Bismilllah
Kehidupan adalah cabaran, ia pentas ujian. Takdir dan nasib tiap individu ada yang sama ada dan ada yang berbeza. Ada kalangan kita yang kehilangan insan tersayang baik kerana maut dan ajal atau kerana perceraian. Maka hidup berseorangan membawa bersama beban dan tanggungjawab. Segala harapan akan musnah jika tidak cukup kuat. Dalam konteks ini biasa individu yang melalui hal ini dikatakan sebagai ibu/bapa tunggal. Sudah pasti cabaran besar adalah menjadi ibu, pada mereka segala beban terpaksa ditanggung apalagi bila ada keluarga yang perlu diperhatikan.
Ada juga individu yang mana ada pasangan namun terpaksa berjauhan dengan pasangan disebabkan tempat kerja yang jauh. Maka jadilan ibu atau bapa tinggal. Menjadi ibu tinggal ada cabaran tersendiri bila terpakda mengurus keluarga sendirian. Ada juga yang tinggal berjauhan terpaksa ulang alik. Ada seorang wanita yang mana beliau hanya surirumah namun dalam seebulan suaminya terpaksa keluar negara beberapa kali.Maka beliaulah yang terpaksa menguruskan segalanya. Maka menjadi ibu tinggal juga tidak mudah.
Pendek kata ibu tunggal atau ibu tinggal ada cabaran tersendiri, namun ibu tinggal masih ada insan yang pasti akan pulang pasangan mereka, bagi ibu tunggal ia sudah pasti satu harapan yang belum pasti.
Wallahuaalam.
No comments:
Post a Comment