari cuti sebenarnya.. kita bukan bercuti rehat tetapi kita memilih temapt yang menarik dan sesuai untuk mengisi masa merapatkan hubungan kekeluargaan. Ia bukan kerana duit banyak atau tidak. Ada cuti yang tidak perlu diperuntukkan duit yang banyak jika dekat dengan temapt tinggal. Ada juga cuti yang memerlukan belanja yang besar. Jika saya sendiri, bercuti di kampung lebih melibatkan belanja yang banyak.. Hmmm sebab apa? Sebab bila balik kampung banyak barang yangm urah-murah.. pergi je ke tempat beli belah..mata memang semua nak.. semua kuih muih di pasar nak di beli.. kain baju semuanya murah berbanding di lembah Klang.

Apapun, tunggu masa dan waktunya..jika Allah izinkan pasti boleh bercuti, kerana ada ketikanya semua sudah di atur, tiket sudah dibeli, tempahan temapt tinggal sudah dibuat..tapi ada pula maslalah yang mendatang.. .hmm bye-bye la..dah takde rezeki.. ibarat yang di dalam mulut boleh termuntah kembali.. Oleh itu bagi yang ingin bercuti ada baiknya istikharah dulu.. supaya kita berlapang dada.. dengan keputusan yang dibuat. sebelum berangkat jangan lupa tunaikan solat Musafir. Moga Allah memberkati perjalanan.



Di sini percutian dan destinasi yang terindah... moga Allah mengizinkannya untuk kita sering berkunjung ke Baitillah.
Selamat Bercuti.

Jika begitu perilaku, layakkah diri bergelar ibu?


Harian Metro 7. Mac. 2012
SHAH ALAM: Seorang janda muda bukan saja tergamak melihat anak kandungnya berusia 11 tahun dirogol teman lelaki, malah turut bekerjasama dengan merakam adegan menjijikkan itu menggunakan telefon bimbit.
Perbuatan kejam itu mendapat pembalasan apabila Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun terhadapnya atas tiga tuduhan bersubahat dengan teman lelakinya yang merogol mangsa, di Rawang, dekat sini, tiga tahun lalu.
Hakim Latifah Mohd Tahar turut menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 15 sebatan terhadap teman lelakinya, seorang pemandu teksi, Ma Kassim Sirat, 44, yang mengaku salah atas tiga pertuduhan merogol mangsa.
Mengikut pertuduhan, Ma Kassim didakwa merogol kanak-kanak itu di sebuah pangsapuri di Rawang pada 12 tengah malam pada pertengahan Disember 2009 dan 30 Januari 2010, serta jam 10 malam, pada Mac 2010.
Ibu mangsa yang berusia 31 tahun didakwa bersubahat dengan teman lelakinya di tempat dan masa yang sama.

Bagi setiap pertuduhan, kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Petikan di atas  adalah dari harian metro semalam, sewaktu membaca kisah tersebut halkum saya seakan tercekik, perasaan saya berbaur rasa marah dan sedih. Begitu terkesan dengan cerita ini, lebih-lebih lagi minggu yang lepasa juga ada tulisan saya yang menegur perbuatan seorang ibu tunggal yang menjual anaknya untuk dijadikan lepacur. 

Kali ini ceritanya lebih teruk, saya tidak mampu meneruskan cerita, lebih baik anda pembaca membaca sendiri berita tersebut. Kesian dan simapti kepada anak yang menjadi mangsa itu tidak mampu saya ungkapkan. Sebagai kaunselor saya amat memahami akan trauma si anak. Bagaimanakah dia mampu menghilangkan trauma yang ada pada diri bila diperlakukan demikian? Bagaimana harus si anak meneruskan kehidupan selepas ini? Adakah mampu dia melupakan peristiwa pahit itu? Sudah pasti dia yang menanggungnya tidak dapat meluahkan sebagaimana bebann yang dipikul . Kita sekadar mampu meluahkan simpati. 

Persoalannya ibu apakah yang sanggup melakukan sedemikina rupa? Adakah itu bukti cinta kepada kekasih.?Sungguh manusia sudah tidak ada perasaan dan naluri keibuan akan hilang dengan sendiri bila iman sudah menipis. Malunya saya pada dia kerana memengang status yang sama sebagai ibu. Dia mencemar segelintir ibu tunggal yang hebat mencipta nama dipersada masyarakat. Memang kajian saya selama ini banyak dipertemukan ibu tunggal yang menjadikan cara hidup Islam sebagai mengatasi kesusahaan dan kesengsaraan hidup. Mereka berjaya keluar dari permasalahan hidup kerana berpegang kepada iman dan Islam.Keikhlasan berkorban untuk anak-anak maka Allah memberi ganjaran kepada mereka. Moga kisah ini memberi kita iktibar dan wanita tersebut insaf serta kembali ke pangkal jalan.

