Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, November 30, 2011

INILAH LUMRAH KEHIDUPAN

Ada masanya kita merasakan kita tidak diperlakukan seadilnya sebagaimana orang lain. Kita seperti berada dalam keadaan yang disebut ‘berada di tempat yang salah dan juga masa yang salah’ (at the wrong time and at the wrong place). Kita merasakan seperti segalanya tidak menyebelahi diri kita. Ada masa kita tidak dilihat bukan sebagai asset tapi sebagai liability. Kita kurang nilainya dibanding orang sekeliling kita Ada ketikanya orang lain dilayang first class tapi kita yang lebih berhak dilayan sebagai third class. Begitu juga dalam hal-hal lain, kita merasa diri seperti dianak-tirikan…
Siapkah yang bersalah? Mereka yang melakukan begitu kepada kita? Atau keadaan sekeliling kita memang sentiasa tidak berpihak kepada kita? Jika orang lain yang berada di tempat kita keadaan tidak akan jadi begitu? Berilah sejuta persoalan pastinya kita tidak mampu memberikan jawapan yang terbaik melainkan SATU JAWAPAN….
DIA..YAKNI ALLAH YANG MAHA ESA…dia ingin menguji kita dengan ujian tersebut, kerana dengan ujian sebegitu kenal siapa diri kita sebenarnya…kita tahu apa ewrtinya setiap sesuatu yang berlaku bahawa DIA ingin mendidik kita menjadi DIRI yang kental dan kuat saat diuji…menjadi insan yang sentiasa tunduk dan mengharap hanya padaNYA.
Merasa diri sabar…sabarkah kita dengan ujian itu?
Merasa diri tabah…tabahkah kita dengan dugaan itu?
Merasa diri kuat…kuatkah kita dengan cabaran itu?
Jawapan kepada persoalan itu hanya kita yang mampu memberikan jawapannya..jika tiada lagi jawapan yang ada, yang mampu kita lakukan adalah berdoalah kepadaNya, mohonlah kepadaNya dan mintalah kepadaNya…moga kita diberi kekuatan, ketabahan, dan kesabaran dalam menjalani segala cabaran ini…ingatlah pasti ada sesuatu yang Allah simpan untuk kita, mungkin tidak hari ini tapi suatu masa yang hanya Dia yang tahu..

KENAPA PERLU CURANG?

Seringkali bila berdepan masalah rumahtangga, apa yang menjadi  punca utama kepada keruntuhan tersebut adalah pasangan yang berlaku curang samaada suami atau isteri. Sebagai kaunselor yang banyak menerima aduan tentang permaslahan rumahtangga ini saya melihat kepada beberapa sudut pandang, ini berkait tentang soal kesetiaan, keperluan dan tentunya juga isu poligami. Kes kecurangan pasangan ini boleh dikatakan hamper 50 peratus dari masalah yang dikongsikan, dan rata-ratanya dari pihak isteri kerana suami jarang mendapatkan khidmat kaunseling dari penulis.
Umpamanya seseorang bergelar suami sememangnya berhak berkahwin lebih dari satu jika mampu. Namun ada yang tidak mampu tetapi memilih untuk berlaku curang, hingga sanggup mengaku diri bujang. Isu kecurangan kepada pasangan ini dapat dibendung sekiranya seseorang itu mempunyai iman dan taqwa dalam diri.Peranan iman dan taqwa dalam diri amat besar dalam membendung gejala dan perlakuan serta perkara yang tidak baik dalam rumahtangga seperti bermian cinta atau mempunyai kekasih gelap. Jika kita menjadi seorang yang benar-benar beriman serta bertaqwa maka sudah pasti kita tidak sanggup melakukan sesuatu yang dilarang dan membelakangkan agama.
Bagi yang bersikap curang mereka perlu insaf, jika sekiranya sudah tiada jalan keluar kerana kemaruk cinta tiga segi maka selesaikanlah denga cara yang berhemah. Jika anda seorang suami atau isteri, cubalah berada dikedudukan orang yang menjadi mangsa kecurangan itu. Jika anda seorang suami, jalinlah hubungan halal untuk mengelakan penzinaan iaitu dengan berkahwin (itu jika anda mampu). Bagi isteri pula, anda berdosa besar dan nusyuz kepada suami, bertaubatlah. Cinta tidak kemana sebenarnya. Ia hanya mainan perasaan dek godaan syaitan. Didik diri untuk setia dan saling menyanyangi dengan cara bertoleransi atas segala kelemahan dan kekurangan pasangan. Kehidupan ini tidaklah lama, hubungan yang sedia ada ini perlu dibaja dan disemai. Belum tentu cinta yang baru itu boleh membahagiakan kita kerana proses yang sama kita akan tempuhi. Teringat penulis tentang seorang sahabat yang sanggup meninggalkan keluarga dan anak-anak kerana memburu cinta pertamanya dengan rakan sekolah lama, namun apa yang malang bagi dirinya...YANG DIKEJAR TIDAK DAPAT, YANG DIKENDONG BERCICIRAN...oleh itu ..SETIALAH PADA YANG SATU..

Tuesday, November 29, 2011

Mendengar Radio atau CD Al-Quran Satu Penghijrahan dan Perubahan

Setiap hari ketika dalam perjalanan ke tempat kerja sambil memandu kereta, pasti ramai yang akan mengambil kesempatan mendengar radio. Mendengar lagu-lagu terkini sambil menghadapi kesesakan jalan raya yang setiap hari pasti akan dapat mengelakkan rasa gusar berdepan dengan kesesakan jalan raya, bahkan memberi hiburan dan mencuit perasaan takkala mendengar celoteh DJ yang melawak. Namun pernahkah anda terfikir membuat perubahan yang boleh memberi manfaat pada diri? Sempena menyambut Maal hijrah atau tahun baru apa salahnya jika mulakan kehidupan anda dengan satu perubahan yang baru. Mungkin channel radio boleh ditukar kepada channel yang menyediakan info yang bermanfaat atau bersifat Islamik. Atau juga menukarkan radio kepada CD alunan al-Quran. Secara tidak langsung ia membantu dan memberi ruang kepada kita bukan setakat mendengar tetapi menuruti pembacaan Al-Quran sementelah kita seringkali kesuntukan masa untk membaca al-Quran kerana sibuk bekerja. membaca al-Quran sebenarnya mampu memberi ketengangan kepada hati serta melapangkan perasaan yang resah. Pada peringkat awal mugkin susah tetapi lama-lama anda akan terbiasa, salah satu cara adalah pasangkan sentiasa iaitu apabila suis kereta dihidupkan maka automatik anda akan mendengarnya tanpa perlu mengigatkan diri. Selamat mencuba, semoga ini menjadi titk perubahan buat diri anda.

Apa yang kita suka belum tentu Allah suka

Apa kita suka...kita akan kejar, kita akan cari kita akan pastikan ia digengaman...kita akan menjadikan ia satu REALITI yang menjadi kenyataan...
Apa yan kita suka? membeli belah....lepak-lepak..bual-bual kosong...berFB tanpa matlamat..bergosip...bersms saja-saja...berhibur dengan lagu-lagu mengasyikkan.. suka hisap rokok...apa sahaja yang kita suka..definisi suka itu ada pada kita kerana apa yang kita suka belum pasti adakah orang lain juga suka seperti kita...
PERSOALANNYA...adakah apa yang kita SUKA itu Allah suka? Ingatlah kadang-kadang apa yang kita suka itu boleh memberi kemudharatan kepada kita...tidak memberi sedikit pun manfaat.bahkan membazirkan masa, wang ringgit, tenaga dan pelbagai lagi perkara yang tidak memberi faedah baik untuk kita mahupun orang lain..
Oleh itu berubahlah dan berazam untuk melakukan sesuatu yang KITA SUKA DAN ALLAH PUN SUKA...

Kebahagiaan Adalah Kejayaan

Allah berfirman maksudnya:
“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari pada Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah” (Al-An’am : 153)

Kejayaan hakiki dan abadi adalah apabila kita menjadi muslim yang sejati yang memahami bahawa dunia ini hanya tempat persinggahan untuk kita bercucuk tanam. Sampai masa tuhan akan mengambil segala yang ada. Untuk kita fahami konsep kejayaan maka perlu kita lihat kejayaan itu ada beberapa bahagian iaitu
Kejayaan Dunia:
§  Kejayaan Ilmu ( Memiliki ilmu dan berkongsi ilmu serta memanfaatkan ilmu untuk kesejahteraan ummah)
§  Kejayaan Harta ( Mempunyai harta dan memanfaatkanya ke jalan Allah)
§  Kejayaan Pangkat ( Memiliki pangkat dan menggunakannya untuk kebaikan semua)
§  Kejayaan Rumahtangga ( Mempunyai rumahtangga bahagia, sejahtera dan menjadi contoh kepada oarang lain )
Kejayaan Akhirat 
§  Terlepas Azab Seksa Kubur
§  Mendapat Syafaat Rasululuah
§  Melepasi Titian Sirat
§  Dipilih Sebagai Penghuni Syurga

Thursday, November 24, 2011

Memberi Maaf Tidak Semudah Menuturkannya...

