Bismillah,
Hati seringkali berbolak balik, itulah fitrah manusia. Hari ini sayang lusa benci, hari ini rindu esok pandang tidak mahu. Itulah yang sering berlaku dalam perhubungan rumahtangga. Apakah yang membawa kebencian setelah sekalian lama menganyam kasih sayang bersama. Dimanakah silapnya? Tidak cukup banyakkkah kenangan manis bersama hingga perkara buruk jua yang diungkit saat amarah melampis diri.
Betul alasan sudah tiada jodoh, ia boleh diterima namun janganlah bila berlaku perceraian kita menjadi insan yang lupa. Biarlah apa yang berlaku serta ketidak puasan hati itu dipendam rapat, Allah lebih tahu apa yang berlaku. Adakala dek ketidaksefahaman boleh membawa kepada perpisahan, namun ketidaksefahaman itu jika mampu ditangani akan membantu ke arah menjernihkan keadaan. Bagaimana? Iaitu boleh menerima dan berlapang dada dengan kelemahan pasangan.
Realtinya bila hati sudah tidak cinta maka apa yang baik dilihat sebaliknya. Lalu bila rindu tidak lagi menjadi gurindam, tukarkan menjadi kenangan. Bina kehidupan baru tukarkan hati yang suram dengan keceriaan. Jangan gundah hingga menangis airmata darah. ia tidak berbaloi untuk yang tidak menghargai. Bila rasa sedih dan kehilangan dekatkan diri dengan dia. Cinta yang Maha Kuasa bukan dia yang tidak menghargai cinta, bukan dia yang tidak setia dengan kita.
No comments:
Post a Comment