Bismillah,
Kebahagiaan ada dalam diri, kejayaan amat bergantung kepada apa yang kita lakukan sebelum ini, ia adalah usaha secara berterusan dengan doa yang sentiasa tidak putus pada Rabbnya.
Memetik kata-kata Tuan Shahrul Bear di muka buku beliau: "Nasib manusia tidak dapat kita jangka. Tetapi jika kita berani melakukan perubahan pada diri dan sikap kita ada banyak benda yg boleh kita capai di dalam hidup. Tetapi jika kita kekal selesa dengan apa yg kita ada maka jangan terperanjat jika satu hari ia hilang tiba-tiba. Nothing is permanent forever" Saya rasa saya sudah mula tua pada usia 47 tahun ini. Bukan lagi muda seperti dulu. Maka perlu dilakukan perubahan di mana patut. Perlu lebih rajin ke masjid, perlu delegate kerja mana yg patut, perlu dimulakan succession plan, perlu jaga makan, perlu lebih dekat dengan keluarga dan anak2. Waktu muda sudah banyak dihabiskan membina petak2 sawah. Mungkin sekarang sudah hampir musim menuai"
Realitinya inilah kehidupan, ada masa kita di bawah dan ada kala kita di atas, kerana itu kita perlu sentiasa sedar bahawa apa yang ada adalah miliknya. Kita sekadar insan yang dipinjamkan segalanya. Bila kita mewah dengan segala kurniaan maka bersyukurlah. Bila diuji dengan kesusahan maka berusahalah mencari jalan agar kita akan lebih berjaya di hari kemudian. Ramai yang hidup di dalam zon selesa merasakan cukup dengan apa yang ada, persoalannya kecukupan itu mungkin hanya untuk diri sendiri tapi tidak bagi yang ada di sekeliling kita. Oleh itu bagi mencapai bahagia maka kita perlu melakukan sesuatu diluar dari zon selesa kita. Ia bermakna kita hidup sederhana bukan bermewah dan menggunakan rezeki yang ada untuk memberi pada yang memerlukan.Disaat orang lain leka dan malas dengan kehidupan, namun kita bekerja keras bukan semata untuk diri sendiri tetapi ia bagi memperoleh keredhaan Allah. Berkorban apa yang ada untuk ummah. Moga darinya kita memperoleh gandaan pahala buat bekal ke syurga.
Wallahuaalam.
No comments:
Post a Comment