Ramai orang apabila mereka membuat kesilapan lalu menyedari kesilapan itu..lantas mereka meminta maaf. Namun adakalnya kemaafan itu hanya setakat dibibir, ianya tidak ikhlas kerana kesilapan yang sama masih terus dilakukan. Kesannya orang lain tidak lagi mempercayai dan membawa kepada keraguan. Manakala orang yang menuturkan perkataan menerima kemaafan, seringkali memberi maaf begitu mudah ia diberikan. Namun realtinya hati masih membara dengan dendam...Oleh itu sentiasalah kita muhasabah diri untuk memberi dan menerima kemaafan dengan keikhlasan setulus hati...
Hari ini jika hati terluka dengan sesiapa sahaja, atau terasa dengan perbuatan yang menghiris jiwa...biarlah kesemua itu berlalu pergi, jangan dipendam di dalam diri...jangan dijeruk di sudut hati...bebaskan jiwa, ceriakan diri...kesedihan itu akan berlalu jua..hadapi kehidupan dengan perasaan dan emosi yang postif..seterusnya fikirkan tindakan yang sesuai hikmah dari peristiwa itu...moga Allah memberikan kita HIDAYAHnya...

Wednesday, November 23, 2011

TENTANG DIA : BERBEZA PANDANGAN

Pernahkah kalian mengalami atau pernahkah sesorang berkongsi cerita mereka tentang perihal permasalahan ini….Jika orang tidak suka pada kita, apa yang kita buat, apa yang kita kata akan semuanya tidak betul dimata mereka. Hingga adakala kita terfikir apa silap kita? Apa lagi cara yang boleh kita guna demi untuk menambat hati mereka? Adakala apa yang orang kata dan kita kata sama, tetapi mengapa kita yang dicela? Itulah hakikat kehidupan yang yang perlu kita terima, bahawa manusia ini punya perspektif dan pandangan yang berbeza. Setiap orang ada pendirian sendiri serta citarasa yang berbeza, seperti duit syiling keduanya mempunyai perbezaan jadi bagaimana sesorang itu berpandangan adalah berdasarkan apa yang mereka lihat. Kita tidak boleh memaksa orang lain berfikiran atau bersetuju dengan pendapat atau pendangan kita. Apa yang boleh kita lakukan adalah muhasabah diri sendiri serta tidak berburuksangka serta berbuat sesuatu dengan ikhlas tanpa mengharapkan pujian atau pengiktirafan. Biarlah segala yang dilakukan itu diserah kepada Allah. Jadilah diri dan jiwa yang kental…tidak bangga dengan pujian, tidak terhina dengan kejian. Kita berharap hanya kepadaNya.

Kisah Si Jurujual

Lama ku simpan cerita ini namun rasanya aku ingin berkongsi moga kalian jadikan iktibar dalam menjalani kehidupan...ibarat yang sering aku ingat pada diri disitu bumi dipijak, disitu langit dijunjung. Aku yakin moral ceritaku ini pasti ada juga yang berlaku pada orang lain yang senasib denganku..
Dari dulu aku suka dilihat biasa-biasa, sederhana..aku suka pakai sandal biar buruk asal tidak menyakitkan tumit dan melenguhkan betis bila berjalan..suka pakai baju kurung kain kapas kerana selesa sewaktu hari panas..beg tanganku lusuh tidak mengapa asal tidak menyakitkan bahuku menyandang...pendek kata aku tidak kisah asalkan mudah dan ringkas...Bila sebut tentang kendreaan ada masa-masa aku suka memilih kenderaan awam. Pasti ramai yang tidak percaya, tapi disitulah aku belajar dari pemerhatian, muhasabah diri dengan melihat situasi dan reality kehidupan.
Al kisah aku tidak berniat mengikut suami pada hari itu, namun entah mengapa hati rasa ingin berjalan-jalan ke satu tempat yang belum aku kujungi. Fikirku ada baik sementara suami menyelsaikan hal kerja aku menunggu sambil window shopping di satu gedung hebat di tengah bandaraya. Saat suami meninggalkan aku berhampiran gedung popular kunjungan warga dia menghulurkan note RM100...katanya “Nah beli la apa-apa ayang nak”...hmm dah suami bagi aku ambik la..dalam handbeg ada separuh ribu.. tapi aku ingatkan diri aku hanya nak tengok2 bukan nak membeli..payahnya aku nak jadi sederhana tapi bila duit ada di tangan bahaya padaku..sebab bila ada yang berkenan memang mudah duit hilang ditangan.
Saat aku mula melangkah masuk maka adalah beberapa jurujula yang mengikut aku ke setiap ceruk aku berjalan..sambil mereka tak berhenti mecandangkan kain itu ini..Besar gedung ini..aku kali pertama mengunjngi gedung ini sejak ia di buka. Kesian dengan adik-adik jurujual yang begitu bersungguh berkempen tujuk itu ini..aku kata..”takpe dek..akak minat nak tengok kain cotton” kataku..akak nak yang gred macam mana? kat sini ada yang murah, kat tingakat  .... ada mamcam2 pilihan..akak boleh naik atas..”Jelas jurujual itu berhemah..
Kaki aku pantas menuju tempat yang dimaksudkan. Hem ramai juga orang yang sedang melihat-lihat membelek pelbagai jenis kain walaupun gedung baru sejam dibuka...Akum ula melihat2..disekililing ku ada beberapa makcik ala2 gaya datin..maklum aku tengo baju yand dipakai bukan calang2 rega...ibarat sekilas ikan di air dah tahu berapa harganya.. Pencarian ku bila memilih cotton adalah mencari yang sesuai serta sedfap untuk aku pakai..tiba-tiba dating seorang jurujual bertanya”akak cari kain apa?” “ Oh akak tengok-tengok je dulu...cantik-cantik kain disisni ye...”pantas aku menjawab. “ kak yang bahagian ini semua mahal-mahal..semeter seratus ke atasa” jelas jurujual itu. “ Ye akak tengok harga di sini..tapi ada diskaunkan?” Kataku memahami seolah aku tak layak menengok kain disitu...tak setaraf dengan orang sekeliling ku yang semua rata2 bergaya. “Akak pilih dulu mana yang akak nak, nanti kita bagi diskaun” jawabnya dengan perasaan tidak senang sebab aku bercakap tentang diskaun..hmm agaknya makcik2 kayo tu tak minta diskaun kot..nak buat macam mana dek..akak ni kurang duit bukan takde duit..sempat hati kecil ku mendesis. Lepas satu rak ke satu rak aku melihat, hati tiba-tiba berkenan pada satu jenis corak cotton yang memikat hati. Penjual disebelah aku tunjukkan kain yang sudah aku pilih. “Agak-agak berapa ye selepas diskaun corak yang ini?”tanyaku bersopan. “ kak yang ini mahu dua ratus lebih sepasang, kalau akak nak yang murah macam yang akak pakain ni harga dia RM25 je semester, mari saya tunjukkan pada akak”. Berderau dan tergugat kesabaran ku saat jurujual itu dengan penuh berhemah menghinaku..mentang-mentang la akugaya selekeh..ada dikata aku pakai baju harga rm25 ringgit maka aku tak payah nak mimpi pakai baju mahal...mujur aku sempat mengucap, sebenarnya aku dah biasa dilayan begini terutama bila aku gaya macam surirumah tak cukup budget nak membeli. Pelik juga aku nak kain itu dia pulak cadangkan yang murah...kesian sungguh aku dengan jurujual ni..kesian dengan cara dia melayan pelanggannya dengan cara yang begitu hipokrit. Tak banyak cakap aku kata “takpe dek bagi akak dua pasang yang rm25 ringgit tu..” Aku tak tahu kenapa aku perlu beli benda yang bukan kemahuan aku. Aku cepat mengatakan dua kerana kain tu walaupun aku tak berkenan tapi boleh la aku jahitkan baju pada dua orang dara sunti ku..yang yenya aku bukan kisah dengan harga,bukan kerana aku kaya...malangnya kain yang ditunjukkan tu tak ubah kain sarung bantal..dah la tu baju yang kau pakai ni tiga tahun dulu aku beli di GULATIS..reganya tak la mahal kurang berapa ringgit seratus..tapi takpelah dah dia kata baju aku rm25 ringgit suka hati dialah..ada aku kisah?hi..hi aku kisah juga pada mulanya nak cakap..tapi aku rasionalkan diri..takde gunanya layan ornag yang macam BAGUS.. selesai memotongk ain kau disuruh bayar ke kaunter jualan..selsesai membayar aku ingin berpatah balik pad arak yang terletakknya kain yang aku berkenan tadi..maklum aku takut aku balik tak lena tidur..tapi kalian nak tahu jurujual tu kata apa? “ kak, akak boleh naik lift kalau nak turun”sambil menunjukkan pintu lift kepada ku...Subhananllah sekali lagi aku seperti nak je cakap sesuatu pada jurujula tu..tapi hati aku mengatakan “be cool..you learn something new today...so be yourself...”..aku terfikir masa dalam lift..apa la jurujual ni mentang-mentag aku bukan gaya seorang kaya ada kep atut aku dilayan sebegini rupa..
masa turun keluar dari gedung itu, ada beberpa jurujula bertanya..”akak..boleh tengok lagi kak..” hem dalam hati aku bye.bye la dek..this is the last la akak dating sini...Keluar dari gedung itu aku tak tahu nak ke mana..suami belum dating..kaki aku merayap berjalan ke gedung sebelah..gedung yang juga ‘fofular’ jenamanya dengan pelbagai jenis tuduun. hati aku sudah suram untuk membeli dek layanan first class sebelum ini..Belum sempat mata memandang tudung yang terpamer, seorang jurujula manis dating menyapa..alahai..memang jurujula ni kau boleh buat menantu kalau ada anak lelaki...cair aku dibuatnya..tudung yang beli kat rumah pun ada yang belum dipakai..nak beli lagi..aku kata padanya..”dek..akak ni tak mampu nak beli tudung yang mahal2 gini, tengok la gaya akak pakai ni..baju rm25 ringgit nak dimatch dengan tudung harga beratus, tak payah la dek..ni tudung yang akak pakai ni rm5 je..okay apa?” Adik itu penuh sopan menjawab, “Alah kak,beli la cantik takpa kalau akak pakai tudung ni, akak lagi Nampak bergaya” Takpelah dik akak tengok-tengok je..” jawab aku yang sebenarnya hati sudah cair dengan layanannya yang begitu berbeza dengan jurujual sebelum ini.
Tengah membelek-belek tiba-tiba tak semena suami ku dating, kereta di pakir betul-betul depan gedung. Kurang asam suami aku ni ada ke patut parking depan kedai. desis aku dalam hati. Dia berjalan masuk sambil tersenyum “ hah, ayang dah beli ke mana yang nak..beli la nanti bila-bila tak free pula nak datang..” Aku terus bertanya “ awat bang parking kereta betul-brtul denap kedai? “ Tanyaku tak puas hati. “ Eh salah ke? Dah kebetulan kosong” jawab suami ku selamba. Si jurujual yang sedang memerhatikan kami terus menyampuk, “Akak, suami dah bagi green light tu..akak pilih la..”
Lepas tu tak menang tangan si jurujual menunjukkan segala macam jenis tudung, yang ekslufis konon yang best buy macam...aku dalam hati...macam ni punya jurujual memang cepat kaya tokey gedung. Akhirnya aku berkata kepada jurujula tersebut.”dek..udah-udah le tunjuk akak itu ini..akak ni tak kisah nak beli...dengan kepandaian awak melayan pelanggan sebagus ini, orang yang tak nak beli pun akan beli...akak ni geram dengan layanan jurujual sebelum ini...”   Eh sapa tu kak, saya mesti kenal dia orang tu...” jawabnya. “tak payah la awak tahu dek..nanti jadi mengumapt pula..Cuma aka nak pesan satu pada awak..siapapun pelanggan yang dating, bagaimana cara dia berpakaian, selekeh ke..bergaya ke..layanlah dia sebaik-baiknya. Akak faham kadang-kadang pelanggan ni pun macam-macam kerenah. Pada akak, kalau dilayan dengan baik rasanya pelanggan itu akan dating berkali-kali..” Panjang lebar aku menasihati jurujual yang sudah begitu mesra sehingga sempat kami berkongsi pelbagai perkara.
Di atas kebaikan layanan si jurujual itu maka tiga helai tudung aku beli...dan sebelum aku beredar dari gedung itu aku sempat memberikan sebuah buku tulisanku kepadanya. (kebetulan ada beberapa naskah dalam kereta). “Kak, akak menulis buku ke?” Tanyanya. ”Boleh bagi nombor telefon akak..ada kesempatan saya boleh hubungi”. Aku sempat memberikan bisnes kad sambil berlalu....
Hamper setengah tahun aku tidak kunjungi gedung itu. Moral of the story...kadang-kadang manusia suka memilih bulu...ada juga yang rasa diri mereka macam bagus dan ada juga yang inginkan layanan setimpal tak kira mereka itu siapa...sedangkan reality kehidupan mansia ada yang hipokrit dan suka pilih bulu...

