Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Pengurusan Kerjaya


  1. Untuk mendorong dan merangsang pemikiran positif dan berkeperibadian tinggi lagi mulia.
  2. Pendedahan teknik-teknik dan skil yang boleh diguna pakai dalam melaksanakan tugasan harian dan berhadapan dengan cabaran semasa.
  3. Untuk mencapai tahap dedikasi kerja yang tinggi, berkesan, berkemampuan dan berkebolehan dalam menjalankan tanggungawab dan tugasan.
  4. Mempraktikkan cara meransangkan diri sendiri.
  5. Untuk mencungkil dan mengembangkan bakat dan skil.
  6. Mempelajari bagaimana untuk menentukan sasaran yang boleh dicapai.
  7. Mengaktifkan cara-cara untuk menjadi lebih mementingkan kecemerlangan.
  8. Mengurus masa dan tekanan dengan lebih berkesan.
  9. Mempraktikkan cara berinteraksi untuk membina kerjasama di pejabat

No comments:

Post a Comment