
Travelog Empayar Jiwa
Travelog Ruhiyyah As-Sakinah
Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Saturday, May 25, 2013
The Meaning of Self Esteem

Thursday, May 23, 2013
Resepi Cendawan Black Pepper
Hari cuti rutin biasa adalah memasak untuk keluarga. Setiap kali mahu memasak selalunya kita akan berkira-kira masakan apa yang mahu dimasak. Tugas ke pasar adalah suami, minggu lepas beliau ke pasar tani membeli pelbagai jenis lauk dan sayuaran. Salah satu yang tidak saya sangka adalah beliau membeli cendawan butang. Selalunya saya beli yang kering itu pun sekali sekala sahaja. Namun jika tidak suka atau apa yang dibeli tidak masuk dalam senarai saya diam sahaja.. Apa yang penting kretiviti kita bagaimana mahu di masak...
Lalu seperti biasa resepi campak-campak la jadinya untuk memastikan cendawan tersebut tidak terbuang begitu sahaja...
Bahan-bahan
300gm cendawan butang
Secubit garam
Secubit serbuk belacan
Secubit garlic powder
Secubit perfect pinch jenama Mc Cormick
Sesudu black pepper
Sedikit minyak zaitun
Caranya pansakan minyak dalam kuali, masukkan serbuk garlic dan cendawan, kemudian masukkan kesemua bahan-bahan tadi, masak hingga air daru cendawan menjadi pekat.. Jika mahu lebih black pepper boleh ditambah, terpulang kepada citarasa. Oleh kerana bahan-bahan itu ada rasa masin maka pastikan garam tidak terlebih, dalam masa 10 minit cendawan sudah boleh dihidangkan.
Selamat mencuba....
Wednesday, May 22, 2013
Bila Diri Sukar Menerima Kemaafan
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [39:53]
Bismillah...
Berbicara lagi tentang perhubungan, salah satu isu yang seirng menjadi masalah pada perhubungan bila seseorang inidividu susah menerima kemaafan. Ada pelbagai alasan yang diberi bila tidak mahu memberi maaf. Salah satunya adalah kerana tidak boleh menerima perbuatan yang telah dilakukan... Lalu akan ada ayat-ayat yang biasa dihalwa telinga iaitu "lagikan nabi maafkan umat". Dan jawapan yang sama juga yang biasa didengar seperti " itu nabi bukan saya"...
Saturday, May 18, 2013
Attitude

Attitudes can be learned in a variety of
ways. Consider how advertisers use classical conditioning to
influence your attitude toward a particular product. In a television
commercial, you see young, beautiful people having fun in on a tropical beach
while enjoying a sport drink. This attractive and appealing imagery causes you
to develop a positive association with this particular beverage.
Imagine the following situation: You've
always placed a high value on financial security, but you start dating someone
who is very financially unstable. In order to reduce the tension caused by the
conflicting beliefs and behavior, you have two options. You can end the
relationship and seek out a partner who is more financially secure, or you can
de-emphasize the importance of fiscal stability. In order to minimize the
dissonance between your conflicting attitude and behavior, you either have to
change the attitude or change your actions.
Friday, May 17, 2013
Makna bergelar pendidik

Thursday, May 16, 2013
Resepi Ayam Panggang Ajaib
Salam ukhuwah, moga Jumaat kali ini memberi barakah kepada kita semua.
Jarang sekali saya berkongsi tentang masakan, walaupun masakan merupakan antara perkara yang saya minat. Pun begitu saya bukan handal memasak yang boleh di angkat menjadi chef. Sekadar menjadi chef kepada suami dan anak-anak sudah memadai. Apapun saya ingin berkongsi tentang bagaimana bagaimana mudahnya memanggang dan membakar ikan, ayam atau daging menggunakan PEMANGGANG AJAIB... Lawak juga namanya pada saya.. ia bukanlah ajaib cuma memudahkan. Saya sendiri lupa bila saya beli, mungkin sebab jarang dipakai kerana saya sudah biasa menggunakan tempat memanggang sedia ada...
Bila Suami Tidak Bekerja Isteri Jadi Sengsara
Masalah timbul bila suami sudahlah tidak bekerja, atau masih tidak dapat bekerja kerana susah mendapat kerja atau memilih kerja..ini kerana si isteri tepaksa mengambil tanggungjawab walhal tugas menyara keluarga adalah tanggungjawab suami... Masalah sebegini akan berlaku kepada mereka yang mana suami tidak mahu menerima dan mengambil tanggungjawab.. mereka secara tidak langsung akan 'take advantage' ke atas isteri yang bekerja.. ada yang bukan setakat malas bekerja.. menolong isteri mengurus rumahtangga juga tidak mahu.. maka inilah adalah masalah berkait dengan SIKAP individu serta tiada KESEDARAN terhadap tanggungjawab sebagai suami.Monday, May 13, 2013
Kompas kehidupan
Kesan buruk menangguhkan pekerjaan
Kesan Sikap Menangguhkan
Sunday, May 12, 2013
Saturday, May 11, 2013
Kekuatan aqidah benteng pertahanan diri
Andai aku pergi dulu..
Mahukah kamu memaafkan aku
segala salah silapku
semua ketidak sempurnaan diriku..
Andai aku pergi dahulu
adakah lagi rindu itu buatku
atau ada pengganti lain dihati mu
Andai aku pergi dahulu
apakah masih tersemat kenangan lalu
terukir indah bersama mu
Andai aku pergi dahulu
sedekahkan Fatihah untuku
Moga damai diriku di alam sana
Andai aku pergi dahulu
Doakan Allah mengampun segala dosa
menerima segala amalan
Andai aku pergi dahulu
Moga rohku bersama para anbiyaa dan solihin
Moga suatu masa kita akan bersama
Dia syurga nan abadi..
Nukilan: Ummu ieman ihsan
Friday, May 10, 2013
Tips mendapatkan rezeki berlipat ganda

Wednesday, May 8, 2013
Terima Kelemahan pasangan seadanya

Tuesday, May 7, 2013
Disebalik PRU 13

Semalam selesai mengundi, tetapi demam PRU 13 belum habis... ada sahaja berita dan analisa-analisa tentang keputusan PRU 2013 tertera di FB. Tidah mahu baca seperti perlu baca.. lalu banyak masa dihabiskan membacanya.. Sungguh ini satu pengalaman berharga mengundi..yang sebelum ini saya abaikan...
Apa ada disebalik PRU 13 ini? Ia menyedarkan saya betapa sebelum ini saya tidak mahu mengambil endah tentang politik..bagi saya politik ini banyak yang tidak betul dari yang betul.. Biarpun begitu saya dari dulu memilih sekadar dalam hati parti mana yang lebih baik pada penilaian saya...
Banyak perkara tertangguh bila hati bersedih dengan keputusan PRU 13. Hakikatnya itulah perjuangan.. Ia bukan mudah melawan arus dengan bersenjatakan agama. Jika tidak amat mudah Rasulullah memenangi hati Arab Jahiliyyah.. tapi janji Allah itu pasti.. kemenangan pasti akan berpihak pada Islam.. Saya percaya tiada pemimpin yang sempurna.. tapi kita memilih yang terbaik... Banyak hikmah saya perolehi dari semua ini.. Jika di dunia begitu banyak laluan sukar.. tapi jika kita berada dalam garis panduan Illahi pasti pejalanan ke dunia abadi itu lebih mudah..Mengingatkan kata-kata ulama hebat.. Jaga dosa pahala maka kita akan terselamat..
Wallahualam