Tuesday, November 22, 2011

Apa beza mak kita dan mak anak kita?

Seorang sahabat FB menyuarakan persoalan APA BEZA MAK KITA DAN MAK ANAK KITA?Memangnya berbeza ibu kita dan isteri kita. Kenapa saya katakan demikian? Kerana ibu  dan isteri adalah dua status yang berbeza walaupun berkongsi gelaran wanita.  Ibu sudah pasti berada di tempat yang teratas, tiada yang dapat mengambil tempatnya hatta siapa sekalipun.. ibu  dan isteri adalah dua status yang berbeza walaupun berkongsi gelaran wanita. Ibu sudah pasti berada di tempat yang teratas, tiada yang dapat mengambil tempatnya hatta siapa sekalipun..hatta berlainan agama sekalipun...Kita akui mungkin antara isteri dan ibu kita mereka mempunyai citarasa yang sama, atau apa-apa sahaja persamaan. perlu diingat kita sering mendengar permasalahan antara mertua dan menantu, ada yang terlalu melebihkan isteri dari ibu sendiri, ada juga yang memenangkan ibu hingga kebajikan isteri menjadi terabai. Jika para suami tahu tentang tanggugjawab kepada ibu dan tanggungjawab kepada isteri serta mengetahui keutamaan dalam sesuatu perkara maka untuk menyempurnakan keduanya tidaklah susah. Bagi yang bergelar isteri dikatakan syurga isteri adalah dibawah tapak kaki suami, manakala yang begelar anak pula syurganya dibawah tapak kaki ibu. Perlu difahami untuk ita mengambil temapt di syurga milik Allah kita perlu mentaati Allah dan Rasul serta menghormati kepada ke dua ibu bapa kita dan juka kita bergelar isteri kita perlu menjalankkan tanggungjwab kita sepeunya, jika bergelar sebagai ibu, kita pelru menjadi ibu yang boleh menjadi contoh terbaik kepada anak.anak. Pesanan buat suami berusahalah menghargai ibu bapa ketika mereka masih ada dan menyayangi isteri sepenuhnya semoga rumahtangga kekal bahagia.

Monday, November 21, 2011

IBU TIRI TIDAK SEMUANYA ZALIM

Sewaktu usia ibu mencecah dua tahun dia ditinggal ibunya saat berpantang melahirkan adik lelakinya yang masih menyusu. Mereka ditinggal berdua bersama ayahnya yang masih berduka dengan kehilangan isteri tercinta. mengasuh anak kecil perlukan kasih ibu. Ayahnya memilih berkahwin lagi dengan seorang janda muda yang tidak punyai anak serta baru diceraikan suaminya kerana suka memukul isteri dan berjudi. Mereka bahagia bersama, anak tiri dijaga seperti anak sendiri. saat dia dipenghujun usia aku pernah bertanya….nenek kenapa nenek bukan ibu tiri yang selalu digambarkan zalim suka menganiya anak tiri…
Maka dikisahkan nenek kepadaku sewaktu kecil dia pernah dibela dan dijaga oleh ibu tiri. Setiap kali ayahnya pergi bekerja maka kesempatan itu digunakan si ibu tiri untuk berbuat apa sahaja. Kisah hidupnya tidak ubah seperti cerita  “BAWANG PUTIH BAWANG MERAH”. Sedih mendengar kisah pilunya… dipikul ibu tiri perkara biasa, namun satu ketika peristiwa yang mencatat sejarah buat dirinya dipukul ibu tiri dengan lesung batu hingga patah dan retak tulang betisnya…Lalu diselak sdikit betisnya menunjuk pada ku kesannya.. MasyaAllah hingga remuk dan lekuk tulangnya dek terkena lesung batu…Berhari dia terlantar tidak mampu berjalan dek angakara ibu tiri. Tidak mampu aku bayangkan betapa sengsaranya dia. Menurut nenek bila ayahnya pulang setelah seketika di perantauan, melihat kekejaman isteri mudanya pada si anak maka terus si ayah melafazkan cerai pada ketika itu juga. Peristiwa itu mengajar nenek untuk tidak melakukan sedemikian rupa pada anak tiri… Sebab itu nenek adalah ibu terbaik buat ibuku…dia membesarkan ibuku menjadi pula ibu yang terbaik buat kami…Bahagialah nenek dengan kebaikanmu di negeri Abadi…kami sentiasa menyanjungi dan menyayangimu selamanya..

