Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, November 25, 2019

Wajarkah belajar untuk Anugerah Cemerlang

Wajarkah belajar untuk Anugerah Cemerlang

Kejayaan itu subjektif.
Jangan paksa anak-anak hingga mereka tertekan.
Belajar untuk ilmu bukan untuk A,jika dapat Alhamdulillah, gitu...

Saya dan Enche Suami sama pemikiran tentang hal ini.
Kami tak paksa anak belajar, apa yang kami buat hanya bagi kesedaran dan motivasi.
Bila baca kisah parents yang terlalu nak anak tip top semua benda, saya baca pun stres.
Alahai tak perlu kot kejayaan anak jadi tropi dan semua nak dikongsi. Anak orang lain pun mungkin hebat, tapi dia tak suka nak cerita sangat.

Pengalaman anak zaman sekolah
—————-*******————

Semasa anak di alam persekolahan, saya tak push mereka. Anak-anak boleh memilih dan bagi pandangan cara belajar yang bagaimana mereka mahu.
Tak wajib dapat nombor 1, tak bertanding dengan anak orang lain.
Apa yang penting bertanding dengan keupayaan dan pencapaian diri sendiri. Kejayaan orang lain sekadar ukuran.

Sebagai ibu kita lebih tahu tahap dan keupayaan anak. Kita tahu apa limitasi mereka.
Ada anak yang diuji dengan pelbagai cabaran kita latih mereka untuk kental emosi. Itu sangat penting agar dalam menuju dewasa mereka bukan hanya bijak akademik, tapi bijak emosi.

Isunya parents sekarang sibuk kejar dan mahu pastikan anak dapat keputusan cemerlang. Saya percaya semua mahu begitu. Tapi saya sendiri bagi keutamaan, akademik dan akhlak mesti seiring.

Enche Suami memang sangat tidak setuju jika sibuk paksa anak, katanya dia dulu pun biasa je, bukan best student. Sama la saya, pelajar tahap sederhana.

Apa yang penting anak-anak ada kesedaran. Motivasi kehidupan itu perlu sentiasa disuntik, ia bukan hanya dalam akademik, tapi juga kemahiran untuk bekal. Alhamdulillah, anak-anak sangat berdikari, biasakan diri bekerja jadi kuli dan dilatih hidup sederhana.

Bila di universiti dan bekerjaya keadaannya sangat berbeza. Ramai yang best student di sekolah tahap kecerdasan emosi sangat rendah berbanding yang result sedehana. Kebanyakan students yang biasa cemerlang mudah sangat stres bila tak dapat skor.


Sent from my iPhone

Thursday, November 7, 2019

Depression

Depression

Amat berkait dengan Keikhlasan Hati

Jika sentiasa buat sesuatu perkara hanya untuk menjaga hati orang lain lama kelamaan kita akan penat. Bila penat akan ada rasa kecewa. Akhirnya kita akan berdepan tekanan emosi.

Bila ada perkara yang berlaku kita akan mula menyalahkan diri sendiri serta keadaan di sekeliling. Kita akan mula hilang upaya diri dan hilang motivasi. Impian hidup mula kabur. Kita mula merasakan hidup sudah tidak bermakna. Kecewa melangkaui rasional.

Bagi mengelakkan ini semua berlaku, kita ubah cara. Buat sesuatu kerana Allah, bukan untuk ' please other people". Buat kerana kita memang ikhlas mahu melakukan bukan menagih pengiktirafan.

Seterusnya, jadilah diri sendiri. Terima diri kita seadanya baik kelebihan atau kekurangan. Kita tidak perlu berlakon untuk jadi baik atau dilihat baik. Apa yang penting kita sentiasa berazam untuk buat yang terbaik untuk semua.

Apa jua pandangan orang terhadap kita tidak mampu kita ubah. Ia diluar kawalan kita. Pandangan manusia kurang penting sebenarnya.

Berusahalah untuk Allah memandang kita dengan rahmatNya. Ribuan manusia memandang kita tapi jika Allah tidak memandang segala perbuatan kita, maka kita menjadi orang yang sangat malang.

Oleh itu berhenti mengeluh bila segala usaha tidak dihargai. Mulakan muhasabah diri, siapa kita di hadapan Allah. Moga dengan ini hati akan tenang dan kita akan menemukan jawapan pada banyak persoalan yang tiada jawapan sebelum ini.

Wallahuaalam

#kenalidiribinaidentiti
#diarikaunselor


Sent from my iPhone

Friday, November 1, 2019

Tip elak stres

Tip elak stres

Bahagia ada pada hati yang ikhlas
Motivasi diri terjelma dari matlamat yang jelas.

Ramai diluar sama merungut, majikan tidak hargai, suka membandingkan kita dengan staf lain, suami tak puji masakan kita setelah berpenat memasak, mertua tidak pandang pemberian, adik beradik tidak menilai pemberian, anak-anak tidak tahu berterima kasih dan banyak lagi isu yang hampir sama.

Tip bahagia dalam hidup adalah buat apa yang membahagiakan kita.
Ramai yang hidup terpenjara dalam kesedihan dan stres kerana melakukan perkara demi membahagiakan orang lain.

Akhirnya lahir rasa kecewa bila tiada pengiktirafan.
Rasa sedih bila segala pengorbanan terasa tidak dipandang.
Rasa malas meneruskan perkara yang ada kerana tiada lagi motivasi diri.
Kepuasan yang dimahukan juga tiada lagi.

Oleh itu mari mulakan cara yang baru. Caranya adakah segala perbuatan yang dilakukan dengan meletakkan niat kerana mahukan reda Allah.
Setiap perkara yang dibuat akan mendapat ganjaran Allah walau tiada pengiktirafan manusia.

