Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, August 12, 2014

Isteri terbaik

Bismillah,

Alhamdulillah Allah memberikan ruang waktu untuk mencoret walau sedikit lama tidak berkesempatan untuk menulis. Kali ini saya terpanggil untuk mengulas isu Isteri terbaik. Hebat dibincangkan dan menjadi viral di FB dan wassap bila isteri meminang sahabat baiknya sendiri. Saya setuju dengan tindakan isteri tersebut dengan menerima madu dari sahabat baik sendiri daripada bermadu dengan orang lain yang tidak dikenali, apalagi insan tersebut bakal menjadi isteri ke-dua kepada suami dan ibu tiri kepada anak-anak. ia pastinya tidak mudah namun hati yang kental dan pasrah pasti mampu BERBAHAGI KASIH.

Apapun isu isteri terbaik pada hemat saya bukan semata mampu berkongsi kasih sayang dengan orang lain. Malah ia perlu lebih dari itu. Maka di sini saya senaraikan apa yang dikatakan terbaik dari sudut pandang saya sendiri:
  1. Isteri yang mampu mendidik dan mentarbiyyah anak-anak dengan cara hidup Islam
  2. Isteri yang mukminah solehah., menjaga hak Allah dan Rasulnya.
  3. Isteri yang tahu erti tanggungjawab baik sebagai isteri, anak,ibu, ahli dalam masyarakt dan lain-lain
  4. Isteri yang boleh menerima kelebihan dan kekurangan suami seadanya
  5. Isteri yang boleh menerima keluarga mertua walau cara berbeza
  6. Isteri yang sabar dengan dugaan dan cabaran
  7. Isteri yang boleh menutup aib suami
  8. Isteri yang menjadi contoh teladan kepada orang sekelilingnya
  9. Isteri yang berbuat baik kepada ahli keluarganya
  10. Isteri yang disenangi jiran tetangganya.
Firman Allah:
Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yang baik-baik (yang merdeka, yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman, maka bolehlah kamu berkahwin dengan hamba-hamba perempuan yang beriman yang kamu miliki. Dan Allah lebih mengetahui akan iman kamu kamu masing-masing (suami yang merdeka dan isteri dari hamba-abdi itu) adalah berasal sama (dari Adam, dan seugama pula). Oleh itu berkahwinlah dengan mereka dengan izin walinya serta berikanlah maskahwinnya menurut yang patut. Mereka (hamba-hamba perempuan yang akan dijadikan isteri, hendaklah) yang sopan bukan perempuan-perempuan lacur, dan bukan pula yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan. Kemudian setelah mereka (hamba-hamba perempuan itu) berkahwin, lalu mereka melakukan perbuatan keji (zina), maka mereka dikenakan separuh dari (hukuman) seksa yang ditetapkan keatas perempuan-perempuan yang merdeka. (Hukum perkahwinan) yang demikian (yang membolehkan seseorang berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu ialah bagi orang-orang yang bimbang melakukan zina di antara kamu dan sabarnya kamu (tidak berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu adalah lebih baik bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(An: Nissa 25)



Kisah Fatimah Az Zahra boleh dijadikan panduan bila Saidina Ali mahu menambah isteri, apabila Fatimah mengadukan pada Rasulullah maka ia bukan bermakna Fatimah tidak menjadi siteri terbaik bila menolak poligami.
Sesungguhnya setiap satu peristiwa itu ada hikmah yang besar. Soal hati itu menjadi isu hingga isteri-isteri Rasulullah juga bersaibg sesama sendiri merebut tempat istimewa. Maka bagi isteri yang redha dan pasrah bermadu ternyata mereka itu hebat jiwanya, kental hatinya. Dan tidak bermakna mereka yang tidak rela bermadu itu tidak hebat, pasti mereka juga ada kehebatan tersendiri. Setiap insan ada kelebihan, pastinya Khadijah binti Khuwailid insan terpilih menjadi isteri yang miliki cinta agung suaminya Nabi Muhammad SAW.

Wallahuaalam

No comments:

Post a Comment