Masih Belum Terlambat

Ada saatnya kita amat merindu pada insan yang telah pergi, kita teringat masa kita lalui bersama dengannya. Mungkin dia ibu kita, bapa kita atau saudara kita atau sesiapa sahaja yang rapat dengan kita atau pernah hadir dalam kehidupan kita…Kita adakala mengharap andai masa itu mampu kita putarkan kembali untuk kita menikmati masa bersama itu…kita pastinya mengharap andai mereka berada disamping kita untuk kita berikan sesuatu yang mahu kita berikan yang sewaktu mereka ada disamping kita, kita lupa untuk menyatakan kita menyayangi mereka…kita tidak berkesempatan menghargai mereka…bahkan kita tidak mengendahkan mereka saat kita mempunyai peluang itu…Malang apa sahaja yang ingin kita lakukan..ucapkan…kita tidak mampu mengembalikan suasan itu lagi..kita hanya mampu bernostalgia..tapi kita masih mampu untuk sedekahkan FATIHAH buat mereka yang sudah pergi. Kalian yang masih punya kesempatan…masih belum terlambat untuk memberi dan menghargai insan tersayang…sebelum dia tiada hargailah dia..ucaplah terimakasih padanya…masih belum terlambat untuk kita lakukan sesuatu…

Barang yang lepas jangan dikenang

Pernahkah anda melakukan kesilapan? Dan kesilapan itu menghantui anda sepanjang masa..Berkatalah kepada diri “ yang lepas biarkan berlalu menjadi pedoman, masa yang akan datang kita direnungi bersama”. Inilah yang perlu kita lakukan, kerana untuk mengubah masa lampau itu adalah perkara yang diluar kemampuan kita. Sebab itu orang-orang tua sering berpesan supaya kita pandai dan sentiasa menjaga diri. Kerana apa? Kerana apabila nasi sudah menjadi bubur kita tidak boleh menjadikan ia sebagai nasi semula. Perumpamaan ini menjadi pedoman dalam hidup kita. Sentiasalah berfikir perkara baik dan buruk apabila kita ingin bertindak atau melakukan sesuatu perkara. Sebab cara mengelakkan diri dari melakukan kesilapan adalah memohon petunjuk Allah, selain itu jagalah solat. Dengan menjaga solat maka kita juga boleh menjaga diri kita dari melakukan perkara yang mungkar. 

Alahai Kenapa Jodohku Dengan Dia



Ramai dikalangan kita hari ini merasakan mereka melakukan kesilapan dalam memilih jodoh.Persoalannya mengapa ini terjadi? Bagaimana penyelesaiannya? Berkahwin tidak semudah mengungkap lafaz cerai. Membina begitu susah, meruntuhkannya boleh sekelip mata. Tidak cukup dengan menyalahkan diri sendiri, orang lain juga terkena percikannya, baik ibu bapa mahupun rakan taulan.  Kehidupan adalah perancangan yang kita seringkali akan menemui sesuatu yang kita sukai dan tidak kita sukai. Biar apa pun terimalah ia dengan seadanya kerana berkemungkinan apa yang kita sukai sekarang mungkin boleh bertukar menjadi sesuatu yang kita benci, begitulah sebaliknya. Pepatah melayu sering kita dengari "tak kenal maka tak cinta, dah cinta hingga tergila-gila".Alam perkahwinan sekiranya tidak dirancang dengan betul akan menimbulkan pelbagai bentuk kesukaran dan masalah. Jangan tergesa-gesa menerima atau memilih pasangan hidup semata-mata kerana tekanan daripada persekitaran. Berkahwin biar bersebab dan sebabnya sudah semestinya kerana agama.Perkahwinan merupakan pelengkapkan kepada agama lantaran sunnah Rasulullah. Justeru, kita harus memilih individu yang betul untuk melengkapkan apa yang disarankan oleh agama kita. Jika tergesa-gesa, mungkin tersalah pilih.Apabila tersalah pilih, bukan sahaja agama tidak dapat dilengkapi, malah mungkin menambah kesukaran. Sebelum berkahwin, kita mungkin mengidamkan seorang suami yang boleh mengimamkan solat berjemaah. dengan kata lain, suami yang beragama, yang soleh, yang boleh membimbing.Oleh kerana tergesa-gesa berkahwin tanpa diselidiki terlebih dahulu, ditambah pula diri sendiri selama ini tidak mahu mendalami dan mengenali ilmu-ilmu agama.Maka kitalah yang menanggung risikonya dikemudia hari.
Selain itu ada juga yang lama bercinta, mengambil masa bertahun-tahun menyulam kasih, namun bila berkahwin mula timbul segala yang tidak kena. Iktibarnya, masa berkasih dan bercinta, biarlah cinta itu kerana Allah bukan kerana mahkluk. Percintaa yang didasari kerana Allah Taala akan menemukan sesuatu yang luhur. Sudah pasti kita akan mendapati pilihan itu amat tepat kerana berlandaskan kehendak agama serta kita sendiri mematuhi segala suruhan dan larangan agama. Andai berlaku kesilapan dalam membuat pilihan mungkin juga kerana kita sebelum ini hanya melihat pada luaran tanpa menitik beratkan sifat-sifat dalaman yang sebenarnya amat penting.Cantik dimata tetapi jika budi pekerti tiada apalah gunanya.Oleh itu untuk tidak tersalah pilih, ikutlah laluan yang telah diajar dan diatur oleh syariat.Semoga pilihan kita itu dari Allah dan kerana Allah.
Dipetik dari nukilan penulis dari buku yang bakal diterbitkan oleh PTS Milinea  "JODOH DAN PERSOALAN PERKAHWIANAN"

Kerana Aku Ada Kamu

Setiap waktu ada sahaja perihal permasalahan mereka itu yang perlu aku depani…menggalas tugas mendengar permasalahan orang lain menyebabkan aku cukup insaf dengan ketentuan diri. Semua ini memberi aku ruang untuk bersyukur kepada mu Allah, atas segala nikmat dan pemberian kebahagiaan ini. Selalu aku katakan, tidak mengapa jika ada sifat celamu yang ada ketika tidak dapat aku terima, tidak mengapa ada kerenahmu yang kadangkala mengugat kesabaranku…tidak mengapa ada saatnya radangmu membuat hati ku begitu terluka..kerana tanpa kamu aku tidak boleh mengecapi apa yang kini aku perolehi.. Jika tidak kerana pengorbananmu mana mahu aku berjaya mendaki gunung cabaran ini.. Jika tanpa kesudian mu menerimaku seadanya sudah pasti aku tidak berdiri di pentas anugerah ini… jika tidak kerana keikhlasan mu menerima kesilapanku mana mungkin aku boleh merangkul kejuaraan ini...
Terima kasih kerana menjadi teman ku, aku bertuah… Kerana Aku Ada Kamu

PILIH KASIH

Kita seringkali bertanya dan menyoal kenapa perlu ada pilih kasih? Mengapa tidak boleh berlaku adil? Wajarkah melihat pada satu sisi sahaja? Lihatlah sesuatu itu dari sudut pandang orang lain. Jangan ada ‘bias’. Jangan kira siapa dia di mata kita, lihat dengan mata hati bukan dengan penglihatan zahir. Pilihan pada sesuatu perkara itu jangan melihat pada kepentingan diri sendiri semata hingga kita menzalimi orang yang berhak! Jika tidak berlaku adil kerana mengamalkan ‘favorutisme’ atau bersikap pilih kasih, mungkin kita terlepas hukuman dunia..ingat di akhirat ada bahagian untuk kita. Ingatlah perbuatan pilih kasih sebenarnya menidakkan hak orang lain. Allah itu adil sifatNya, hari ini kita terlepas, ingat anak cucu kita boleh menerima nasib yang sama. Adakah kita sedar akan perbuatan ini? Biasanya manusai susah menilai diri..Alasan kita beri kerana begitu begini..Jangan dikira siapa dia, keturunan mana, pangkat apa, bukan kesukaan kita, fikranya berbeza..Siapakita ingin menidakkan hak dan rezeki orang, jika itu hak dia maka berikanlah. Jangan jadi manusia yang egois dengan diri. Jika anda pernah merasa atau seringkali diperlaku begini sekian kali…hingga adakala kita merasa hinanya diri…dek kerana pilih kasih..Biarkan..tidak mengapa..ada manisnya kita diperlakukan begini..tidak mengapa kita tidak dipilih biar kita yang paling berhak..Apa manisnya kita diletak dalam situasi begini. Mudah saja jawapannya..kerana Allah memberi kita peluang untuk mengenal diri dengan mengenal sikap orang lain, melihat dan memerhati sikap orang lain yang buruk bukan untuk ditiru, ia mengajak kita untuk kenal diri…jika sakitnya hati, pedihnya rasa saat diri dizalimi, maka itu peringatan Allah untuk kita..Apa dia? Jangan ulangi itu pada orang lain…jika kita melakukan perkara yang sama..maka..kita sebenarnya tergolong dalam ORANG-ORANG YANG MENZALIMI DIRI SENDIRI sama seperti  dia…