Bila motifnya reda Allah, kita berbuat bukan untuk "please other people".
Insan yang tidak mengharap pada manusia hatinya tenang, jauh dari rasa gelisah.

Pujian dan kejian manusia tidak mendatangkan bekas pada hati dan jiwa.
Bahkan setiap cabaran akan mudah diatasi tanpa perlu berdepan tekanan.

Berhentilah mengharap pada insan.
Harapan hanya pada Allah. Doa agar Allah pandang segala usaha kita walau tidak dipandang manusia. Ini lebih penting dari segalanya.

#motivasi3i
#diarikaunselor


Sent from my iPhone

Thursday, October 31, 2019

Tip Mengawal Depression

Depression

Apa yang selalu bermain dalam fikiran kita? Itulah yang menyebabkan kita mengalami depresi.

Kita memaksa diri mencari jawapan yang kita tidak dapat adakan. Adakala bila kita telah pun mendapat jawapan, kita tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut.

Bahkan kita kehidupan kita lebih banyak berkisar pada kenangan lampau. Kita tidak berusaha membawa diri kita pada dunia sekarang. Konsepnya adalah " here and now".

Bila berusaha untuk merawat diri secara spiritual dan mendekati tuhan namun masih gagal. Ia kerana kita tidak sabar mahukan Tuhan menjawab persoalan yang ada.

Kita mencari kebenaran hakikatnya kita lemas dalam pencarian.
Kita mahukan ketenangan namun kita masih menyimpan kegusaran.
Kita inginkan bahagia namun kita masih memikirkan kesedihan.
Kita impikan yang indah namun masih diburu kenangan.
Kita sudah memaafkan namun masih menyimpan dendam

Jawapan pada persoalan akan dapat dijawab oleh insan yang berusaha membersihkan hatinya dari segala syak wasangka, bersangka baik dengan Allah Yang Maha Esa.

Ada cahaya dihujung sana, teruskan perjalanan. Jangan berhenti di tengah jalan.
Pasti ada tangan-tangan yang menghulurkan bantuan. Jangan kalah dengan nafsu dan perasaan.
Sabar dan solat adalah ubat mujarab yang mesti ditelan.

#diarikaunselor
#depression


Sent from my iPhone

Wednesday, May 15, 2019

Hadis Keberkatan Ramadan

Hadis Keberkatan Ramadan
يا باغي
Apabila tiba awal Ramafan ditutup semua pintu neraka, dibuka pintu syurga.
Wahai orang yang mengharap kebaikan terimalah, wahai orang yang melakukan kemaksiatan, berhentilah.

Seruan ini dibuat setiap malam. Wahai orang yang mencari kebaikan terimahlah.
Bandingkan Ramadan yang lepas dan Ramadan ini.

من صام رمضان
Dua perkara:
Berpuasa dengan penuh keImanan.
Puasa bukan kerana adat atau melengkapkan rutin, namun niat yang ikhlas kerana Allah.
Niat berpuasa perlu diperbetulkan kerana Allah semata-mata. Niat wajar dilakukan setiap malam mengikut Imam Shafie, manakala mazhab Hambali mengharuskan niat puasa sebulan. Ada juga pendapat menyatakan niat berdasarkan perbuatan bangun sahur.

Berpuasa dengan penuh keinsafan
Puasa ibadat kita dengan Allah. Apabila kita berjaya menjaga hubungsn dengsn Allah dengan sebaiknya dan bermuhasabah.
Muhasabah adalah dengan menilai kembali ibadah kita. Contoh bacaan Al Quran, Sedakah dll.
Berusaha dan merancang untuk memberikan kebaikan.
Sabda Nabi:
1.Semua kebaikan digandakan sehingga 10-700 kali ganda pada bulan Ramadan.
2.Sekecil ganjaran adalah lebih baik dari isi dunia.
3.Kegembiraan berbuka dan membantu orang berbuka serta sewaktu menemui Allah
  1. Bau mulut orang berpuasa lebih harum dari misk.


Tazkirah Zohor
Surau An Nur, UPSI.
2 Ramadan 1440H

Al Isra ayat 65-69


Sent from my iPhone

MUNAJAT RAMADHAN…

MUNAJAT RAMADHAN…

Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya 'alim…

Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….

Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu Ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kpdMu ketika senang, kami ingat kpdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dlm golongan org2 yg Engkau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu Ya Allah…

Ya Allah Ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…Ya rahman…Ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln keluar kpd mereka, jika ada di kalangan kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi…

Ya Allah Ya Malikal Mulk…

Ya Razak..Ya Fattahu Ya 'Alim…

Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg diberkati dan jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jadikan kami drp golongan yg lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.

Ya Allah….

Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram…

Ya Allah….Jgnlah kau jadikan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan dtg…

Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal di mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…

Aamiin ya rabbal'aalamin

Selamat bersahur
Selamat hari Guru


Sent from my iPhone

Friday, April 5, 2019

Anak yang tak dapat banyak A SPM bukan tak pandai, cuma kepandaian dia pada perkara lain😎#Kaunselor

Isu Poligami

Poligami itu sunnah dalam Islam. Tetapi si pelaku sering tidak mengikut apa yang diajarkan oleh Rasulullah. Lalu ia memberikan tanggapan buruk terhadap amalan berpoligami.
Jika mahu berpoligami pastikan hak dan nafkah anak isteri diberikan hak yang sepatutnya. Didik semua isteri dan anak-anak dengan menjadikan suami sebagai role model yang boleh diikuti.
Nota: 
Hidup adalah roda yang berputar, ia sama seperti boomerang.
Apa yang kita beri, itu yang kita dapat.