Manakalasi perogol yang bergelar lelaki, rakusnya nafsu, mudahnya mengambil kesempatan dan mempergunakan kelemahan wanita. Ramainya manusia begini boleh meruntuhkan dan menjahanamkan dunia. Bila iman tiada, dosa dan pahala tidak kenal rupa. Melakukan kejahatan seperti melakukan kebaikan. Tidak ada rasa takut dengan azab Allah. Wahai yang bergelar lelaki, kalian sepatutnya melindungi kami. Bukan memperguna sesuka hati. Moga balasan yang diterima memberi pengajaran.

Saya mengingatkan diri sendiri serta kalian semua. Kita semua sebagai anggota masyarakat perlu menjadi prihatin. Membimbing mereka yang perlukan pedoman. Bukan kerana kita yang terbaik, tetapi kerana itu memang tugas dan tanggungjawab : "amar makruf nahi mungkar"  

Wallahuaaalm.
ummu ieman ihsan

Tuesday, March 6, 2012

JUTAWAN AKHIRAT

"kejar akhirat dunia akan datang dengan sendiri"... itulah yang sering saya katakan dalam setiap perkongsian saya.. Memang benar janji Allah, bagi yang ingin membeli akhirat dengan berusaha dengan penuh ketaatan serta berniat demi mencapai keredhaan Allah maka Dia akan memberi sebaik-baik balasan... Ada orang mendapat ganjaran yang lambat namun ada yang sekelip mata.. maka begitulah juga dengan kejahatan.

Bagi memahamkan apa yang dikatakan "kejar akhirat dunia akan datang dengan sendiri" adalah kita melakukan setipa perkara dalam kehidupan kita ini bukan kerana orang sekeliling kita, tetapi segala perbuatan kita semuanya menjurus kepada ketaatan kepada Allah.

Saya ingin mengkisahkan kepada anda bagaimana seorang yang sekarang ini berjaya dan kaya raya semata-mata kerana dia bukan membeli dunia dengan hartanya, tetapi membeli akhirat dengan harta yang dimiliki. Kisah ini dikongsikan oleh sahabat saya yang juga amat berjaya dalam perniagaannya.

Seorang lelaki yang amat warak serta suka melakukan kebaikan. Salah satu kebaikan yang dilakukan adalah mendirikan rumah untuk orang-orang tua. Dia menanggung semua keperluan mereka. Bahkan jika ada mana-mana warga tua yang terbiar, tidak dipedulikan anak-anak, merempat ditepi jalan, maka warga tua ini akan dibawa untuk tinggal di rumah penginapan yang dia sediakan.

Sebenarnya lelaki ini bukanlah kaya raya, tanah yang dibangunkan sebagai rumah orang tua itu adalah tanah wakaf milik ayahnya. Setelah berusaha sebegitu tanpa mempunyai apa-apa atau juga tidak kerana siapa tetapi dari sifat murninya yang suka beramal dan pemurah maka Allah memepermudahkan laluan rezekinya.


Pada satu ketika dia ke Kemboja, semata-mata untuk melakuan korban. ini kerana dia dimaklumkan di Kemboja, ramai golongan Islam yang hidupa susah. Apabila mengetahui dia melakukan korban di sana maka ramai kawan-kawan yang mengirimkan korban. Bila terlalu banyak kiriman maka lembu pula tiada. Dia berfikir, bagaimana menangani masalah ni. Lalu dia menyarankan setiap masjid membela lembu, setiap Bilal atau Imam boleh menjadikan membela lembu sebagai mata pencarian sampingan. keuntungan juga diberi kepada masjid.


Lelaki ini nyata memberi peluang kepada golongan miskin warga Kemboja. Idea, strategi bisnes yang bukan untuk memenuhkan kocek sendiri, tetapi demi membantu insan yang kesusahan. Perniagaan lembu ini begitu maju dan laris kerana ramai warga Malaysia berminat untuk membeli lembu secara banyak bagi kemudahan korban di Kemboja. Akhirnya tidak samapi setahun lelaki ini bergelar jutawan. Maka itulah realtinya : kejar akhirat dunia akan datang dengan sendiri"

Semoga kisah ini menyedarkan kita bahawa niat dan perbuatan itu akan dinilai oelh Allah, jika balasannya tidak di dunia pasti kita akan menjadi JUTAWAN di akhirat nanti.

Wallahuaalam.