Sepasang Kasut Bola

Bukan orang dewasa sahaja yang belajar dari pengalaman kerana anak-anak juga begitu. Saya mengatakan begitu dari pemerhatian saya kepada anak-anak saya. Setiap kali peperiksaan akhir tiba maka debaran itu akan sentiasa terasa bukan hanya pada anak, tetapi juga ibu bapa yang sangat prihatin dengan anak-anak mereka. termasuklah saya. Anak yang bongsu Ieman Ihsan banyak mengikut cara saya belajar, hmm..apa yang dikatakan belajar di saat akhir peperiksaan menjelang..maknanya kalau esok periksa hari ni baru terhegeh-hegeh nak baca buku..kalian jangan tiru cara begini sebab banyak risiko nanti..tapi bagi diri saya, studi di saat akhir adalah cara yang sering memberikan hasil yang cemerlang..Kawan-kawan sewaktu belajar di universiti selalu mengkritik tidak puas hati sebab seperti  saya tidak membaca dan bersedia menghadapi peperiksaan, tapi bila keputusan keluar saya mengatasi mereka..sebenarnya itulah rezeki..sikap aku memang menurun pada Ieman..
Berbalik kisah Ieman, walaupun peperiksaan pertengahan tahun lebih baik dari akhir tahun tetapi mungkin rezeki buat Ieman mendapat tempat untuk rangking terbaik kelas. ini kerana rata pelajar markahnya turun. Pengajaran untuk Ieman kerana dia selalu kurang menumpukan pembacaan, tapi menurut gurunya Ieman focus sewaktu di kelas. Hmm itulah Ieman, berbuih mulut suruh baca buku, dia lebih suka bersilat dan bergimnastik seorang diri...
Bagi meraikan kejayaan Ieman yang biasa-biasa..Babanya membelikan sepasang kasut bola. Dia kata kalau jenanam adidas okay ke?...tapi malang kakinya kecil tiada yang muat. Bagus juga tiada, sebab tidak perlu memberikan alasan kepadanya yang anak-anak tidak perlu disogokkan dengan barangan berjenama, kalau mampu sekalipun elok dia pakai kasut biasa. Kalau yang berjenama tidakkah nanti timbul perasaan cemburu dihati rakan-rakan sebaya inginkan perkara yang sama sedangkan ibu bapa tidak mampu. Anak-anak memang dari kecil diajar supaya sederhana. Itulah sebaiknya.
Gembira dan teruja Ieman kerana dapat kasut bola. Malam itu Ieman tidak lena tidur kerana menunggu siang untuk memperaga kasut bola. Dalam hati berkata.. alahai kesian Ieman dah darjah tiga baru ada kasut bola. Dia tidak minta maka kami fikir tidak mengapa...bukan keperluan utama setakat bermain bole didepand rumah waktu terluang. Ieman beridentiti sederhana..hari raya pun tak kisah tiada kasut raya, pakai selipar jepun sahaja, bila di bawa ke pusat beli belah memilih kasut dia memilih pakai selipar biasa-biasa...bagus Ieman tak habis duit Ummi dan Baba..apapun kasut bola inspirasi pada Ieman yang menjadi penjaga gol cilik bagi wakil tahun 3...tahun depan Ieman nak terpilih wakil sekolah..okaylah Ieman..janji  Ieman bakal menjadi Huffaz..gelaran yang selalu dipanggil sebagai doa buat anakku..Prof.Dr. Ieman Ihsan Al-Hafiz.. yang bercita-cita menjadi scientist..

Saturday, November 19, 2011

CERITA TENTANG DIA: HARAPAN


Tiap kali aku jumpa dia..payah benar dia ingin senyum..kalau ingin bertemu bagai pungguk rindukan bulan..payah benar nak ketemu dia..mengalahkan ingin betemu dengan Perdana Menteri..sibuk benar dia mengalahkan pengurus syarikat...susah sangat kah untuk memenuhi harapan orang lain..kalaulah dia tahu bahawa memenuhi harapan orang itu adalah satu pahala yang besar?
Kalian pernah tak rasa mengharap pada sesuatu? Harapan itu pula besar menggunug? Kalina memikul harpan itu berapa lama? Tidakkah makin lama harapn itu tersimpan makin seksa rasa diri menggalasnya?
Harapan oh harapan..segala macam harapan..tetapi harapan untuk bertemu dengan seseorang itu juga penting jika melalui dia harapan kita yang lain akan terlaksana..Tapi kalau ornag yang kita harapkan itu susah dan payah serta segala bagai kerenah...maka apakan daya kita...
Ada masa kerana harapan ini, aku terasa seperti pengemis..entah berapa kali aku menangis sendiri.. alahai aku ni nak bertemu dengan insan yang bukanlah PENTING SANGAT PUN DI SISI MANUSIA LAIN..tapi dia penting pada aku kerana kunci pada cita-cita yang aku ingin laksanakan..saat aku berkeadaan dalam harapan begini aku membayangkan..Alangkah Bagus Aku Menjadi Makhluk Kerana Setiap Kali Aku Berharap Pada Makhluk, Lebih Baik Aku Berharap PadaNya, Kerana Dia Sentiasa Ada Untuk Ku...

CANTIKKAN AMALAN UNTUK DUNIA ABADI

Orang kata kalau cantik suami sayang, kalau pandai melaram suami tak akan cari lain....betulkah begitu?Bukankah kasih sayang bukan berdasarkan kecantikan tapi kasih sayang adalah penerimaan segala kekurangaan dan kelemahan diri..Aku percaya kepada itu, biar mungkin aku tidak secantik orang lain tetapi pasti aku tidak rasa rendah diri dengan kekurangan itu..kecantikan bukan semata pada paras rupa..lebih penting lagi keikhlasan diri dan kesopanan budi bahasa..
Cantik...memang semua ingin dilihat cantik bergaya,tapi untuk siapa kecantikan itu sebenarnya?Bukankah kecantikan itu perlu dipamirkan pada si dia yang hanya kita menjadi miliknya...
Pelik juga kadang-kadang dengan sandiwara manusia..bila dirumah tidak pula mahu bergaya didepan suami..bila keluar rumah bukan setakat wajah ditenyeh dengan gincu dan make up..tapi dengan pakaian yang serba seksi..adakah itu untuk suami atau siapa? Kadang-kadang kita sering menjadi orang yang hipokrit...
Aku sering ditegur kenapa tidak bermake up. Kenapa tak jaga muka? Nanti bila dah mengerutu, penuh dengan jeragat masa tu dah bye,bye la...itu yang selalu aku dengar dicorong telinga terutama dari insan prihatin dengan rupa paras ku...Ada juga yang berkata....kalau wanita tak pakai gincu nanti muka tu nampak pucat...ada lagi..muka tu kalau tak dibedak akan nampak kusam...
Manusia oh manusia..kalian lebih risau dengan muka yang tidak bercahaya dan cantik di depan manusia yang sekadar makhluk..tidakkah kalian lebih risau muka kalian itu tidak bercahaya di sisi Allah? Tidakkah kalian rasa bersalah bila kalian berhias walaupun untuk suami tetapi orang lain yang bukan mahram menatapnya juga? Tidakkah itu mengumpul dosa namanya...
Aku bukan insan yang baik, untuk mengaku kehebatan jauh sekali..Entahlah dosa yang lain sudah banyak untuk aku pikul..nak tambah dengan dosa berhias...hmm..rasanya tak mengapalah jika aku tidak dilihat cantik..selalu ku katakan pada suami...
Lihat Kecantikan Bukan Kecantikan Luaran..Tetapi Lihatlah Kecantikan Dalaman..Tegur aku jika ia berkurang..bukan menghina diriku saat kulitku sudah mula menampakkan kedut.. Tanya padaku sudahkah aku membaca Al-Quran hari ini..bukan bertanya dah cuci muka belum? Ingatkan aku sudahkah bersedekah  minggu ini bukannya minggu ini dah pergi sauna?
Hidup perlu ada keutamaan, tak salah buat itu semua, bahkan ia perlu untuk menjaga kecantikan buat suami...tapi ingat ada lagi perkara yang lebih penting untuk kita bawa ke akhirat, jadi... marilah kita sama-sama cantikkan amalan kita untuk dunia abadi.



MENCARI AL-BALKHI….

Menggapai Cita-cita
Sudah empat tahun setengah aku bernaung di bawah gedung mercu kejayaan ini. Rasa lelah, penat, kecewa dan pelbagai perasaan menghantui ku. Sehingga ada rasa aku ingin menamatkan sahaja perjalananan ini. Jika tidak ku fikir pengorbanan suami, anak-anak, serta bonda yang sering memberi ku semangat sudah pasti, aku tidak lagi menyusur laluan kemboja, melihat pekat aliran air sungai yang berliku melalui tepian bangunannya dan sudah pasti aku tidak dapat merasa bagaimana nyaman udara tepi bukitnya yang begitu segar dan mendamaikan jiwa. Dan apa yang paling aku rindu adalah tawa dan bicara saat bersama teman-teman yang mejadikan wacana ilmu satu bahan perkongsian. Nostalgia ini payah untuk aku tinggalkan.
Mengimbas kenangan empat tahun yang lalu membawa aku ke gedung ini . Keinginan dan cita-cita yang terpendam sekian lama membawa aku untuk menambahkan ilmu, memahamkan minda membawa aku bertemu dengan Sifu 1. Ingatan ku terpanggil  mengingatkan pertanyaan ku padanya, “Maaf Sifu, boleh saya Tanya, adakah Sifu tahu tentang Islamic Counseling?” Nada suara ku penuh dengan rasa ingin tahu. “Maaf saya tidak tahu” Sifu 1 menjawab sambil lewa, tanpa memandang anak mata ku. Sifu 1 meninggalkan aku termanggu-manggu penuh tanda tanya. Sejak hari itu aku tidak bertanya lagi, tapi memulakan tekad untuk belajar memahami perkara biasa yang dituntut oleh ku. Menimba ilum perlu banyak membaca dan memerhati, itu pesan guru-guru. Realitinya, saat dan waktu itu amat cemburu dengan ku, kini aku sudah di ambang masa, aku perlu habis dan tamatkan segera segala apa yang telah aku mulakan. Masa berlalu pantas. Pengetahuan dan keinginan untuk pencarian ku msih tidak terpenuh. Namun apakan daya, rasa dan emosi itu berlalu dalam keadaan aku sendiri hampir hilang punca. Ramai yang aku tanya,banyak jawapan telah diberi tapi segalanya seperti tidak menepati. Segala yang aku buat di tolak dengan alasan belum melengkapi...

Ranjau Menuju Saat Pertemuan
saat mengajukan pertanyaan “Maaf apa yang di buat ini semua tidak menepati, saya rasa awak perlu melihat penulisan Al Balkhi untuk memperkuatkan teori ini” kata Sifu 3..  “Siapa Al-Balkhi Sifu 3? Tidak pernah saya dengar namanya” Ujarku bertanya ingin kepastian.  “Ya betul, tidak banyak yang anda boleh tahu tentang dia, hanya ada article yang memperihalkan dirinya, ada secara detail, tapi dalam bahasa Arab” . Jelas Sifu 3. “Maklumat tidak banyak tapi bagaimana saya boleh mengetahui tentang Kaunseling Islam melaluinya”. Tanya ku dengan nada risau. “Ya boleh saja. Mengapa tidak! “ Sifu 3 menetapkan arahannya. Sifu-sifu yang lain juga terkesima kerana baru pertama kali mereka mendengar nama tersebut, ada kalangan Sifu yang mula mencatit maklumat yang baru diberi.
Alahai, rasa kekesalan di hati berombak-ombak mahu ku lepaskan dengan kata-kata, kenapa Sifu 3 tidak menyatakan padaku dua tahun yang lalu saat aku beberapa kali bertemunya. Juga terfikir dibenakku mengapa pertemuan enam bulan dahulu sewaktu Sifu 3 mengatakan kajian ku tidak bagus dan perlu diperkemaskan lagi dengan Al Balkhi. Padahal jika aku diberitahu lebih awal sudah pasti akan ku cari gelaran si Al-Balkhi ini. Kata sepakat dicapai dan hujjah penutupan dibuat dengan semua Sifu menyatakan aku perlu mendapatkan Al Balkhi demi menyempurnakan kajian ini.
Usai pertemuan bersama semua Sifu aku terus mengkhabrkan khabar kepada sahabatku Kak Nik. Bukan apa, aku sebenarnya terfikir kenapa Maqasid Shariah yang ku sertakan dikatakan tidak begitu mendalam untuk menjadi asas kepada teori Kaunseling Islam? Malamnya ku khabarkan kepada Kak Nik sahabat ku yang banyak berdiskusi bersamaku tentang pembinaan teknik Kaunseling secara Islam.  “Kin, akak dah jumpa Al-Balkih”katanya penuh teruja.  Aku seakan ingin melompat saat mendengar khabar itu “Ye mana kak?.  "Okay, esok awak datang akak temukan” Kak Nik penuh gembira tanpa sabar juga ingin menemukan Al Balkhi yang aku sendiri baru beberapa jam mengethuinya tentang dirinya.


Hari 1
"Kak banyak juga ya jurnal yang bercerita tentang Al-Balkhi, tapi semua tak dijelaskan secara terperinci” Kesalku bersarang saat bertemu kak Nik. “ Hmm, nampak gaya saya kena cari juga la buku tu kak”. Kataku pada kak Nik dengan hati gundah “Ok takpa, Kin balik baca dulu la mana yang ada tu”Kak Nik memberi semangat pada ku. “Susah juga kak, yang lain yang disuruh baiki saya dah buat, tinggal ini je, kalau tak dapat susah kak saya”Aku menjawab dengan kebimbangan. Petangnya selepas bertemu Kak Nik aku melangkah ke Maktabah Kubra mencari Al-Balkhi. Jenuh mencari namanya namun tidak aku dapati. Jam telah hampir ke pukul 6.30 petang. Hati berdetik kencang mengingatkan diri yang aku tidak boleh lama di sini, Ieman mungkin sedang menanti untuk makan malam, aku bergegas pulang. Tak mengapa desis hatiku memujuk diri sendiri, esok ada lagi peluang, aku boleh datang. Aku berjalan ke kereta dengan perasaan yang penuh kecewa mengalas sesuatu yang belum selesai.


Hari 2
Aku berazam hari ini apa jadi pun pasti akan menemukan aku dengan Al-Balkhi. Rancak jariku memetik komputer mencari-cari maklumat Al-Balkhi, tapi usaha itu ternyata sia-sia. Lantas aku teringat untuk menanyakan Sifu 3. Lalu aku menghantar makluman nelalui khidmat pesanan ringkas bertanya Sifu 3 apa tajuk buku, balasan Sifu 3 melalui telefon bimbit tertera pada skrin "Masalihal Abdan Wal Anfus”. Aku dengan bersegera mendapatkan kaunter untuk menyemak dengan petugas kaunter dan bertanya dengannya bagaimana aku boleh mendapatkan Al Balkhi. Saat nombor diberi oleh petugas, seakan berlari aku ke tingkat empat mendapatkan Al-Balkhi. Ternyata hampa, yang ku cari tidak juga kutemukan. Maka sekali lagi aku mendapatkan petugas kaunter. “ Maaf bole saya buat tempahan?”Pinta ku dengan penuh harapan.“ Maaf Puan, mana-mana buku yang tiada di rak, tidak boleh di buat tempahan malainkan buku itu telah dipinjam oleh sesiapa, mengikut maklumat si sini, buku itu masih di rak” Tegas petugas kaunter dengan memandang ku yang masih terkebil-kebil menunggu sesuatu darinya, seakan kakiku tidak mahu berganjak. Tiada kata boleh aku  suarakan bahawa buku ini amat penting unutk menamatkan perjalanan ini. “Maaf Puan, kena datang besok, masa tu kita dah kemas buku, mungkin buku tu ada di mana-mana dibaca oleh pelajar” tambah wanita itu yang melihat aku masih lagi terpacak di depan kaunternya. Aku berjalan longlai melangkah dari situ. Sekembali ke bilik beradu ku di tingkat empat Kulliyyah at-Tarbiyyah , suami menelefon mengatakan Ieman demam panas. Aku perlu segera pulang. Tiga hari penuh dengan perasaan terbuku kerana aku terpaksa bercuti dan menjaga Ieman. Beginilah beban wanita seperti diriku yang belajar sambil menguruskan keluarha. Memang kalau dikira aku merasa gundah bila tidak dapat sesuatu yang ku inginkan tidak kudapatkan. Ternayta rindu ku bertemu Al-Balkhi sarat dengan serba rasa hati.


Hari  3
Isnin hari yang penuh makna untuk pencarian ku. Aku melangkah ke gedung maktabah Kubra. Tapak kaki ku berkayuh laju ke tingkat empat lantai maktabah. Tenryata larian sekali lagi sia-sia juga. Al Balkhi yang ingin ku temu tidak juga aku dapatkan. Terus sekali lagi aku ke kaunter petugas, kali ini orang yang berbeza ada disitu menawarkan khidmat. “Cik, maaf saya inginkan buku ini, boleh saya tempah?”Pinta ku pada petugas tersebut sambil menunjukkan tulisan di atas kertas yang aku pengang. "Akak ada no pendaftaran nama dia?” Tanya petugas.“ Maaf saya lupa, tapi saya tahu mana duduknya, tajuknya juga saya ada” terang aku penuh kegusaran. “Puan, maaf ya buku ni tak boleh di buat tempahan sebab ada di maktabah, mungkin tidak ditempatnya. Puan datang lagi  esok ya, biasa waktu pagi kami kemas buku dirak.” Tersengih si petugas melihat muka ku yang sebenarnya sudah berubah, hampir aku menangis. Aku lantas melangkah sekali lagi keluar dari maktabah Kubra dengan rasa terbuku dihati, geram dengan keadaan yang sentiasa tidak berpihak kepada aku.


Hari 4
“Sifu 2, saya dah hantar apa yang sifu perlukan unutk menyiapkan kajian saya, tapi saya belum jumpaAl-Balkhi’. Aku mnnyatakan kekesalan kepada Sifu 2 yang memang banyak mengambil berat tentang perihal aku sejak dulu. “ Cuba awak dapatkan petugas maktabah, mungkin mereka boleh tolong”. Sifu 2 memberikan cadangan. “Sifu saya dah minta dengan mereka, tapi tak boleh sebab tidak dipinjam oleh sesiapa.Tapi tak apa saya cuba lagi.”Jawabku pada Sifu 2 serta dalam masa yang sama memujuk diriku sendiri. "Apakata awak tanya Sifu 3, jika dia ada salinan” Cadang Sifu 2 lagi. Hemm y tak ya juga fikir ku. " Baik Sifu 2, terima kasih bagi saya cadangan itu" Jawabku ceria sambil tanganku segera aku mendail nombor telefon Sifu3. “ Sifu, boleh saya tanya, Sifu # ada tak Al-Balkhi?” tanyaku penuh harapan. “ Maaf saya ada, tapi dipinjam oleh pelajar lain, nanti saya akan tanyakan dia dan minta dia pulangkan. Saya bagi awak pinjam dua jam untuk di salinkan. Tapi ambik masa dua tiga hari juga tu.” Jelas Sifu 3. “Baik Sifu 3, tak mengapa, terima kasih Sifu 3, tapi boleh Sifu cadangkan saya yang lain dari Al Balhi?”Tanya ku. “Okay, cuba awak dapatkan tulisan Al Miskawayh atau Al Ghazali.” Arah Sifu 3 padaku. “ Ya Sifu 3, saya akan dapatkan tulisan mereka, tapi saya dah jumpa kedua-dua itu sebelum ini, dah ada dalam kajian saya. Tapi tidak mengapa saya akan dapatkan mereka semula" Jawabku menutup perbualan dengan Sifu 3.

Hari 5
Hari ini sekali lagi dengan penuh tekad aku ke maktabah Kubra semula. Jenuh mencari Al-Miskawyah dan Al Ghazali. Tanpa aku sedari hari semakin senja dek tenggelam dengan pencarian dan pembacaan. Sudah hampir sepuluh buku berjaya aku dapatkan, bukan semata-mata Al-Ghazali tapi aku dapatkan juga Maulana Syed Jalaludi Umri. Dengan tangan penuh muatan aku menuju ke kaunter. “Boleh bantu saya pinjam semua ni?” Aku bertanya kepada petugas kaunter. “ Boleh Puan"jawab petugas. Hati aku mengatakan ada baiknya aku nyatakan pada petugas ini tentang masalah ku bertemu A; Balkhi. “ Maaf encik,boleh saya tanya? Dah berkali saya ingin dapatkan Al Balkhi tapi tiada di tempatnya.” Pertanyaanku disambut senyuman si petugas.  “Boleh puan bagi nombor daftarnya?” Maaf saya tiada disini.Ada dicatit, tapi buku catitan tertinggal.” Tak mengapa Puan, bagi saya tajuknya” Tanganku menghulur keratan maklumat yang aku tulis di atasnya Al-Balkhi. "Puan buku ni belum dipinjam, mungkin Puan boleh cuba dapatkan dengan maktabah cawangan lain. Terdapat satu di maktabah Sughra. “Saya tak pernah ke Maktabah Sugra. Macammana ya" Tanyaku dengan perasaan risau. " Jangan risau Puan, kami ke sana tiap hari Rabu, kami akan dapatkan untuk Puan, tapi Puan kena isi borang terlebih dahulu” Jelas petugas lelaki tersebut. Sebelum itu saya minta Puan dapatkan borang dan serahkan pada petugas di sana" Kata petugas sambil tangannya mengarahkan kepada petugas wanita yang berada ditengah-tengah balai Makatabah. Aku menginjak membawa borang ke tempat yang dimaklumkan petugas. Saat borang di hulur, “ Maaf puan, buku ni tak boleh dipinjam dari makatabah lain, sebab status maklumat di sini manunjukkan buku ini tidak dipinjam oleh sesiapa” Saat mendengar jawapan petugas wanita itu aku hamper mengalirkan air mata, namnu ku tahan. Maaf puan. Kami kena buat carian dulu.”Katanya penuh ketegasan. “Tapi saya sendiri sudah berkali datang tapi tiada.” Aku menerangkan padanya denga suara bergetar kerana menahan rasa marah. "Tolonglah, penting buku ini untuk saya menyiapkan kajian” Ujar ku merayu si petugas tersebut. Melihat aku seperti keresahan menerangkan kepada petugas wanita itu, petugas lelaki itu rupanya aedang memerhatikan aku dari jauh, maka  segera dia mendapatkan aku. “Puan, datang ke tempat saya sekejap”Katanya bersuara lembut. Aku mengarah langkah kearah petugas lelaki tadi yang begitu perihatin dengan kesusahanku. “ Tak apa Puan, isi dulu borang nanti saya akan dapatkan dari Maktabah Sughra untuk puan.” Janjinya padaku. Malam itu aku pulang dengan begitu hampa sekali. Air mata mengalir deras sederas hujan yang merembas tingkap keretaku. Saat aku sampai di rumah kepulangan ku disambut suami ku yang memang menjangkan kepulanga ku dengan tangan kosong. Saat aku ingin melelapkan mata, aku melihat telefonku, rupanya ada pesanan. “Puan, saya dah jumpa buku tu, salah nombor pendaftaran rupanya. Buku ini termasuk dalam senarai buku perubatan. Nanti esok Puan datang jumpa saya ya, Nama saya Muhammad.” Itulah pesanan ringkas yang tertera yang membuat hatiku berbunga ceria. Saat aku hampir putus asa ada juga yang sanggup membantuku. Inilah hikmah kesabaran.


Hari 6.
Hari ini aku tidak pasti pukul berapa aku boleh ke Gedung Mercu. Suamiku masih tidak sihat, Ieman juga sedang bergelut dengan peperiksan. Aku mengatur strategi untuk sampai ke Maktabh Kubra sedikit lewat dari janji, sementelah aku ada janjitemu dengan Sifu 5 untuk menghantarkan serahan. Ternyata hanpir lima petang baru aku berkesemapatan ke Gedung Mercu. Saat tiba di sana aku berkesempatan bertemu dengan sahabatku Roshada. “Sebenarnya akak rasa nak berhenti setakat ini jelah, penatlah buiat benda yang tak sudah2.” Keluhku pada Ros. “Jangan kak. Sayang kalau akak tak teruskan”Pujuk Roshada. Pertemuan ku berlangsung sehingga senja. Saat aku melangkah keluar dari tempat Ros aku mendapat panggilan dari Sifu 5, “ "Mana awak? Saya boleh jumpa dekat maghrib untuk menyemak tulisan awak”Kata Sifu 5. Sifu 5 baru aku kenali diperkenal oleh sahabat ku dari India yang mendapat kepujian untuk kajiannya sebelum ini. kata sahabatku, Sifu 5 banyak membantunya sebelum ini walaupun beliau bukan pelajarnya. Aku sendiri seperti bulan jatuh ke riba apabila mendapat tawaran dari Sifu 5 untuk membaca kajianku dan menyemak secara percuma.  “Baiklah. Sifu 5, saya tunggu di cafĂ©”Janjiku. Sifu 5 datang bersama isterinya yang sama-sama bertugas di Kulliyyah Wahyu. Selesai berdiskusi dengan Sifu 5, hujan begitu lebat mencurahkan isi. Aku berlari menuju ke Maktabah, saat itu azan hamper di kemundang. Sampai di kaunter petugas,” Maaf boleh saya jumpa Encik Muhammad? Ada buku yang beliau simpankan untuk saya. “ Sekejap ya".Kata petugas itu. Lima minit kemudian Encik Muhammad keluar dari biliknya.menyerah buku tersebut kepada petugas kaunter. Buku bertuka tangan dan petugas kaunter menekan butang kompute.“Maaf Puan, puan dah terlebih pinjam buku. Kena hantar buku yang lain baru Puan boleh buat pinjaman"Jelas petugas lelaki dengan pelat negeri Kelantan “Ya ke?” Tanya ku seperti tidak percaya sambil menambah “Hujan lebat buku tu ada dalam kereta, dah hujan lebat begini, macam mana saya nak ambik? Macamana saya nak ke kereta? Jauh pulak tu saya parking.” jelasku memberi alasan dan memohon simpati. “Tdak mengapa,saya akan simpan untuk Puan.” Janji petugas tersebut. Aku keluar sekali lagi dengan hati yang cukup sebak. Alahai susahnya ingin bertemu Al Balkhi. Kaki ku menghala lesu ke masjid untuk solat maghrib. Hati ku mendesis sendiri, "tak mengapa ,aku perlu kembali ke kereta biarpun hujan, kalau tak makin lambat untuk aku dapatkannya. Limitasi kesabaranku sudah dipenghujung. Usai solat berjalan aku ke keretea, kali ini aku betul-betul meletakkan kerata di depan makatabah. Aku segera mengambil dua buku untuk dipulangkan iaitu buku Al Attas dan the alchemy of haappines (Al-Ghazali) untuk dipulangkan bagi mendapatkan Al-Balkhi.. Saat sampai di depan kaunter tanganku menghulur buku tersebut kepada petugas sebelumnya. ternyata Allah masih mengujiku saat si petugas bersuara “Maaf kak buku ini tidak termasuk dalam senaria pinjamanlah". Aku pantas menjawab “Mana boleh, sebelum ini ada petugas yang memperbaharui pinjaman buku itu” Aku menyangkal dakwaan petugas dengan penuh kepastian. “Tak Puan, mungkin ada masalah dengan sistem komputer, okay Puan datang besok saya simpan"Ujarnya dengan kelat kerana tidak mahu permintaan dan peneranganku.  Sekali lagi aku seperti terhukum oleh keadaan. Aku bermonolog sendiri, Allah ternyata mahu menguji ku sehabis-habisnya. Tidak mengapa, aku perlu kuat, aku sudah hampir dengan kejayaan. Perjalananku pulang dengan satu perasaan yang hanya aku dan Dia yang mengetahui sengsara jiwaku.

Hari 7
Hari ini aku sebenarnya telah hilang kekuatan diri. Hebat benar ujian berkali-kali ke Maktabah Kubra, tapi saat bertemu Al-Balhi amat payah, penuh liku dan cabaran. Hati aku sering bersarang duka saat diuji, tetapi akhirnya saat itu ketemu jua. Al Balkhi sudah ditangan ku. Hari itu biar pun hampir senja aku masih berada di Makatbah gedung mercu, meraikan Al-Balkhi. Aku akhirnya berjaya memeluk buku yang bakal memberi seribu kefahaman dan makna kepada diri ku kepada pencari penyelesian masalah secara Islam. Saat aku memandang pada kulitnya, membelek barisan tintanya ternyata aku tercari-cari akan makna tulisan itu. Susahnya untuk aku fahami baris ayat yang tertera. Sudah sekian lama ku tinggalkan bahasa Al-Quran. Ada yang tidak ku fahami perkataannya dan tidak jelas mafhumnya. Namun tidak mengapa pasti ada yang boleh aku rujuk. Sahabatku pasti ramai yang dapat membantu. 

Hari 8
Pertemuan ku dengan sahabatku yang menjadi Sifu di Fakulti Bahsa Arab aku kunjungi, sekadar untuk medapat kata-kata semangat darinya. “Boleh Naha ajarkan saya apa-apa yang tidak saya fahami?” Pintaku. “ Siap pengarangnya?” Tanya Naha. Aku yang sebelum ini hanya melihat kepada tajuk tidak terperasan kepada pengarangnya.” Eh! Kin, ini Prof. Humble yang mengarang"Naha berkata penuh kejutan. “Eh biar betul, professor Humble yang mengarang?” Tanyaku pula pada Naha. "Ya tengok ni” Jari Naha menunjukkan pada nama yang tertera dikulit buku. “Kenapa tak jumpa dia lansung" Cadang Naha "Sifu 3  tak beritahu yang buku ini ditulis oleh Prof. Humble” Aku menjawab sambil dalam hati rasa mencuka, hati ku bertanya sendiri kenapa Sifu 3 tak bagitahu yang pengarangnya adalah insan yang pernah menjadi Sifu hebat ku. "Takpe Kin nanti saya dapatkan nombor telefonnya di pejabat dekan" Naha cuba menghulur bantuan bila melihatku seperti tidak puas hati dengan keadaan. rasa diri seperti di dera oleh situasi. Saat mendapatkan nombor telefon Prof Humble terus aku menghantar pesanan ringkas. Tidak mendapat jawapan aku mendail nombornya berkali. ,masih juga tidak di angkat. Aku berdoa semoga aku dapat bertemu Prof Humble yang hebat ketinggian ilmunya ini. Lama tidak aku berdiskusi secara ilmiah dengan Prof Humble. Cetek sungguh pengetahuan ku yang Prof humble ini rupanya pengarang kepada buku tentang tokoh hebat Al balkhi.Masalihul Abdan wal Anfus. Saat kepala ku melayang mengira-gira perancangan untuk betemu Sifu yan hebat, aku terpacak di depan ofis pelajar lanjutan. Pintu dikuak, aku terkjeut melihatSsifu 3. Tanpa sempat berfikir aku memberi perkhabaran,” Oh, Sifu, saya dah daaptkan Al-Balkhi, guees what, the author is Prof Humble“. “ Oh bagus” katanya mengiyakan. “ Tapi Sifu, saya rasa bahasa Arabnya banyak yang saya tak faham” Kataku. “ Oh betul, itu orang Arab pun belum tentu boleh faham,kerana bahasa filosof.” Jelasnya sambil berdiri memerhatikan ku. “Kalau begitu boleh saya berdiskusi dengan Sifu 3 saya tentang buku ini?”Pintaku “Oh maaf saya sibuk, anda boleh rujuk dengan Prof Himble, saya di fahamkan, dia ada menterjemah buku itu ke dalam bahasa Inggeris”Jawabnya tanpa menghiraukan permintaanku. “Iitu pun kalau dia sudi’ tabbah Sifu 3. " Terimakasih Sifu 3" suaraku antara keluar dengan tidak saat aku keluar dari bilik itu dengan mindaku sarat dengan sejuta rasa dan seribu pertanyaan. Akup ulang ke ofis dengan badan yang lemah minda yang kusut. 

Pertemuan dengan Profesor Humble
Pukul 11.00 pagi  telefon ku berbunyi, dan aku rasa pemanggilnya adalah Sifu Humble.Lantas aku menerangkan tentang tujuanku. Lalu Prof Humble mengesahkan dengan berkata “Ya, saya menulis tentang itu, jadi bagaimana saya boleh bantu?”. Ku jelaskan pada Sifu Humble. “Nanti boleh jumpa saya minggu depan?” Tawar Prof Humble padaku “Maaf Prof, saya perlu segera bertemu minggu depan saya perlu menghantar manuskrip ini”Jelasku mengharapkan Prof Humble dapat bertemuku “Baik! datang pukul 3.00 petang ini” Jawapan Prof Humble seperti mencairkan gunung resah yang merekah dijiwaku Hatiku sungguh teruja memikirkan pertemuan yang bakal berlangsung. Keceriaan hatiku mula bertandang mesra melenyapkan perasaan putus asaku sebelum ini dek kesusahan bertemu Al-Balkhi.  Petang itu aku sekali lagi ke Gedung Mercu untukbertemu Prof Humble. Alangkah baiknya Prof Humble dengna tangan terketar – ketar menghulur senaskah salinan tulisannya berkaitan Al-Balkhi dalam tulisan Bahasa Inggeris kepadaku. Alahai Prof humble sanggup menyalinkan muskkrip, bersusuh payah mencari dalam tinbunan buku dan kertas di atas meja, diruangan almari kerana dia mempunyai pelbagai buku yang adakala lupa dimana disimpan sebelum ini. Ternyata aku cukup bertuah bertemu insan sehebat Prof Humble yang sesuai dengan ketinggian peribadinya, seorang cendikiawan yang berjasa, penuh ilmu di dada namun tidak bakhil dengan ilmu yang dimiliki


Al Balkhi Sehebat Gelarannya
Al Balkhi ternyata sehebat namanya. Dunia hanya mengenali nama-nama tersohor seperti Freud, Maslow, Frankl, Carl Rogers, Lazarus, Ellis dan ramai lagi. Ternyata Al-balkhi menemukan bagaimana masalah dan penyelesaiannya melalui cara yang telah sedia ada di dalam Islam. Al-Balhki telah menemukan bahawa punca penyakit badan adalah dari masalah jiwa. Penemuan ini lebih dulu telah diutarakan oleh para tersohor Barat. Akhirnya, kajian ku menemukan pengakhiran kepada sebuah jawapan. Al-Ghazali, Al Miskawayh dan Al-Balkhi akhirnya ku rangkaikan menjadi satu teori iaitu Teori Kaunseling Islam.


MENJADI SEORANG YATIM ADALAH HIKMAH BUKAN KEBETULAN


Menjadi seorang anak yatim di usia yang kecil sebenarnya memberi banyak hikmah dan pengajaran buat diri. Pengalaman sepanjang perjalanan merentas liku kehidupan memberi seribu erti buat diri. 

Ada ramai yang mengeluh kenapa diri dipilih menjadi yatim? Kenapa tidak sipolan atau sipolan. Bahkan ada juga yang mengatakan kalaulah aku masih beribu dan berbapa. Atau juga mengandaikan jika ibu atau bapa masih ada sudah pasti ini tidak akan berlaku...

Wahai diri yang yatim..bertuahnya kamu kerana menjadi yatim itu satu hikmah. Lihat kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w. Baginda dilahirkan yatim saat diri lahir ke dunia dan pada usia yang masih kecil lau bergelar pula yatim piatu. 

Bagi kita mungkin merasa...alangkah malangnya.. Sebenarnya menjadi yatim itu ada hikmah yang besar andaikata diri boleh memahami hakikat kejadian dalam hidup, ia mampu memberi manfaat yang jelas andai diri mampu menjadikan yatim itu sebagai jambatan yang membolehkan diri merentas satu fasa kehidupan yang bersandarkan pada realiti bahawa:

a)      kehidupan amat singkat.
b)      menyayangi manusia sekadarnya kerana meletakkan Allah ditangga pertama
c)      menjadi diri sendiri dan sentiasa berdikari
d)     menyedari siapa diri walau diberi seribu kehidupan..
e)      melihat dari mana kita dating dan ke mana kita akan pergi.
f)       menyedari bahawa kejayaan bermula dari diri sendiri.

Sesungguhnya diriku bersyukur diuji labih awal dengan kehilangan, Ini bukan bermakna penulis gembira dengan ketiadaan ayah di sisi, namun ia memberikan dorongan bahawa diri perlu mengenal Siapa aku? Bagaimana mengilap potensi yang ada bagi membina identiti  Muslim yang sebenar.
Wallhuaalam.